cerpen kasut kelopak jantung f1

3
Cerpen Kasut Kelopak Jantung TEMA 1. Cerpen ini bertemakan kemiskinan hidup pelajar di kawasan pedalaman dalam menempuh alam persekolahan dan cabaran guru dalam mendidik anak murid daripada pelbagai latar belakang. Ahmad dilambangkan sebagai murid di kawasan pedalaman yang miskin dan serba kekurangan. Cikgu Harun pula sebagai guru muda yang bertugas di kawasan pedalaman yang serba payah dan mencabar..... 2. 2. PERSOALAN a) Cabaran guru yang mengajar di kawasan pedalaman. b) Kedaifan golongan marhaen di luar bandar. c) Ingatan dan penghargaan terhadap guru. d) Kesempitan hidup bukanlah halangan untuk menuntut ilmu. e) Ketegasan guru yang dalam mendidik anak bangsa. f) Kecekalan dalam menuntut ilmu meskipun berkeadaan serba kekurangan. 3. WATAK a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Cikgu Harun. b) Watak sampingan yang dominan ialah Ahmad. 4. PERWATAKAN Cikgu Harun Beliau guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman. Beliau tegas dan garang Cikgu Harun berwajah bengis. Beliau berjiwa sensitif. Cikgu Harun sabar mendidik anak-anak muridnya. Ahmad Dia murid tahun tiga. Dia lahir dalam keluarga yang miskin. Ahmad patuh akan arahan guru. Dia lurus bendul. Dia berdikari. Dia tabah dan gigih menuntut ilmu. Ibu Ahmad Beliau sudah uzur. Wajah beliau seiras dengan wajah Ahmad. 5. 5. PLOT BINAAN PLOT Plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana adanya peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik imbas kembali. Peristiwa lebih tiga dekad yang lalu, iaitu pengalaman mengajar di kawasan pedalaman. Kenangan tentang Ahmad yang memakai kasut kelopak jantung disampaikan oleh pengarang dengan mengimbas kembali peristiwa tersebut. 6. PERMULAAN : Cikgu Harun tertanya-tanya tentang bungkusan hadiah yang diterimanya. Hadiah itu tidak bersetem sebagai tanda dihantar melalui pos. Namun beliau sudah mengagak siapa pengirimnya kerana itu bukanlah pertama kali beliau menerima bungkusan tersebut. Yang membuatkannya sangsi ialah niat si pengirim, sama ada ikhlas atau mahu menyindirnya. 7. PERKEMBANGAN : Cikgu Harun terkenang akan peristiwa lebih tiga dekad yang lalu., tatkala beliau mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman. Ahmad, murid tahun tiga telah menimbulkan kemarahannya setiap kali masuk ke kelas. Puncanya, Ahmad tidak memakai kasut sekolah dan hanya berkaki ayam sejak tiga minggu lalu, iaitu selepas selipar jepunnya putus. Apabila ditanya, Ahmad akan memberikan jawapan yang serupa, iaitu dia belum membeli kasut sekolah. 8. KLIMAKS : Kemarahan Cikgu Harun kian memuncak. Dia mahu merotan Ahmad tetapi tiba-tiba dia terpandang akan pokok pisang yang rimbun. Di bawah pokok itu ada banyak kelopak jantung pisang yang besar. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai kelopak jantung itu sebagai kasut dengan mengikatkannya pada kaki menggunakan tali rafia. Ahmad perlu memakai kasut kelopak itu hingga dia mempunyai kasut sekolah. Ahmad berasa sangat malu dengan hukuman itu hingga menyebabkan dia mahu berhenti sekolah. 9. PELERAIAN : Selepas seminggu, Cikgu Harun mencari Ahmad di rumahnya. Apabila melihat keadaan rumah Ahmad yang daif dan ibu Ahmad yang uzur, hati Cikgu Harun disentap pilu. Ahmad baru pulang daripada kebun, tempat dia mengambil upah memetik cili. Cikgu Harun berasa sebak melihat kasut kelopak jantung yang masih dipakai

Upload: mohdhafizfaiz-mdali

Post on 05-Dec-2015

471 views

Category:

Documents


76 download

DESCRIPTION

PT3

TRANSCRIPT

Page 1: Cerpen Kasut Kelopak Jantung f1

Cerpen Kasut Kelopak Jantung

TEMA

1. Cerpen ini bertemakan kemiskinan hidup pelajar di kawasan pedalaman dalam

menempuh alam persekolahan dan cabaran guru dalam mendidik anak murid daripada

pelbagai latar belakang. Ahmad dilambangkan sebagai murid di kawasan pedalaman

yang miskin dan serba kekurangan. Cikgu Harun pula sebagai guru muda yang bertugas

di kawasan pedalaman yang serba payah dan mencabar.....

