cerita si luncai

2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Si Luncai’. Dalam sebuah negeri, ada seorang pemuda bernama Si Luncai. Dia tinggal bersama emaknya. Bapanya sudah meninggal dunia. Pada suatu hari, dia pergi mengadap raja negeri itu. Sambil mengadap dia menangis. “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun”. “Kenapa engkau menangis wahai Si Luncai?’ tanya raja” “Patik menangis sebab melihatkan wajah tuanku yang seakan-akan sama dengan wajah bapa patik yang telah meninggal dunia itu!” kata Si Luncai sambil menangis teresak-esak. Raja berasa sangat murka dengan kata-kata Si Luncai yang membandingkan muka baginda dengan muka bapanya. Baginda memerintahkan Si Luncai dibuang ke laut. Puas Si Luncai meminta ampun tetapi baginda tidak mahu mengampunkan kesalahan Si Luncai. Si Luncai dimasukkan ke dalam sebuah perahu bersama dengan empat orang hulubalang. Mereka akan membuang Si Luncai apabila sampai di tengah laut nanti. Di atas perahu Si Luncai meminta sebiji labu yang terdapat di atas perahu itu. Permintaannya dilayan. Selepas itu Si Luncai meminta empat orang hulubalang itu menyanyi bersama-samanya. Si Luncai pun memberitahu kehendaknya. “ Aku mahu engkau berempat menyanyi satu lagu. Dua orang berkata “Si Luncai Terjun” dan dua orang lagi menjawab “Biarkan”. Begitulah bunyi lagu itu. Hendaklah diulang sehingga aku beri isyarat supaya berhenti.” Mereka pun menyanyi. Dua orang berkata: “Si Luncai Terjun”. Dua orang lagi berkata: “Biarkan.” Sedang mereka asyik menyanyi, Si Luncai terus terjun bersama labu yang dibuat pelampung. Empat orang hulubalang itu terpaksa memberitahu raja bahawa Si Luncai telah dibuang ke laut dan tidak timbul-timbul. Raja sendiri menyangka Si Luncai telah dimakan ikan paus.

Upload: xxx

Post on 18-Aug-2015

279 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

cerita pendek

TRANSCRIPT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Luncai. Dalam sebuah negeri, ada seorang pemuda bernama Si Luncai. Dia tinggal bersama emaknya.Bapanya sudah meninggal dunia.ada suatu hari, dia pergi mengadap raja negeri itu.Sambil mengadap dia menangis. !Ampun tuanku beribu"ribu ampun, sembah patik harap diampun#.!$enapa engkau menangis wahai Si Luncai% tanya raja# !atik menangis sebab melihatkan wajah tuanku yang seakan"akan sama dengan wajah bapa patik yang telah meninggal dunia itu kata Si Luncai sambil menangis teresak"esak. 'aja berasa sangat murka dengan kata"kata Si Luncai yang membandingkan muka baginda dengan muka bapanya. Baginda memerintahkan Si Luncai dibuang ke laut.uas Si Luncai meminta ampun tetapi baginda tidak mahu mengampunkan kesalahan Si Luncai. Si Luncai dimasukkan ke dalam sebuah perahu bersama dengan empat orang hulubalang. (ereka akan membuang Si Luncai apabila sampai di tengah laut nanti.Di atas perahu Si Luncai meminta sebiji labu yang terdapat di atas perahu itu. ermintaannya dilayan.Selepas itu Si Luncai meminta empat orang hulubalang itu menyanyi bersama"samanya.Si Luncai pun memberitahu kehendaknya. ! Aku mahu engkau berempat menyanyi satu lagu. Dua orang berkata !Si Luncai )erjun# dan dua orang lagi menjawab !Biarkan#. Begitulah bunyi lagu itu. *endaklah diulang sehingga aku beri isyarat supaya berhenti.# (ereka pun menyanyi. Dua orang berkata+ !Si Luncai )erjun#. Dua orang lagi berkata+ !Biarkan.#Sedangmerekaasyikmenyanyi,SiLuncaiterusterjunbersamalabuyangdibuat pelampung.,mpatoranghulubalangituterpaksamemberitahurajabahawaSiLuncai telahdibuangkelautdantidaktimbul"timbul.'ajasendirimenyangkaSiLuncaitelah dimakan ikan paus. Si Luncai yang terselamat dari maut tadi pulang ke rumahnya dengan sembunyi"sembunyi. ,maknya sangat gembira. Si Luncai menyamar irinya dengan memakai serban dan berjubah putih. Dia mengadap raja. 'aja sangat terkejut melihat Si Luncai. Baginda menyangka Si Luncai sudah mati.Si Luncai mengaku beliau sudah mati. -ang datang ialah rohnya. Si Luncai menyatakan beliau telah berjumpa dengan ayahanda raja semasa di alam bar.ah. Ayahanda raja mengajak anakandanya ke sana kerana kehidupan di sana jauh lebih selesa. ada mulanya raja tidak mahu mengikut saranan Si Luncai, namun kemudian baginda tertarik hati dengan cerita Si Luncai.Baginda bersetuju hendak kea lam bar.ah bersama Si Luncai. !Bagaimanakah cara hendak ke sana% )anya baginda. ! (esti pergi mengikut jalan laut.Sebagai raja tuanku mesti pergi dengan memasuki ke dalam kotak cermin yang ditutup rapat. Sebagai rakyat biasa, patik akan pergi dengan berenang sahaja#, jawab Si Luncai ersiapan membuat kotak cermin pun dibuat. Baginda pun masuk ke dalam kotak cermin itu dengan membawa sedikit bekalan. Sebuah perahu besar membawa baginda dan Si Luncai ke tengah laut. Sampai di tengah laut, kotak itu pun dibuang ke laut sementara Si Luncai berenang dengan labunya seperti tempoh hari. Air sudah mulai masuk ke dalam kotak cermin. 'aja terpekik"pekikdan menumbuk"numbuk cermin untuk keluar kerana sedar yang dirinya tertipu. Akhirnya baginda mangkat kerana kotak cermin itu tenggelam.Si Lunca/ pun berenang dengan labunya menuju ke darat. Begitulah kisah Si Luncai.engajaran dari cerita ini ialah kita tidak boleh berlaku kejam sesama manusia kerana kekejaman itu pasti akan mendapat balasan setimpal.