complete

Upload: shaliny-linnie

Post on 10-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pjm

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya telah memberi peluang kepada kami untuk menyempurnakan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En Muzaffar Bin Esnawi kerana telah memberikan bimbingan dan kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Komitmen yang ditunjukkan beliau amatlah kami hargai. Penerangan dan bantuan beliau dalam memudahkan kefahaman kami tentang tugasan ini amat membantu. Jutaan penghargaan juga kepada ibu dan bapa kami yang telah memberi sumbangan dan kata-kata perangsang yang membuatkan kami menjadi lebih bermotivasi untuk berusaha dalam menjayakan tugasan yang diberikan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas kami yang lain kerana sedikit sebanyak telah telah memberikan bantuan dan dorongan secara langsung atau tidak langsung. Perkongsian nota-nota serta rujukan diantara kami telah menguntungkan kesemua pihak. Dengan adanya pertukaran ilmu, masing-masing dapat mendapatkan hasil yang terbaik.Selain itu, Kerjasama dan komitmen yang berterusan diantara ahli kumpulan telah melancarkan perjalanan kerja kursus ini. Penglibatan ketiga-tiga ahli kami dalam setiap perbincangan dan agihan kerja yang adil telah meringankan beban ahli. Dengan adanya percambahan idea daripada ahli telah dapat membuahkan hasil akhir yang kami inginkan.Diharap dengan tugasan yang kami sediakan ini, setiap objektif tugasan dapat dipenuhi dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih.

PENGENALANPendidikan Jasmani merupakan suatu proses pembelajaran yang membantu perkembangan tingkah laku manusia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses pembelajaran ini melibatkan aktiviti fizikal bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan-pengetahuan spesifik, kemahiran dan kefahaman untuk meningkatkan bakat semulajadi individu.

Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan. Freeman (1997) menjelaskan bahawa Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang-bidang lain kerana ia menumpukan kepada pembangunan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental dan emosi. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikaan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial) dalam pembangunan potensi individu.

Dauer (1995) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman-pengalaman mengajar. Gabbard, LeBlanc dan Lowy (1994) menyatakan Pendidikan Jasmani membantu kanak-kanak membangun sepenuhnya; merealisasikan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pembangunan ini dinamakan oleh mereka sebagai total child. Pembangunan sepenuhnya itu melibatkan pembangunan dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang membangun tiga aspek iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI SELEPAS KEMERDEKAANDalam kontek sistem pendidikan di Malaysia sekarang, Pendidikan Jasmani menjadi satu bahagian yang penting dalam mendidik warganegara yang pandai menyesuaikan diri dan berguna kepada masyarakat berdasarkan Rukun Negara. Untuk mecapai tujuan ini, guru- guru Pendidikan Jasmani harus mempunyai objektif-objektif berikut: Membentuk satu sistem organ yang sihat melalui gerak kerja cergas yang bertujuan untuk membina kekuatan dan daya tahan. Membentuk sistem otot-saraf melalui gerak kerja jasmani yang memerlukan kemahiran suai gerak dan kawalan. Membentuk kelaziman-kelaziman yang sihat dan sikap-sikap yang diingini mengenai kesegaran jasmani. Untuk membina kelaziman-kelaziman riadah menerusi permainan-permainan, gerak kerja riadah dan hobi yang akan menjadikan kehidupan lebih bermakna sebagai seorang dewasa. Untuk membina taraf-taraf kelakuan dan sikap-sikap kemasyarakatan menerusi tingkah laku yang bersemangat kesukanan.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

Mulai tahun 1959, semua sekolah telah rnenggunakan satu sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang baru dan lebih sesuai bagi kanak-kanak di negara ini. Usaha untuk meninggikan mutu pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah diteruskan dengan penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras, Kuala Lumpur. Kursus khas bagi Pendidikan Jasmani diadakan selama setahun dan kurikulumnya adalah seakan-akan sama dengan kursus diploma Pendidikan Jasmani di Britain. Dalam rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah, sukan dan permainan adalah aktiviti-aktiviti utama. Pertandingan permainan dan olahraga sering dijalankan dan merupakan aktiviti-aktiviti lanjutan Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Untuk menyelaraskan aktivti tersebut, Kementerian Pelajaran menubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia pada tahun 1958 untuk mengendalikan tugas itu. Pendidikan Jasmani menjadi satu mata pelajaran yang wajib dalam kurikulum sekolah rendah hingga ke tingkatan lima di sekolah menengah. Mulai 1971, Kementerian Pelajaran juga menguatkuasakan penggunaan sukatan pelajaran yang baru di semua sekolah. Dalam usaha memperluaskan lagi Pendidikan Jasmani. Kementerian ini telah menyediakan kemudahan-kemudahan dari semasa ke semasa. Selama ini aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani di institusi-institusi tinggi hanya tertumpu kepada beberapa jenis sukan sahaja dan pelajar-pelajar mengikutinya sebagai kegiatan masa lapang. Tahun 1954-1960 (Zaman kecerasan fizikal)

Zaman ini memperlihatkan kepentingan kecergasan fizikal dan aspek-aspek seperti kekuatan, daya tahan, ketangkasan, kelembutan dan kuasa. Konsep latihan dan latih tubi menjadi pegangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemusatan adalah diberikan kepada guru di mana segala perancangan dan perlaksanaan pengajaran adalah diarah oleh guru. Pelajar hanya perlu melakukan setiap arahan yang diberikan oleh guru.

