pendakwah air kacang soya

42
Pendakwah Air Kacang Soya Pendakwah Air Kacang Soya 1 Insha-Allah dalam masa yang agak singkat dan kesibukan harian ini, saya akan menulis sedikit demi sedikit tajuk yang diberikan dalam bentuk bersiri. Saya cuba untuk menggunakan konsep ini agar saya terus menulis dan dalam masa yang sama, ramai pembaca yang boleh memberi idea dan input untuk memajukan tulisan cereka bermesej ini. Penulisan ini diadaptasi dan diubahsuai daripada pengalaman mengendalikan Madrasat-ul-Hayaah Challange terutama bersama Nas dan Din di Segamat Johor. Semoga Allah mengampunkan kesilapan dalam penulisan ini dan harapannya agar ia bermanfaat. Nas dan Din datang dari kejauhan. Mereka datang dengan penuh semangat ke Segamat. Mereka berdua tahu bahawa apa yang mereka akan laksanakan adalah projek yang besar, terutama bagi anak muda yang baru sahaja menamatkan pelajaran di sekolah menengah. Kali ini mereka memang amat bersemangat dan berminat. Untuk menjadi usahawan muda. Pastinya, ia dilaksanakan atas dalil bahawa Rasul juga adalah usahawan atau pedagang yang berjaya ketika hidup mudanya. Dengan kejayaan itulah, Rasullah mampu membawa keuntungan yang banyak kepada Khadijah. Lebih dari itu, kemahiran menjadi pedagang, peniaga atau usahawan ini membina personaliti baginda untuk menjadi personaliti dakwah. Itulah sebabnya Nas dan Din datang dari jauh untuk cuba dengan penuh tabah dan cekal. Awal pagi hari pertama, Nas dan Din bangun awal untuk membincangkan apakah yang akan dijual. Apakah yang mampu mereka laksanakan untuk berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi. Panjang perbincangan mereka, tetapi ia berlegar pada satu produk yang amat mereka biasa menjualnya. Air kacang soya.

Upload: mohd-alif-mohd-dom

Post on 30-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Air Soya

TRANSCRIPT

Page 1: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 1Insha-Allah dalam masa yang agak singkat dan kesibukan harian ini, saya akan menulis sedikit demi sedikit tajuk yang diberikan dalam bentuk bersiri. Saya cuba untuk menggunakan konsep ini agar saya terus menulis dan dalam masa yang sama, ramai pembaca yang boleh memberi idea dan input untuk memajukan tulisan cereka bermesej ini. Penulisan ini diadaptasi dan diubahsuai daripada pengalaman mengendalikan Madrasat-ul-Hayaah Challange terutama bersama Nas dan Din di Segamat Johor. Semoga Allah mengampunkan kesilapan dalam penulisan ini dan harapannya agar ia bermanfaat.

Nas dan Din datang dari kejauhan. Mereka datang dengan penuh semangat ke Segamat. Mereka berdua tahu bahawa apa yang mereka akan laksanakan adalah projek yang besar, terutama bagi anak muda yang baru sahaja menamatkan pelajaran di sekolah menengah. Kali ini mereka memang amat bersemangat dan berminat. Untuk menjadi usahawan muda. Pastinya, ia dilaksanakan atas dalil bahawa Rasul juga adalah usahawan atau pedagang yang berjaya ketika hidup mudanya. Dengan kejayaan itulah, Rasullah mampu membawa keuntungan yang banyak kepada Khadijah. Lebih dari itu, kemahiran menjadi pedagang, peniaga atau usahawan ini membina personaliti baginda untuk menjadi personaliti dakwah. Itulah sebabnya Nas dan Din datang dari jauh untuk cuba dengan penuh tabah dan cekal.

Awal pagi hari pertama, Nas dan Din bangun awal untuk membincangkan apakah yang akan dijual. Apakah yang mampu mereka laksanakan untuk berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi. Panjang perbincangan mereka, tetapi ia berlegar pada satu produk yang amat mereka biasa menjualnya. Air kacang soya.

Kata Din, "Saya biasa menjualnya pasal ayah saya memang ada mesin khas untuk buat air kacang soya di rumah. Ayah menjadi pembekal air kacang soya ke sekolah-sekolah dan kedai-kedai."

Nas dan Din bersetuju untuk mencatat dalam buku log mereka dari segi akaun dan pengalaman. Ini untuk memudahkan perkongsian pengalaman mereka bersama rakan-rakan usahawan muda pada masa akan datang.

Catatan saya: Nas dan Din cenderung untuk menjual air kacang soya pada lintasan pertama kerana itulah kemahiran mereka yang diyakini dan selesa untuk diteruskan. Pendakwah juga mempunyai topik dan bidang yang diyakini dan selesa untuk disampaikan. Memberi keutamaan kepada perkara ini amat penting kerana dakwah bukan sekadar dilaksanakan satu dua hari. Jika perlu ditambah bidang lain, ia dilaksanakan setelah mencari kemahiran dalam bidang tersebut. Namun mulakanlah dengan apa yang ada dan majukanlah aspek lain.

Page 2: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 2

Nas dan Din berbincang-bincang apakah strategi untuk memastikan apa yang mereka perlu laksanakan ...Mereka mencatat apakah yang perlu mereka capai. Kata Nas, "Kalau boleh, kita dapat beat  gaji kalau kerja di kilang atau kedai biasa. Biasanya, sebulan dapat RM 600. So maksudnya, kita perlu dapat RM 1200 untung bersih setiap bulan." Din mengangguk.

Mereka terus berbincang.

" Kalau kita nak dapat RM 1200 sebulan dan kita buka 6 hari seminggu, maksudnya 1200 perlu dibahagi 24. Lebih kurang, RM 50 untung sehari. "

 "Eh, ok le tu. Mudah-mudah je kalau nak dapat banyak tu sehari."

"Tapi macam mana nak dapat sebanyak tu ? RM 50 tu banyak ..."

Din mengambil kertas dan kalkulator. Ditulis atas kertas tersebut sedikit kiraan. Nas menjeling apa yang ditulis. "Eh apa yang kau tulis senarai bahan tu? Kita belum bincang bab bahan lagi. Kita berbincang berkaitan dengan target untung dan apa yang perlu kita laksanakan."

"Inilah cara untuk nak tahu apa yang perlu kita laksanakan. Memang boleh kalau kita terus berjual dan catat. Tapi target kita mungkin tidak sekata dengan apa yang perlu dibuat."

"Maksud abang?"

"Yalah. Nak dapat untung RM 50 bukan sama dengan jual RM 50 air soya. Kita kena kira kos nak hasilkan air soya, tenaga dan pelbagai belanja lain. Setelah itu, barulah ditolak dan kita dapat tahu jumlah untung. Paling kurang, kita perlu ada  harga kasar. Kalau kita beli apa sahaja yang kita inginkan tanpa merancang, mungkin kita akan mulakan perniagaan ini dengan belanja yang besar padahal keuntungan akhir nanti tidak berbaloi dengan apa yang kita usahakan."

Mereka terus berbincang. 

