cerpen

14
NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460 CERPEN Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk daripada kata cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek'. Dalam bahasa Inggeris, karya sastera genre ini dinamai short story. Dari segi criteria, keperluan, acuan dan teknik atau kaedah penulisan karya pada penelitian saya, antara cerpen daripada short story sama sahaja. (Jais Sahak, 1999:26). Berbeza dengan novel yang panjang dan kompleks, cerpen hanyalah karya prosa yang pendek. Sesebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 1500 patah perkataan sahaja. Dalam sesebuah cerpen, ceritanya berpusat pada watak yang menggambarkan satu siri aksi atau peristiwa yang terbatas. Sebaliknya novel lebih banyak menunjukkan watak yang berkembang akibat daripada beberapa peristiwa yang dialaminya. Cerpen mengemukakan cerita dengan latar yang terbatas, jangka waktu yang pendek. Pertalian ceritanya pula tidaklah kompleks berbanding dengan novel. Menurut Hussain dan rakan dalam buku Glosari Istilah Kesusasteraan (1988: 54) pula mendefinisikan cerpen sebagai singkatan 'cerita pendek' iaitu kisah rekaan yang relatif pendek dihasilkan dalam bentuk prosa dilihat dari segi panjang pendeknya, sesebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500- 15,000 patah perkataan. Ia mempunyai kesatuan terutamanya 1

Upload: anonymous-hamamvb4

Post on 28-Dec-2015

294 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

cerpen tubuh tanpa aura

TRANSCRIPT

Page 1: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

CERPEN

Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk daripada

kata cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek'. Dalam bahasa

Inggeris, karya sastera genre ini dinamai short story. Dari segi criteria, keperluan, acuan dan

teknik atau kaedah penulisan karya pada penelitian saya, antara cerpen daripada short story

sama sahaja. (Jais Sahak, 1999:26).

Berbeza dengan novel yang panjang dan kompleks, cerpen hanyalah karya prosa yang

pendek. Sesebuah cerpen biasanya mengandungi antara 500 hingga 1500 patah perkataan

sahaja.

Dalam sesebuah cerpen, ceritanya berpusat pada watak yang menggambarkan satu siri

aksi atau peristiwa yang terbatas. Sebaliknya novel lebih banyak menunjukkan watak yang

berkembang akibat daripada beberapa peristiwa yang dialaminya.

Cerpen mengemukakan cerita dengan latar yang terbatas, jangka waktu yang pendek.

Pertalian ceritanya pula tidaklah kompleks berbanding dengan novel.

Menurut Hussain dan rakan dalam buku Glosari Istilah Kesusasteraan (1988: 54) pula

mendefinisikan cerpen sebagai singkatan 'cerita pendek' iaitu kisah rekaan yang relatif

pendek dihasilkan dalam bentuk prosa dilihat dari segi panjang pendeknya, sesebuah cerpen

biasanya mengandungi antara 500-15,000 patah perkataan. Ia mempunyai kesatuan

terutamanya dalam plot disamping unsur lain seperti tema, kesan, watak, mood dan gaya.

Manakala menurut pendapat Arena Wati (1995: 112) cerpen iaitu cerita pendek yang

menentukan tentag dirinya sendiri, atau orang yang meneliti cerpen itu yang memberikan

batas lingkungan untuk dunia cerita pendek. Kalau cerita pendek membentuk dirinya begitu

dan persoalan genesis yang tumbuh secara wajar. Para pengarang tanpa sedarnya,

menumbuhkan asas, lalu para peneliti sastera kemudiannya menemukan ciri dalam tubuh

cerita pendek; dan daripada penemuaan ini mereka menggariskan suatu komponen norma

sebagai suatu pensyaratan identiti cerita pendek.

Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen adalah suatu bentuk prosa naratif

fiktif. Cerita pendek cenderung padat dan langsung pada tujuannya dibandingkan karya-karya

fiksi yang lebih panjang, seperti novella (dalam pengertian modern) dan novel.

1

Page 2: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?

a. Yang pertama

Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya

dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh

direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan

pengalaman.

b. Yang kedua

Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya

cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik

oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan

pengajaran dan hiburan.

c. Yang ketiga

Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir

iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada

matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.

d. Yang keempat

Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan

peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.

TEMA DAN PERSOALAN

“…persoalan pusat atau persoalan pokok dalam sesebuah novel. Persoalan pusat ini

menjadi inti kepada keseluruhan idea yang diterapkan di dalam keseluruhan perjalanan

cerita, di dalam tema ini wujudnya semua cita-cita pengarang di dalam novel dan ia juga

menjadi konsep abstrak yang disampaikan melalui watak-watak dan imej-imej atau simbol.”

