contoh karangan berpandu berdasarkan gambar bersiri

12
CONTOH KARANGAN BERPANDU BERDASARKAN GAMBAR BERSIRI DI ATAS. PELAJAR DIGALAKKAN MENGUBAHSUAI KARANGAN DI BAWAH UNTUK MEMANTAPKAN PENULISAN KARANGAN. PENGENALAN:- KRITERIA CONTOH AYAT AYAT RANGSANGAN 1 Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan oleh pelajar di luar mahupun di dalam bilik darjah dan melibatkan aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. AYAT RANGSANGAN 2 Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan kepada aktiviti ini dijalankan oleh pelajar di sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah untuk melahirkan modal insan kelas pertama. AYAT RANGSANGAN 3 Selain itu, 10% markah untuk kemasukan ke Institut pendidikan Malaysia di nilai dari segi penglibatan pelajar dalam aktiviti sedemikian. AYAT RANGSANGAN 4 Bahkan juga, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum banyak membantu membina jati diri remaja dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. AYAT ARAHAN Banyak faedah yang akan diperoleh pelajar sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Perenggan Isi Pertama:- Kriteria Contoh Ayat Ayat Isi Mari kta berbicara tentang kebaikan unit beruniform kepada pelajar menggunakan minda pelajar kelas pertama. Antaranya, pasukan unit beruniform akan membantu pelajar meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal apabila menyertai aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform. Ayat Huraian 1 Hal ini kerana, pelajar yang menceburi aktiviti unit beruniform akan sentiasa didedah dengan cabaran sepanjang menyertai aktiviti berkenaan . Ayat Huraian 2 Aktiviti unit beruniform kebiasaannya dijalankan di luar bilik darjah dan berbeza dengan situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan kehidupan semasa pelajar berada di rumah. Ayat Huraian 3 Justeru, aktiviti unit beruniform ini akan mendedahkan pelajar suasana kehidupan yang berbeza kerana mereka didedahkan dengan aktiviti yang mengajar mereka cara- 1

Upload: eija-shaiza

Post on 24-Nov-2015

2.418 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

CONTOH KARANGAN BERPANDU BERDASARKAN GAMBAR BERSIRI DI ATAS. PELAJAR DIGALAKKAN MENGUBAHSUAI KARANGAN DI BAWAH UNTUK MEMANTAPKAN PENULISAN KARANGAN.PENGENALAN:-KRITERIACONTOH AYAT

AYAT RANGSANGAN1Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan oleh pelajar di luar mahupun di dalam bilik darjah dan melibatkan aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

AYAT RANGSANGAN2Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan kepada aktiviti ini dijalankan oleh pelajar di sekolah, sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

AYAT RANGSANGAN3Selain itu, 10% markah untuk kemasukan ke Institut pendidikan Malaysia di nilai dari segi penglibatan pelajar dalam aktiviti sedemikian.

AYAT RANGSANGAN4Bahkan juga, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum banyak membantu membina jati diri remaja dalam aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek keranapemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

AYAT ARAHANBanyak faedah yang akan diperoleh pelajar sekiranya mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Perenggan Isi Pertama:-

KriteriaContoh Ayat

Ayat IsiMari kta berbicara tentang kebaikan unit beruniform kepada pelajar menggunakan minda pelajar kelas pertama. Antaranya, pasukan unit beruniformakan membantu pelajar meningkatkan daya ketahanan mental dan fizikal apabila menyertai aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform.

Ayat Huraian 1Hal ini kerana, pelajar yang menceburi aktiviti unit beruniform akan sentiasa didedah dengan cabaran sepanjang menyertai aktiviti berkenaan .

Ayat Huraian 2Aktiviti unit beruniformkebiasaannya dijalankan di luar bilik darjah dan berbeza dengan situasi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan kehidupan semasa pelajar berada di rumah.

Ayat Huraian 3Justeru,aktiviti unit beruniform iniakan mendedahkan pelajar suasana kehidupan yang berbezakerana mereka didedahkan dengan aktiviti yang mengajar mereka cara-cara untuk menghadapi dugaan sama ada aktiviti berkawad kaki, perkhemahan, aktiviti menyelemat atau pertolongan cemas.

Ayat Huraian 4Contohnya, jika pelajar mengikuti aktiviti perkemahan, merekaakan mengalami keadaan bergelap di tengah hutan, digigit serangga dan menjadi hidangan pemangsa seperti nyamuk. Bahkan juga, aktiviti yang melibatkan aktiviti meredah hutan juga mencabar ketahanan fizikal mereka.

Frasa MenarikJusteru, aktiviti unit beruniform ini memang mendedahkan pelajardengan aktiviti yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Bak kata pepatah alah bias tegal biasa.

Ayat PenegasTegasnya, aktiviti kokurikulum seperti program unit beruniform amat berfaedah untuk membina ketahanan fizikal dan mental pelajar.

Perenggan Isi Kedua:-

KriteriaContoh Ayat

Ayat IsiMari kita perluaskan skop perbincangan berkaitan faedah pelajar menganggotai pasukan unit beruinform seterusnya mendidik pelajar semangat bekerjasama antara rakan sebaya.