 

Catatan saya: Mengenalpasti apa yang ada serta mengetahui target akhir amat penting untuk mendapat gambaran keseluruhan dakwah yang akan dilaksanakan. Namun dakwah perlukan bahan yang bagus untuk 'dijual'. Dalam kekurangan yang sedia ada, pendakwah perlu memaksimumkan apa yang sedia ada untuk melaksanakan dakwah. Tidak perlu tunggu kepada peluang berceramah dengan orang-orang besar, atau bercakap dengan orang yang zalim sahaja - barulah peluang dakwah disambut. Gunakan apa sahaja di

Page 3: Pendakwah Air Kacang Soya

sekeliling dan sampaikanlah dakwah atau mesej kebenaran walaupun sekadar mencatat nota kebaikan, senyuman dan banyak lagi. 

Yang penting, ia perlu ada perancangan. Setelah itu, pastikan ada cara untuk mencapai target hujung tersebut dalam dakwah. Jika kita mengharapkan ada 30 orang baru yang melazimi masjid selepas 6 bulan anda berdakwah, maka ia perlu dirancang dari sekarang. Jika kita sekadar mengharapkan ada pertambahan tanpa ada perancangan ke arah itu, samalah seperti mengharapkan untung RM 50 sehari tanpa perlu mengira berapa bungkus air soyakah yang perlu dijual setiap hari. Pada akhir bulan, setelah dikira-kira, bukan RM 1200 yang diperoleh tetapi hutang yang ada kerana membeli bahan dan peralatan yang melebihi pendapatan. Bukan sahaja 30 orang baru ke masjid tidak diperoleh, malah makin ramai yang meninggalkan masjid - hatta diri si pendakwah itu sendiri.

Page 4: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 3

"Boleh ke kita dapat RM 50 sehari nie ?" kata Nas apabila memerhati kepada catatan yang dibuat oleh Din. Nampaknya senarai keperluan dan modal semakin bertambah.

Din diam.  Setelah beberapa ketika, beliau meletakkan pen dan menghela nafas panjang.

"Kita perlu modal yang agak besar. Paling kurang, kita perlu ada blender untuk memproses kacang soya. Paling kurang harganya seratus lebih. Kita perlu dapur gas dan periuk besar untuk memanaskan air soya yang sudah diperah. Peti sejuk..."

Nas menyampuk, " Kita tak payah le tu semua. Kita tumpang-tumpang je mana yang ada."

"Boleh tu memang boleh. Tapi susah nanti..."

"Tak pe bang. Sementara je. Nanti apabila kita dah mampu, kita belilah....Kita tak boleh harapkan semua sempurna dan baru kita boleh mulakan perniagaan..."Nas berfikir positif. Alang-alang menyeluk pekasam, biar ke pangkal jalan. Dia amat yakin bahawa dengan berniaga, ada keuntungan yang banyak. Risiko tetap risiko. Tanpa risiko, mustahil seseorang itu mampu berjaya. 

Din mengangguk. Dia teringat ayahnya dulu. Tiada pun mesin yang besar ketika memulakan perniagaan. Ayahnya sekadar pinjam-pinjam sahaja keperluan yang ada. Hatta blender pun dipinjam daripada jiran terdekat. Biasanya ayah tidak lupa untuk menghadiahkan air soya kepada jiran tersebut.

 "Ok tak bang? Kita guna mana yang ada dulu ye? "

"Segan jugak abang. Bukan kenal sangat pun dengan orang-orang di sini." Kata Din

"Tak pe. Kita tanya-tanyalah pada abg Fazrul. Dia kan orang sini."

"Ok." 

 

Catatan saya: Berfikirlah besar kerana ada janji daripada Allah kepada individu yang berusaha sendiri. Dalam menyampaikan kebenaran, ia juga adalah urusan ekonomi seperti mana tertera dalam surah as-Saff.

" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? "(61:10)

Page 5: Pendakwah Air Kacang Soya

Jika peniaga yang tiada apa boleh yakin untuk untung di dunia, dakwah juga memerlukan sikap dalam diri bahawa ia akan memberi hasil kerana apa yang dibawa ialah produk yang diperlukan oleh semua manusia. Apa yang penting dalam keadaan serba kekurangan, kita akan menggunakan sumber yang ada dengan maksimum serta dilaksanakan dengan cara yang terbaik. Lebih dari itu, individu peniaga perlu mengambil risiko yang berpatutan. Taraf risiko ini bergantung kepada apakah hasil yang disasarkan. Lebih besar keuntungan yang ingin dicapai, lebih besarlah risiko yang perlu diambil. 

Dalam dunia dakwah, sememangnya kita tidak sesuai untuk mengharapkan diri menjadi individu yang terbaik dan barulah layak untuk melaksanakan tugas yang baik ini. Dengan semangat yang positif dan cuba untuk melaksanakannya dalam kehidupan seharian bagi menuju Yang Esa, itulah aset paling mahal yang menjadi asas untuk melaksanakan dakwah. Bagi seorang usahawan, bukanlah modal berjuta-juta yang menjadi aset awal untuk berjaya. Semangat yang positif itu amat penting dan ia akan melonjakkan diri kepada keuntungan berlipa kali ganda. Modal ringgit mungkin terhad dalam diri manusia, namun modal insan amat besar dikurniakan oleh Allah untuk berjaya di dunia dan akhirat. 

Page 6: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 4

 Pada malamnya, setelah selesai solat isyak, Nas dan Din pergi berjumpa Abang Fandi untuk berbincang tentang projek jualan mereka.

Din memulakan perbincangan. “Abang Fandi, kami ada hal sikit nak minta tolong ni. Saya dan Nas dah berbincang. Jual air kacang soya.” Din terdiam seketika. Menggaru-garu kepalanya memikirkan bagaimana hendak meneruskan perbincangan.“Hmm.. Bagus tu. Tak ramai orang muda yang nak berniaga lepas SPM” Abang Fandi memberi kata-kata perangsang.

Melihat Din diam, Nas mencelah “ Tapi, kami kekurangan modal untuk beli barang-barang seperti blender, dapur gas, periuk, dan bekas air. Jadi, kami ingat nak pinjam je dulu barang-barang tu. Abang boleh tolong tak?”

“Ooo.. cakap la nak minta tolong. Tak perlu malu. Peralatan seperti dapur gas, periuk, blender, abang ada. Boleh pinjam abang punya. Tapi, bekas air nak jual kacang soya tu, cuba tanya pada Haji Ismail. Dulu dia pun berniaga jual air juga. Sekarang dia dah berhenti. Tanya-tanya la sekali tip-tip berniaga dari dia.”

“Tapi, kami tak berapa kenal dia. Segan la.” Sampuk Din

“Nak berniaga tak boleh la segan. Abang akan teman tapi, Nas dan Din yang kena cakap nak pinjam barang”

“Ok bang, no problem.Esok pagi kita jumpa Haji Ismail. Ok?” Nas berkata dengan begitu yakin.

“OK!” sambut Din dan Abang Fandi serentak.

