ciri ciri rumah mesra alam

Upload: mashietah-rahman

Post on 07-Jul-2018

717 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Ciri Ciri Rumah Mesra Alam

    1/3

    Ciri-ciri Bangunan Mesra Alam

    1. Mempunyai rekabentuk yang membenarkan cahaya semulajadi masuk ke

    ruangdalamannya. Ini ditambah pula dengan penggunaan panel suria untuk

    memacu sistem pencahayaan, penyejukan ruang dan pemanasan air. Ciri-ciri ini

    bukan sahaja akan mengurangkan pencemaran dan penggunaan bahan bakar

    tetapi juga akan menjimatkan kos penyelanggaraan.

    2. ekabentuk yang boleh mengurangkan penggantungan terhadap alat

    pendingin ha!a. Ini termasuk juga sistem pengudaraan yang berkesan,

    penggunaan penebat, rekabentuk siling yang tinggi dan membenarkan aliran

    keluar masuk udara yang baik.

    ". #enggunaan bahan binaan yang kurang menyimpan haba atau

    memantulkan cahaya seperti konkrit, kaca dan plastik. $i samping itu,

    penggunaan tekstur, cat dan !arna yang kurang menyumbang kepada

    pencemaran haba dan %isual juga digalakkan.

    &. #emakaian sistem kitar semula pepejal yang cekap dan berkesan bagi

    mengelakkan pembuangan sisa berkenaan yang menjadi masalah serius di

    bandar.

    '. #enggunaan air hujan sebagai sumber air untuk kegunaan seperti

    membasuh danmenyiram pokok. Ini boleh dilakukan dengan memasang tangki

    air yang mengumpulkan air hujan dari bumbung.

    (. #enanaman pokok teduhan di sekitar bangunan didapati dapat

    mengurangkan beberapa darjah suhu di dalam bangunan. $i samping itu,

    tumbuhan boleh mengurangkan suhu melalui transpirasi serta dapat

    menyegarkan minda penghuni. #ada masa yang sama tumbuhan juga bolehmenyerap gas karbon dioksida.

    Ciri kediaman mesra alam

    umah berciri mesra alam membenarkan pengaliran udara secukupnya untuk

    tujuan %entilasi. )asilnya, udara sejuk dihasilkan sekali gus mengurangkan kesan

    kelembapan.

    Masalah utama dihadapi penduduk di negara beriklim tropika adalah suhu yangtinggi, pancaran terik dan silau sinaran matahari di samping kadar kelembapan

    tinggi. Masalah ini semakin buruk ditambah suhu dikeluarkan oleh badan

    manusia itu sendiri.

    eka bentuk pengaliran udara

    #engaliran udara bermaksud penggantian udara dalaman yang panas dengan

    yang sejuk dari luar. Ada tiga cara pergerakan udara atau angin iaitu*

    #engaliran udara semula jadi

  • 8/18/2019 Ciri Ciri Rumah Mesra Alam

    2/3

    + berlaku tiupan angin

    + perbeaan suhu

    #engaliran udara tidak semula jadi+ peralatan elektrik seperti kipas angin dan penyaman udara

    elain itu, untuk memaksimumkan potensi angin bagi pengudaraan, aliran

    pengudaraan perlu berlaku dalam bangunan bagi memperoleh pengaliran yang

    baik, perlu*

    Membina bukaan pada sisi bangunan

    Binaan banyak bukaan terutama tingkap adalah cara terbaik mendapatkan

    pengaliran udara. Bukaan lebih daripada satu dengan posisi secara berdepan

    akan menghasilkan pengudaraan silang.

    Bagi membolehkan lebih banyak angin memasuki ruang dalam rumah menerusi

    bahagian sisi, maka bina banyak bukaan di bahagian itu. ika matahari terik

    sepanjang hari dan menyebabkan satu sisi rumah panas, maka bahagian buka

    tingkap atau pintu di sisi yang lain untuk memba!a masuk udara segar.

    Membina bukaan pada atas bangunan

    elain untuk pengudaraan, bukaan atas dinding juga ber/ungsi sebagai lubang

    cahaya. Bagi menghindari kemasukan hai!an dan serangga, maka tutup ia

    dengan ka!at berjaring.

    Angin adalah udara yang bergerak. #ergerakan udara berlaku daripada tempatbertekanan tinggi menuju tekanan rendah. usteru, baik sekiranya reka letak

    bukaan dinding dan lubang angin diperhatikan /ungsinya. ika /ungsinya untuk

    mengalirkan udara panas keluar, maka lubang angin patut ditempatkan di

    bahagian atas. Misalnya, menempatkan lubang udara dalam bilik air berguna

    bagi mengalirkan udara panas akibat penggunaan air mandian panas.

    Bumbung kecil terangkat

  • 8/18/2019 Ciri Ciri Rumah Mesra Alam

    3/3

    #engaliran udara juga boleh dilakukan menerusi binaan seperti bumbung kecil

    terangkat. Caranya, bina satu bumbung kecil di atas bumbung sedia ada. Binaan

    seumpamanya mengelakkan udara panas dalam rumah terperangkap,

    sebaliknya udara baru akan masuk melalui binaan tingkap sedia ada.

    #engaliran udara mekanikal

    #engaliran udara secara mekanikal dilakukan dengan memasang alat pengaliran

    udara turbin. Ia ber/ungsi dengan cara turbin berpusing ditiup angin, maka lalu

    menyedut udara panas dari dalam dan membuangnya keluar. ekiranya tiada

    berlaku aliran atau tiupan angin, udara panas juga akan memusing turbin yang

    disebabkan oleh kesan tindihan udara.