Pendidikan Jasmani hari iniMulai awal 1970an konsep pendidikan melalui kegiatan jasmani mempengaruhi ramai ahli-ahli pendidikan. Zaman ini menekankan bahawa pendidikan adalah hasil gabung jalin aktiviti-aktiviti psikomotor, kognitif, sosial dan afektif. Proses pengajaran dan pembelajaran berpusat kepada para pelajar sepenuhnya. Pelajar digalakkan berfikir, menyeiidik, memerhati, menganalisa, memahami dan rnerasai sendiri proses pembelajaran melaui kegiatan-kegiatan jasmani. Penggunaan pelbagai alatan permaian digunakan untuk meningkatkan perkembangan neuromuscular dan kemahiran. Unsur-unsur sosiologi dan psikologi disalurkan melalui kegiatan-kegiatan terancang agar perkembangan komunikasi dan hubungan intra-personal pelajar-pelajar dapat ditingkatkan. Ini bererti Pendidikan Jasmani han mi menuju kepada matlamat untuk membentuk personaliti para pelajar secara menyeluruh (total). Universiti Malaya memasukkan Pendidikan Jasmani ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikannya. Kursus asas ini bertujuan melengkapkan bakal guru-guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran perkara tersebut. Sementara itu, Universiti Pertanian Malaysia telah membuat persediaan untuk memulakan pengajian Pendidikan Jasmani di peringkat ijazah selama empat tahun. Pada tahun 1979, kumpulan pertama siswa-siswi yang mengambil kursus Ijazah Bacelor Pendidikan dengan pengkhususan dalam Pendidikan Jasmani telah memulakan pengajian mereka. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada guru-guru terlatih yang berpengalaman mengajar Pendidikan Jasmani di sekolah.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANIFalsafah dan matlamat pendidikan kebangsaan adalah untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang kelak menjadi rakyat yang terdidik dan terpelajar dari segi mental, jasmani, emosi dan social. Perubahan tingkah laku yang positif diharapkan dapat berlaku dalam perkembangan hidup melalui proses pendidikan yang sempurna. Melalui system pendidikan yang terancang masyarakat amnya dan individu khasnya, seharusnya mencapai perubahan-perubahan positif dalam perspektif-perspektif berikut :1. Kehidupan dan kesihatan2. Pencapaian nafkah hidup3. Kewarganegaraan4. KesengganganDi Malaysia, kerana terdapat pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, maka falsafah dan matlamat pendidikan berhasrat memenuhi cita-cita Negara untuk menghasilkan :1. Perpaduan nasional2. Integrasi nasional3. Keseimbangan ekonomi.

OBJEKTIF PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Objektif mata peiajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan murid-murid: Memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental, rohani, sosial dan emosi. Menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif. Menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas gimnastik. Mengetahui hak kebolehan diii sendiri serta hubungannya dengan alam persekitaran. Mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.

PRINSIP DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran pendidikan jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu kaedah pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan : Tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang berteraskan kepada psikomotor, kognitif dan afektif. Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut; Kemahiran yang khusus Boleh diukur Boleh dicapai Munasabah Masa mencukupi Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas. Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran. Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait. Adakan pertandingan bersyarat / permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang.

Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ; P1 - Penerangan (semasa, maklum balas) P2 - Praktik (pengelolaan) P3 - Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang) P4 - Permainan / pertandingan P5 - Penyeliaan / pembetulan Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu. Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid. Elakkan bercakap dan memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian. Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran.

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI (PJM 3110)

32

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANSetiap pelajaran pendidikan jasmani mempunyai format asas. Guru yang hendak mengajar merancang untuk pengajaran boleh memilih aktiviti pengajaran-pembelajaran yang sesuai sebagai pengisian rangka pelajaran tersebut. Semasa memilih aktiviti untuk satu masa pengajaran perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah;i. tempoh masa pelajaranii. objektif pelajaraniii. kebolehan murid-muridiv. kemudahan peralatan dan tempat

Rangka pelajaran yang dicadangkan adalah seperti di bawah:Perkara/Langkah

Perincian

Permulaan1. Murid-murid melakukan gerak kerja memanaskan badan memberi kesan kepada melonggarkan sendi, menggerak dan meregangkan otot-otot utama, merangsangkan koordinasi otot saraf dan menambahkan ketangkasan murid.2. Bahagian ini mempengaruhi suasana pembelajaran seterusnya dijalankan secara ringkas, berterusan, rancak dan meneyeronokkan kanak-kanak.

Perkembangan

(Gerakerja Kelas)

1. Bahagian ini merupakan tema pembelajaran2. Objektif fokus dibahagian ini3. Semua murid akan menjalankan aktiviti yang sama yang dirancang oleh guru.4. Pengajaran guru dan latihan murid dititikberatkan5. Banyakkan aktiviti dari satu kemahiran agar dapat mewujudkan peluang pembelajaran yang maksimum dan tidak bosan.