Ayat Huraian 1Pada masa kini, aktiviti kemasyarakat sering diabaikan sama ada dalam kalangan pelajar, mahupun dalam kalangan masyarakat.

Ayat Huarain 2Masyarakat sekarang lebih mengamalkan kehidupan bagaikanenau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Ayat Huraian 3Oleh sebab itu, aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform akan menyemai semula aktiviti kemasyarakatan seperti bekerjasama, tolong menolong agar menghidupkan suasana kehidupan bertoleransi terutama masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Ayat huraian 4Tambahan pula, aktiviti kemasyarakat yang sering diamalkan oleh masyarakat kampung kini juga telah direntap dan semakin pupus dalam kalangan masyarakat dibawaarus kemodenan sekarang.

Ayat ContohSebagai contoh, aktiviti perkhemahan mengajar pelajar erti hidup bekerjasama dengan bersama-sama mendirikan khemah, mencari kayu api untuk kegunaaan memasak, dan menjalankan sebarang aktiviti lain sepanjang program berkenaan dijalankan.

Frasa MenarikKonsep tolong menolong ini ibarat aur dengan tebing kerana masing-masing memerlukan kerjasamauntuk menjayakan aktiviti berkenaan.

Ayat PenegasSelain itu, aktiviti kokurikulum juga mendidik pelajar semangat bekerjasama antara rakan sebaya.

Cuba lengkapkanperenggan isi seterusnya.

Perenggan IsiKetiga:

KriteriaContoh Ayat

Ayat IsiMari kita perhalusi perbincangan seterusnya iaitu aktiviti unit beruniformdapat membentuk disiplin dalam kalangan pelajar.

Ayat Huraian 1Sebagaimana kita sedia maklum, seorang pelajar akan dilantik menjadi pemimpin dalam unit beruniform berdasarkan ciri-ciri kepimpinan pelajar berkenaan.

Ayat Huarain 2Justeru, ahli-ahli persatuan unit beruniform kebiasaannya akan melantik seorang pemimpin dalam kalangan mereka berdasarkan beberapa kriteria seperticara berpakaiannya, disiplin pelajar berkenaan, dan cara tutur katanya, bertanggungjawab dan lain-lain lagi nilai positif.

Ayat Huraian 3Hal ini kerana setiap ahli unit beruniform berharap pelajar yang dilantik sebagai pemimpinpersatuan unit beruniform dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

Ayat ContohBahkan juga, pemimpin unit beruniform akan menjadi contoh dan ikutan mereka, sebagaimana ciri-ciri positifnya yang diperbincangkan di atas.

Frasa MenarikOleh sebab itu benarlah kata pepatah seorang pepimpin tidak akan bertindak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Ayat PenegasTegasnya, aktiviti unit beruniform dapat dapat membentuk disiplin dalam kalangan pelajar.

Perenggan Isi Keempat:-

KriteriaContoh Ayat

Ayat IsiAkhir sekali, kita tumpukan lensa perbincangan kepada aktiviti unit beruniformdapat membina pengetahuan asas bantuan kecemasan kepada para pelajar.

Ayat Huraian 1Sebagaimana kita sedia maklum,Pasukan Bulan Sabit Merah merupakan unit beruniform yang mendedahkan ahli-ahlinya kemahiran asas bantuan kecemasan.

Ayat Huarain 2Namun begitu, Pasukan Pengakap juga merupakan antara unit beruniform yang mendedahkan ahli-ahlinya kemahiran asas bantuan kecemasan.

Ayat Huraian 3Hal ini kerana, kedua-dua pasukan unit beruniform ini sering mengadakan aktiviti lasak seperti perkemahan, merentas hutan atau jungle tracking, dan aktiviti lasak yang lain.

Ayat ContohSungguhpun begitu, Pasukan Bulan Sabit Merah merupakan pasukan unit beruniform yang sentiasa diberi tanggungjawab untuk memberi bantuan kecemasan semasa aktiviti sukan sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan.

Frasa MenarikPerkhidmatan mereka amat diperlukan kerana sepanjang aktiviti sukan kemalangan mudah berlaku . Peribahasa Melayu ada menyebut malang tidak berbau

Ayat PenegasTegasnya, aktiviti unit beruniformdapat membina pengetahuan asas bantuan kecemasan kepada para pelajar.

Perenggan Penutup:-

KriteriaContoh Ayat

Istilah PenutupKesimpulannya, kokurilukum banyak faedahnya kepada pelajar, remaja dan negara.

Ayat cadangan 1Sebagai seorang pelajar, mereka perlu mengikuti aktiviti kokrikulum dengan sebaik-baiknya kerana aktiviti berkenaan bukan sahaja mampu memupuk semangat kerjasama, malah mewujudkan jati diri dan melahirkan pelajar yang sehat dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Ayat Cadangan 2Bahkan juga, ibu bapa sebagai penjaga kepada pelajar perlu terus menerus memberi sokongan kepada pihak sekolah dan seterusnya menggalakkan anak mereka menyertai aktiviti kokurikulum.

