contoh amalan riba

7
CONTOH AMALAN RIBA Seperti yang sedia diketahui, pada zaman globalisasi ini, amalan riba amatlah berleluasa. Apakah pula yang dimaksudkan dengan riba?. Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam. Di dalam al-Quran juga telah dinyatakan dengan maksud riba. Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…(an-Nisaa’: 29) Jadi, setelah mengetahui maksud riba ini, kita beralih pula kepada contoh-contoh riba. Daripada hasil dapatan saya, banyak institusi sekarang ini mengamalkan riba di dalam perniagaan mereka. Sebagai contoh, institusi perbankan dan lain-lain lagi. Contoh pertama yang ingin dikongsi adalah pelbagai kemudahan pada masa kini. Hal ini termasuk juga dalam pembayaran bil-bil Astro dan juga bil-bil pra-bayar telefon bimbit. Tidak kita sedari bahawa sebenarnya kemudahan-kemudahan ini telah terlibat secara tidak langsung dalam riba. Sebagai contoh, urusan pembayaran bil-bil ASTRO yang begitu mudah membuat pemotongan

Upload: fadil

Post on 05-Jul-2015

884 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH AMALAN RIBA

CONTOH AMALAN RIBA

Seperti yang sedia diketahui, pada zaman globalisasi ini, amalan riba amatlah

berleluasa. Apakah pula yang dimaksudkan dengan riba?. Secara umumnya riba boleh

disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun

pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.

Di dalam al-Quran juga telah dinyatakan dengan maksud riba.

Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang

beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan

jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang

dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…(an-Nisaa’: 29)

Jadi, setelah mengetahui maksud riba ini, kita beralih pula kepada contoh-contoh

riba. Daripada hasil dapatan saya, banyak institusi sekarang ini mengamalkan riba di

dalam perniagaan mereka. Sebagai contoh, institusi perbankan dan lain-lain lagi.

Contoh pertama yang ingin dikongsi adalah pelbagai kemudahan pada masa

kini. Hal ini termasuk juga dalam pembayaran bil-bil Astro dan juga bil-bil pra-bayar

telefon bimbit. Tidak kita sedari bahawa sebenarnya kemudahan-kemudahan ini telah

terlibat secara tidak langsung dalam riba. Sebagai contoh, urusan pembayaran bil-bil

ASTRO yang begitu mudah membuat pemotongan sekiranya terlewat dibuat bayaran.

Caj penyambungan semula RM 20 yang dikenakan adalah dianggap tidak setimpal

dengan kos yang perlu dibayar lantaran konsep yang dipraktikkan hanyalah sekadar

melalui sentuhan butang-butang papan panel komputer semata-mata dan kadar yang

sama dicaj secara berterusan selagi kelewatan masih terus berlaku dan begitulah

selanjutnya,suatu kadar caj yang sama sekali tidak adil terhadap pengguna jika

difikirkan keseimbangan dari segi servis perkhidmatan yang sering terganggu setiap kali

hujan. 

Page 2: CONTOH AMALAN RIBA

Tidak ketinggalan juga bil-bil prabayar telefon bimbit sama ada Maxis, Celcom

ataupun Digi. Ia seringkali tidak dapat digunakan setiap kali tamat tempoh walaupun

jumlah isian masih mempunyai sejumlah baki. Setiap kali membuat isian, para

pengguna seolah-olah ‘dipaksa’ menghabiskan setiap jumlah baki yang ada mengikut

tempoh tertentu meskipun hakikatnya ia masih boleh dijimatkan jika perlu.

Contoh seterusnya adalah sistem perbankan. Sistem perbankan adalah sistem

kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba', seperti pinjaman

rumah, kereta dan lain-lain. Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan

ke atas peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih

tinggi daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada

tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi

dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan

mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh

membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.

Selain daripada contoh yang dinyatakan di atas, terdapat lebih banyak lagi

kegiatan riba yang diamalkan pada masa kini. Jadi, adalah tanggungjawab kita sebagai

seorang muslim untuk mengetahui dan menjauhinya.