(Gerakerja Kumpulan)1. Bahagian ini merupakan pembelajaran dalam kumpulan kecil. Dalam beberapa stesen. 2. Aktiviti berlainan bagi setiap stesen setiap kumpulan melakukan aktiviti dalam setiap secara bergilir 3. Mengulang kemahiran lepas dan kemahiran yang diajar dalam pelajaran ini

Kemuncak(Permainan / Pertandingan/Persembahan)1. Bahagian ini memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran atau pengetahuan yang telah dipelajari dalam langkah perkembangan (permainan kecil, pertandingan, persembahan)2. Jika diadakan permainan kecil pengelolaan hendaklah ringkas, mudah dan melibatkan semua ahli kelas.

Penutup1. Menenangkan murid dengan melakukan aktiviti gerak kendur.2. Ulasan oleh guru mengenai prestasi murid3. Sesi soal jawab

Perkara/Langkah

Perincian

PANDUAN MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAnda diminta meneliti dan melakukan analisis ringkas untuk membina satu objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berpandukan kepada panduan berikut.SiapaTingkahlaku yang diharapkanKeperluan pembelajaran Situasi khususPrestasi Piawai

Pesertadapat melakukanaktiviti lari pecut mulaan berdiri dengan teknik yang betulpada jarak 30 hingga 50 meterdengan kadar 3 daripada 4 percubaan.

Murid dapat Melakukanhantaran lob kepada kawan menggunakan teknik yang betulpada jarak 3 meter dengan kehadiran penghadangsebanyak 5 kali daripada 8 percubaan

para pelajarmenunjukkan tanggungjawab terhadap alatan sekolahdengan menyusun semua alatan yang telah digunakandi tempat yang betul

muriddapat menyatakan dua persamaan dan perbezaan antara hantaran lob dan hantaran melalui atas kepaladi dalam lembaran kerja yang diedarkandengan 100% betul

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKANJASMANI YANG CEMERLANG

Bil.KriteriaHuraian

1.

Persediaan Alatan Telah disusun secara teratur sebelum pelajar tiba

2.ArahanRingkas, jelas , dapat diikuti pelajar

3.Pengelolaan kelasCepat, kemas, teratur

4.PemulihanMembetulkan kelemahan/kesilapan pelajar sepanjang pelajaran

5.Penyertaan maksimum Peluang yang maksimum untuk setiap pelajar menyertai aktiviti

6.Keselamatan pelajarAlatan yang tidak perlu, dikeluarkan dari kawasan latihanLangkah keselamatan diambil

7.Penggunaan wiselMenghentikan aktiviti, mendapatkan perhatian pelajar, mengawal permaianan

8.Penggunaan ruangPelajar bebas bergerak secara terkawal

9.Penggunaan alatanDigunakan sepenuhnya khususnya semasa gerakerja kelas

10.AktivitiJenis latihan dinamik/ beransur maju / bergerak dan berterusan

11.Tunjuk caraTeknik yang betul/ tegasan butiran mengajar/ semua dapat melihat

12.Butiran mengajar Betul dan ringkas

13.Disiplin pelajarDikawal secara rapi

14.Kemahiran berfikir Unsur KBKK diterapkan

15.Nilai murni Diterapkan/ diaplikasikan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (PERMAINAN GELANGGANG)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANIMata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tarikh: 4 Februari 2013Tunjang : 2- Kemahiran (Permainan Gelanggang) Hari : IsninTajuk : Hoki Masa: 5.20 5.50 petang Sub Tajuk : Menolak dan menahan Kelas: 4 Maju Hasil Pembelajaran : Bil Murid : 20 (L : 8 / P : 12)Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

Psikomotor : 1) Melakukan kemahiran menolak sejauh 1 meter dengan teknik yang betul dan tepat sebanyak 8 daripada 10 percubaan. 2) Melakukan kemahiran menahan dengan koordinasi kaki dan tangan yang betul dan tepat menggunakan kayu hoki. Kognitif : 1) Mengenal pasti taktik yang boleh mengelirukan pihak lawan semasa melakukan kemahiran menolak dalam permainan hoki. 2) Mengenal pasti tindakan berbahaya semasa menolak dan menahan dalam situasi permainan. Afektif : 1) Menunjukkan kesungguhan untuk belajar semasa menjalani aktiviti menolak dan menahan.2) Mengamalkan sikap kerjasama dalam membantu rakan-rakan mempelajari kemahiran menolak dan menahan serta menitikberatkan ciri keselamatan semasa aktiviti.

Pengalaman sedia ada: Murid-murid dalam kehidupan seharian pernah menonton perlawanan hoki melalui televisyenatau daripada sumber media lain dan pernah bermain dengan kayu hoki. Penerapan Nilai: Mematuhi arahan, bekerjasama dan bertanggungjawab.Penggabungjalinan: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Moral.

Bahan bantu mengajar: PerkaraPerincianKuantiti

1.Kayu Hoki22

2.Skital Kon4

3.Bola Getah11

4.Wisel 1

5.Botol 10

FasaStrategi / AktivitiFokus Pembelajaran

OrganisasiCatatan

Permulaan (3-5 minit)Pemanasan Badan BerstesenBerdiri dalam keadaan sedia sambil kaki dibuka luas.Berlari dari kon 1 kepada kon 2 dalam jarak 2 meter.Membuat lompat bintang sebanyak 5 kali pada kon 2.Membongkok badan ke hadapan dan mengambil bola getah pada kon 3.Berlari dan masuk ke dalam barisan untuk giliran murid lain.