Page 7: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 5

“Apa khabar tuan haji? Sibuk ke sekarang?” Abang Fandi memulakan bicara

“Alhamdulillah, sihat. Takdelah sibuk sangat. Biasala sekarang tengah urus bisnes kedai makan. Minggu ni nak rehat kejap. Minta tolong anak-anak jaga kedai. Sementara mereka balik cuti ni. Ada apa-apa hajat ke? Macam ada hal penting je, pagi-pagi lagi dah datang,” balas Haji Ismail

Abang Fandi tersengih. “Ni saya bawa dua orang usahawan muda ni, Nas dan Din,” kata abang Fandi sambil tersenyum. “Mereka yang berhajat sangat jumpa Tuan Haji ni. Ha, apa lagi, beritahu la hajat kamu berdua pada Tuan Haji,” sambil menoleh kepada adik beradik kembar yang penuh semangat ini.

Din terus menyuarakan hajat mereka. “Macam ni Tuan Haji, saya dengan Nas ni rancang nak berniaga, jual air kacang soya. Tapi, kami tak cukup modal untuk beli beberapa peralatan. Kalau boleh kami nak pinjam bekas air dari Tuan Haji. Nanti, dah ada duit sikit, kami beli baru dan pulangkan semula bekas air tuan haji.”  Dinagak segan menyatakan hajat tersebut, tapi diteruskan jua.

Mendengar penerangan dari Din, Haji Ismail terus berkata “Alhamdulillah, saya memang suka benar kalau ada orang muda nak berniaga ni. Takpela, kamu ambil je la terus bekas air saya tu. Bukannya nak guna lagi pun. Daripada tersimpan je dalam stor tu, baik kamu guna. Barang-barang macam pencedok minuman, balang air gula dan lain-lain dalam bekas tu pun kamu ambil sekali. Barang-barang tu pun kena ada juga kalau nak jual air.”

“Ye ke, Tuan Haji. Terima kasih ye.” Balas Nas, gembira dengan tawaran tersebut. Dalam hatinya, dia akan membayar sagu hati kecil kepada Tuan Haji apabila perniagaan sudah mengaut keuntungan. Kalau janji sekarang, perniagaannya pun belum bermula.

Haji Ismail terus mencelah “Sama-sama. Saya pernah lalui zaman macam kamu ni. Zaman mula-mula nak berniaga. Zaman jatuh bangun, suka duka, naik turun, semua tu saya dah rasa. Kamu kena rancang betul-betul perniagaan kamu dan mesti bersedia bila-bila masa dengan segala ujian....”

“Betul tu Tuan Haji. Nak merancang mula nie pun kami pening kepala. Kalau Tuan Haji sudi, boleh ceritakan sikit pengalaman-pengalaman Tuan Haji?” Din terus bertanya. Din memang seorang yang berani. Din terkenal di sekolahnya sebagai pemidato bahasa Inggeris manakala Nas sebagai pemidato bahasa Arab. Dua-dua petah bercakap.

Nas dan Din begitu bersemangat mendengar Haji Ismail menceritakan pengalamannya dalam perniagaan. Mereka makin yakin dengan pilihan yang dibuat.

 Mereka berempat bersembang dengan begitu rancak.

Page 8: Pendakwah Air Kacang Soya

Hampir tengahari, Din, Nas dan abang Fandi pulang ke rumah. Nas dan Din kelihatan begitu gembira. Bukan sahaja dapat barang-barang, pengalaman yang dikongsi oleh Tuan Haji pun banyak membuka minda mereka.

Mereka sudah bersedia untuk langkah seterusnya.

Page 9: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 6

“Alhamdulillah, sedikit masa lagi nampaknya kita dah boleh mula berniaga” Kata Din

“Insya Allah. Alhamdulillah Abang Fandi tolong kita. Kalau tak, banyak juga kita kena guna duit. Jom kita check balik apa lagi yang kita perlukan” balas Nas

“Peralatan rasanya semua dah cukup. Bahan-bahan macam kacang soya, gula pasir, dan lain-lain kejap lagi kita beli. ”

“Wah. Bagus-bagus bang,” kata Nas tersenyum lebar. “Jadi, kita akan buka enam hari seminggu. Mm... lupa pula, kita nak jual kat mana ni bang?” Tanya Nas

“Ye tak ye juga. Tuan Haji tadi ada pesan supaya kita pilih tempat yang sesuai. Abang cadangkan kita jual je di stesen bas.”

“Ok ke di situ? Memanglah banyak bas dan orang pun ramai tapi, di situ kotor sikit, tak campur lagi dengan asap hitam bas. Tercemar nanti air kita. Apa kata kalau kita jual dekat kawasan kedai berdekatan Taman Manggis? Ramai orang juga. Saya tengok setiap pagi dan petang, mesti ramai orang beli kuih kat Mak Minah tu. Kalau beli kuih, lepas tu ada pula air kacang soya, kan best tu bang?”

Din berfikir sebentar “Bagus juga idea tu. Strategik pun strategik. Dari segi masa, kita buka gerai pagi dan petang. Ok?”

Nas bersetuju. Din mencatat segala perancangan dalam buku catatan sambil Nas mengemas barang-barang yang dipinjam ke dalam rumah.

Page 10: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 7

Kini, Nas dan Din sudah bersedia untuk memulakan perniagaan mereka. Peralatan sudah cukup, bahan-bahan sudah dibeli dan tempat pun sudah ada.

Kata Din “Ha ni Nas, bahan-bahan yang diperlukan untuk buat air kacang soya, semua abang dah beli. Ni resitnya.”

Nas melihat resit tersebut dan berkata “Mm.. ok la ni, perbelanjaan untuk bahan-bahan  pun tak banyak sangat. Kita dah berjaya kurangkan kos ni.” Setelah habis melihat resit tersebut, Nas merenyuk resit tersebut. Terus Din berkata “Eh, nanti dulu. Kenapa renyuk resit ni?”

“Buat apa pun kita simpan. Barang-barang pun kita dah beli. Kita mula jual je la,” jawab Nas

“Ha, ni la silapnya. Kita kena catat setiap apa yang kita belanja dan juga setiap hasil jualan kita. Supaya nanti mudah kita nak tengok balik pencapaian kita dari masa ke semasa. Kita tak nak jualan kita tinggi tapi kita tak sedar kos kita pun tinggi. Nampak untung, rupa-rupanya tidak. Penat je kita berniaga.” Balas Din

Nas berfikir sebentar dan cuba membetulkan semula resit yang telah renyuk tadi. “Maaf la bang, tak terfikir pula saya. Betul juga cakap abang. Nah bang..”sambil diserah resit tersebut kepada Din.

Din tersenyum “Takpe, biasala kita akan sentiasa belajar untuk lebih maju. Tentang rekod dan catatan, Nas tak perlu risau. Abang akan uruskan.”

Din mengambil resit dari Nas, mengepilnya di dalam buku catatan dan menulis sedikit catatan. Sambil itu, Nas menjeling - belajar bagaimana Din membuat catatan.

Page 11: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 8

Setelah selesai mencatat, Din berkata “Sekarang ni kita perlu cuba buat air kacang soya dalam bekas besar yang Tuan Haji bagi tu. Dah lama juga abang tak praktis buat air kacang soya.”