2. 2. PERSOALAN a) Cabaran guru yang mengajar di kawasan pedalaman. b) Kedaifan

golongan marhaen di luar bandar. c) Ingatan dan penghargaan terhadap guru. d)

Kesempitan hidup bukanlah halangan untuk menuntut ilmu. e) Ketegasan guru yang

dalam mendidik anak bangsa. f) Kecekalan dalam menuntut ilmu meskipun berkeadaan

serba kekurangan.

3. WATAK a) Watak utama dalam cerpen ini ialah Cikgu Harun. b) Watak sampingan yang

dominan ialah Ahmad.

4. PERWATAKAN Cikgu Harun Beliau guru muda yang mengajar di kawasan pedalaman.

Beliau tegas dan garang Cikgu Harun berwajah bengis. Beliau berjiwa sensitif. Cikgu

Harun sabar mendidik anak-anak muridnya. Ahmad Dia murid tahun tiga. Dia lahir

dalam keluarga yang miskin. Ahmad patuh akan arahan guru. Dia lurus bendul. Dia

berdikari. Dia tabah dan gigih menuntut ilmu. Ibu Ahmad Beliau sudah uzur. Wajah

beliau seiras dengan wajah Ahmad. 5.

5. PLOT BINAAN PLOT Plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi kerana adanya

peristiwa yang disampaikan dengan menggunakan teknik imbas kembali. Peristiwa lebih

tiga dekad yang lalu, iaitu pengalaman mengajar di kawasan pedalaman. Kenangan

tentang Ahmad yang memakai kasut kelopak jantung disampaikan oleh pengarang

dengan mengimbas kembali peristiwa tersebut.

6. PERMULAAN : Cikgu Harun tertanya-tanya tentang bungkusan hadiah yang

diterimanya. Hadiah itu tidak bersetem sebagai tanda dihantar melalui pos. Namun beliau

sudah mengagak siapa pengirimnya kerana itu bukanlah pertama kali beliau menerima

bungkusan tersebut. Yang membuatkannya sangsi ialah niat si pengirim, sama ada ikhlas

atau mahu menyindirnya.

7. PERKEMBANGAN : Cikgu Harun terkenang akan peristiwa lebih tiga dekad yang lalu.,

tatkala beliau mengajar di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman. Ahmad, murid

tahun tiga telah menimbulkan kemarahannya setiap kali masuk ke kelas. Puncanya,

Ahmad tidak memakai kasut sekolah dan hanya berkaki ayam sejak tiga minggu lalu,

iaitu selepas selipar jepunnya putus. Apabila ditanya, Ahmad akan memberikan jawapan

yang serupa, iaitu dia belum membeli kasut sekolah.

8. KLIMAKS : Kemarahan Cikgu Harun kian memuncak. Dia mahu merotan Ahmad tetapi

tiba-tiba dia terpandang akan pokok pisang yang rimbun. Di bawah pokok itu ada banyak

kelopak jantung pisang yang besar. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai kelopak

jantung itu sebagai kasut dengan mengikatkannya pada kaki menggunakan tali rafia.

Ahmad perlu memakai kasut kelopak itu hingga dia mempunyai kasut sekolah. Ahmad

berasa sangat malu dengan hukuman itu hingga menyebabkan dia mahu berhenti sekolah.

9. PELERAIAN : Selepas seminggu, Cikgu Harun mencari Ahmad di rumahnya. Apabila

melihat keadaan rumah Ahmad yang daif dan ibu Ahmad yang uzur, hati Cikgu Harun

disentap pilu. Ahmad baru pulang daripada kebun, tempat dia mengambil upah memetik

cili. Cikgu Harun berasa sebak melihat kasut kelopak jantung yang masih dipakai

Page 2: Cerpen Kasut Kelopak Jantung f1

Ahmad. Ahmad menyatakan bahawa dia belum cukup duit untuk membeli kasut sekolah.

