ke arah pelajar cemerlang

Upload: fareezatin

Post on 07-Jan-2016

289 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

untuk menjadi pelajar yang cemerlang....

TRANSCRIPT

  • KE ARAH PELAJAR CEMERLANGMEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA (MENGENAL DIRI) Anda mempunyai keupayaan dan kekuatan terpendam yang anda sendiri tidak sedari. Anda dilahirkan ke dunia ini dengan satu alat yang tidak ada tolok bandingnya. Cuma anda tidak pernah belajar mengenainya. Apakah alat itu? Alat itu ialah minda yang membolehkan manusia berfikir, merancang dan mencapai apa jua yang manusia inginkan.

  • KEKUATAN MINDA(MENGENAL DIRI) Suatu kajian melaporkan tentang kekuatan minda, menggambarkan kekuatan minda menyamai satu sistem komputer seluas 12 padang bola sepak.Kebanyakan manusia hanya dapat menggunakan kira-kira 3% daripada potensinya yang sebenar.Bayangkan jika anda semua mampu menggunakan potensi anda yang sebenarnya. Tidakkah anda mampu mengeluarkan gergasi dari dalam diri anda

  • KEKUATAN MINDANur Amalina telah membuktikan kepada kita bahawa pelajar yang berusia belasan tahun ini, mampu mencapai keputusan SPM 17A1. Jika Nur Amalina boleh, anda juga boleh melakukan perkara yang sama.

  • TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB (BELAJAR BERKESAN) Kajian-kajian yang dijalankan tentang masalah masalah yang dihadapi oleh pelajar menunjukkan bahawa cara belajar tidak berkesan punca utama yang menyebabkan rendahnya pencapaian dalam keputusan peperiksaan. Dalam erti kata yang lain, kurang sedar terhadap tugas dan tanggungjawab menyebabkan pencapaian pelajar dalam akademik agak lemah.

  • TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Ramai pelajar mengeluh kerana terlalu banyak masa yang diperuntukkan mengulangkaji pelajaran tetapi hasilnya tidak seberapa. Pada masa yang sama terdapat segolongan pelajar yang prestasi akademik mereka sangat baik tetapi masih boleh meluangkan masa untuk beriadah dan melibatkan diri dengan aktiviti sukan.

  • TUGAS DAN TANGGUNGJAWABMengapa dua keadaan itu boleh berlaku?Didakwa bahawa pelajar yang kedua tadi mempunyai daya ingatan yang kuat. Memang benar tetapi yang lebih tepat ialah ramai pelajar tidak mempunyai teknik belajar dengan berkesan.Tugas dan tanggungjawab pelajar adalah mengamalkan teknik belajar dengan berkesan.

  • SMARTS: SediaM: MotivasiA: AwalR: RajinT: Tawakal

  • SENARAI SEMAK PELAJAR CEMERLANG DAN BERTANGGUNGJAWABMempunyai objektif dan cita-cita yang jelas.Mempunyai keazaman yang tinggi.Berkeyakinan tinggi pada diri sendiri.Mempunyai kehendak yang kuat.Berkemampuan mengawal diri.Mempunyai ketabahan menghadapi cabaran.Berkemampuan untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling.Aktif dan berfikiran positif.

  • ADAB MENUNTUT ILMU Jauhi sifat hati yang tidak baik. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat gurunya.Wujud kesungguhan diri untuk mencapai kecemerlangan. Niat beribadat semata-mata kerana Allah.Beradab sopan terhadap guru, sama ada di hadapan atau di belakangnya.

  • ADAB MENUNTUT ILMU Tidak kedekut ilmu terhadap kawan-kawan. Mematuhi peraturan di tempat belajar. Tanamkan cita-cita untuk gunakan ilmu yang diperolehi bagi kebaikan hidup di dunia dan di akhirat.

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGKebijaksanaan adalah tongkat yang hilang bagi seorang mukmin. Dia harus mengambilnya daripada siapa sahaja yang didengarinya tidak kira daripada sumber mana pun datangnya

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGBermatlamat jitu : Matlamat jangka pendekMatlamat jangka sederhanaMatlamat jangka panjang

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGPencuri masa?