”Ok bang, boleh gak saya belajar-belajar buat air kacang soya. Mengasah skill” kata NasDin memulakan proses membuat air kacang soya sambil Nas menolong dan pada masa yang sama belajar. Kacang soya yang direndam malam tadi dikeluarkan. Lantaran ini adalah kali pertama mereka mencuba semula, air soya hanya siap hampir 2 jam kemudian. ”Fuh, penat juga nak buat air kacang soya ni. Lama dah tak buat. Ok, encik Nas silalah rasa air ini,” gurau Din sambil menghulurkan secawan air kacang soya kepada Nas.

Din menghirup penuh ghairah. Namun berkerut mukanya selepas hirupan pertama. ”Manis sangat la bang air ni. Mungkin sebab cair sangat air ni. Susah nak agak berapa banyak air gula yang diperlukan. Letak sikit, tawar pula. Belum letak ais batu lagi, lagi la tawar nanti.” Komen Nas

Din berfikir sebentar, kemudian berkata ”Ok, takpe, kita cuba lagi.”

”Habis tu, air ni kena buang la? Membazir nanti.”

“Takpe, Nas tolong tuang air ni dalam bekas lain. Kita simpan dan bagi je pada penduduk kampung ni nanti.Rugi sikit untuk untung yang banyak, apa salahnya. Abang rasa abang tahu kat mana abang silap tadi. Kita cuba lagi sekali.” Jawab Din.

Mereka mencuba sekali lagi untuk kali yang kedua. Setelah siap air kacang soya, Nas dan Din mencuba air tersebut. Dari riak wajah mereka, mereka berpuas hati dengan cubaan kedua mereka.

”Ok bang, tak sabar dah saya nak menunggu esok ni,” kata Nas sambil tersenyum.

Mereka berkemas dan bersedia untuk hari pertama mereka berniaga.  

Page 12: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 9

Keesokan petangnya, Nas dan Din sampai ke tapak gerai seawal jam 3 petang.

”Hari ni hari pertama kita berniaga.” Kata Nas

”Betul tu, tengah semangat ni. Strategik juga tempat ni. Dekat dengan sekolah. Budak-budak sekolah mesti ramai yang nak beli. Ok, jom Nas kita pasang khemah”Keesokan petangnya, Nas dan Din sampai ke tapak gerai seawal jam 3 petang.

”Hari ni hari pertama kita berniaga.” Kata Nas

”Betul tu, tengah semangat ni. Strategik juga tempat ni. Dekat dengan sekolah. Budak-budak sekolah mesti ramai yang nak beli. Ok, jom Nas kita pasang khemah””Nak pakai khemah ni ke? Macam dah lusuh je. Tahan ke? Koyak nanti...” Tanya Nas.

”Takpe, untuk permulaan ni je. Aritu Nas juga cakap guna mana yang ada. Abang fikir macam betul juga cakap Nas tu. Tu yang abang pinjam dari abang Fauzi” Jawab Din

Nas bersetuju. Mereka berdua bekerjasama memasang khemah.

“Bang, ni macam nak patah je khemah ni.” Kata Nas

”Kita ikat je tengah-tengah ni. Abang ade bawa tali kat belakang tu. Nanti abang ambil. Bahagian bawah ni pun kena tindih dengan batu. Kalau tak, terbang nanti khemah kita,” jawab Din

Mereka menghadapi sedikit masalah ketika hendak mengikat tiang khemah tersebut kerana memerlukan dua orang untuk memegang tiang sambil seorang lagi mengikatnya.

”Bang, apa kata kita minta tolong pakcik jaga tu? Sampai petang kita tak siap pasang kalau macam ni...” Cadang Nas

Bersetuju dengan Nas, Din bergegas ke arah pakcik pengawal keselamatan sekolah berdekatan untuk menolong mereka. Agak segan juga untuk meminta tolong orang yang tidak dikenalinya. Namun masalah khemah kanopi ini perlu diselesaikan segera. Pakcik itu nampak bengis namun apabila disapa elok-elok oleh Din, hakikat adalah sebaliknya. Pakcik itu dengan senang hati menolong.  Dengan bantuan pakcik tersebut, mereka berjaya memasang khemah. Sambil itu, Din mengambil peluang bersembang dengan pakcik tersebut dan bercerita tentang rancangan perniagaan mereka. Pakcik itu amat seronok dengan usaha perniagaan Din dan Nas.

Page 13: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 10

”Ok, pakcik terima kasih sebab tolong kami ye. Nanti insya Allah siap bancuh air, kami bagi pakcik sebungkus” Kata Din kepada pakcik tersebut.

”Sama-sama. Takpe, pakcik pun tadi tengah takde buat ape. Sikit je pun pakcik tolong. Baiklah nak, pakcik pergi ke sekolah semula ye” Jawab pakcik tersebut sambila melangkah meninggalkan Din dan NasSetelah selesai mengemas meja dan barang-barang jualan, Din dan Nas duduk berehat sebentar.

Sedang berehat, Din berkata ”Fuh, penat juga nak angkat barang-barang ni. Nasib baik pakcik tu tolong tadi, ringan sikit kerja.”

”Betul tu bang. Hmm.. bang, saya nampak macam suram je gerai kita ni bang. Apa kata kita hias sikit gerai kita ni bagi meriah sikit.Amacam?” Cadang Nas kepada saudara kembarnya itu.

Din berfikir sebentar dan menjawab ”Hmm.. ok, abang setuju. Tapi, untuk permulaan ni kita buat apa yang perlu dulu. Tak perlu la grand sangat hiasannya. Nanti dah untung banyak nanti kita improve lagi”

”Ok. Saya rasa untuk permulaan ni kita kena letak kad besar-besar tulis apa yang kita jual. Tu biar saya yang urus. Nanti saya lukis la kartun sikit. Balik nanti kita tengik lagi apa yang sesuai untuk letak kat gerai kita” Kata Nas penuh semangat

”Cantik!” Din memberi semangat

Mereka terus berbincang

Page 14: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 11

Din dan Nas memulakan proses membuat air kacang soya. Sambil tu Nas bertanya kepada Din ”Bang, kita ni baru lagi menjual kat sini, macamana kita nak buat supaya orang tahu kita buka gerai? Maksud saya, takkan kita nak harap budak sekolah dan orang yang lalu lalang sini je yang beli?”

”Betul juga kata kamu tu Nas. Kita kena buat iklan ni. Apa kata kalo kita buat flyers banyak-banyak, lepas tu kita letak la dalam mailbox penduduk sini? Kalau ada lebih kita edar la kat kawasan berdekatan ” Kata Din

”Bagus juga tu” Sahut Nas

”Ok, abang tau Nas pandai bab lukis-lukis ni. Balik nanti apa kata Nas lukis la sekali flyers tu. Nanti abang pergi fotostat.” Kata Din lagi

”Ok bang, bisa diatur” Jawab Nas sambil tersenyum

Kata Din lagi ”Selain tu, kita kena juga rajin-rajin buka mulut, bersembang dengan orang-orang kat sini. Sambil-sambil tu cerita la pasal gerai kita. Sambil menyelan minum air”

”Bahaya tu bang, minum air sambil menyelam. Lemas nanti” Gurau Nas sambil ketawa kecil

Din juga ketawa kecil mendengar gurauan Nas.