Aspek seterusnya pula adalah impak riba ini kepada diri sendiri dan orang

sekeliling. Seperti yang telah diketahui, riba ini adalah amat berbahaya. Arak

diharamkan kerana ianya boleh menyebabkan seseorang itu hilang akal. Mencuri

diharamkan kerana ianya akan mengambil hak orang lain tanpa izin. Rasuah

diharamkan kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mengambil suatu yang bukan

haknya melalui rasuah walaupun dia sebenarnya tidak patut memperolehinya atau

melepaskan diri dari hukuman melalui rasuah. Zina diharamkan kerana ianya boleh

melahirkan anak di luar nikah yang akhirnya akan memporakperandakan masyarakat 

dan institusi kekeluargaan. Riba juga tidak terkecuali yang akhirnya akan meruntuhkan

institusi kewangan kita.

Page 3: CONTOH AMALAN RIBA

Islam sangat menggalakkan sifat tolong menolong di antara satu sama lain.

Firman Allah yang bermaksud:

…dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan

janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan

dan bertakwalah kepada Allah… (al-Maidah: 2)

Falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam ialah untuk memenuhi keperluan

seseorang yang dalam kesusahan dan memupuk semangat tolong menolong antara

satu sama lain. Dan dalam konteks riba ini, dengan mengenakan caj tambahan yang

kadangkala berganda-ganda, ia akan melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan

amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang

sedang dalam kesusahan. Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan

kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta.

Selain itu, Islam juga mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah

kehidupan manusia di mana setiap individu perlu menjadi anggota atau unsur kepada

produktiviti. Akan tetapi menerusi amalan riba ini menyebabkan manusia menjadi malas

untuk berusaha dan hanya memikirkan bagaimana hendak melipatgandakan

keuntungan di atas keringat orang lain.

Selain itu,juga, menerusi kegiatan riba ini, harta tidak berkembang dan hanya

berlegar di kalangan orang-orang kaya sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan,

supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-

kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu

pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah

semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh

pahala berganda-ganda. (al-Rum: 39)

Oleh itu, masalah riba ini perlulah diselesaikan dengan berkesan. Antara cara

yang boleh digunakan ialah pertama, melaksanakan sistem perbankan islam. Bagi

Page 4: CONTOH AMALAN RIBA

membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam,

urusniaga faedah (riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh

menjana keuntungan walaupun tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:-

Mudharabah (perkongsian keuntungan)

Wadiah (simpanan amanah)

Musyarakah (usaha sama)

Murabahan (kos tambahan)

Ijarah (pajakan)

Seterusnya, untuk sistem Insurans pula, para ulama telah sepakat memutuskan

Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras

utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan

pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah

Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini, maka Takaful terselamat dari terkena unsur

gharar dan maisir.

Sesungguhnya Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan

riba,maka sesiapa yang telah sampai peringatan dari Allah SWT tentang perkara

tersebut adalah wajar baginya berhenti dari mendekatinya atau menggunakannya

dengan apa cara atau sumber sekalipun,apa yang telah terjadi sebelumnya adalah

terpulang kepada ketentuan-Nya sebaliknya jika diteruskan selepas mengetahui akibat

atau implikasi,maka kemurkaan Allah SWT amatlah berat.

Page 5: CONTOH AMALAN RIBA

ISI KANDUNGAN

Bilangan Perkara Halaman

1 Penghargaan

2 Pengenalan

3 Perbezaan sistem kewangan islam dengan sistem

kewangan konvensional

4 Amalan riba masa kini

5 Perbezaan hukuman antara undang-undang islam

dengan undang-undang sivil

6 Hukuman Kisas dan Hudud

Refleksi

7 Bibliografi

8 Lampiran

9 Kolaborasi

Page 6: CONTOH AMALAN RIBA