contoh
DESCRIPTION
dokumenTRANSCRIPT
CONTOH LAPORAN PROJEK
INOVATIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TAJUK : RAK LCD PROJECTOR
Tajuk projek inovatif : Rak LCD Projektor
Objektif
1. Memudahkan pemasangan LCD dengan komputer untuk mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Menjimatkan masa dalam pengurusan bilik darjah3. Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.4. Meningkatkan bilangan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.5. Mencapai objektif KSSR yang mementingkan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kebaikan
1. Saiz yang kecil mudah dipindah dan disimpan.
2. Ringan mudah diambil ke tempat lain.3. Sambungan wayar yang ringkas.4. Menjimatkan masa.5. Mudah disimpan.6. Mudah dibina.7. Kos pembinaan murah.
Bahan
Cadangan pertama
1. Kayu2. Papan lapis
Cadangan kedua
1. Kepingan aluminium2. Rod aluminum
Kos
Cadangan pertama
Anggaran kayu dan papan lapis = RM 30
Cadangan kedua
Anggaran rod dan kepingan aluminium = RM 100
Cadangan ketiga
Bahan kitar semula seperti kayu / kotak = percuma
Langkah-langkah membina rak LCD projektor
Model 11. Mencari kotak yang panjang dan mempunyai isipadu yang boleh mengisi komputer, LCD projektor dan wayar.2. Mengubahsuai kotak supaya semua bahagian permukaan boleh dibuka semasa penggunaan dan boleh ditutup untuk disimpan semula.
Model 21.Mencari kayu atau rod aluminium untuk membina kotak yang panjang dan mempunyai isipadu yang boleh mengisi komputer, LCD projektor dan wayar.2.Membina semua bahagian permukaan boleh dibuka semasa penggunaan dan boleh ditutup untuk
disimpan semula.
LAKARAN RAK LCD PROJEKTER
CONTOH 1 :
MODEL RAK LCD YANG DIBINA DENGAN MENGGUNAKAN KOTAK
Langkah 1 : Mencari kotak yang berbentuk kuboid.
Langkah 2 : Memotong kotak untuk memastikan kotak tersebut boleh dibuka dan ditutup seperti
rajah di atas.
Langkah 3 : Memasang komputer bimbit, LCD projektor dan wayar di dalam kotak dengan mengikat
dengan menggunakan bahan yang sesuai.
CONTOH 2 :
MODEL RAK LCD YANG DIBINA DENGAN MENGGUNAKAN KAYU
Langkah 1 : Mencari kayu dan papan untuk dipaku menjadi bentuk papan segi empat panjang
Langkah 3 : Memasang komputer bimbit, LCD projektor dan wayar di atas papan dengan mengikat
dengan menggunakan bahan yang sesuai seperti tali (ikatan hidup)
Langkah 3 : Mencari kain sintetik atau kain biasa untuk menutup rak LCD.
Catatan
kedua-dua model telah dikaji oleh blogger. Akhirnya berjaya menjimatkan masa dalam pemasangan
LCD dengan hanya meletakkan rak LCD di tempat sesuai lalu menyambungkan wayar ke kotak
plag.
Keseluruhan masa digunakan hanya 5-8 saat.