Page 15: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 12

Siap membancuh air, Nas merasa sikit air tersebut ”Mmm.. sedap air ni bang. Macam ni, boleh laku air kita.”

”Mudah-mudahan begitu la. Risau juga abang ni. Daah setengah jam ni takde orang pun” Kata Din

”Rilek la bang, baru hari pertama, orang pun tak tahu lagi ada jual air kacang soya kat sini. Nanti kalau dah ada orang mula beli, mesti ramai punya yang datang” Nas memberi semangat pada DinMereka duduk bersembang sambil menunggu pelanggan membeli air di gerai mereka.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang remaja ke gerai mereka.

”Assalamu`alaikum bang. Baru menjual kat sini ke bang?” Sapa remaja itu

Mendengar suara remaja itu, Din bingkas bangun dan menjawab ”Wa`alaikumsalam. Ye dik, kami baru mula berniaga hari ni. Nak beli dik? Seringgit sebungkus”

”Boleh gak. Haus ni. Bagi air soya ni sebungkus”

Tanpa berlengah, Din melayan permintaan pelanggan pertama mereka. Setelah memulangkan duit baki, Din dan Nas mengucapkan terima kasih kepada pelanggan pertama mereka. Mereka kelihatan bersyukur dan amat gembira menerima pelanggan pertama.

Page 16: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 13

Jam sudah menunjukkan hampir pukul lima petang. Azan asar juga sudah berkumandang. Din berkata pada Nas ”Nas, dah masuk waktu asar ni. Abang pergi surau kat sekolah tu, solat dulu. Nanti abang selesai solat, Nas pula pergi”

”Ok bang, Nas jaga gerai dulu” Kata Nas

Selesai solat, Din merapati sekumpulan murid sekolah agama dan bersembang dengan mereka. Rancak mereka bersembang, murid-murid itu pun merasa lebih mesra dengan Din. Di hujung perbualan, Din mengajak mereka singgah ke gerai setelah tamat waktu persekolahan. Kemudian, Din terus beredar ke gerai untuk menggantikan Nas menjaga gerai sambil Nas menunaikan solat asar.

Setelah Nas kembali ke gerai, kelihatan jalan di situ mula sibuk dengan ibu bapa, yang mahu mengambil anak mereka pulang. Tidak berapa lama kemudian kedengaran bunyi loceng sekolah menandakan tamatnya waktu persekolahan. Murid-murid berpusu-pusu keluar dari sekolah. Ramai yang singgah di gerai Din dan Nas untuk membeli air kacang soya termasuk sekumpulan murid yang bersembang dengan Din tadi.

Ada yang hanya datang untuk bersembang dengan Din. Ada juga yang datang untuk membeli air kacang soya. Namun, kelihatan Nas agak kekok dan malu. Nas hanya diam, sekadar melayani permintaan pelanggan.

Page 17: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 14

Hari kedua Nas dan Din berniaga, gerai mereka nampak lebih 'hidup' dengan beberapa hiasan. Hari ini mereka datang awal seawal jam 12 tengahari untuk mengedar flyers ke rumah-rumah. Setelah azan zuhur, mereka berhenti sebentar dan bersolat di masjid berdekatan.

Selesai solat, Din melihat sekumpulan murid sekolah agama sedang berkumpul di bahagian belakang surau. Tanpa berlengah Din mengajak Nas merapati mereka.

”Assalamu`alaikum dik” Sapa Din

”Wa`alaikumsalam” Jawab mereka.

”Takde kelas ke lepas ni” Tanya Din lagi

”Kami kelas sesi petang bang. Kejap lagi pukul 2 mula la kelas.” Jawab salah seorang dari mereka

Melihat jam masih awal, Din terus bersembang dengan murid-murid tersebut. Nas kelihatan agak malu dan hanya diam sambil sekali sekala sahaja bersuara. Din turut mengambil peluang untuk memberitahu mereka tentang gerainya dan mengajak mereka singgah ke gerai apabila habis kelas.

Melihat jam hampir pukul 2 petang, Din berkata ”Eh, dah dekat pukul 2 ni. Baik korang bersiap cepat. Karang lambat pulak. Petang karang jangan lupa datang gerai ye”

”Ok abang Din. Insya Allah, nanti kami datang” Jawab mereka sambil bersiap untuk masuk kelas.Nas dan Din juga beredar dari surau dan menghabiskan tugas mereka mengedar flyers.

Pada waktu petangnya, ramai lagi murid-murid yang datang ke gerai mereka berbanding semalam.. Nampaknya tidak sia-sia usaha Din merapati mereka tadi. Mereka merasa mesra dengan Din yang peramah melayani mereka.

Sejak itu, setiap petang, murid-murid ini menjadi pelanggan tetap Din dan Nas. 

Page 18: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 15

Kini, sudah hampir seminggu Din dan Nas berniaga di situ. Sambutan yang diterima agak baik terutama daripada murid-murid sekolah agama di situ.

Cuaca pada hari ini agak terik. Merasakan agak kepanasan, Din membuka topi dan mengipas dirinya. Nas pula tetap dengan topi di kepala. Ini sudah menjadi kebiasaan mereka, memakai topi ketika berniaga.

Namun, kadangkala Din terlupa untuk memakai semula topinya. Menyedari hal ini, Nas menegur Din ”Bang, saya nampak kadang-kadang abang terlupa untuk pakai topi”

”Bukan apa Nas, sehari dua ni cuaca panas betul. Abang tanggal sekejap je topi ni” Jawab Din

”Tapi, saya rasa elok kalau kita sentiasa memakai topi. Ini untuk memastikan kebersihan. Pelanggan pun mesti lebih selesa kalau tengok kita sentiasa kemas dan menjaga kebersihan” Nas menerangkan kepentingan memakai topi kepada abangnya

Din terdiam dan berfikir akan kata adiknya itu. Din akhirnya bersetuju dengan pendapat Nas tentang pentingnya kekemasan diri dan kebersihan. Mulai saat itu, Din sentiasa memastikan dirinya memakai topi dan gerai mereka sentiasa kemas dan bersih.

Page 19: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 16

Cuaca yang panas tidak sesekali melunturkan semangat dua orang anak muda ini untuk berniaga. Malahan pelanggan yang datang ke gerai mereka lebih ramai berbanding sebelumnya.

”Bang, perasan tak dalam sehari dua ni, pelanggan kita semakin banyak pula” Kata Nas

”Eh, apa yang nak dihairankan? Bagusla tu” Kata Din, hairan dengan pertanyaan Nas

”Memang la bagus. Tapi, mendadak kenaikan jumlah pelanggan yang datang. Mesti ada sebabnya. Kalau kita dapat kaji faktornya, mungkin boleh bantu kita atur strategi untuk dapatkan ramai pelanggan”

”Abang rasa cuaca pun memainkan peranan penting. Mungkin kerana sekarang ni cuaca panas. Orang cepat haus. Kat kawasan ni pun, kita je yang jual air sejuk. Mesti la kita jadi tumpuan utama” Din memberikan pendapatnya

”Saya setuju dengan abang” Kata Nas

Din menyambung hujahnya lagi ”Ingat tak hari ketiga dan keempat kita berniaga kat sini? Kan kurang orang ke gerai kita. Hujan, orang tak keluar rumah dan satu lagi faktor, waktu hujan ni, air sejuk kurang menjadi pilihan”

”Mm.. ni antara faktor yang perlu kita ambil kira ni. Sepatutnya kita kena fikirkan cara untuk buat pelanggan kita rasa kena minum air kacang soya” Nas memberi cadangan kepada Din

Din kelihatan bersetuju dengan Nas. Mereka terus berfikir dan berbincang mengenainya. 

