contoh analisis cerpen

Upload: nash-melaka

Post on 31-Oct-2015

405 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bahasa

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

1.0PENDAHULUANAnalisis yang dibuat dalam Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Bahasa Melayu Akademik bagi Semester Empat adalah analisis bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSn).

ANALISIS PETIKAN RENCANA

ANALISIS FRASA(i)Frasa nama

Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu unsur dalam binaan ayat. Frasa nama boleh menempati bahagian subjek dan bahagian predikat sesuatu ayat. Frasa nama mempunyai kata nama sebagai intinya dan boleh hadir tanpa penerang atau dengan penerang. Berikut adalah analisis frasa nama yang terdapat dalam petikan yang dianalisis;

BilFrasa namaStruktur frasa

Kata namaPenerang

1Menteri KesihatanMenteriKesihatan

2semua pengeluarpengeluarsemua

3pengeluar makananpengeluarMakanan

4makanan segeramakanansegera

5bulan Mei 2007bulanMei 2007

6kandungan khasiatkandungankhasiat

7kalori produkkaloriproduk

8papan tandapapantanda

9produk makananprodukmakanan

10kalori makanankalorimakanan

11kbanyakan makananmakanankebanyakan

12hal inihalini

13para penggunapenggunapara

14suatu usahausahasuatu

15had minimumhadminimum

16langkah inilangkahini

17penyakit kronikpenyakitkronik

18penyakit kencing manispenyakitkencing manis

19penyakit darah tinggipenyakitdarah tinggi

20penyakit lemah jantungpenyakitlemah jantung

21penyakit obesitikpenyakitoesitik

22pencegahan inipencegahanini

23kalangan kanak-kanakkanak-kanakkalangan

24semua penggunapenggunasemua

25orang dewasaorang dewasa

(ii)Frasa kerja

Frasa kerja ialah unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Frasa kerja mempunyai kata kerja sebagainya intinya dan kata kerja itu bersifat transitif ataupun tak transitif. Berikut adalah analisis frasa kerja yang terdapat dalam petikan yang dianalisis;

BilFrasa kerjaStruktur

Kata kerjaPenerang

1menyatakan bahawamenyatakanbahawa

2diberi tempohdiberitempoh

3mempamerkan kandunganmempamerkankandungan

4pemameran kandunganpemamerankandungan

5mengelakkan kekeliruanmengelakkankekeliruan

6menyatakan kandunganmenyatakankandungan

7diambil oleh orang dewasadiambiloleh orang dewasa

8menjadi panduanmenjadipanduan

9perlu dilakukandilakukanperlu

10melebihi had minimummelebihihad minimum

11mencegah penyakitmencegahpenyakit

12mengambil makanan segeramengambilmakanan segera

13memastikan bahawa pengambilanmemastikanbahawa pengambilan

14menjejaskan kesihatanmenjejaskankesihatan

15menetapkan pengeluarmenetapkanpengeluar

16yang dipasarkandipasarkanyang

17disokong oleh semua penggunadisokongoleh semua pengguna

(iii)Frasa adjektif

Frasa adjektif terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai intinya. Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat pola FN + FA, sebagai unsur keterangan dalam predikat (yang menerangkan frasa kerja dalam predikat) dan sebagai penerang kepada kata nama dalam predikat. Namun begitu, melalui analisis yang dibuat, kami mendapati tiada frasa adjektif terdapat dalam petikan yang diberikan.

