cerita s

3
Hari ini saya attend satu klien pengawasan AADK yang tamat pengawasan. Dalam sesi kaunseling atau biasanya saya guna istilah sembang santai dengan klien, saya cuba nak faham apa yang ada dalam minda beliau. Beliau adalah klien wanita yang baru berusia 18 tahun. Dan jujurnya saya agak kecewa hari ini selepas selesai sesi kaunseling dengan beliau. Bukan saya kecewa dengan beliau tapi saya kecewa dengan diri saya sendiri. Biar saya namakan klien tue dengan panggilan S je. S akui 2 hari lepas beliau ada ambil substans opiate (heroin / ubat – nama jalanan) dan semalam S ada juga ambil substans methamphetamine (syabu / ice atau batu – nama jalanan). Bila ditanya kenapa S ambil kedua2 substans berikut, katanya dia sendiri tak tahu. Yang ada dalam kepalanya ketika itu cuma nak enjoy dengan kawan2. Ada saya bertanya jika pengambilan S terhadap substans adalah atas dasar di paksa atau tekanan..katanya tidak sama sekali. Memang hanya semata2 untuk enjoy. Saya cuba korek sedikit tentang gaya hidup S sebab selama 3 tahun S menjalani pengawasan, saya dapati S bersikap tertutup, amatlah sukar utk berkongsi. Kalau dalam sesi sharing pun S banyak diam dan mengikut… memang sepanjang pengawasan S jenis ‘follower’ dalam setiap program yang pihak AADK aturkan. Dan sebenarnya sikap tertutup S itulah yang merisaukan kami kerana kami tidak akan dapat memahami dan menyelami punca sebenar kepada pengambilan substans. DItambah lagi dengan perjumpaan yang hanya sekali dalam sebulan, 3 tahun sebenarnya adalah satu jangka masa yang sangat pendek dan terhad kepada kami untuk cuba membantu mereka yang terlibat dengan dadah untuk kembali pulih dan kekal pulih. Ianya bukanlah satu kerja yang mudah untuk membangunkan semula moral dalam diri individu2 seperti mereka. Ditambah lagi dengan beban tugas dalam menyelesaikan dokumentasi setiap klien, benar2 memberi cabaran pada kami semua. Amanah ini terlalu berat rasanya, ada kalanya saya sendiri melalui hari2 yg down bila ramai klien saya masih tidak berubah, dan yang lebih menyedihkan tidak berusaha untuk berubah. Pelbagai pendekatan yang telah kami gunakan…dari selembut2nya hinggalah sekeras2nya iaitu dari pencegahan hingalah pelaksanaan undang2…semuanya untuk satu tujuan…pulihkan mereka kepada gaya hidup sihat tanpa dadah!!! Tapi, ada kalanya kami rasakan semua usaha kami sia2, penat lelah kami tidak

