contoh dokumentasi minggu b,arab

Upload: ummu-zulfa

Post on 14-Jul-2015

578 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Dokumentasi Minggu Bahasa Arab

j-QAF tanpa gagal

LAPORAN MINGGU BAHASA ARAB

Minggu Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Tanah Liat siri pertama telah berjalan sepanjang seminggu mulai 1- 5 Februari 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan semua murid tahun satu hingga tahun enam. Program ini dimulakan dengan majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKTL , En. Zakaria B. Tajul Ariffin pada 1 Februari 2010 bertempat di tapak perhimpunan. dalam ucapannya, beliau menggalakkan murid- murid berkomunikasi dalam bahasa arab . Selain itu beliau juga merakamkan setinggi- tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana melaksanakan program ini . Semoga ianya dapat memberi impak yang baik kepada semua. Antara aktiviti aktiviti lain yang telah dijalankan sepanjang minggu bahasa arab ialah mengedarkan risalah An Najah kepada semua guru , mengadakan tayangan kepada semua murid mengikut kelas dan jadual yang telah ditetapkan. Setiap pagi Sepanjang minggu ini juga murid- murid diperdengarkan dengan alunan lagu- lagu arab .

Laporan aktiviti mengikut tahun

Pertandingan mewarna ( Tahun 1) Pertandingan ini diadakan semasa proses p&p Bahasa Arab. Semua murid tahun satu di berikan sekeping kertas perkataan ( bahasa Arab) untuk diwarnakan mengikut kekreatifan masing- masing. Penilaian akan dibuat untuk tiga pemenang bagi setiap kelas . ( nama pemenanag lihat lampiran). Objektif diadakan adalah supaya murid dapat mengenal dan membezakan huruf- huruf Al Arabiyyah.

Melabelkan anggota badan (Tahun 2) Aktiviti ini juga diadakan semasa proses p&p bahasa arab. Murid- murid telah dibahagikan kepada enam kumpulan. Mereka di kehendaki melabelkan anggota badan dalam bahasa arab. Kumpulan yang berjaya melabelkannya dengan tepat akan dikira

www.jqafsktl.com

Panitia Bahasa Arab SKTL

Dokumentasi Minggu Bahasa Arab

j-QAF tanpa gagal

sebagai pemenang. (kumpulan pemenang rujuk lampiran).Ojektif aktiviti ini ialah untuk memupuk semangat setiakawan dikalangan ahli kumpulan.

Puzzle ( Tahun 3) Murid- murid dibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sekeping manila kad bergambar dan kepingan-kepingan huruf. Setiap kumpulan diminta menyusun kepingan- kepingan huruf sehingga terbentuk perkataan berdasarkan gambar. Kumpulan yang terpantas dan tepat dikira sebagai pemenang ( lihat lampiran)

Puzzle ( Tahun 4) Murid- murid diberikan helaian soalan. Mereka dimintakan menyelesaikan latihan tersebut dalam masa yang ditetapkan. Murid yang menjawab dengan tepat dikira sebagai pemenang. ( lihat lampiran)

Teknik penggunaan kamus bahasa arab ( Tahun 5 & 6) Murid- murid didedahkan cara mencari perkataan menggunakan kamus. Muridmurid yang berjaya mencari makna perkataan dengan betul dan tepat dikira sebagai pemenang.( lihat lampiran)

PENILAIAN KESELURUHAN

Kekuatan

: Perancangan awal dan rapi untuk menjayakan program ini. : Mendapat sokongan yang sangat baik dari pihak sekolah.

Kelemahan

: Suasana minggu bahasa arab kurang dirasai kerana aktiviti hanya di adakan di dalam kelas sahaja.

Cadangan

: Merancang dengan lebih terliti supaya murid- murid lebih bersemangat melibatkan diri dalam aktiviti- aktiviti minggu bahasa arab

.

www.jqafsktl.com

Panitia Bahasa Arab SKTL

Dokumentasi Minggu Bahasa Arab

j-QAF tanpa gagal

Secara keseluruhannya Minggu Bahasa Arab ini telah berjaya menanam minat murid- murid untuk mempelajari bahasa arab. Ini dilihat dari komitmen murid- murid dalam menjalankan aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan. Aktiviti aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang di kehendaki sesuai dengan tema Kearah Memperkasakan Bahasa Arab

PENUTUP Sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi peluang dan ruang kepada Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Tanah liat untuk menjalankan Minggu Bahasa Arab ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru yang memberikan sokongan juga menyumbangkan idea- idea bagi memantapkan lagi program ini. Semoga program ini akan memberikan natijah yang baik kepada semua murid dan guru sebagai langkah memperkasakan bahasa arab untuk membina jati diri insan mukmin disamping merialisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di sediakan oleh ,

( EN. MOHD HAKIMY B. MASOR) Setiausaha Panitia Bahasa Arab Sek. Keb. Tanah Liat

Di semak oleh ,

(PN. SITI SUMIRAH BT. KHALID) Ketua Panitia Bahasa Arab Sek.Keb.Tanah Liat

Di sahkan oleh ,

www.jqafsktl.com

Panitia Bahasa Arab SKTL