city liner

6
CITYLINER Cityliner merupakan salah satu syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan bas henti-henti yang memberikan perkhidmatan di Nilai. Cityliner menyediakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) dari Seremban dan Nilai. Cityliner menjadikan Terminal 1 Seremban sebagai pusat operasi manakala Terminal Nilai Sentral dijadikan sebagai stesen sekunder bagi bas yang menuju ke KLIA dan LCCT. Cityliner memberikan diskaun tambang bagi golongan tertentu seperti kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah, pelajar berpakaian seragam sekolah, orang kurang upaya dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Upload: ismail-ibrahim

Post on 05-Dec-2014

64 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: City Liner

CITYLINER

Cityliner merupakan salah satu syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan bas henti-henti yang

memberikan perkhidmatan di Nilai. Cityliner menyediakan perkhidmatan ke Lapangan Terbang

Antarabangsa (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) dari Seremban dan Nilai. Cityliner menjadikan

Terminal 1 Seremban sebagai pusat operasi manakala Terminal Nilai Sentral dijadikan sebagai stesen

sekunder bagi bas yang menuju ke KLIA dan LCCT.

Cityliner memberikan diskaun tambang bagi golongan tertentu seperti kanak-kanak berumur 12 tahun

kebawah, pelajar berpakaian seragam sekolah, orang kurang upaya dan warga emas berumur 60 tahun

ke atas.

Laluan Yang Dilalui

Antara laluan yang dilalui oleh Cityliner ialah :-

Seremban - Labu - Nilai

Seremban - Nilai / Putra Nilai - KLIA - LCCT

Page 2: City Liner

Waktu Beroperasi

Waktu Cityliner memulakan operasi perkhidmatan mereka setiap hari adalah sebagaimana berikut :-

Dari Pekan Nilai 6.30 pagi hingga 9.30 malam.

(Kekerapan 30 minit)

Dari KLIA 7.15 pagi hingga 10.30 malam.

(Kekerapan 30 minit)

Waktu Beroperasi

Waktu operasi Cityliner bermula seawal jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang setiap hari.

Page 3: City Liner

STESEN KOMUTER NILAI

Jadual Perjalanan

Dari Nilai ke Rawang:

Isnin hingga Jumaat

Tren pertama - 5.47 pagi

Tren terakhir - 11.49 malam

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Tren pertama - 6.17 pagi

Tren terakhir - 11.49 malam

Stesen Komuter Nilai terletak

berhampiran dengan Terminal Bas Nilai

Sentral. Stesen komuter Nilai ialah

salah satu stesen komuter yang

diintergrasikan dengan perkhidmatan

bas dan teksi serta pertukaran bagi

penumpang yang ingin ke KLIA.

Laluan

Stesen Komuter Nilai terletak di dalam

laluan Seremban ke Rawang ke

Seremban.

Dari Nilai ke Seremban

Isnin hingga Jumaat

Tren pertama - 6.50 pagi

Tren terakhir - 1.08 pagi

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Tren pertama - 6.50 pagi

Tren terakhir - 1.08 pagi

Page 4: City Liner

Persatuan Teksi Seremban (Terminal Nilai Sentral)

Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Seremban beroperasi di Terminal Nilai Sentral, Pekan

Nilai berhampiran dengan Stesen Komuter Nilai.

Kawasan Perkhidmatan

Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Seremban memberikan perkhidmatan ke kawasan-

kawasan seperti Stesen Komuter Nilai, Pekan Nilai, Bandar Baru Nilai, Pekan Labu, Pekan

Salak, Kuarters KLIA, Bandar Baru Salak Tinggi dan Seremban.