Upload: nur-afifah-kamarudin

Post on 13-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

senario semasa

TRANSCRIPT

Hari ini saya attend satu klien pengawasan AADK yang tamat pengawasan. Dalam sesi kaunseling atau biasanya saya guna istilah sembang santai dengan klien, saya cuba nak faham apa yang ada dalam minda beliau. Beliau adalah klien wanita yang baru berusia 18 tahun. Dan jujurnya saya agak kecewa hari ini selepas selesai sesi kaunseling dengan beliau. Bukan saya kecewa dengan beliau tapi saya kecewa dengan diri saya sendiri.Biar saya namakan klien tue dengan panggilan S je. S akui 2 hari lepas beliau ada ambil substans opiate (heroin / ubat nama jalanan) dan semalam S ada juga ambil substans methamphetamine (syabu / ice atau batu nama jalanan). Bila ditanya kenapa S ambil kedua2 substans berikut, katanya dia sendiri tak tahu. Yang ada dalam kepalanya ketika itu cuma nak enjoy dengan kawan2. Ada saya bertanya jika pengambilan S terhadap substans adalah atas dasar di paksa atau tekanan..katanya tidak sama sekali. Memang hanya semata2 untuk enjoy. Saya cuba korek sedikit tentang gaya hidup S sebab selama 3 tahun S menjalani pengawasan, saya dapati S bersikap tertutup, amatlah sukar utk berkongsi. Kalau dalam sesi sharing pun S banyak diam dan mengikutmemang sepanjang pengawasan S jenis follower dalam setiap program yang pihak AADK aturkan. Dan sebenarnya sikap tertutup S itulah yang merisaukan kami kerana kami tidak akan dapat memahami dan menyelami punca sebenar kepada pengambilan substans.DItambah lagi dengan perjumpaan yang hanya sekali dalam sebulan, 3 tahun sebenarnya adalah satu jangka masa yang sangat pendek dan terhad kepada kami untuk cuba membantu mereka yang terlibat dengan dadah untuk kembali pulih dan kekal pulih. Ianya bukanlah satu kerja yang mudah untuk membangunkan semula moral dalam diri individu2 seperti mereka. Ditambah lagi dengan beban tugas dalam menyelesaikan dokumentasi setiap klien, benar2 memberi cabaran pada kami semua. Amanah ini terlalu berat rasanya, ada kalanya saya sendiri melalui hari2 yg down bila ramai klien saya masih tidak berubah, dan yang lebih menyedihkan tidak berusaha untuk berubah. Pelbagai pendekatan yang telah kami gunakandari selembut2nya hinggalah sekeras2nya iaitu dari pencegahan hingalah pelaksanaan undang2semuanya untuk satu tujuanpulihkan mereka kepada gaya hidup sihat tanpa dadah!!! Tapi, ada kalanya kami rasakan semua usaha kami sia2, penat lelah kami tidak dihargai, bukan lah kami pinta emas permata dari mereka, atau anugerah cemerlang dari pihak atasan, yang menjadi matlamat utama kami di AADK adalah melihat mereka pulih dari penyalahgunaan dadah dan dapat kembali bersama masyarakatitu sebenarnya yang kami mahu!!Satu kepuasan bila kami melihat perubahan yang positif dalam diri mereka, rasa berbaloi kami berpanas dan berhujan untuk mereka, rasa berbaloi kami bekerja 7 hari seminggukadang2 tue dah rasa macam kerja kat 7eleven, berbaloi bila kami pelbagaikan bidang tugas kami, tidak sekadar sebagai kakitangan AADK, malah ada masanya kamilah pegawai jabatan agama, kamilah pegawai kebajikan, kamilah pegawai lembaga zakat, kamilah kadang2 jadi cikgu, dan ada masanya kami hanya jadi pendengar setiakami rasa berbaloi bila tengok klien berusaha bersungguh2 untuk pulih.Tapi kami kecewa, sedih dan marah bila segala usaha kami tidak dipandang, jauh sekali dihargai..macam mana nak hargai kerja kami?? Mudah saja!! Terus berusaha untuk pulih dan terus kekal pulih sepanjang hayat!!!!!! Itulah bentuk penghargaan yang paling bernilai dan yang paling bermakna buat kami!!!

Berbalik kepada cerita S tadi, dalam sesi lebih kurang 30 minit, apa yang dapat saya rumuskan ialah S tiada matlamat dalam hidupnya. S sendiri tak tahu apa yang dicari dan apa yang perlu dicari, berkahwin pada usia 16 tahun akibat tertangkap terlanjur dan bercerai beberapa bulan berikutnya seakan tidak memberikan sebarang impak dalam kehidupan S. Seolah2 perkara tersebut hanyalah sebahagian dari rutin setiap hari. Tidak ada rasa sedih, kecewa jauh sekali menyesal. Malah aktiviti penggunaan substans semakin galak.

Mengakui kini telah mempunyai teman lelaki baru, lebih berusia, beliau juga mengakui teman lelaki barunya juga dari kalangan kelompok sosial yang sama dengan S. Pengakuan ini membuatkan saya terus tertanya2, sampai bila S akan rasa selesa dengan kelompok sosialnya? Sampai bila S akan terus berada di dalam kepompongnya? Bila S akan keluar dan menjadi rama2? Soalan yang saya ajukan pada S amat mudah.. Sampai bila kamu nak begini,S?.Apa yang kamu cari dalam hidup kamu?.jawapan S tetap samaNtahnada suaranya perlahan, tiada eye contact ketika memberikan jawapan, body language menunjukkan beliau memang betul2 tidak tahu apa matlamat hidupnyasoalan yang diberikan tidak memberi sebarang makna kepada beliau. Soalan2 tersebut seolah dirasakan tidak perlu dijawab, itu yang saya peroleh daripada body language S.Tamat sesi 30 minit, saya kecewa, rasa macam nak menangis, tapi saya berusaha untuk mengawal emosi dan membendung air mata. Sesi tamat tanpa sebarang impak waima 0.001% pun terhadap S. Sebaliknya, S berlalu pergi dari pejabat dengan perasaan gembira kerana tidak terikat lagi dengan pihak AADK. Saya kira, kemungkinan S untuk celebrate kebebasannya dengan cara yang salah adalah sangat tinggi. Apa yang boleh saya lakukan sekarang, hanyalah berdoa..berdoa agar suatu hari nanti S dan juga yang lain2 akan keluar dari kepompong dan menjadi rama2 yang indah, terbang jauh dari masa silam dan membuka lembaran baru kehidupan mereka. Itu harapan sayaitu harapan kami!