cerpen warkah dp ibu

2
Cerpen: Warkah Daripada Ibu Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik- adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun nenek telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali tempat di kampung neneknya itu. Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulang kaji pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu bapa Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat daripa ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir. Mira baru faham akan tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira. Tema: Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa hadapan. Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke kampung untuk tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak- anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar. Persoalan: 1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.

Upload: boon-hooi

Post on 02-Dec-2015

266 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

cerpen

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen Warkah Dp Ibu

Cerpen: Warkah Daripada Ibu

Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun nenek telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali tempat di kampung neneknya itu. Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulang kaji pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.

Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu bapa Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat daripa ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir. Mira baru faham akan tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira.

Tema:

Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa hadapan. Pengorbanan ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke kampung untuk tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar.

Persoalan:

1. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contoh: Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak-anak demi

memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.

2. Persoalan kesediaan anak melepaskan kemewahan yang dikecapi. Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di

bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.

3. Persoalan masalah sosial di bandar. Contoh: Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama,

pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.

4. Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama. Contoh: Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira diminta oleh nenek memakai tudung kepala kerana sebagai

wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.