    Adakah waktu belajar saya mencukupi?Adakah saya menambah waktu belajar ketika menghampiri sesuatu ujian atau peperiksaan?Adakah waktu rehat saya berlebihan?Adakah say mengurangkan waktu rehat ketika menghampiri sesuatu ujian atau peperiksaan?Adakah saya membaca nota apabila menunggu kenderaan untuk ke sekolah atau balik dari sekolah?Adakah saya membaca nota saya ketika dalam sesuatu perjalanan yang jauh?Adakah saya melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran ketika guru lambat atau tidak datang ke kelas?Adakah saya hanya menggunakan sedikit masa untuk subjek yang saya lemah?

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGPencari penyelesaianPelajar cemerlang pencari penyelesaian, pelajar malas pemberi alasan.

    Tumpuan dan daya ingatan yang tinggiMendengar pengajaran guru ketika guru sedang mengajar.Belajar bersendirian atau berkumpulan.Menjawab soalan peperiksaan.

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGPendengar yang aktif dan berani bertanya.Soalan-soalan yang perlu bermain di fikiran pelajar ketika guru mengajar ;Apa?Siapa?Mengapa?Bila?Bagaimana?Di mana?

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGPencatat nota yang berkesan.Ciri nota yang berkesan adalah nota yang mampu menarik minat dan membantu meningkatkan daya ingatan pelajar.Terdapat pelbagai jenis nota ;Nota secara linear (dicatat mengikut garisan lurus)Nota sistem cornell (mencatat konsep utama dengan huraian di sebelah)Nota tulang ikanNota peta mindaNota teknik catat dan buat

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGPembelajaran yang berterusan.Pelajar cemerlang sentiasa belajar sama ada pada awal tahun atau pun ketika menjelang hari peperiksaan.Ulang kaji untuk setiap subjek yang dipelajari pada setiap hari dibuat pada hari yang sama atau setiap hujung minggu sekiranya pelajar terlalu sibuk. Maklumat yang sentiasa diulang akan lebih mudah difahami dan diingati.

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGPembaca yang kritis.Pembaca yang mengambil berat terhadap mencari isu utama sesuatu topik dan dapat membezakannya dengan isi cabang.Kaedah membaca KAEDAH SQ3RSurvey: MeninjauQuestion: Menyoal Read: MembacaRecite : MelafazReview : Mengulangkaji

  • CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANGMenjaga kesihatan.Beristirehat secara efektif.Emosi yang stabil.Sanggup berkorban dan berubah.Sentiasa bermotivasi untuk berjaya.Bertawakal kepada Tuhan setelah berusaha.Sabar, syukur dan tawaduk.Hormati ibu bapa dan guruTerlibat dalam aktiviti kokurikulum.Berakhlak dan beragama.

  • LANGKAH PELAJAR CEMERLANGSegala perbuatan mesti mempunyai niatnya. Maka, niatkanlah segala perbuatan demi kebaikan orang lain dan demi menghentikan kejahatan.

    Jangan susah hati menghadapi cubaan, kerana cubaan dapat menempah kedewasaan, menduga akal dan membakar semangat.

  • LANGKAH PELAJAR CEMERLANGMelakukan dengan bersungguh-sungguh adalah jalan terbaik menuju kecemerlangan. Dia adalah ubat bagi penyakit yang kamu deritai, bahkan boleh menjadi harta karunmu.

    Nilai setiap manusia adalah sebesar mana amal baiknya. Seorang penganggur tidak ada harganya. Seorang yang gagal akan selalu dijauhi dan murah harganya.

  • LANGKAH PELAJAR CEMERLANGOrang yang malas akan tertinggal. Orang yang bingung akan tertidur, orang kosong akan menganggur. Orang yang banyak angan tidak mempunyai apa-apa.

    Barangsiapa tidak pernah terbakar, maka dia tidak akan bersinar. Barangsiapa giat di masa mudanya, nescaya akan bahagia di masa tuanya.

  • LANGKAH PELAJAR CEMERLANG

    Tuntutlah terus dan jangan bosan! Musuh seorang penuntut adalah kebosanan