ciri-ciri pelajar cemerlang

1
Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang murid cemerlang, tetapi seorang murid cemerlang bukan sebarangan orang. Seorang murid cemerlang dilihat mempunyai prestasi dan reputasi yang baik dalam pelbagai aspek. Terdapat pelbagai kriteria yang dapat kita lihat dan contohi daripada seorang pelajar cemerlang. Pertama sekali, seorang pelajar cemerlang mestilah mempunyai prestasi yang mengagumkan dalam akademik. Hal ini kerana, kita sewajarnya mementingkan akademik daripada perkara lain memandangkan kita menyandang tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Selain daripada itu, pelajar cemerlang juga berkebolehan dalam kepimpinan. Pelajar cemerlang memiliki karisma yang membolehkan dia menonjol dalam kalangan pelajar lain. Kecergasan juga antara aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang. Apabila badan cergas maka minda pun cerdas menjadikan ia suatu kelebihan kepada pelajar. Dalam masa yang sama, seorang pelajar cemerlang merupakan seorang yang berdisiplin di sekolah. Pelajar yang cemerlang mengikuti peraturan sekolah dengan baik dan juga menghormati dan bersopan ketika berhadapan dengan guru. Perspektif klise warga sekolah ialah murid cemerlang terlalu jarang dilihat kini, diibaratkan sebutir mutiara di lautan. Sesungguhnya, jika kita gilapkan semua pelajar nescaya lebih banyak mutiara dapat dihasilkan. Kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa membaiki kelemahan diri dan meningkatkan kebolehan diri supaya kita menjadi seorang yang hebat kelak.

Upload: hema-jothy

Post on 28-Apr-2017

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang murid cemerlang, tetapi seorang murid

cemerlang bukan sebarangan orang. Seorang murid cemerlang dilihat mempunyai prestasi dan

reputasi yang baik dalam pelbagai aspek. Terdapat pelbagai kriteria yang dapat kita lihat dan

contohi daripada seorang pelajar cemerlang.

Pertama sekali, seorang pelajar cemerlang mestilah mempunyai prestasi yang

mengagumkan dalam akademik. Hal ini kerana, kita sewajarnya mementingkan akademik

daripada perkara lain memandangkan kita menyandang tanggungjawab sebagai seorang

pelajar. Selain daripada itu, pelajar cemerlang juga berkebolehan dalam kepimpinan. Pelajar

cemerlang memiliki karisma yang membolehkan dia menonjol dalam kalangan pelajar lain.

Kecergasan juga antara aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang. Apabila

badan cergas maka minda pun cerdas menjadikan ia suatu kelebihan kepada pelajar. Dalam

masa yang sama, seorang pelajar cemerlang merupakan seorang yang berdisiplin di sekolah.

Pelajar yang cemerlang mengikuti peraturan sekolah dengan baik dan juga menghormati dan

bersopan ketika berhadapan dengan guru.

Perspektif klise warga sekolah ialah murid cemerlang terlalu jarang dilihat kini,

diibaratkan sebutir mutiara di lautan. Sesungguhnya, jika kita gilapkan semua pelajar nescaya

lebih banyak mutiara dapat dihasilkan. Kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa membaiki

kelemahan diri dan meningkatkan kebolehan diri supaya kita menjadi seorang yang hebat

kelak.