cerita spontan

4
BERKELAH Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port Dickson. Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang perjalanan. Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.Kami menolong mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di pantai.Suasana di sana riuh-rendah dan meriah. Tanpa membuang masa lagi,saya dan adik segera menukar pakaian renang.Kami membawa pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan kakak berenang dengan gembira.Abang pula belajar menyelam.Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai.Oleh sebab adik tidak pandai berenang,dia melonggok pasir dan membina istana pasir di pantai. Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih- muih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat. Kemudian,kami bermain bola tampar di pantai.Pemandangan di pantai indah nian.Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Ibu dan bapa

Upload: rafiha-samsudin

Post on 07-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pertandingan Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

BERKELAH

Pada hari Ahad yang lalu,bapa membawa kami sekeluarga berkelah di Port Dickson. Kami menaiki kereta bapa ke sana.Kami berbual-bual sepanjang perjalanan.Setibanya di destinasi,bapa mengeluarkan bekalan dari but kereta.Kami menolong mengangkat barangan lalu meletakkan bekalan kami di bawah sepohon pokok yang rendang.Cuaca pada hari itu cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan banyak pengunjung berada di pantai.Suasana di sana riuh-rendah dan meriah.Tanpa membuang masa lagi,saya dan adik segera menukar pakaian renang.Kami membawa pelampung besar yang baru dibeli.Saya dan kakak berenang dengan gembira.Abang pula belajar menyelam.Bapa membaca surat khabar manakala ibu mendengar muzik di pantai.Oleh sebab adik tidak pandai berenang,dia melonggok pasir dan membina istana pasir di pantai.Setelah penat berenang,kami menjamu selera di pantai.Ibu menyediakan pelbagai hidangan di atas tikar mengkuang.Kami menikmati mi goreng,sate,kuih-muih, tembikai dan jus oren.Kami makan dengan gelojohnya kerana terlalu lapar.Tambahan pula,masakan ibu sungguh enak dan berkhasiat.Kemudian,kami bermain bola tampardi pantai.Pemandangan di pantai indah nian.Kami sekeluarga mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.Ibu dan bapa juga bersiar-siar di pantai sambil berbual-bual dengan mesranya.Kami mengemaskan barangan dan membersihkan tempat perkelahan sebelum pulang.Kami membuang sampah-sarap ke dalam tong sampah demi menjaga kebersihan pantai.Selepas itu,kami pulang dengan gembiranya.Berkelah di pantai merupakan aktiviti yang menyeronokkan.

GOTONG-ROYONG

Pada hari sabtu yang lalu, sekolah Siti telah mengadakan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini telah melibatkan murid-murid, ibu bapa dan guru-guru.

Seawal jam 8:00 pagi, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru telah berkumpul di padang sekolah bagi mendengar taklimat ringkas daripada guru besar dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan diagihkan dengan tugas-tugas tertentu antaranya menyapu lantai, mencuci longkang, menyapu daun-daun, mengutip sampah, mengecat dinding, memotong rumput dan menanam pokok-pokok bunga.

Pada pukul 12 tengah hari, semua tugasan yang telah diberi selesai. Pihak kantin menyediakan jamuan ringan. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada siti dan semua yang hadir kerana telah memberi kerjasama.

Selepas jamuan, siti dan semua yang hadir pulang ke rumah. Siti berasa bangga kerana sekolahnya kini menjadi cantik dan bersih.

Tajuk: Pengalaman Pergi Ke Pasar Malam

Pasar malam di tempat tinggal Ayu diadakan pada setiap hari Khamis .Pasarmalamitu diadakan dari pukul enam petang hingga pukul sepuluh malam.

Ayu dan emak selalumengunjungipasar malam itu. Di situ terdapat banyak gerai yang menjual pakaian, barang-barang keperluandapur, barang-barang permainan, kuih-muih, dan lain-lain lagi.

Parapeniagamenyusun barang-barang jualan dengan teratur. Mereka menjerit-jerit untuk menarik perhatian pengunjung supaya membeli barang-barang yang dijual.

Sementara itu, para pembeli pula sibuktawar-menawaruntuk mendapatkan harga yang terendah. Suasana disituriuh-rendah.

Setelah membeli barang-barang yangdiperlukan, Ayu dan emak pulang ke rumah.