ciri-ciri pendakwah wanita yang berjaya

3
CIRI-CIRI PENDAKWAH WANITA YANG BERJAYA MUQADDIMAH Shaikh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni 1 menulis: Seorang pendakwah harus ramah dan bersahabat dengan manusi dengan cara memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka. Tugas pendakwah tidak hanya menasihati mereka dengan perkataan, atau menyampaikan pidato serta peringatan, tetapi tugas mereka adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasul kita Muhammad SAW yang begitu ramah, mesra bersahabat, dan kadang-kadang memberikan hadiah kepada mereka atau menziarahi mereka dan sentiasa tidak pernah keberatan untuk menjemput mereka.Petikan di atas menghuraikan salah satu sifat pendakwah. Keazaman kita untuk menjadi pendakwah yang tulen perlu disertai dengan tekad untuk membaiki diri secara berterusan. Kualiti pendakwah perlu seiring dengan kualiti produk yang dipasarkannya iaitu ISLAM. Sebagaimana hebatnya Islam, begitulah kehebatan yang patut ada pada pendakwah. Kita tidak mahu, pendakwah yang sepatutnya menjunjung agama Allah akhirnya menjadi fitnah kepada Islam. Kita amat gerun jika gelaran orang dakwah digambarkan dengan persepsi hodoh dan negatif. Apa yang kita hasratkan ialah untuk mewujudkan satu tanggapan umum bahawa manusia yang dikatakan pendakwah itu adalah manusia yang boleh dipercayai, pandai berkawan, boleh jadi contoh, berjaya dalam bidang yang diceburi dan unggul peribadi. InsyaAllah, dalam catatan kertas kerja ini, penulis akan menerangkan beberapa ciri-ciri pendakwah yang patut dimiliki oleh setiap pendakwah. KEPERLUAN PENDAKWAH WANITA Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang dipikul oleh setiap insan yang beriman. Ia adalah kerja asasi para Rasul dan dipanjangkan kepada umat Muhammad (SAW) sebagai satu tugas yang tidak boleh dielakkan. Dr Abdul Karim Zaidan 2 menegaskan bahawa tugas dakwah tidak dikhususkan kepada para ulama sahaja, atau golongan yang digelar sebagai orang agama , malah ia adalah kewajipan buat semua. Golongan wanita merupakan kelompok penting yang perlu memikul amanah dakwah. Secara nalurinya kaum hawa mudah didekati oleh kaum sejenis dengannya. Batasan pergaulan menurut syariat tentunya mengehadkan peranan pendakwah lelaki buat kaum wanita. Maka, di sinilah letaknya peranan besar untuk melaksanakan tugas suci ini. Tambahan pula wanita yang mempunyai sifat semulajadi sebagai pendidik sekurang- kurangnya dalam institusi keluarga, menjadi nilai tambah kepada usaha melahirkan seramai mungkin para pendakwah wanita. Malah keboleh wanita sebagai pendidik 1 Aidh Abdullah Al-Qarni, Jadilah Hamba Allah Yang Sejati (Kuala Lumpur: Al-Hidayah, 2008) hlm 67 2 Abdul Karim Zaidan, Islam dan Dakwah (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2002) hlm 346 1

Upload: shuq-faqat-al-fansuri

Post on 16-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Pendakwah Wanita Yang Berjaya

TRANSCRIPT

Sifat2: (Abd Hadi)

CIRI-CIRI PENDAKWAH WANITA YANG BERJAYA

MUQADDIMAHShaikh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni menulis: Seorang pendakwah harus ramah dan bersahabat dengan manusi dengan cara memberi manfaat dan kebaikan kepada mereka. Tugas pendakwah tidak hanya menasihati mereka dengan perkataan, atau menyampaikan pidato serta peringatan, tetapi tugas mereka adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasul kita Muhammad SAW yang begitu ramah, mesra bersahabat, dan kadang-kadang memberikan hadiah kepada mereka atau menziarahi mereka dan sentiasa tidak pernah keberatan untuk menjemput mereka.

Petikan di atas menghuraikan salah satu sifat pendakwah. Keazaman kita untuk menjadi pendakwah yang tulen perlu disertai dengan tekad untuk membaiki diri secara berterusan. Kualiti pendakwah perlu seiring dengan kualiti produk yang dipasarkannya iaitu ISLAM. Sebagaimana hebatnya Islam, begitulah kehebatan yang patut ada pada pendakwah.