Rahman Shaari (1985:99)

2

Page 3: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

Tema merupakan inti sari, idea pokok, atau dasar cerita. Dengan kata lain, tema

adalah gagasan pokok atau isu utama pengarang yang mendasari penyusunan cerita

sekaligus menjadi sasaran cerita itu. Tema boleh merupakan persoalan moral, etika, agama,

sosial budaya atau tradisi. Tema dapat ditimbulkan melalui berbagai cara, misalnya melalui

dialog tokoh-tokohnya, konflik-konflik yang dibangun atau melalui komentar secara tidak

langsung.

Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara

langsung (eksplisit) atau tidak langsung ( implisit ). Sesuatu tema itu lazimnya dihidupkan

dengan memasukkan beberapa persoalan lain yang ada hubungannya dengan tema utama.

Wujudnya persoalan yang pelbagai dalam karya bertujuan menghidupkan dan

memperkukuhkan tema.

Dalam sesebuah karya sastera, tema tidak dapat dilihat hinggalah pembaca selesai

membaca karya berkenaan. Dalam sesebuah cerpen, tema juga amat penting. Walaupun

cerpen adalah hasil penulisan yang pendek, namun tetap memerlukan tema.

Manakala persoalan pula bermaksud perkara-perkara atau isu-isu yang lebih kecil

yang ada hubungan langsung dengan tema yang turut dimasukkan oleh pengarang dalam

karyanya. Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isi yang lebih kecil yang ada

hubungannya dengan tema sesuatu karya.

Penerapan nilai-nilai murni dan kemanusiaan yang ada dalam karya sastera akan

membantu pemikiran yang kreatif dan pengolahan ayat yang lebih signifikan dengan budaya

atau persekitaran masyarakat.

3

Page 4: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

ULASAN CERPEN - CERPEN DALAM MAJALAH DEWAN SASTERA

TEMA DAN PERSOALAN

1. “Tubuh Tanpa Aura” karya Azizi Haji Abdullah

(Dewan Sastera, Februari 2011)

LATAR BELAKANG PENULIS

Azizi Haji Abdullah atau dikenali sebagai Anita, Ibnu Abdullah Alhaj, Jamong,

Qalam Adly, Shahrulmanjarishah, Susilawati dan Tukya. Beliau lahir pada 4 April 1942 di

Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman.

Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota

Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul

Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah

agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Dalam bidang penulisan cerpen, Panel Hakim Hadiah Karya Sastera pernah menyebut

Azizi sebagai cerpenis tanah air yang terbaik terutama setelah Azizi memenangi Hadiah

Karya Sastera sejak tahun 1972 hingga tahun 1975 berturut-turut. Pada tahun 1975 juga,

Azizi memenangi hadiah sagu hati dalam Peraduan Cerpen Agama anjuran Jabatan Perdan

Menteri dengan dua buah cerpennya yang berjudul “Keakuan” dan “Menuju ke Takah Tiga”.

Azizi pernah beberapa kali memenangi hadiah Sayembara Cerpen Esso- GAPENA yang

disertainya.

4

Page 5: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

TEMA DAN PERSOALAN DALAM CERPEN “TUBUH TANPA AURA ”

Cerpen “Tubuh Tanpa Aura” nukilan Azizi Hj. Abdullah, berkisar pada watak “Aku”

yang berkenalan dengan gadis Surinam juga bernama Surinam (lahir di Changloon, Kedah

hasil perkahwinan Mohd Kabil, seorang Melayu dengan warga Surinam). Surinam dibawa

kembali ke negara asal ketika masih kecil, dan ibubapanya pula meninggal dunia tidak lama

selepas itu. Surinam menjadi rapat dengan watak “Aku” ketika mereka berjumpa semasa

sasterawan dan budayawan Malaysia mencari diaspora Melayu di seluruh dunia. Surinam

ingin sekali “menjadi Melayu”.

Sepuluh tahun selepas pertemuan pertama di Surinam, protagonis ini datang ke

Malaysia “semata-mata mahu menjadi Melayu.” Apa yang menariknya, watak “Aku” tidak

mampu untuk membantu Surinam “menjatidirikan” menjadi Melayu, kerana dari

keturunannya, memang dia seorang Melayu (ayahnya Melayu dari Malaysia). Kerana itu,

Surinam kemudiannya mencari jatidiri Melayu dengan menziarahi muzium dan mengkaji

ekologi orang Melayu dan dunia Melayu. Dapatannya sungguh mejengkilkan watak “Aku”,

kerana orang Melayu yang gagah dan kuat jati dirinya semasa zaman Tom Pires (1512-1515),

tetapi Melayu sekarang, seperti puisi Usman Awang “Malangnya Melayu itu kuat bersorak.