Page 20: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 17

Menyedari murid-murid sekolah agama selalu datang bersembang dengan mereka di gerai tersebut, Din terfikir cara untuk membuatkan pelanggannya merasa perlu membeli air kacang soya.

”Abang cadang kita kena beritahu pelanggan kita tentang kepentingan minum air kacang soya. Terutamanya budak-budak yang datang bersembang dengan kita.” Cadang Din”Ok juga tu. Daripada kita berbual-bual kosong dengan mereka, baik kita terangkan kelebihan beliair kacang soya dari kita ni. Tapi, abang tahu ke apa kelebihannya?” Kata Nas

”Mesti la tahu. Ayah pernah juga cerita pada abang dulu. Abang pun pernah juga baca tentang kelebihan air kacang soya ni sebab kita kena tahu juga kelebihan produk kita ni. Takut juga kita jual sesuatu yang memudaratkan” Jawab Din dengan begitu yakin.

Nas mengangguk bersetuju. Petang itu sebagaimana biasa, pasti ada murid sekolah yang datang bersembang di gerai Din dan Nas. Seperti yang dipersetujui, mereka menerangkan kelebihan minum air kacang soya.

Murid-murid sekolah ini kelihatan amat berminat dengan penerangan Din dan Nas. Mereka sedar air ini baik untuk kesihatan selain dari tiada bahan pengawet dan perisa tambahan. Nas juga kelihatan tidak lagi malu untuk bersuara dan mula rasa selesa untuk bersembang dengan mereka.

Page 21: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 18

”Tapi, kat kawasan situ dah ada orang jual burger. Dah ada pesaing” Nas masih meragui cadangan Din

Kata Din ”Bersaing secara sihat apa salahnya. Yang tak boleh kalau masing-masing cuba menjatuhkan satu sama lain”

Kelihatan Nas masih berfikir akan hujah Din. Melihat Nas masih belum yakin, Din menyambung hujahnya”Lagipun abang yakin kalau ada pesaing baru perniagaan akan bertambah rancak. Cuba tengok kawasan Medan Selera. Berapa banyak gerai makanan yang ada kat situ dalam satu kawasan yang sama? Banyak dan semuanya sentiasa penuh. Tak timbul masalah pesaing kan? Bandingkan pula dengan kawasan yang ada satu je kedai makanan. Kadang-kadang kita tengok macam suram je kan gerainya?”

Setelah lama berfikir dan berbincang, barulah Nas yakin untuk menerima cadangan abangnya

”Ok bang, kalau abang dah cakap camtu, barulah saya yakin” Kata Nas

Mereka pun terus berbincang tentang cadangan perniagaan baru mereka. 

Page 22: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 19

Hari ini merupakan hari pertama Din dan Nas menjual burger. Mereka tidak sabar hendak melihat respon daripada pelanggan mereka. Seperti biasa mereka sampai pada lebih kurang jam tiga petang. Setelah menyediakan peralatan memasak, memasang tanda harga dan mengemas bahan mentah, Din dan Nas duduk menanti pelanggan pertama pada hari tersebut.

Selang beberapa minit kemudian, datang seorang pemuda ”Assalamu`alaikum. Wah! Dah ada jual burger pula hari ini. Bagus ni”

Nas lantas menjawab ”Wa`alaikumsalam. Biasala bang, orang berniaga. Nak beli bang?”

”Boleh juga, bungkuskan burger ayam dan air kacang soya satu” Kata pemuda itu

Nas dan Din terus melayan permintaan pelanggan mereka. Begitulah seterusnya. Gerai mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada hari itu. Murid-murid sekolah yang pulang dari sekolah juga berebut membeli burger dan ini juga membantu meningkatkan jualan air kacang soya.

Din dan Nas bersyukur kerana strategi mereka menepati kehendak pelanggan. Malahan para pembeli lebih suka membeli di kedai mereka kerana selain membeli burger, mereka juga boleh membeli air.

Ini merupakan kelebihan mereka berbanding pesaing-pesaing mereka yang lain

Page 23: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 20

”Alhamdulillah Nas, sekarang ni kita dah berjaya melepasi target awal kita. Untung sehari kita mencecah 100 ringgit ke 120 ringgit! Untuk permulaan, memang bagus ni.” Kata Din

”Ye la, sentiasa penuh gerai kita. Tak cukup tangan dibuatnya.” Jawab Nas

”Abang rasa kita masih perlu baiki lagi cara kita berniaga untuk jaga pelanggan tetap kita. Sebab gerai lain pun mesti cuba bersaing dengan kita. Kalau kita tak sentiasa improve mungkin pelanggan akan lari” Kata Din pulaDin sedar pelanggan mereka mahukan yang terbaik untuk mereka. Mereka perlu sentiasa mencari idea baru untuk sentiasa memikat hati pelanggan kerana pelanggan akan cepat bosan jika tiada perubahan dalam cara mereka berniaga.

Nas terfikir sesuatu ”Saya tengok biasanya pelanggan kita akan membeli burger dan air. Kemudian mereka duduk di tepi jalan, kemudian makan sambil bersembang dengan kawan-kawan. Terutamanya waktu malam”

Din menggangguk tanda dia bersetuju dengan pemerhatian Nas. Dia menunjukkan minat untuk mengetahui apakah yang ingin dikatakan oleh Nas

Melihat Din menumpukan perhatian terhadap apa yang ingin diperkatakan, Nas meneruskan lagi ”Jadi, apa kata jika kita beli kerusi untuk mereka? Saya yakin dengan cara ni,lebih menggalakkan mereka untuk membeli dengan kita kerana kita menyediakan kemudahan untuk mereka.”

Din terus membuka buku rekodnya dan membuat sedikit pengiraan.

Page 24: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 21

Setelah selesai membuat pengiraan, Din menghela nafas panjang. ”Bagus juga cadangan Nas tu. Tapi banyak belanja kita nanti. Takkan kita nak beli sekadar tiga atau empat kerusi.”

Din merasakan perbelanjaan untuk membeli kerusi tidak berbaloi. Nas tidak mengaku kalah. Nas cuba mempertahankan ideanya

”Abang tak boleh takut sangat untuk berbelanja. Saya tahu mungkin dengan beli kerusi tidaklah nampak boleh menjana duit untuk kita. Insya Allah, dengan cara ni pelanggan kita akan rasa lebih dihargai. Dan mereka akan sentiasa rasa senang untuk datang ke gerai kita”

Din bukanlah seorang yang mudah menerima sesuatu yang dia sendiri tidak yakin. Lama juga perdebatan yang berlaku antara dua pendebat sekolah terkenal ini. Din tetap dengan pendiriannya sambil Nas berulangkali cuba meyakinkan saudara kembarnya itu.