Skital 4,Bola Getah 1.

Perkembangan(12 minit)

Langkah 1

Langkah 2

Penerangan Guru

Menolak bola

Menahan Bola

Menahan dan menolak bola secara berpasangan

Menerangkan keperluan kemahiran menolak dan menahan dalam permainan hoki.

Cara memegang kayu: Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu Tangan kanan di bawahnya. Kedua-dua V yang dibuat dengan ibu jari dan jari telunjuk dari kedua-dua tangan adalah selari. Tangan kiri ditegakkan supaya perlaksanaan lancar hayunan kayu ke belakang dan mengikut rentek ke hadapan diadakan

Cara berdiri: Berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaan yang selesa. Letakkan bola lebih kurang 20cm dari kaki kiri. Bahu kiri ke arah gerakan atau pukulan. Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, mata hendaklah memandang bola dan lutut dibengkokkan sedikit.

Hayunan: Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satu garisan lurus dengan kaki kiri. Pada masa kayu kena pada bola, muka kayu hendaklah dalam keadaan Verticalsupaya pukulan tepat boleh berlaku.

Cara Memegang Kayu: Tangan kiri memegang kayu di bahagian atas sementara tangan kanan di bawah sedikit. Tangn kanan dilonggarkan sedikit bagi membantu pegangan tangan kiri.2. Cara Berdiri: Kedudukan kaki adalah kangkang dan lutut bengkok sedikit. Muka kayu yang rata dalah selari dengan bola yang datang. Badan adalah bongkok sedikit agar individu itu sentiasa berada dalam keadaan selesa. Keseluruhan anggota pemain hendaklah berada di belakang kayu yang condong ke hadapan sedikit untuk mengelakkan lantunan bola ke atas.

Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan A, B dan C.Murid dari A memukul bola kepada B dan lari ke belakang barisan B dalam jarak 3 meter.

Murid daripada kumpulan B pula akan memukul murid daripada kumpulan C dan berlari ke belakang barisan C.

Lakukan seperti yang dilakukan dalam demonstrasi.

Teruskan aktiviti ini sehingga semua pemain dapat melakukan pukulan dengan baik.

1 meter

Menolak bola secara berpasangan dengan jarak 1 meter antara satu sama lain sebanyak 8 daripada 10 percubaan.

Tolak bola ke arah rakan secara perlahan.

1 meter

Menahan bola getah menggunakan muka atau hadapan kayu hoki sebanyak 8 daripada 10 percubaan.

Lakukan pelakuan yang sama seperti yang didemonstrasi oleh guru.

Kawal bola dan tolak semula ke arah rakan.

Bila pukulan pelajar memuaskan, jarak ditambahkan kepada 2 m dan 3m.

3 m

3 m

3 m

Skital 4, Bola Getah 11, Kayu Hoki 22.

Skital 4, Bola Getah 11, Kayu Hoki 22.

Skital 3, Kayu Hoki 22, Bola Getah 1.

Kemuncak(10 minit)

Bowling Hoki Peserta berdiri di belakang garisan yang ditetapkan iaitu 2m dari sasaran. Peserta dikehendaki menolak bola getah ke sasaran dengan kayu hoki dengan hanya sekali tolak sahaja ke sasaran.

Kiraan mata akan dikira atau dinilai melalui jatuhan botol yang berbeza mata kiraan. Botol akan dilabelkan mengikut warna yang mewakili mata tertentu.Merah : 1 mataOren : 2 mataBiru : 3 mataHijau : 4 mata5)

Permainan dilaksanakan sebanyak satu pusingan.6)Kumpulan yang mengumpul mata tertinggi akan dikira pemenang.

Syarat-syarat :1)Peserta dikehendaki menolak bola getah ke dalam kawasan yang ditetapkan.2)Pemain hendaklah menolak bola getah dari belakang garisan.3)Pemain hanya dibenarkan menolak, bukan memukul.4)Peserta akan dikira batal jika melebihi garisan.

4m

3 markah4 markah1 markah2 markah

Skital 2, Kayu Hoki 22, Bola Getah 10, Botol Plastik 10.

Penutup(4 minit)Gerak Kendur

RumusanPerbincangan Murid dalam kedudukan bebas dan rawak Murid-murid melakukan aktiviti secara individu .

A, E, I, O, U Stop. Dalam keadaan rawak, murid berdiri dalam keadaan sedia. Berlari-lari anak secara perlahan-lahan. Guru memberi arahan stop dan murid dikehendaki berhenti dari bergerak. Hayunkan tangan ke atas, sisi dan bawah. Goyangkan kaki dan tangan. Bongkokkan badan serendah yang mungkin sambil kayu yang dipegang menyentuh lantai dengan kiraan 4. Tarik nafas melalui hidung dan tahan selama kira-kira 3 saat kemudian hembus melalui hidung dan mulut.

