cerita sains

3
Saya sebatang pokok bunga Saya sebatang pokok bunga. Saya ada bahagian badan saya. Tidak seperti manusia yang mempunyai tangan dan kaki. Saya mempunyai anggota badan sendiri. Saya ada akar. Akar saya membantu saya menyerap air dari dalam tanah. Saya juga ada batang. Batang saya akan menumbuhkan daun- daun yang segar, besar dan banyak jika saya dapat air, udara dan cahaya matahari yang cukup. Oh ya, jangan lupa kawan-kawan. Saya ada bahagian paling cantik iaitu bunga. Semua orang sukakan bunga saya. Bunga saya berwarna kuning dan besar. Cuba kawan-kawan teka nama saya? Haaaa! Betul. Saya sebatang pokok bunga raya. Lihatlah bunga saya, batang dan daun saya. Bukankan ia kelihatan sihat? Saya sangat bersyukur. Manusia menjaga saya dengan baik. saya diberi keperluan asas yang cukup. Saya juga diberi baja. Seronoknya membesar dengan sihat! Semua orang puji kecantikan saya! Baiklah kawan, sampai itu saja cerita tentang saya. Boleh kawan-kawan sebutkan kembali bahagian tubuh saya? Bermula dari bawah ya! Akar, batang, daun, dan bunga. Ingat tau kawan-kawan! Sekian, Terima kasih.

Upload: iz-mujahid

Post on 10-Jul-2016

71 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: cerita sains

Saya sebatang pokok bunga

Saya sebatang pokok bunga. Saya ada bahagian badan saya. Tidak seperti manusia yang mempunyai tangan dan kaki. Saya mempunyai anggota badan sendiri. Saya ada akar. Akar saya membantu saya menyerap air dari dalam tanah. Saya juga ada batang. Batang saya akan menumbuhkan daun-daun yang segar, besar dan banyak jika saya dapat air, udara dan cahaya matahari yang cukup.

Oh ya, jangan lupa kawan-kawan. Saya ada bahagian paling cantik iaitu bunga. Semua orang sukakan bunga saya. Bunga saya berwarna kuning dan besar. Cuba kawan-kawan teka nama saya?

Haaaa! Betul. Saya sebatang pokok bunga raya. Lihatlah bunga saya, batang dan daun saya. Bukankan ia kelihatan sihat? Saya sangat bersyukur. Manusia menjaga saya dengan baik. saya diberi keperluan asas yang cukup. Saya juga diberi baja. Seronoknya membesar dengan sihat! Semua orang puji kecantikan saya!

Baiklah kawan, sampai itu saja cerita tentang saya. Boleh kawan-kawan sebutkan kembali bahagian tubuh saya?

Bermula dari bawah ya!

Akar, batang, daun, dan bunga. Ingat tau kawan-kawan!

Sekian, Terima kasih.

Page 2: cerita sains

Di dalam sebuah taman, tinggal pelbagai jenis serangga. Ada kupu-kupu, ada lebah, kumbang, semut, belalang dan rama-rama. Di dalam taman itu juga terdapar seekor beluncas. Rama-ramalah yang paling cantik dalam taman itu. Dia baik hati dan tidak sombong. Semua serangga suka berkawan dengannya. Di taman ini juga ada pelbagai tumbuh-tumbuhan dan bungabungaan yang cantik. Semua penghuni taman hidup dengan gembira dan aman.biarpun rama-rama ada banyak kawan, namun, ia paling suka berkawan dengan beluncas. Tetapi ulat beluncas tidak boleh terbang sepertinya. Ulat beluncas pula sering memuji-muji kecantikan dan kebaikan rama-rama.

Ulat beluncas dan rama-rama bersama-sama mencari makanan di dalam taman itu. Rama-rama selalu membawa ulat beluncas terbang bersamanya. Rama-rama suka menghisap madu bunga yang segar manakala ulat beluncas pula suka menikmati daun-daun yang enak. Mereka berdua menjadi sahabat yang sangat rapat. Pada suatu pagi, seperti biasa rama-rama menunggu ulat beluncas di sepohon pokok bunga. Setelah beberapa lama menunggu, ulat beluncas tidak juga muncul. Rama-ama berasa gelisah dan sangat susah hati. Ia bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada beluncas.

Rama-rama terbang kesana-kemari mencari ulat beluncas, namun tidak berjumpa. Sejak dari hari itu,ulat beluncas tidak kelihatan lagi. Rama-rama tidak tahu kemana rakannya itu pergi. Rama-rama berasa sangat sedih kerana hilang sahabat baiknya.

KEMANA PERGINYA ULAT BELUNCAS ITU?

Sebenarnya ulat beluncas telah bertukar menjadi pupa. Ia kini berada didalam kelongsog yang dipanggil kepompong. Setelah beberapa lama akhirnya kepompong itu pecah. Kemudian muncullah seekor rama-rama yang sangat cantik berwarna warni.

Pada satu petang, seperti biasa rama-rama terbang dan hinggap di pokok bunga untuk menghispa madu. Tiba-tiba rama-rama melihat ada seekor rama-rama kecil dalam taman itu. Rama-rama segera terbang ke tempat rama-rama kecil.

“hai rama-rama kecil, kamu masih baru rasanya di taman ini”.

“tidak rama-rama. Saya sebenarnya ulat beluncas yang menjadi sahabat baik kamu dahulu. Saya sangat gembira dapat berjumpa kamu semula”.

Barulah rama-rama tahu, bahawa ulat beluncas kecil yang menjadi sahabat baiknya dulu telah bertukar menjadi seekor rama-rama kecil. Dia berasa sangat gembira dan bersyukur. Kini, rama-rama tersebut menjadi sahabat semula. Mereka terbang mencari madu bunga bersama-sama.

Itulah kitar hidup rama-rama yang kawan-kawan perlu tahu. Dari sebiji telur, rama rama menetas menjadi ulat beluncas, kemudian hidup dalam kepompong sebagai pupa dan akhirnya bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik. Anak rama-rama tidak menyerupai ibu bapanya sewaktu kecil.