cj 7

7
7.1 Asas Kaunseling Kelompok Kaunseling Kelompok Pengalaman teraputik yang dikongsi bersama dengan kehadiran beberapa orang lain yang menghadapi isu/masalah yang sama Berfokus kpd perhubungan interpersonal Menyediakan persekitaran yang selamat : mencuba tingkah laku baharu, menambahbaikan kemahiran berkomunikasi dan menerima maklum balas Bilangan Kaunseling Kelompok : 8-12 7.2 Pemilihan Ahli Kelompok Homogeneous Heterogenous Indvd yg mempunyai ciri kesamaan sama ada jantina, sama isu/masalah, anak yatim/piatu, peringkat umur. Indvd yg mempunyai latar belakang yg berbeza jantina / umur. 7.3 Jenis-jenis Kelompok Corey dan Corey 06 1. Kelompok Tugas 2. Kelompok Psikopendidikan 3. Kelompok Kaunseling 4. Kelompok Berfokuskan penyelesaian Masalah 5. Kelompok Psikoterapi 1 K Tugas 2 K Psikopendidikan 3 K Kaunseling 4 K Psikoterapi 5 K Ringkas 6 K Pertumbuhan 7 K Pembelajaran 8 K Latihan Kemahiran

Upload: cjjuin

Post on 26-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

bnk

TRANSCRIPT

7.1 Asas Kaunseling KelompokKaunseling Kelompok Pengalaman teraputik yang dikongsi bersama dengan kehadiran beberapa orang lain yang menghadapi isu/masalah yang sama Berfokus kpd perhubungan interpersonal Menyediakan persekitaran yang selamat : mencuba tingkah laku baharu, menambahbaikan kemahiran berkomunikasi dan menerima maklum balasBilangan Kaunseling Kelompok : 8-127.2 Pemilihan Ahli KelompokHomogeneousHeterogenous

Indvd yg mempunyai ciri kesamaan sama ada jantina, sama isu/masalah, anak yatim/piatu, peringkat umur.Indvd yg mempunyai latar belakang yg berbeza jantina / umur.

7.3 Jenis-jenis KelompokCorey dan Corey 061. Kelompok Tugas2. Kelompok Psikopendidikan3. Kelompok Kaunseling4. Kelompok Berfokuskan penyelesaian Masalah5. Kelompok Psikoterapi1K Tugas