Soal Jawab :-Apakah aktiviti yang dijalankan?Jawapan :-KemahiranMenolak dan menahan bola getah.Menjatuhkan botol dengan menolak bola getah. Guru mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan pembelajaran yang disampaikan

Organisasi gerak kendur

Petunjuk :- Guru

Murid

Borang Permarkahan Permainan Kecil (Bowling Hoki)

MARKAH/KUMPULANKUMPULAN AKUMPULAN B

MERAH (I MATA)

OREN (2 MATA)

BIRU (3MATA)

HIJAU (4 MATA)

JUMLAH MATA

Peta minda teknik, kaedah dan aktiviti (permainan gelanggang)

RPH PERMAINAN GELANGGANG(HOKI)

1) Memanaskan badan: Pemanasan Badan Berstesen Lari Lompat Bintang Membongkok 2) Penerangan guru: Pengenalan mengenai pembelajaran teknik menolak dan menahan bola getah menggunakan kayu hoki.

PERMULAAN

1. Gerak kendur : Lari anak-anak, hayunkan tangan, bongkokkan badan, dan tarik nafas panjang.

2. Penilaian kognitif

3. Bersurai: -Mengemas barang -Simpan dalam storPENUTUP

3) Teknik pegangan kayu hoki dan cara berdiri. : - Guru membuat tunjuk cara dan arahan4) Teknik menolak dan menahan bola getah menggunakan kayu hoki.- guru membuat tunjuk cara dan arahanPERKEMBANGAN KEMAHIRAN

KEMUNCAK

Permainan kecil Murid dibahagikan dua kumpulan Mengaplikasikan teknik menolak dan menahan bola getah menggunakan kayu hoki mengikut kaedah yang diajar Mengikut peraturan permainan Bowling Hoki

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (PERMAINAN PADANG)

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTarikh:11.07.2013Hari: Khamis Masa: 8.15 8:40 pagiTahun: 6 Ibn SinaBil. Pelajar: 30 orangTunjang: Kemahiran Bidang: Olahraga - Padang (lontar peluru)Tajuk: Kemahiran asas lontar peluru Fokus pembelajaran: Teknik pegangan dan gaya berdiri melontar peluru

Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah menonton video melontar peluru pada pengajaran yang lepas Pelajar telah bermain lontar peluru pada sesi pengajaran yang lepas.

Hasil pembelajaran:Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapatPsikomotor: Melakukan 2 daripada 3 percubaan teknik memegang peluru dan kedudukan peluru dengan teknik yang betul.: Melakukan 2 daripada 3 percubaan teknik gaya berdiri melontar peluru dengan teknik yang betul.Kognitif: Menerangkan secara lisan teknik memegang peluru dan kedudukan peluru dengan betul.: Menyatakan 5 otot yang terlibat semasa melakukan kemahiran lontar peluru.Afektif: Murid menunjukkan sifat keprihtainan kepada aspek keselamatan semasa melaksanakan aktiviti.: Menunjukkan toleransi dan kesungguhan semasa melakukan aktivitiStrategi mengajar: Arahan dan tunjuk caraKBKK : menganalisis setiap pergerakan yang dilakukan semasa aktiviti memegang dan melontar peluru dilaksanakan.Pengabungjalinan: Sains, Matematik dan Bahasa MelayuBahan bantu mengajar: Skital(5), bola softbol(5), peluru(2), carta(2), dan wisel(1)Bahagian / MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiAlatan / Cacatan

Permulaan

Pengenalan(1 minit)

Pemanasan badan(2 minit)

Penerangan guru

Aktiviti Pemanasan Badan. Kepala Pusingan tangan Larian anak

Guru memberitahu murid bahawa mereka akan belajar teknik pegangan dan lontar peluru gaya berdiri.

KEPALA

Berdiri tegak Kaki dibuka seluas bahu. Tangan kiri menolak pipi kiri ke kanan dalam kiraan 8. Tangan kanan menolak pipi kanan ke kiri dalam kiraan 8. Kemudian ,kedua-dua tangan menolak kepala ke atas dalam keadaan kedua-dua ibu jari tangan di dagu dalam kiraan 8. Kedua-dua tangan menolak kepala ke bawah dengan keadaan tangan di belakang kepala dalam kiraan 8.

PUSINGAN TANGAN

Berdiri tegak Kaki dibuka seluas bahu. Kedua-dua tangan didepakan Kedua-dua tangan berpusing mengikut arah jam dalam kiraan 8. Kemudian , kedua-dua tangan akan berpusing mengikut arah lawan jam dalam kiraan 8.

LARI ANAK

Mereka akan pusing ke kanan. Berdiri tegak. Mata menghadap ke hadapan. Tangan akan dibengkokkan sedikit. Lutut kaki kiri akan dibengkokkan dan bergerak selangkah ke hadapan. Kemudian diikuti dengan kaki kanan. Larian dilakukan dalam masa 1 minit.

Pelajar membentuk satu bulatan besar. Guru berada ditengah bulatan

= Guru= PelajarStrategi :Arahan.

ABM :Wisel

Nilai :Disiplin.Mendengar arahan

Perkembangan (20 minit)

Langkah 1(7 minit)

Pembahagian kumpulan

Tunjuk cara dan penerangan guru teknik pegangan dan kedudukan peluru dengan teknik yang betul

Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.

Guru menunjukkan teknik memegang dan kedudukan peluru kepada murid

(a) Gambar teknik memegang peluru dengan betul.