Terlalu ghairah berpesta temasya, sedangkan kampung telah tergadai, sawah sejalur tinggal

sejengkal, tanah sebidang mudah terjual. Meski telah memiliki telaga, tangan masih

memegang tali, sedang orang mencapai timba.” Surinam hampa bahawa orang Melayu sudah

kehilangan aura kemelayuan. Ini seterusnya membawa kepada tragedi Surinam yang

membunuh diri kerana kekecewaannya.

Secara pragmatik, cerpen ini menimbulkan persoalan mengenai jati diri Melayu. Azizi

memaparkan persoalan yang lama dari sudut yang baru – pertemuan di antara diaspora wanita

Melayu-Surinam yang sedang mencari identitinya dengan lelaki Melayu yang sebati dengan

identiti kemelayuaanya. Namun, dapatan diaspora Melayu itu menunjukkan kelunturan jati

Melayu zaman sekarang sangat membimbangkan.

5

Page 6: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

2. “Kocak di Rimba” karya Jong Chian Lai

( Dewan Sastera, Februari 2011)

LATAR BELAKANG PENULIS

Jong Chian Lai dilahirkan pada 10 Oktober 1960 di Kampung Matang, Kuching,

Sarawak. Dunia penulisan Jong Chian Lai bermula dengan genre puisi diikuti dengan genre

cerpen dan novel. Namun begitu, bakatnya lebih menyerlah sebagai penulis cereka.

Meskipun menulis puisi, drama pentas dan rencana, beliau juga dikenali sebagai

penulis cerpen dan novel. Dari tahun 1980 hingga 2005, beliau telah menghasilkan 24 buah

cerpen dan empat buah antologi cerpen yang diterbitkan secara persendirian. Antologi beliau

ialah Musim Terakhir (1988), Bunga Rimba (1998), Menganyam Kedukaan (1999) dan

Dunia Sebayan (2005). Cerpen beliau juga telah diterbitkan dalam 35 buah antologi bersama

penulis lain dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Mandarin.

Beliau telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/85, 1986/87 dan 1988/89.

Pada tahun 1989, beliau memenangi Hadiah Peraduan Menulis Maybank – DBP, Anugerah

Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak 1994 – Kategori cerpen, ESSO-GAPENA 1994 –

Kategori novel (Pemberontakan), Hadiah Novel DBPCS 1997 – Menganyam Kedukaan.

Anugerah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak 1997 – Kategori novel dan Formula Malaysia

2000 – Kategori cerpen (sagu hati).

Novel Long Busang memenangi Hadiah Novel Remaja DBPCS 2000, manakala novel

Lakei Rimba memenangi Hadiah Novel Umum DBPCS 2002. Pada tahun berikutnya, novel

beliau Ensera Marga Timur dari St. Anthony sekali lagi memenangi Hadiah Novel Umum

DBPCS. Kini beliau terus aktif dalam bidang penulisan. Jong Chian Lai adalah penerima

S.E.A Write Awards 2006 daripada Kerajaan Thailand.

TEMA DAN PERSOALAN DALAM CERPEN ‘KOCAK DI RIMBA ‘

Cerpen ini selain memperlihatkan kesinambungan struktur cerpen-cerpennya yang

terdahulu, turut memperlihatkan elemen yang menambahkan nilai kekuatan cerekanya.

6

Page 7: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

Penyelidikan yang dilakukan penulis telah membantu beliau menghasilkan cerpen – cerpen

yang bercorak sejarah, perhubungan antara kaum, serta sosiobudaya suku kaum Penan dalam

pelbagai cabaran moden dan pembangunannya.

“Kocak di Rimba” karya Jong Chian Lai mengemukakan persoalan kejujuran yang

dipertahankan oleh suku kaum Penan di daerah Rimba Long Bedian, akibat berlakunya

pembalakan haram dan pencemaran hutan, di samping para pekerja balak yang merogol anak

gadis mereka bertahun-tahun tanpa pembelaan tauke balak. Watak yang lurus bendul seperti

Kurau Kusin, Gerawat Megud, Busak Elon dan anak perempuannya, dilukiskan pengarang

berdiri tercegat di hadapan tauke balak yang hodoh rupanya seperti seekor lotong itu, dengan

harapan untuk mendapat pembelaan atas perbuatan honar anak buah tauke itu. Tetapi mereka

hanya diberi wang RM100, garam dan ikan kering bagi menutup mulut.

