contoh karangan faktor pncmrn udara

2
Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin. Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal terbang melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara (1 Markah). Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah). Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah). Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah tiupan angin. (1 Markah) Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. (1 Markah) Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas

Upload: tarmizi-hanafiah

Post on 13-Jan-2016

117 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pncmrn udara

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Karangan Faktor Pncmrn Udara

Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara

Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.

Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal terbang melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara (1 Markah). Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah).

Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah). Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah tiupan angin. (1 Markah)

Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. (1 Markah)

Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas disamping manghasilkan udara yang dingin dan nyaman (1 Markah). Namun, penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.(1 Markah)

Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini (1 Markah). Tabiat orang ramai yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara (1 Markah). Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut.

Page 2: Contoh Karangan Faktor Pncmrn Udara

Sumber: Faktor Punca Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 | melvister.com