Teknik memegang peluru: Letakkan peluru di bahagian pangkal tiga jari yang terpanjang. (jari tengah, jari manis dan jari tunjuk) Regangkan sedikit ketiga-tiga jari. Pastikan peluru tidak berada pada tapak tangan

(b) Gambarajah teknik pegangan peluru di leher sebelum peluru dilontar Bawa peluru ke leher, ke bawah sedikit daripada dahgu Siku menghala keluar badan dengan pangkal lengan membiat sudut 450 dengan badan

Guru menyatakan otot yang terlibat dalam lakuan lontar peluru: Pectoralis major Bisep Trisep Deltoid Trapezius

Murid mengaplikasikan teknik pegangan yang ditunjukkan oleh guru dalam kumpulan masing-masing.

Guru menunjukkan kepada pelajar teknik melontar peluru gaya berdiri

K1 K2 K3 K4 K5

Petunjuk: = guruK =kumpulan murid

Organisasi murid:

Petunjuk: = guru = murid

Organisasi murid:

Petunjuk: = guru = murid

Strategi:Tunjukcara.Arahan.

ABM:Skital WiselCartaBola Softbol

Langkah 2(13 minit)Lontar peluru gaya berdiri

Ansur maju 1

Ansur maju 2

Ansur maju 3

Fasa persediaan Murid berdiri sambil memegang peluru dalam kedudukan sedia Murid mengilaskan badan dengan memusingkan bahu, pinggang naik ke hadapan dan diikuti tolakan dada ke hadapan.

Fasa lontaran Murid pada fasa ini akan menggunakan kaki yang dibelakang menolak dengan kuat sehingga badan melentik. Pergerakan disusuli dengan pergerakan menolak bola softbol dengan menggunakan bahagian bahu. Daya tolakan tadi akan berpindah kepada tangan dan melontar dengan sekuat yang boleh.

Fasa ikut lajak Murid melakukan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan seterusnya melontar. Selepas lontaran, melonjak dengan kaki kanan untuk mengimbangi badan sambil memerhati arah peluru mendarat.

Murid akan mengaplikasikan teknik melontar peluru tanpa peluru terlebih dahulu.Murid akan membuat lontaran secara statik dengan menggunakan bola softbol.

Murid akan mengaplikasikan teknik melontar peluru menggunakan bola softbol

Organisasi murid:

Petunjuk: = guru = murid

K1 K2 K3 K4 K5

Petunjuk = arah balingan

Kemuncak(5 minit)Permainan kecil

Pertandingan melontar peluru antara kumpulan.

murid dibahagikan kepada dua kumpulan (15org/kump)

Setiap murid akan melakukan 2 kali percubaan di dalam pertandingan ini.

Peraturan pertandingan: Setiap murid melakukan lontaran sebanyak 2 percubaan. Hanya lontaran menggunakan teknik yang betul dari segi peraturan permainan sahaja yang akan dikira mata. 1 mata akan diberikan bagi lontaran yang menggunakan teknik yang betul manakala tiada markah bagi lontaran yang tidak menepati peraturan permainan.

A B

Petunjuk:A = Kumpulan AB = Kumpulan B = Arah balingan Strategi:Tunjukcara.Permainan.

ABM:Peluru Borang skor WiselSkitel

Nilai:Kerjasama.Amanah.MendengarBersungguh-sungguh

Penutup(2 minit)Aktiviti gerak kendur.

Regangan pinggang

Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu. Tangan diletakkan di pinggang. Bongkokkan badan ke hadapan dalam kiraan 8. Kembali ke keadaan asal, ledingkan badan ke belakang dalam kiraan 8.

Organisasi murid:

Petunjuk: = guru = muridStrategi:Tunjuk cara dan soal jawab.

ABM:Wisel.Carta

Nilai:Mendengar arahan.

Peta minda teknik, kaedah dan aktiviti (permainan padang)

RPH PERMAINAN PADANG(LONTAR PELURU)

PERMULAAN

1. Penerangan guru: Pengenalan mengenai pembelajaran teknik pegangan dan lontar peluru cara berdiri.2. Memanaskan badan:Kepala:pusing tangan:lari anak

PENUTUP

4. Gerak kendur : Rengangan pinggang

5. Penilain kognitif

6. Bersurai: -Mengemas barang -Simpan dalam stor

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN

1. Teknik pegangan dan kedudukan peluru : - Guru membuat tunjuk cara dan arahan2. Teknik kedudukan peluru di leher:- guru membuat tunjuk cara dan arahan3. Lontar peluru cara berdiri : - Guru membuat tunjuk cara, arahan dan demonstrasi guru

KEMUNCAK

Permainan kecil Murid dibahagikan kumpulan Mengaplikasikan teknik pegangan dan lontar peluru Mengikut kaedah yang diajar Mengikut peraturan