2K Psikopendidikan

3K Kaunseling

4K Psikoterapi

5K Ringkas

6K Pertumbuhan

7K Pembelajaran

8K Latihan Kemahiran Sosial

9K Penjelasan Nilai

7.4 Proses Kaunseling Kelompok7.5 Peranan Kaunselor sebagai pemudahcara7.6 Dinamika dalam Kelompok

2.1 Definisi Kaunseling KelompokBerdasarkan C.A. Mahler dan E. Caldwell,dalam buku Group Counseling in Secondary Schools, menjelaskan bahawa kaunseling kelompok sebagai proses sosial tentang masalah perkembangan dan sikap para murid di bawah keadaan terkawal. Isi kandungan kaunseling kelompok merangkumi keperluan dan minat bersama dalam kalangan kebanyakan murid.Carl Rogers (1970) menjelaskan kaunseling di bawah Bimbingan Kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalisasikan setiap orang murid mengikut kehendak kumpulannya.Dyer dan Vocind (1973) menyatakan kaunseling kelompok sebagai perubahan sosial dan psikologi setiap orang individu, iaitu mengubah tingkah laku dan pengalamannya dengan individu yang lain serta persekitarannya.Sebagai kesimpulan, bimbingan dan kaunseling kelompok boleh dirumuskan sebagai proses mencari alternatif untuk membantu sekumpulan murid yang menghadapi masalah yang serupa, samaada masalah dalam bidang akademik ataupun masalah dalam bidang sosial. Teknik yang biasa digunakan dalam sesi bimbingan dan kaunseling kelompok ialah pemerhatian ataupun soal selidik serta sumbangsaran.2.2 Konsep Asas Kaunseling KelompokKemahiran kaunseling kelompok merangkumi kemahiran melayan dan kemahiran komunikasi asas. Sebagai seorang kaunselor, dia seharusnya memerlukan kemahiran komunikasi pemudahcaraan. Strategi dan teknik sumbangsaran merupakan kaedah yang sering digunakan semasa sesi kaunseling kelompok. Keberkesanan aktiviti sumbangsaran memerlukan kecekapan menggunakan kemahiran memuadahcaraan. Kemahiran asas utama yang diperlukan dalam proses kaunseling kelompok ialah kemahiran memudahcara. Hal ini demikian kerana kemahiran memudahcara pula meliputi kemahiran membimbing , mengawal, berkomunikasi, melayan, membuat perkaitan, menilai, menguji realiti serta membuat kesimpulan. Semua kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang penting bagi kaunseling kelompok.2.3 Matlamat Kaunseling Kelompok Kaunseling kelompok dapat menolong setiap ahli kelompok untuk mengenal dan memahami diri masing-masing. Dengan cara ini, peserta dapat menerima diri sendiri dan menganggap dirinya sebagai manusia yang berguna.Kaunseling kelompok juga dapat membina kemahiran berhubung di antara ahli kelompok agar membolehkan mereka menggunakannya di dunia luar. Selain itu, melalui kaunseling tersebut, mereka akan mempelajari kemahiran sosial untuk menambahkan pengetahuan dirinya.Kaunseling kelompok dapat membina kepekaan terhadap keperluan orang lain. Hasilnya ia akan bertanggungjawab terhadap kelakuan sendiri. Selain itu, perasaan sensitif tentang keperluan orang lain dan rasa perlu membantu menyelesaikan masalah dapat dibina dalam kehidupan seharian klien.Kaunseling kelompok dapat meningkatkan kebolehan klien untuk mengatasi masalah, membuat keputusan dan mencapai tujuan hidup mereka. Ia juga dapat menolong mereka dalam perhubungan di luar dan di dalam pekerjaan seharian. Dengan ini, keyakinan mereka dalam penyelesaian masalah dan berbincang sesama mereka ataupun dengan masyarakat sekeliling dapat dipertingkatkan.Kaunseling kelompok dapat menolong ahli kelompok membina kemahiran mendengar dengan empati. Ini membolehkan ahli kelompok memahami perasaan yang tersembunyi di sebalik kata-kata yang dikeluarkan. Selain itu, kaunseling kelompok dapat menjadikan mereka bertanggungjawab bukan dengan mendengar sahaja malah menghayati apa yang diperkatakan.Kaunseling kelompok membolehkan peserta menentukan matlamat tertentu yang boleh ditukar dan dilihat melalui kelakuan mereka. Ini dapat mempergiatkan ahli kelompok untuk berusaha mencapai matlamat itu.Kaunseling kelompok membolehkan ahli kelompok menyatakan perasaan dengan jujur dan tepat.Kaunseling kelompok menolong ahli kelompok membina rasa dipunyai dan diterima oleh orang lain. Ini akan menyebabkan mereka berasa selamat apabila menjalankan tugas dan cabaran hidup.Kaunseling kelompok dapat menolong peserta membina semangat dan kewibawaan menghadapi risiko. Perkembangan diri dapat tercapai melalui berkongsi pengalaman.2.4 Prinsip-prinsip Kaunseling Kelompok2.4.1 Proses terapeutik akan lebih berkesan lagi jika suasana demokratik digalakkan oleh kaunselor.2.4.2 Penyertaan kaunseling kelompok haruslah dijalankan secara sukarela. Peserta harus bersedia berkongsi pengalaman dan bersedia mengubah diri.2.4.3 Sebelum menjadi peserta, penerangan yang jelas tentang objektif kelompok harus diberi kepada peserta-peserta.2.4.4 Peserta-peserta haruslah disedarkan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka.2.4.5 Bentuk kelompok yang beraneka adalah ideal jika mempunyai lapan hingga sepuluh ahli tang berjumpa sekali atau dua kali seminggu selama satu hingga satu setengah jam. Jumlah sesi bergantung pada keperluan peserta serta kemampuan kaunselor.2.4.6 Kejelekatan dan perpaduan berkembang dalam kaunseling kelompok adalah lebih mirip sifat-sifat sosial.2.4.7 Peranan seseorang peserta kelompok amat penting dalam keberkesanan kelompok. Seseorang peserta mempunyai sumber trapeutik untuk menolong peserta-pesserta lain.2.4.8 Kerahsiaan menjadi etika yang penting dalam kaunseling kelompok.

