cerita tahun 4

4
Selamat pagi kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk cerita yang saya sampaikan ialah Sang Kancil Dengan Buaya Pada suatu hari, Sang Kancil berasa dahaga lalu minum air di tebing sebatang sungai. Tiba-tiba ia terasa kakinya sakit kerana digigit oleh seekor buaya. “Saya telah menggigit kaki kamu dan akan makan kamu.” kata buaya. “Ha!Ha! itu bukan kaki saya. Itu batang kayu!” Sang kancil berpura-pura kata dengan berani. Buaya percaya kaya Sang Kancil lalu melepaskan kakinya. Dengan segera Sang Kancil cepat melarikan diri. Buaya sangat marah kerana ditipu oleh Sang Kancil. Murid-murid sekalian, kita haruslah bertenang apabila menghadapi masalah. Nilai murni yang boleh kita dapati ialah berani mencuba dalam penyelesaian masalah. Sekian, terima kasih.

Upload: lai-choon-yen

Post on 25-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

cerita

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Tahun 4

Selamat pagi kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk cerita yang saya sampaikan ialah

Sang Kancil Dengan Buaya

Pada suatu hari, Sang Kancil berasa dahaga lalu minum air di tebing sebatang sungai. Tiba-tiba ia terasa kakinya sakit kerana digigit oleh seekor buaya.

“Saya telah menggigit kaki kamu dan akan makan kamu.” kata buaya.

“Ha!Ha! itu bukan kaki saya. Itu batang kayu!” Sang kancil berpura-pura kata dengan berani.

Buaya percaya kaya Sang Kancil lalu melepaskan kakinya. Dengan segera Sang Kancil cepat melarikan diri.

Buaya sangat marah kerana ditipu oleh Sang Kancil.

Murid-murid sekalian, kita haruslah bertenang apabila menghadapi masalah. Nilai murni yang boleh kita dapati ialah berani mencuba dalam penyelesaian masalah. Sekian, terima kasih.

Page 2: Cerita Tahun 4

Selamat pagi kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk cerita yang saya sampaikan ialah

Perlumbaan Arnab dengan Kura-kura

Pada suatu hari, arnab keluar bersiar-siar. Arnab ternampak kura0kura yang sedang merangkak perlahan-lahan.

Arnab mengajak kura-kura berlumba lari dengannya. Kura-kura bersetuju. Perlumbaan pun bermula.

Pada mulanya, arnab berlari dengan laju. Kura-kura tertinggal di belakang.

Di pertengahan jalan, arnab berehat di bawah sebatang pokok. Kemudian arnab tertidur.

Kura-kura terus merangkak dengan sabar. Akhirnya, kura-kura sampai di garisan penamat. Arnab terjaga daripada tidurnya tetapi sudah terlambat.

Arnab berasa malu kerana kalah dalam perlumbaan itu.

Murid-murid sekalian, kita haruslah bersikap rendah diri dalam kehidupan. Nilai murni yang boleh kita dapati ialah bersikap sabar dan rendah diri supaya disenangi oleh orang lain. Sekian, terima kasih.

Page 3: Cerita Tahun 4

Selamat pagi kepada para hakim yang bijaksana, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk cerita yang saya sampaikan ialah

Tunggu Hingga Esok

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari, mereka menghabiskan masa bersama-sama.

Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.”

“Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.

“Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,” kata tupai.

“Ya, betul kata awak.” jawab arnab.

“Pagi esok kita akan buat sarang.” Kata arnab lagi.

Keesokkan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab membuat sarang.

“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai.

“Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!”

Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Ia pun mencari kayu kemudian membuat sarangnya.

Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai cepat berteduh di dalam sarang barunya.

Arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Ia menyesal kerana tidak mendengar nasihat tetapi sudah terlambat.

Begitulah anak-anak, janganlah kita tangguhkan kerja. Kalau tidak, kita tidak akan berjaya! Murid-murid sekalian, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Page 4: Cerita Tahun 4