PENGAJARAN MIKROPengajaran dan pembelajaran adalah aktiviti yang merangkumi aktiviti secara lisan dan bukan lisan misalnya menyoal, menerang, melukis, memberi ganjaran, bergerak dan sebagainya. Tugas pengajaran yang kompleks ini telah dianalisis dan dikenali sebagai kemahiran mengajar. Ia juga merangkumi pemerhatian, latihan, penilaian dan pengawalan. Setiap kemahiran ini perlu diperincikan dan dilakukan secara praktikal dalam kumpulan kecil yang mengandungi 6 hingga 10 pelajar dalam tempoh masa 5 hingga 10 minit. Konsep yang ringkas ini hanya menumpukan kepada pengajaran sesuatu kemahiran tertentu. Pengajaran konsep mudah ini dikenali sebagai pengajaran mikro .Pengajaran mikro telah diperkenalkan di Universiti Stanford pada tahun 1960 oleh Allen dan rakan-rakan. Pada asalnya pengajaran mikro direka untuk menyediakan guru pelatih mengajar sebelum mereka pergi ke sekolah. Rasional pendekatan ini ialah memberi pendedahan awal tentang teknik mengurus, kawalan dan arahan kelas, serta teknik kemahiran mengajar. Pengalaman pengajaran mikro membolehkan guru pelatih mengalami situasi sebenar yang akan mereka hadapi di sekolah nanti. Prinsip asas pengajaran mikro adalah ringkas dan dipengaruhi oleh ahli falsafah behaviourist. Program pembelajaran ini menitikberatkan langkah terperinci, semerta dan peneguhan yang berterusan dengan kawalan latihan. Dalam erti kata lain, sesuatu peneguhan yang positif akan diulang manakala perlakuan yang negatif akan diabaikan.

IMPLIKASI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN PENGAJARAN MIKRO.Dalam pengajaran mikro,pelatih-pelatih akan mengajar menggunakan langkah pengajaran yang ringkas di mana rakan sebaya yang terdiri daripada 6 hingga 10 orang menjadi pelajar. Ia memberi pendedahan awal sebelum mereka berhadapan terus dengan pelajar di sekolah.Kelebihan utama pengajaran mikro kepada guru pelatih ialah dapat mengurangkan masalah pengajaran yang kompleks, kerana saiz kelas, masa dan isi kandungan telah dikurangkan. Ia memberi tumpuan kepada latihan kemahiran khusus berbanding kemahiran secara umum. Ia juga memberi maklumbalas yang terperinci daripada pelbagai sumber yang dapat meningkatkan kemahiran mengajar pelatih.Kepada guru dalam perkhidmatan, ia memberi peluang kepada mereka meningkatkan perkembangan dan pembangunan diri yang berterusan di samping sebagai alat penilaian kendiri. Ia boleh digunakan sebagai teknik mendiagnosa kelemahan diri dan menolong mengatasi kelemahan secara khusus. Implikasi rancangan pengajaran harian pula, pengajaran guru menepati kehendak Sukatan Pelajaran dengan menentukan hasil pembelajaran berdasarakn isi kandungan dan aras serta menepati kehendak sukatan pelajaran bagi sesuatu topik.Guru juga dapat menentukan isi kandungan yang yang tepat dan sesuai. Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan. Guru dapat menentukan peranan guru bagi setiap langkah pengajaran, penggunaan sumber P&P (media dan material) yang sesuai.RPH juga dapat membantu guru menggunakan prosedur pentaksiran yang sesuai untuk mengesan dan mengukur pencapaian objektif pengajaran. Seperti menggunakan pentaksiran yang bersifat performance-based, ambil tindakan susulan berdasarkan maklum balas pentaksiran dan mempastikan penggunaan masa pengajaran secara optimum. Oleh itu, penglibatan murid akan berterusan sepanjang P&P dijalankan.REFLEKSIFADLIN SHARINA BINTI ZAHARIMAN920711-02-5178

Alhamdulillah bersyukur saya pada hadrat illahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan saya pada masa yang telah ditetapkan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Muzaffar kerana telah membimbing saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu Shaliny a/p Kannapiran kerana memberi kerjasama yang amat baik dalam melaksanakan tugasan.Tugasan kali ini dikehendaki saya dan rakan-rakan untuk membuat satu rancangan pengajaran harian (RPH) permainan padang dan satu rancangan pengajaran harian (RPH) permainan gelanggang, peta minda teknik, aktiviti dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan mikro teaching. Dalam menyediakan RPH ia tidak menjadi masalah kepada saya kerana dalam kuliah saya telah belajar cara membuat RPH secara terperinci dengan pensyarah pembimbing iaitu Encik Muzaffar. Dalam kuliah juga saya dan rakan-rakan juga telah berlatih membuat RPH dan membentangkan RPH di hadapan kuliah dan pensyarah telah memperbaiki kesalahan yang telah dibuat secara terus. Banyak ilmu telah saya dapat dalam membuat RPH dari permulaan pengajaran sehingga penutup pengajaran sebagai contoh permulaan kita boleh jalankan sesi pemanasan badan atau TGFU (Teaching Games for Understanding), manakala pada perkembangan perlu ada 2 atau lebih langkah untuk memastikan objektif pelajaran pada hari tersebut tercapai dan setiap langkah itu perlu ada unsur ansur maju, seterusnya pada sesi kemuncak permainan kecil boleh dilakukan supaya dapat mengukuhkan objektif pembelajaran dan masa yang diperuntukkan perlu kurang dari masa sesi perkembangan dan akhir sekali penutup kita boleh lakukan aktiviti warming down.

