cerpen zikry

Upload: tksegaran

Post on 01-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KOMSAS

TRANSCRIPT

IKATAN NALURIOleh: Mohd Zikry bin HarsamApa nak jadi dengan awak ni Danish? suara puan Azilah memenuhi kesunyian malam. Tak nak sekolah. Setan apa yang dah masuk ni? kesabaran puan Azilah semakin tercabar melihat anak lelakinya itu yang diam membatu.Sudah hampir sebulan sikap anak bongsunya itu menguji kesabarannya. Semuanya bermula sejak dipindahkan ke sekolah baharu . Sudah puas dibawa berubat dengan ustaz namun sikap anaknya tidak juga berubah. Sewaktu seminggu sekolah bermula , Danish mula menunjukkan sikap tidak mahu masuk ke dalam kelas . Dua minggu kemudian dia mulai tidak mahu masuk ke dalam kawasan sekolah. Dia lebih rela berdiri tercegat di hadapan pagar sekolah. Puas cikgu-cikgu memujuknya. Dia tetap membatukan diri. Danish ! Awak dah darjah dua, malu buat macam tu. Pujuk puan Azilah yang terpaksa ke sekolah semula setelah dimaklumkan akan kelakuan anaknya itu oleh pihak sekolah.Ya Allah ujian apa kau berikan kepadaku? Tunjukkanlah aku jalan keluar dari ujian ini. Puan Azilah berdoa di dalam hati. Cuba akak bawa dia ke sekolah lama Zainab, rakan setugas puan Azilah memberi cadangan.Penat aku Nab kalau anak aku nak pindah semula ke sekolah lamanya, jauh nak menghantarnya. Selepas Subuh aku dah kena bertolak dah. Puan Azilah mengeluh.

Tak pelah Azilah, demi anak-anak, kita terpaksalah berkorban. Kita tak tahu kehendak budak-budak ni. Kita cuba je dulu. Engkau bawalah dia melawat kawan-kawan lama dia.. Zainab menambah lagi.

*********************************************************************** Danishhhh..Danish datang. Kedengaran jeritan suara kawan-kawan Danish memanggil nama Danish.Buat kali pertamanya selepas sebulan, puan Azilah nampak semula senyuman terukir di bibir Danish. Danish diserbu oleh rakan-rakannya. Masing-masing menariknya ke dalam kelas. Puan Azilah terdengar satu suara menyapa . Ohh..cikgu Siti Puan Azilah merapati cikgu Siti yang sedari tadi tersenyum melihat gelagat anak-anak muridnya yang seolah-olah melepaskan rindu yang telah bersarang sekian lama.Puan Azilah berbual dengan cikgu Siti hampir setengah jam mengadu masalah yang melanda anak bongsunya itu. Mungkin dia rindukan kami Cikgu Siti membuat andaian. Di sini pelajarnya tak ramai, maklumlah sekolah kurang murid. Itu yang ikatan mereka akrab antara satu sama lain. Cikgu siti menambah lagi. Danishmari sini.. Cikgu Siti memanggil Danish yang sejak tadi tak sudah-sudah ketawa mendengar cerita dari kawannya Mutthu. Meh duduk pangku cikgu. Cikgu siti memegang bahu Danish sambil memangkunya. Danish rindukan cikgu ya? Cikgu Siti bertanya . Danish mengangguk dan menundukkan wajahnya seolah-olah takut memandang wajah ibunya. Danishhh kedengaran suara serak-serak basah . Danish bangun dan meluru ke arah suara itu. Teacher rindu Danish. Kelihatan cikgu Noraini guru Bahasa Inggeris Danish memeluk anak muridnya yang telah lama hilang dari pandangan matanya.Puan Azilah menyapu manik-manik jernih yang semakin laju membasahi pipinya. Dia semakin mengerti mengapa anak lelakinya ini berubah menjadi pendiam dan tidak mahu ke sekolah.Ada pertalian naluri antara mereka di sekolah ini. Betapa kasih sayang seorang guru itu mampu menguasai anak didiknya. Danish , sekolahlah di sini semula. Kedengaran suara Ah Keong dan Mutthu. Awak tak ada, sunyilah. Tak ada siapa yang nak picitkan aku kalau aku penat. Tambah Mutthu sambil memeluk Danish.Danish memandang wajah puan Azilah, seolah-olah inginkan pengertian daripada ibunya. Namun mulutnya masih terkunci. Wajahnya bertukar suram. Puan Azilah mengangguk. Senyuman kegembiraan terukir semula. Mutthu dan Ah Keong dipeluk silih berganti.Mutthu berlari menuju ke kelas 2 Jaya. Tidak sabar ingin menyampaikan berita gembira kepada kawan-kawannya. Kawan-kawan Danish nak sekolah sini semula . Jerit Mutthu. Danish diserbu lagi oleh murid-murid 2 Jaya. Nanti kita lawan ya siapa yang boleh skor matematik paling tinggi. Suara Danish mula kedengaran.Dari jauh dia memerhatikan Cikgu siti dan cikgu Noraini yang mengiringi Puan Azilah melangkah ke pejabat guru besar. Ikatan naluri dia dan guru-gurunya memang unik.Terima kasih Cikgu!Selamat Hari Guru!Saya Sayang Cikgu Ikhlas daripada: Danish Muqri

Titipan kad ucapan berserta jambangan bunga Ros buat cikgu-cikgu kesayangannya sudah menjadi rutin dalam hidup Danish saban tahun dikala hadirnya tarikh keramat 16 Mei. Tanpa mereka zaman persekolahan aku tak akan bererti. Ikatan naluri ini sukar untuk dipisahkan. Danish mencium jambangan Ros yang ada di tangannya. (663 patah perkataan)

5