Ayat Cadangan 3Selain itu, pihak sekolah terutama guru-guru yang menjadipenasihat aktiviti kokurikulum perlu merancang aktiviti kokurikulum dengan sistematik agar palajar akan seronok dan mampu melahirkan kepimpinan dalam karangan mereka.

Ayat Cadangan 4Akhirnya, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu terus menerus memberi penekanan akan kepentingan kokurikulum di sekolah-sekolah seperti membuat pemantauan agar aktiviti tersebut dijalankan dengan sebaik-baiknya.

Ayat HarapanJusteru, dengan sokongan dan kerjasama dalam kalangan pelajar, ibu bapa, guru-guru dan Kementerian Pelajaran Malaysia, sudah pasti usaha untuk mewujudkan pelajar yang seimbang dari segijasmani, emosi,rohani dan intelek.

Kementerian Pelajaran Malaysia baru sahaja meningkatkandominankepentingan kokurikulum dalam sistem pendidikan nasional. Langkah ini secaraeksplisitmenerangkan kokurikulum sebagaisimbolikkepada tiket kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berserta beberapa syarat kelayakan yang lain. Oleh yang demikian, institusi-institusi akademik di Malaysia mula mempromosikan badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Pengakap bagi menyusuri arus pendidikan negara.

Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform antara lain adalah memapankan ketahanan mental dan fizikal diri. Hal ini sangat penting kerana meningkat usia remaja, banyak cabaran yang perluditongkahseraya mendambakan kekuatan luaran dan dalaman. Bahkan, formula ketahanan diri tersebut juga boleh diaplikasikan demi menghadapai rintangan pada masa hadapan. Oleh itu, aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalamsilabusbadan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan 'jungle-trekking' merupakan kaedah awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini kepada diri mereka.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform berpotensimemangkinkansemangat kerjasama dan pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti kawad kaki. Aktiviti tersebut memerlukangemblengantenaga yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang sedap mata memandang. Jika semangat bersinergi tidak dipahat dalam diri pelajar, sikap bertanggungjawab dan prihatin juga tidak akan wujud. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform seringmasyhurdengan ketepatan masa dan nilai disiplin yang tinggi.

Selain itu, para pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana sekiranya berlaku sebarang kecederaan ketika bergiat lasak, para pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan. Sebagai misalan, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak menyebarkanwadahkesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum. Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akal pelajar tentang ilmu kesihatan.

Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum bagi menjaminkemenjadianmasa depan. Elakkan daripada tertumpu kepada aset kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar bahawa roda zaman sedang berputar justeru mereka harus mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.

Badan yang sihat akan mempamerkan otak yang cerdas. Begitulah ungkapan yang menekankan kepentingan badan yang sempurna untuk melaksanakan kegiatan seharian. Dewasa ini, menyertai aktiviti badan beruniform merupakan cara yang efektif dalam menghasilkan insan sebegitu yang bukan sahaja produktif, malahan juga proaktif. Antara aktiviti-aktiviti badan beruniform yang dilaksanakan saban hari termasuklah aktiviti perkhemahan, merentasi hutan dan kembara duga. Aktiviti-aktiviti sebegini dilaksanakan dengan giat di dalam Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam dunia yang serba moden ini, aktiviti unit beruniform memainkan peranan yang amat penting dalam membina keperibadiaan individu.Antara kebaikan menyertai aktiviti termasuklah aktiviti ini akan meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Marcapada ini, para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan lasak diri mereka. Antara aktiviti yang kerap dilaksanakan untuk membina peribadi individu termasuklah kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan latihan membina jati diri. Aktiviti sebegini kerap diaplikasikan supaya para pelajar arif tentang kepentingan menjaga keadaan tubuh badan dan juga minda. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu medan yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga berupaya memupuk dan menggembur semangat kerjasama dan pembentukan disiplin dalam diri seseorang pelajar. Para pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan lebih sedar akan tanggungjawab yang harus dijunjung oleh mereka untuk menjadikan diri mereka lebih sempurna. Aktiviti seperti membina khemah dan merentasi hutan bukan sahaja akan membina hubungan yang lebih erat antara para pelajar, malahan akan menanam sifat kepimpinan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat dan menjadi lebih berdisiplin.Selain hanya memupuk keperibadian yang seimbang, aktiviti badan beruniform turut menggalakkan pelajar mendalami pengetahuan asas bantuan kecemasan. Persatuan ataupun unit beruniform seprti St. John dan Persatuan Bulan Sabit Merah acapkali melaksanakan aktiviti untuk membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan aktiviti sebegini mampu membantu para pelajar dalam kehidupan saban hari. Aktiviti dalam pertubuhan beruniform turut akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini akan memberi satu pengetahuan yang berguna kepada pelajar. Ilmu ini turut memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan dan sebaliknya memikirkan kebaikan yang akan ditawarkan oleh aktiviti kokurikulum sebegini. Sikap tidak acuh pelajar ini harus dikikis kerana aktiviti badan beruniform mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

8