Oleh yang demikian, saya telah memilih untuk membuat RPH hoki bagi permainan gelanggang dan lontar peluru bagi permainan padang. Pemilihan dibuat kerana setiap dari kami mahir dalam permainan ini sebagai contoh saya pernah meminati permainan badminton dan amat kurang gemar dalam lontar peluru.Semasa membuat mikro teaching, kumpulan saya telah ditugaskan untuk membuat permulaan dan perkembangan dan kami memilih untuk mengajar permainan hoki dan saya telah ditugaskan oleh ahli kumpulan untuk membuat permulaan dimana saya telah memulakan pelajaran dengan menggunakan pendekatan TGFU. Ini adalah kali pertama yang kami menjalankan mikro teaching dan ia memberi sedikit kelemahan atau kekurang kepada ahli kumpulan saya dimana kami tiada nasihat, panduan atau pantang larang awal dalam menjalan pengajaran, tidak seperti ahli kumpulan yang lain kerana selepas setiap kumpulan menjalankan aktiviti mikro teaching pensyarah pembimbing akan memanggil semua pelajar dan memberi nasihat dan sebagainya untuk menambah baik proses pengajaran kumpulan yang seterusnya. Saya tidak berasa terkilan dengan menjalankan mikro teaching pada yang pertama kerana saya dapat tahu apa kelemahan yang saya ada dan dapat saya memperbaiki diri saya sebagai seorang bakal guru.Saya berharap dengan ilmu-ilmu yang saya perolehi dalam melaksanakan tugasan ini dapat saya aplikasikan dengan sebaiknya pada masa akan datang sebagai seorang guru supaya menjadikan saya seorang guru yang cemerlang.

REFLEKSISHALINY A/P KANNAPIRAN920831-08-6880

Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dalam tempoh masa yang diberi. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Muzaffar bin Esnawi yang sudi membantu memberi panduan dan penjelasan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu.Dalam tugasan ini kami dikehendaki menghasilkan satu rancangan pengajaran harian (RPH) permainan padang dan satu rancangan pengajaran harian (RPH) permainan gelanggang serta peta minda kaedah pengajaran P&P Pendidikan Jasmani. Menerusi tugasan ini saya belajar pelbagai perkara baru, saya telah belajar bagaimana untuk merangka serta menghasilkan sebuah Rancangan Pengajaran Harian. (RPH) Saya juga telah memperbaiki cara saya menulis RPH PJ untuk pengajaran PJ yang betul untuk diaplikasikan kepada murid-murid sekolah rendah.Selain itu, dalam menghasilkan tugasan ini, terdapat satu kekuatan yang sangat ketara adalah kerjasama di antara ahli kumpulan saya, Fadlin Sharina. Kami telah berbincang setelah menerima tugasan ini dan bersetuju untuk menghasilkan satu RPH berkaitan kemahiran menolak dan menahan permainan hoki. Perbincangan telah berjalan dengan amat baik dan proses pencarian maklumat serta bahan juga amat mudah dengan sokongan dan kerjasama sahabat saya. Setelah menghasilkan RPH tersebut, pembahagian tugas untuk pengajaran mikro dilakukan. Semasa sesi pengajaran mikro, semua ahli kelas kami memberikan komitmen yang amat baik dan sesi pengajaran tersebut berjalan dengan sangat lancar. Bimbingan daripada pensyarah juga amat memberikan bantuan dalam menghasilkan tugasan yang terbaik. Kami mempelajari kesilapan kami menerusi peneguran daripada pensyarah. Segala nasihat dan tunjuk ajar beliau akan kami jadikan teladan.

Saya telah menjalankan pengajaran mikro buat kali pertama bagi pengajaran Pendidikan Jasmani. Saya dapati bahawa kekuatan dalam pengajaran mikro kumpulan saya ialah kami mempunyai kawalan kelas yang baik dan arahan yang kami berikan jelas dan tepat. Seterusnya kami juga mempunyai permainan yang mampu menarik minat pelajar iaitu permainan Bowling Hoki yang kami ambil dari TGFU (Teaching Games For Understanding). Namun demikian, sesi pengajaran mikro kami terdapat banyak kelemahan iaitu kami telah membuat variasi permainan yang kurang mencabar bagi murid-murid. Akibatnya murid-murid mudah berasa bosan apabila lama bermain permainan itu. Tugasan ini sememangnya telah banyak memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada kami dalam mempertingkatkan kualiti kerja kami sebagai guru untuk kegunaan di sekolah masing-masing dan panduan pada masa akan datang. Tugasan ini telah membantu saya menjadi seorang guru PJ yang mampu merangka RPH yang baik dan lengkap serta mempersiapkan fizikal, mental dan spiritual saya untuk menerima dan bertindak dengan sewajarnya apa-apa kemungkinan yang berlaku di sepanjang sesi pengajaran saya kelak. Diharapkan daripada proses pelaksanaan tugasan ini akan dapat memberikan satu lagi aspek kemahiran kepada kami sebagai seorang pendidik.

BIBLIOGRAFI

Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk BakalGuru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.Institut Pendidikan Guru Malaysia. Modul OUM PJM3110 Kurikulum danPedagogi Pendidikan Jasmani.Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani,Universiti Terbuka Malaysia,Kuala Lumpur.Shaifol Bahri Sulaiman, Norazhan Che Lan.(2007). Pengenalan Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd.Yusoff Ismail.(1992), Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, PenerbitFajar Bakti,Kuala Lumpur.

lampiran40

55