Paling tragis anak buah tauke telah merogol anak gadisnya sendiri, kerana tidak tahu

perbuatan lampaunya (belasan tahun lalu) ke atas seorang gadis (anak Gerawat Megud dan

Busak Elon) menyebabkan gadis itu mengandung dan melahirkan anak perempuan. Suku

kaum yang selama ini dianggap lemah dan sering menjadi mangsa kapitalis itu, akhirnya

mengambil tindakan sendiri dengan membalas dendam. Gerawat Megud berjaya menyumpit

lelaki yang bernafsu serakah (si pennakoh, iaitu roh jahat dalam tubuh binatang) yang

merogol Bungan Gerawat itu.

7

Page 8: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

LATAR BELAKANG PENULIS

Jasni Mat Lani

Jasni Matlani adalah karyawan tersohor dalam dunia penulisan cerpen. Beliau mula

berkarya pada tahun 1981 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Sehingga kini beliau mempunyai 12 buku yang menghimpunkan cerpen-cerpen karya beliau.

Beliau merupakan Yang Dipertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

TEMA DAN PERSOALAN DALAM “KISAH DI SEBUAH TAMAN “

3. “Kisah di Sebuah Taman” karya Jasni Mat Lani

( Dewan Sastera, Januari 2010 )

“Kisah di Sebuah Taman” karya Jasni Matlani, memaparkan suatu pencarian dalam

hidup, terkesan kekuatan aspek naratif pengarang yang cuba mengauli dunia realisme dengan

nonrealisme. Taman boleh dianalogi sebagai sebuah ruang untuk kehidupan yang menyajikan

rintangan dan masalah. Ini kerana kehadiran “saya” dan isterinya di sebuah taman yang

selama 25 tahun lamanya menjadi tempat istirehat mereka, boleh dimasuki pelbagai dimensi

kehidupan.

Antara lain ialah persoalan siapa yang boleh mengubah takdir jalan ke taman itu,

sama ada “saya” (lelaki) atau isterinya (perempuan)? Hal ini dizahirkan oleh watak

“perempuan langsing” yang menjadikan pasangan suami isteri itu begitu obses dengan

kemunculannya secara tiba-tiba, dan juga dengan pendapatnya yang cukup mencabar.

“Tetapi percayalah, suami puan akan melakukan kesalahan, walaupun dia seorang

lelaki biasa yang istimewa. Dia akan melakukan kesalahan yang besar,” tegasnya beria-ia.

Cerpen ini juga boleh ditafsir sebagai sebuah fiksyen mimpi, kerana “saya” mengalami dunia

sub-concious, dan pernah membuang sepotong tubuhnya yang berisi ke tengah halaman

rumah dan hampir mengenai bumbung daun bunga. Apa yang menariknya, benda-benda

bernyawa mahupun yang kaku menjadi perlambangan yang perlu dimaknai menerusi akal

fikiran yang waras.

8

Page 9: CERPEN

NEGERIN ANAK JOHEN SBLM 1053 No Matriks : 229460

Tiga watak dipertemukan di dalam taman; sepasang suami isteri dan seorang wanita

bertubuh langsing. Suami isteri yang 25 tahun hidup bersama (dilambangkan dengan sudah

25 tahun melalui jalan yang sama di taman itu), tiba-tiba tergugat dengan kehadiran wanita

itu.

Konflik terbina daripada dialog di antara ketiga-tiga watak tersebut. Dialog

memainkan peranan penting bagi menimbulkan kesan keseluruhan cerpen ini. Dapat

dianggap bahawa kekuatan cerpen ini sebahagiannya bergantung kepada dialog di antara

ketiga-tiga watak itu. Dialog telah berjaya menggerakkan cerita dengan membina konflik

yang kemudiannya mencapai puncak dengan dialog sedemikian: “…Banyak perkara yang

berlaku di dunia ini, tidak difahami, walaupun kita bersungguh-sungguh cuba

memahaminya.” Secara keseluruhan, cerpen ini berkecenderungan menerapkan nilai-nilai

falsafah menerusi ungkapan-ungkapan yang terasa segar dan baharu.

KESIMPULAN

Tema dan persoalan ialah idea atau pemikiran yang timbul yang berkait secara

langsung dengan tema yang dikemukakan. Berdasarkan maksud tersebut, berkemungkinan

terdapat pelbagai pendapat dan pemikiran tentang hasil sesebuah karya daripada pelbagai

buku rujukan, namun pemikiran tersebut pasti berkisar pada tema yang diutarakan dan tidak

ada banyak perbezaannnya.

Tema yang ingin disampaikan oleh cerpen adalah berkait rapat dengan gaya bahasa

yang digunakan dalam penulisan. Gaya penulisan tersebut akan membentuk ton bagi cerpen

itu. Tema yang timbul dalam cerpen-cerpen akan mempengaruhi metafora yang akan

digunakan.

( 2,041 patah perkataan )

9