(iv)Frasa sendi nama

Frasa sendi nama ialah satu binaan yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa sendi nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Frasa sendi nama boleh juga didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama yang berada dalam petikan ialah:

BilFrasa sendi namaStruktur

Kata sendi namaFrasa nama

1mengatakan bahawa semua pengeluar makanan segera

bahawasemua pengeluar

2diberikan tempoh sehingga bulan Mei, 2007sehinggabulan Mei

3kalori termasuklah pada papan tanda, rsalahpadapapan tanda

4yang boleh diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanakolehorang dewasa

5dan kanak-kanak pada setiap hari.padasetiap hari

6...yang bermanfaat kepada para pengguna.kepadapara pengguna

7...yang terdapat di pasaran mengandungi...dipasaran

8had minimun yang diperlukan oleh seseorang.olehseseorang

9penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi...sepertikencing manis

10...amat penting bagi para pengguna.bagipara pengguna

11...mestilah disokong oleh para pengguna.olehpara pengguna

Data peratusan jumlah frasa

FrasaBilangan dapatanPeratusan

Frasa nama2525/53 x 100% = 47.16%

Frasa kerja1717/53 x 100% = 32.07%

Frasa adjektif00/53 x 100% = 0%

Frasa sendi nama1111/53 x 100% = 20.75%

Jumlah5353/53 x 100% = 100%

ANALISIS AYAT

Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat-ayat berkenaan dicantumkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu sehingga menjadikannya satu ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat majmuk gabungan, pancangan dan campuran. Ayat majmuk gabungan mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina daripada gabungan ayat tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh kata hubung seperti dan, atau, sambil, dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.

Berikut adalah analisis ayat yang dibuat berdasarkan petikan yang diberi;1. Menteri Kesihatan mengatakan bahawa semua pengeluar makanan segera diberikan tempoh sehingga bulan Mei, 2007 untuk mempamerkan kandungan khasiat dan kalori produk makanan segera masing-masing.

Jenis ayat: Ayat majmuk campuran

Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, bahawa; penanda relatif, untuk dan kata hubung, dan.2. Pemameran kandungan khasiat dan kalori termasuklah pada papan tanda, risalah, dan iklan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Jenis ayat: Ayat majmuk gabungan

Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung, dan yang menggabungkan dua ayat tunggal.3. Selain itu, pengeluar makanan segera juga perlu menyatakan kandungan kalori makanan yang boleh diambil oleh orang dewasa dan kanak-kanak pada setiap hari.

Jenis ayat: Ayat majmuk campuran

Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda relatif, yang dan kata hubung, dan.

4. Perkara ini akan menjadi panduan yang bermanfaat kepada para pengguna.

Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan: Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif, yang.5. Hal ini perlu dilakukan kerana kebanyakan makanan segera yang terdapat di pasaran mengandungi gula, garam, lemak, dan sebagainya.

Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan: Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif, yang.

6. Kandungan ini melebihi had minimum yang diperlukan oleh seseorang.

Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan: Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif, yang.

7. Langkah ini adalah sebagai suatu usaha untuk mencegah penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, obesitik, dan sebagainya.

Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan komplemen

Penjelasan: Ayat majmuk ini menggunakan penanda komplemen, untuk.

8. Pencegahan ini dititikberatkan dalam kandungan kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan: Ayat majmuk ini menggunakan penanda relatif, yang.

9. Jadi, langkah untuk memastikan bahawa pengambilan makanan segera boleh menjejaskan kesihatan amat penting bagi para pengguna.

Jenis ayat: Ayat majmuk pancangan komplemen

Penjelasan: Ayat majmuk ini menggunakan penanda komplemen, untuk.

10. Oleh itu, saranan Menteri Kesihatan, iaitu untuk menetapkan pengeluar makanan segera supaya mempamerkan kandungan khasiat dan kalori produk makanan segera yang dipasarkan mestilah disokong oleh semua pengguna.

Jenis ayat: Ayat majmuk campuran

Penjelasan: Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, untuk; kata hubung, dan; dan penanda relatif, yang.Data peratusan jumlah ayatPetikan rencana yang diberi mempunyai sepuluh ayat. Hasil analisis petikan ini akan dipindahkan ke dalam data peratusan. Daripada sepuluh ayat, tujuh ayat merupakan ayat aktif, manakala yang selebihnya iaitu tiga ayat lagi adalah ayat pasif. Ayat 1,2,3,4,7,9,10 adalah ayat aktif, manakala ayat 5,6,8 merupakan ayat pasif.