Akhirnya, setelah lama berbincang, Din akur dan mula boleh bertolak ansur.

”Baiklah, kita cuba dulu. Tapi, kita kena buat pengiraan dahulu untuk lihat berapa banyak kerusi yang perlu kita beli.” Kata Din

Nas gembira Din bersetuju dengan cadangannya ”Ok bang, kita beli sekadar yang mampu untuk masa ni”

Mereka sama-sama membuat anggaran bilangan kerusi yang diperlukan dan kosnya  

Page 25: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 22

Kini perniagaan Din dan Nas semakin lama semakin mendapat perhatian. Gerai mereka pasti dipenuhi pelanggan pada setiap masa. Strategi mereka menambah produk nampaknya mendatangkan hasil. Setiap hari, disebabkan permintaan yang menggalakkan, mereka terpaksa membuka gerai hingga lewat malam.

Seperti biasa, selepas menutup gerai dan mengemas barang-barang, mereka akan singgah minum di Medan Selera untuk melepaskan penat. Tetapi kali ini, Nas tidak ceria seperti biasa.”Fuh bang, tiap-tiap hari camni penat juga saya. Macam dah tak larat dah badan saya ni” Keluh Nas sambil menundukkan kepalanya

Mendengar keluhan Nas, Din berasa bimbang jika dia lemah semangat. Din sedar jika ini dibiarkan, ia pasti akan menjejaskan usaha keras mereka selama ini. Din mencari jalan untuk memulihkan kembali semangat adik kembarnya itu.

”Abang faham. Abang pun terasa penatnya. Biasala tu, kalau kita nak berjaya memang kena letih sikit. Abang yakin, untuk permulaan ni je kita rasa penat. Lama-lama nanti kalau kita dah nampak hasilnya, barulah kita rasa berbaloi pengorbanan kita selama ni. Yang penting, untuk berjaya memang perlu pengorbanan yang besar” Din cuba memulihkan kembali semangat Nas.

Nas diam tidak berkata apa-apa.

Din meneruskan usahanya untuk memujuk adiknya “Nas kena kuatkan semangat. Cuba bayangkan suatu hari nanti kita tidak perlu lagi menjual burger dan air kacang soya. Kita upah pekerja je. Masa tu kita boleh kembangkan lagi perniagaan kita. Kita buka perniagaan lain pula. Masa tu kita dah boleh rilek sikit”

Mendengar kata-kata dari Din, Nas kelihatan mula tenang kembali. Dia sedar berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang ke tepian.

Page 26: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 23

Walaupun semangat Nas untuk berniaga kelihatan semakin pulih, Din masih lagi risau akan apa yang diluahkan oleh Nas semalam. Mujur hari ini hari ahad. Gerai mereka tutup pada hari ahad.

Din berfikir bahawa setelah sekian lama penat berniaga, mereka harus mendapat ganjaran dari apa yang telah mereka usahakan. Setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama Nas, Din berkata kepada Nas

”Nas, hari ni jom kita pergi mandi sungai dengan kawan-kawan. Hari ni kita enjoy sepuas-puasnya. Kita ajak Man, Azmi dan Lokman”

Nas yang sudah lama tidak ke sungai, berasa seronok dengan cadangan Din ”Elok sangat tu. Saya pun dah lama tak mandi sungai. Biar saya panggil mereka join kita sekali”Man, Azmi dan Lokman merupakan junior mereka ketika di sekolah menengah dahulu. Mereka berlima memang bersahabat baik. Din dan Nas memang sudah lama tidak berjumpa dengan mereka setelah tamat belajar. Cadangan Din sekurang-kurangnya membolehkan mereka berlima berjumpa semula.

Pada hari itu, Din, Nas dan rakan-rakan mereka mandi dengan sepuas-puasnya. Jelas sekali Nas sudah kembali ceria seperti sediakala. Melihat suasana ini, Din berasa lega. Din bersyukur strateginya memberi ganjaran kepada diri mereka berjaya memulihkan kembali semangat Nas. Din sedar kadangkala badan yang penat kadangkala harus diberi ganjaran setelah penat bekerja.

Page 27: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 24

Setelah puas mandi, mereka berlima bersembang, menceritakan perkembangan diri masing-masing. Din dan Nas memberitahu bahawa kini mereka sedang berniaga air kacang soya dan burger. Mereka berkongsi sedikit sebanyak pengalaman mereka.

Terasa ingin membantu, salah seorang dari junir mereka, Lokman mencadangkan supaya Din dan Nas membuka gerai pada Hari Kantin yang akan diadakan di sekolah merka pada minggu akan datang.Din dan Nas menunjukkan minat terhadap cadangan Lokman. Tambahan pula, pada tahun lepas, ketika mereka masih lagi pelajar, mereka pernah ada pengalaman membuka gerai di sekolah dan berjaya mendapat keuntungan yang besar.

Bersetuju dengan cadangan Lokman, keesokan paginya Din dan Nas terus pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah, Puan Dahlia untuk menyatakan hasrat mereka. Mendengar penerangan dari Din dan Nas, Puan Dahlia merasakan merasakan perlu menyokong usaha anak muda ini.

”Bagus, saya berasa cukup bangga dengan usaha kamu berdua ini. Tambahan pula kamu adalah bekas pelajar sekolah ini. Kejayaan kamu dalam bidang ini akan menaikkan nama sekolah ini. Baiklah, saya akan tempahkan satu lot gerai untuk kamu berdua dengan sewa separuh harga sahaja memandangkan kamu adalah bekas pelajar sekolah ini. Insya Allah, jika ada lagi peluang-peluang perniagaan untuk kamu, saya akan hubungi kamu” Kata Puan Dahlia

Din dan Nas berasa cukup gembira dengan sokongan dari Puan Dahlia. Mereka menyatakan ucapan terima kasih dan berjanji akan sentiasa menjaga nama baik sekolah. Setelah mengisi beberapa borang dan menyerahkan duit deposit, mereka pun pulang ke rumah dan bersiap untuk berniaga seperti biasa.

Namun begitu, kini mereka lebih bersemangat. Peluang sebegini sememangnya dinantikan oleh mereka. Mereka berasa begitu bermotivasi untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

Page 28: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 25

”Nas, isnin depan kita akan berniaga di Hari Kantin sekolah. Kena buat persediaan ni” Kata Din

”Persediaan? Maksud abang? Kita jual macam biasa je la kan?” Kata Nas

”Ye la, biasanya Hari Kantin ni, orangnya ramai berbanding macam kita jual waktu petang macam ni. Jadi kita kena bersedia dari segi stok supaya pada hari program nanti tak la kita kekurangan stok. Rugi nanti” Din menerangkan apa yang dimaksudkannya kepada Nas.Kata Nas ”Betul juga kata abang tentang stok tu. Kita kena plan betul-betul berapa banyak nak beli. Kebanyakan bahan mentah perlu disimpan dalam peti ais. Kalo tak, rosak nanti bahan tu. Peti ais kita pun bukannya besar sangat”

Din dan Nas sama-sama memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan msalah stok tersebut sambil melayan beberapa pembeli yang datang ke gerai mereka.