2.5 Fungsi dan Peranan Kaunseling KelompokFungsi utama kaunseling kelompok ialah kaunseling yang dijalankan secara kelompok membekalkan satu persekitaran yang selamat di mana klien ataupun ahli-ahli kelompok boleh cuba serta mengalami tingkah laku baru bersama ahli-ahli yang lain.Selain itu, kaunseling kelompok juga boleh menyebabkan ahli-ahli kelompok belajar antara satu sama lain selain dapat mendalami dan meneliti kebimbingan masing-masing. Ahli lain boleh memberikan galakan ataupun sokongkan emosi terhadap klien tertentu dengan perasaan kemanusiaan. Mereka tidak akan berasa perseorangan dengan masalah yang sedang mereka alami. Kaunseling kelompok juga dapat menjimatkan masa sepanjang sesi kaunseling. Hal ini demikian kerana beberapa orang klien dapat dipertemukan pada satu masa yang sama. Di samping itu, pertemuan dengan ahli lain yang mempunyai masalah atau isu yang sama dapat memberikan perspektif yang lebih luas tentang masalah kepada seseorang. Dengan mendengar masalah dan pandangan ahli lain, membolehkan seseorang itu memahami bahawa masalah boleh dikendalikan melalui pelbagai cara.Justifikasi Bilik Kaunseling KelompokLapan kerusi yang disusun dalam bentuk bulat telah disediakan supaya memudahkan perbincangan sesama ahli yang terlibat. Beberapa kerusi telah disediakan bagi ahli baru sepanjang sesi kaunseling. Meja mudah alih telah disediakan di bilik tersebut bagi memudahkan aktiviti dinamik. Contohnya, ahli-ahli boleh menjalankan aktiviti melukis mewarna dengan meja yang disediakan. Maka dengan susunan kerusi dan meja mudah alih yang disediakan, hubungan sesame ahli juga dapat dieratkan.Hawa dingin telah disediakan di bilik kaunseling kelompok. Kami memilih hawa dingin kerana ini dapat mengurangkan halangan-halangan yang mungkin akan menjejaskan sesi kaunseling dijalankan. Contohnya, jika penggunaan kipas semasa sesi kaunseling, tiupan angin mungkin akan menyebabkan rambut ahli ataupun baju berdebar-debar. Ini akan menyebabkan klien tersebut berasa tidak selesa dan ini akan menjejaskan ketrapeutik bilik tersebut. Dengan hawa dingin, masalah ini dapat diselesaikan. Kesejukan juga dapat dikawal dengan mudahnya melalui remote control. Notis sesi kaunseling sedang dijalankan telah dipaparkan di pintu, supaya dapat mengelakkan sebarang gangguan sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Notis tersebut amatlah penting supaya sesi kaunseling tidak akan terganggu oleh klien-klien ataupun kaunselor yang lain. Notis tersebut adalah untuk memberitahu pengunjung mahupun kaunselor yang lain supaya menjaga disiplin diri supaya tidak membuat bising serta tidak memasuki bilik tersebut secara sewenang-wenangnya.Dinding yang dicat dengan warna putih serta lantai yang dibuat daripada papan dapat menenangkan hati klien sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Warna putih adalah kemampuannya untuk membantu mengurangi rasa nyeri. Ini dikarenakan warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Melalui warna putih dinding, ia dapat menyebabkan ahli-ahli lebih terbuka dan berasa selamat, sudi berkongsi perasaan sesama ahli. Warna coklat adalah salah satu warna yang mengandung unsur bumi. Dominasi warna ini akan memberi kesan hangat, nyaman dan aman. Melalui warna coklat tersebut, mereka akan berasa selesa dan meningkatkan kenyamanan mereka.Bilik kaunseling kelompok tidak dihiasi dengan gambar-gambar mahupun pasu bunga. Hal ini demikian kerana setiap ahli mempunyai pengalaman yang berbeza. Hiasan mungkin akan menjejaskan emosi ahli yang terlibat. Oleh itu, kumpulan kami tidak meletakkan gambar-gambar di dinding bilik kaunseling kelompok.