Jenis ayatBilangan dapatanPeratusan

Ayat aktif77/10 x 100% = 70%

Ayat pasif33/10 x 100% = 30%

Jumlah1010/10 x 100% = 100%

Dalam analisis yang dibuat juga, kesemua ayat adalah ayat majmuk iaitu satu ayat majmuk gabungan, enam ayat majmuk pancangan, dan tiga ayat majmuk campuran. Berikut adalah peratusan jenis ayat mengikut bilangan klausa yang terdapat dalam ayat;

AyatBilangan dapatanPeratusan

Ayat tunggal00/10 x 100% = 0%

Ayat majmuk1010/10 x 100% = 100%

Jumlah1010/10 x 100% = 100%

AyatBilangan dapatanPeratusan

Ayat majmuk gabungan11/10 x 100% = 10%

Ayat majmuk pancangan66/10 x 100% = 60%

Ayat majmuk campuran33/10 x 100% = 30%

Jumlah1010/10 x 100% = 100%

Analisis jenis frasa yang terdapat dalam petikan yang diberi adalah seperti berikut;

Frasa namaFrasa kerjaFrasa adjektifFrasa sendi nama

Menteri Kesihatanmenyatakan bahawabahawa semua pengeluar makanan

semua pengeluardiberikan tempohsehingga bulan Mei

pengeluar makananmempamerkan kandunganpada papan tanda

makanan segeraPemameran kandunganoleh orang dewasa

bulan Mei 2007mengelakkan kekeliruanpada setiap hari

kandungan khasiatmenyatakan kandungankepada para pengguna

kalori produkdiambil oleh orang dewasadi pasaran

papan tandamenjadi panduanoleh seseorang

produk makananperlu dilakukanseperti penyakit kencing manis

kalori makananmelebihi had minimumbagi para pengguna

kebanyakan makananmencegah penyakitdisokong oleh para pengguna

hal inimengambil makanan segar

para penggunamemastikan bahawa pengambilan

suatu usahadisokong oleh semua pengguna

had minimummenjejaskan kesihatan

Langkah inimenetapkan pegeluar

penyakit kronikyang dipasarkan

penyakit kencing manis

penyakit darah tinggi

penyakit lemah jantung

Pencegahan ini

kalangan kanak-kanak

semua pengguna

orang dewasa

penyakit obesitik

Jumlah frasa yang terdapat dalam petikan;

FrasaBilangan dapatan

Frasa nama25

Frasa kerja17

Frasa adjektif0

Frasa sendi nama11

Jumlah53

Berikut adalah hasil analisis jenis frasa;

Graf di atas menunjukkan jumlah frasa dalam petikan mengikut jenisnya. Jumlah frasa yang paling tinggi ialah frasa nama iaitu sebanyak dua puluh lima frasa. Diikuti pula dengan frasa kerja iaitu sebanyak tujuh belas frasa seperti yang dianalisis dalam petikan rencana yang diberi. Frasa adjektif tidak ditemui dalam petikan. Oleh itu, frasa adjektif menunjukkan graf pada nilai sifar. Frasa sendi nama pula mencatatkan sebanyak sebelas frasa. Jumlah semua jenis frasa yang dijumpai dalam petikan rencana adalah sebanyak lima puluh tiga frasa.

RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid, 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan Malaysia. Balakong, Selangor. Longman Malaysia.Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab, 2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi.Tuan Jah Tuan Yusof, 2004. Siri Teks Komprehensif STPM Kertas 1 Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor. Cerdik Publications.Amdun Husain, 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdul Jalil Othman, 1989. Rujukan Segera Bahasa Melayu KBSM. Kuala

Lumpur. Berita Publishing.

Nik Safiah Karim, 2006. Tatabahasa Dewan. Selangor. Dewan Bahasa dan

Pustaka.PAGE 14