Akhirnya, Cikgu Harun terus ke pekan untuk membelikan Ahmad baju dan kasut sekolah

yang baru. Selepas tiga dekad, Cikgu Harun sudah bersara dan Ahmad sudah bergelar

pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

10. TEKNIK PLOT TEKNIK IMBAS KEMBALI Cikgu Harun pun terkesima, membiarkan

diri hanyut dalam arus ingatan ke zaman awal menjadi pendidik di sebuah kampung

pedalaman. TEKNIK IMBAS MUKA Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika

itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan.

11. TEKNIK MONOLOG "Jauh juga rumah Ahmad," bisik hati kecil Cikgu Harun.

12. TEKNIK DIALOG "Saya Cikgu Harun," Riak wajah wanita itu berubah mendengar

jawapan itu. "Jemputlah naik," pelawa wanita itu.

13. LATAR Latar Masa a) Pada masa sekarang - Setelah Cikgu Harun bersara daripada guru

dan Ahmad berjaya menjadi seorang pengurus besar di syarikat pengeluaran kasut. b)

Tiga dekad yang lalu - Ketika Cikgu Harun masih baru mengajar di sebuah sekolah

kawasan pedalaman Latar Tempat a) Rumah Cikgu Harun - beliau menerima bungkusan

hadiah pada Hari Guru. b) Kelas Tahun Tiga - Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana

tidak memakai kasut sekolah. c) Padang Sekolah - Ahmad didenda oleh Cikgu Harun

iaitu memakai Kasut Kelopak Jantung. d) Di Pekan - Cikgu Harun membeli sepasang

pakaian sekolah dan sepasang kasut. Latar Masyarakat a) Masyarakat guru dari bandar

yang mengajar di kawasan pedalaman. contoh - Cikgu Harun melalui cabaran mengajar

di kawasan yang jauh daripada pembangunan. b) Masyarakat pedalaman yang miskin.

contoh - Ahmad lahir daripada sebuah keluarga yang daif dan serba kekurangan. c)

Masyarakat yang cekal. contoh - Ahmad tidak pernah ponteng sekolah meskipun

rumahnya jauh dari sekolah. d) Masyarakat yang berjaya. contoh - Ahmad tidak pernah

menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk berjaya. kini mempunyai kerjaya

mantap. e) Masyarakat yang mengenang budi. contoh - Ahmad tidak pernah lupa

memberikan kasut yang mahal-mahal saban tahun kepada Cikgu Harun, khususnya pada

Hari Guru.

14. GAYA BAHASA a) Simile contoh : Tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung;

berjalan macam lembu sakit kaki; kakinya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik;

bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoroknya. b) Metafora contoh :

membatukan diri; hatinya yang terhiris c) Repetasi contoh : Terasa kakinya seperti kaki

monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. d) Kata-kata puitis contoh :

membiarkan dirinya hanyut dalam arus ingatan; kesabaran masih tersisa dalam jiwanya;

kata yang terlontar melewati bibir kering Ahmad. e) Peribahasa contoh : Anak-anak

kampung itu sememangnya lebih selesa berkaki ayam waktu itu; Kadang-kadang

dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul; Dia mula terasa Ahmad itu berkecil hati.

15. NILAI a) Kerajinan Ahmad berusaha bersungguh-sungguh kerana tidak mahu mewarisi

kemiskinan keluarga. b) Berdikari Ahmad bekerja memetik cili di kebun sayur kerana

hendak membantu keluarga yang miskin. c) Baik Hati Cikgu Harun membeli sepasang

baju seragan dan kasut sekolah untuk Ahmad supaya dia dapat belajar dengan selesa. d)

Semangat bermasyarakat Cikgu Harun membantu Ahmad kerana mahu Ahmad berjaya

dalam pelajaran dan keluar daripada belenggu kemiskinan. e) Pemaaf Ahmad menerima

pemberian Cikgu Harun dan dia ke sekolah kerana tidak menyimpan perasaan dendam. f)

Mengenang Budi Ahmad mengirimkan sepasang kasut kepada Cikgu Harun kerana

hendak membalas budi baik Cikgu Harun terhadapnya tiga puluh tahun yang lalu. 9.

Page 3: Cerpen Kasut Kelopak Jantung f1

16. PENGAJARAN a) Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya dapat mencapai

kejayaan dalam hidup. b) Kita hendaklah bersikap dermawan supaya dapat meringankan

kesusahan orang lain. c) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain supaya hidup

kita gembira. d)Kita hendaklah membalas budi baik yang telah kita terima supaya

hubungan silaturrahim berpanjangan. e)Guru-guru hendaklah berusaha mendidik murid-

murid kerana mereka merupakan negara yang berharga. Copy the BEST Traders and