Kita tidak mahu, pendakwah yang sepatutnya menjunjung agama Allah akhirnya menjadi fitnah kepada Islam. Kita amat gerun jika gelaran orang dakwah digambarkan dengan persepsi hodoh dan negatif. Apa yang kita hasratkan ialah untuk mewujudkan satu tanggapan umum bahawa manusia yang dikatakan pendakwah itu adalah manusia yang boleh dipercayai, pandai berkawan, boleh jadi contoh, berjaya dalam bidang yang diceburi dan unggul peribadi. InsyaAllah, dalam catatan kertas kerja ini, penulis akan menerangkan beberapa ciri-ciri pendakwah yang patut dimiliki oleh setiap pendakwah.

KEPERLUAN PENDAKWAH WANITADakwah merupakan satu tanggungjawab yang dipikul oleh setiap insan yang beriman. Ia adalah kerja asasi para Rasul dan dipanjangkan kepada umat Muhammad (SAW) sebagai satu tugas yang tidak boleh dielakkan. Dr Abdul Karim Zaidan menegaskan bahawa tugas dakwah tidak dikhususkan kepada para ulama sahaja, atau golongan yang digelar sebagai orang agama, malah ia adalah kewajipan buat semua.Golongan wanita merupakan kelompok penting yang perlu memikul amanah dakwah. Secara nalurinya kaum hawa mudah didekati oleh kaum sejenis dengannya. Batasan pergaulan menurut syariat tentunya mengehadkan peranan pendakwah lelaki buat kaum wanita. Maka, di sinilah letaknya peranan besar untuk melaksanakan tugas suci ini. Tambahan pula wanita yang mempunyai sifat semulajadi sebagai pendidik sekurang-kurangnya dalam institusi keluarga, menjadi nilai tambah kepada usaha melahirkan seramai mungkin para pendakwah wanita. Malah keboleh wanita sebagai pendidik terserlah dewasa ini dengan ramainya wanita mendominasi bidang pendidikan berbanding lelaki. Kelebihan ini sepatutnya menjadi pendorong untuk setiap wanita bagi melibatkan diri dalam dunia dakwah dalam skop yang lebih luas dan melalui wadah yang lebih besar.Realiti zaman ini yang melebarkan peranan dan kedudukan wanita menuntut kita untuk melakukan pecutan bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti pendakwah wanita. Hari ini wanita ditonjolkan untuk memimpin, maka sepatutnya wanita yang berjiwa pendakwahlah yang mengisi posisi kepimpinan itu. Jika bilangan pendakwah wanita hanya boleh dibilang dengan jari, dan kualitinya pula tumpul, maka posisi itu akan dipenuhi oleh golongan jahil, jahat atau pendakyah sesat.Ruang lingkup pendakwah wanita adalah luas. Dakwah boleh dilakukan sama ada secara lisan, tulisan, atau melalui aktiviti yang dilakukan secara berjamaah. Seorang yang menguruskan pembesar suara dalam program dakwah, misalnya juga dianggap pendakwah. Berikut adalah beberapa contoh posisi yang boleh sertai sebagai usaha pendakwah wanita:a. berdakwah dalam keluarga sebagai ibu atau anak atau adik beradik

b. berdakwah secara fardhiyah kepada sasaran masyarakat kejiranan

c. berdakwah secara jamaie dengan jiran-jiran melalui jawatankuasa surau, harakah Islam, atau persatuan penduduk.

d. berdakwah kepada rakan-rakan tempat kerja

e. berdakwah melalui medium IT menggunakan laman web, blog, emel, SMS dan lain-lain.f. Berdakwah melalui gerakerja organisasi dakwah atau harakah Islam.g. Berdakwah melalui platform hobi seperti menjahit, memasak dan lain-lain.h. Berdakwah melalui rangkaian perniagaan MENEROKA KEJAYAAN DAKWAHSecara individunya, kejayaan dakwah diukur dengan penerimaan amalannya di sisi Allah. Allah berhak untuk memberikan pahala dakwah sebayak mana yang dia kehendaki. Namun para pendakwah boleh berikhtiar untuk mencapai sebanyak mungkin pahala dakwah berasaskan keikhlasan, kualiti dan kuantiti dalam dakwah, serta tidak mengabaikan fiqh awlawiyat (prinsip keutamaan). Secara jamaknya, kejayaan dakwah boleh diukur melalui peningkatan amalan Islam diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Kejayaan dakwah ini tidak akan tercapai melainkan jika para pendakwah mempunyai kualiti yang hebat sebagaimana yang dimiliki oleh generasi awalan yang telah membuktikan keagungan Islam di mata dunia.

Aidh Abdullah Al-Qarni, Jadilah Hamba Allah Yang Sejati (Kuala Lumpur: Al-Hidayah, 2008) hlm 67

Abdul Karim Zaidan, Islam dan Dakwah (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2002) hlm 346

PAGE 1