”Abang rasa ok kot. Abang jangkakan jualan kita mungkin akan meningkat dua kali ganda. Kita buat persiapan bahan mentah, dua kali ganda lebih banyak dari biasa. Kita juga kena sediakan lebih bekas untuk simpan bahan-bahan mentah macam daging burger dan sayur-sayuran ketika program” Kata Din

”Saya setuju dengan abang, kita buat anggaran dua kali ganda. Lagi satu, saya ras kita kena masak awal dan bungkus siap-siap supaya pembeli tidak perlu menunggu lama. Mungkin kita perlu ada level tertentu” Nas menyambung dengan ideanya

”level? Maksud Nas?” Din bertanya penuih minat

Kata Nas ”Maksud saya, contohnya kita akan masak 20 biji burger dalam satu masa. Dan apabila bilangan burger tinggal 10 biji, kita akan mula masak baru untuk maintain jumlah 20 biji burger pada setiap masa. Ini untuk mengelakkan pembeli menunggu lama untuk order mereka. Bilangan 20 biji burger tu kita tetapkan sebab kalo masak terlalu banyak, mungkin burger yang akhir tu akan sejuk dan rasanya pun kurang sedap”

”Betul juga, tinggal lama sangat pun tak elok juga. Lagipun, dengan cara ni, takdela penat sangat jika bilangan pembeli banyak pada satu masa” Din setuju dengan Nas

Sambil menunggu murid-murid sekolah tamat waktu persekolahan, Din dan Nas terus berbincang dengan lebih terperinci tentang rancangan kawalan stok mereka.

Page 29: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 26

”Bagaimana pula dengan stok air? Nak buat macam burger juga?” Tanya Din pada Nas

”Kita jual dalam plastik, tak boleh nak bungkuskan banyak-banyak macam burger. Takde tempat nak letak nanti. Lain la kalo kita jual dalam cawan kertas” Kata Nas

Din tersenyum seperti mendapat idea daripada apa yang Nas katakan

”Kalau macam tu, bagaimana kalau kita guna cawan kertas? Kita boleh tetapkan level macam burger tadi juga. Lagipun, lebih untung guna cawan kertas”

Setelah memikirkan cadangan Din, Nas berkata ”Betul juga. Tapi, kita tak boleh buat banyak sangat sebab ais akan cepat cair, nanti tawar air tu. Kasihan pembeli kita beli air tawar. Mungkin dalam satu masa kita buat lima cawan. Bagaimana?”

”Ok, abang setuju. Untuk persiapan bahan mentah, abang rasa kita kena prepare tiga kali ganda daripada hari biasa sebab masa program murid lebih cepat haus. Tambahan pula, sekarang ni musin panas” Kata Din

Nas bersetuju dengan cadangan Din. Segala yang dibincangkan, dicatit dalam sebuah buku oleh Din.

Mereka terus berbincang

Page 30: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 27

”Tadi abang kata murid akan cepat haus kan nanti sebab cuaca panas?” Kata Nas

Din mengangguk tanda membenarkan apa yang Nas katakan

”Murid mesti ramai nak datang beli air. Apa kata untuk program ni kita jual satu atau dua jenis air lagi? Kita beri pilihan pada pembeli” Kata Nas lagi.

Din masih lagi tidak berkata apa-apa, mendengar dengan penuh minat.

Melihat Din masih mendengar, Nas menyambung lagi ”Bila banyak pilihan, pembeli akan lebih suka datang membeli di gerai kita sebab citarasa pembeli ni berbeza. Tak semua pembeli suka air kacang soya. Ada yang suka air kelapa, ada yang suka air limau, ada yang suka air tembikai dan macam-macam lagi”

”Betul juga apa yang Nas katakan tu. Tapi, nanti susah juga kita nak agak berapa banyak stok yang perlu kita sediakan untuk setiap jenis air” Kata Din risau jika berlaku masalah stok pada hari program. Tambahan ini merupakan sesuatu yang baru dalam perniagaan mereka.

”Jangan risau bang. Air tak macam makanan. Air ni mudah disimpan. Lambat rosak. Apa kata untuk setiap jenis air kita sediakan untuk jualan dua kali ganda daripada jualan kita pada hari biasa. Kita jual tifa jenis air pun dah mencukupi. Waktu nak dekat habis program tu kita turunkan harga jualan sikit. Saya yakin masa petang tu dah pulang modal dah” Nas cuba meyakinkan abangnya

Mendengar cadangan dari Nas, Din berasa lebih yakin dan nampak bersetuju untuk mempelbagaikan jenis air untuk jualan ketika program.

Mereka terus berbincang

Page 31: Pendakwah Air Kacang Soya

Pendakwah Air Kacang Soya 28

”Jadi, kita nak jual air apa lagi selain air kacang soya?” Din meminta pandangan Nas

Nas berfikir sebentar

”Kalau nak untung kita guna bahan pewarna. Air oren dengan sirap pun ok juga. Lagipun, senang sikit nak bancuh. Letak sikit pun dah boleh dapat satu bekas. Banyak untung kita ni. Apa pandangan abang?” Kata Nas

Dahi Din berkerut. Dia seperti berat hendak bersetuju walaupun dia sendiri mengakui dengan cara ini, mereka akan mendapat untung yang lebih besar.

Kata Din ”Memang untung Nas, tapi bahan pewarna tak elok untuk kesihatan”

”Sikit je kita letak. Bukan banyak pun bang. Lagipun lebih sedap air tu” Nas cuba mempertahankan cadangannya kerana dia sedar air akan menjadi tumpuan utama ketika program. Dia cuba mencadangkan sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan yang besar dalam perniagaan mereka.

Din masih tidak bersetuju dengan cadangan Nas. Dia merasakan sebagai penjual, dia bertangungjawab menjual produk yang terbaik untuk pembelinya.

”Memang sikit tetapi, ia tetap tidak elok. Lebih baik jika kita beli je buah limau dan tembikai. Kita blend dan buat air tanpa pewarna. Pembeli akan lebih puas sebab memang fresh tanpa bahan pewarna yang menbahayakan” Kata Din

Nas memikirkan apa yang dikatakan oleh Din.

”Kita akan tetap untung walaupun tidak menggunakan bahan pewarna. Memang tidak dinafikan, untungnya tidak sebesar seperti jika kita menggunakan bahan pewarna, tapi dengan cara ni, dalam masa yang sama kita dapat untung dan juga kepuasan menjual produk yang terbaik kepada pembeli” Din terus menyambung lagi kata-katanya.

Nas masih tidak berkata apa-apa. Melihat keadaan ini, Din meneruskan hujahnya untuk meyakinkan Nas

”Lagipun, ini tanggungjawab kita kepada pembeli. Kita tidak boleh terlalu terpengaruh dengan keuntungan yang besar tanpa mempedulikan cara kita ke arah tu.”

”Baiklah bang, kalau begitu saya bersetuju dengan point abang. So, sekarang banyak juga yang perlu kita prepare untuk program ni” Nas bersetuju dengan pandangan Din

Mereka terus berbincang dengan lebih terperinci tentang rancangan mereka. Din terus mencatat segalanya dalam buku catatannya segala apa yang telah dibincangkan untuk rujukan.