cerita rakyat

23
SHE 101 /2- HUBUNGAN ETNIK TAJUK CERITA RAKYAT MASYARAKAT MALAYSIA NAMA: NURLIYANA BT MAHAYUDDIN MATRIC: 116258

Upload: adam-azahari

Post on 23-Dec-2015

38 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

read ang know it

TRANSCRIPT

Page 1: cerita rakyat

SHE 101 /2- HUBUNGAN ETNIK

TAJUKCERITA RAKYAT MASYARAKAT MALAYSIA

NAMA: NURLIYANA BT MAHAYUDDIN

MATRIC: 116258

PENSYARAH: CIK NORFARIZAH BT MOHD BAKHIR

Page 2: cerita rakyat

1. ABSTRAK

Cerita rakyat merupakan salah satu cerita yang penting bagi setiap kaum di malaysia

kerana setiap bangsa mempunyai cerita rakyat tersendiri. sering di perkatakan bahawa

kebanyakan pelajar tidak meminati cerita rakyat dimalaysia hanya kerana perkembangan

teknologi yang boleh membawa mereka lebih jauh daripada menghayati dan mempelajari isi

kandung cerita rakyat. Faktor-faktor tersebut telah membuatkan cerita-cerita rakyat dimalaysia

semakin lenyap sehinggakan ada sesetengah anak muda langsung tidak tahu cerita rakyat mereka

sendiri walaupun ditanya untuk satu tajuk sahaja.

Page 3: cerita rakyat

2. PENGENALAN

Cerita rakyat merupakan khazanah dan hak milik masyarakat pada zaman dahulu. Cerita

rakyat dapat memberikan hiburan kepada seluruh masyarakat Melayu pada zaman tersebut tanpa

adanya media hiburan lain sebagai media alternatif yang dapat menafikan hak dan

menengelamkan peranan yang dapat diambil melalui cerita rakyat. Cerita rakyat dapat diterima

oleh segenap lapisan masyarakat sama ada golongan atasan atau pun golongan bangsawan tetapi

ia juga diterima oleh masyarakat termasuklah rakyat biasa. Cerita rakyat pada zaman dahulu

dapat memainkan peranannya yang tersendiri, selain sebagai sumber hiburan kepada masyarakat

terutama kepada golongan petani. Bagi golongan petani, mendengarkan cerita rakyat yang

disampaikan oleh tukang cerita yang dikenali sebagai Tok Selampit dapat mengubat rasa penat

dan lelah seharian bekerja. Kebiasaannya cerita rakyat disampaikan pada waktu malam secara

berturutan selama beberapa hari. Selain sebagai sumber hiburan, cerita rakyat juga sarat dengan

unsur pendidikan dan pembentukan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Di samping itu juga

cerita rakyat juga berperanan sebagai media pendidikan dalam pembentukan karakter seseorang

tidak mengira pangkat dan kedudukan yang dimilki oleh seseorang itu. Oleh sebab itu tidak

keterlaluan jika dikatakan bahawa cerita rakyat pada zaman dahulu mempunyai roh dan

semangat kerana ia merupakan salah satu sumber pendidikan secara tidak formal.

Page 4: cerita rakyat

3. OBJEKTIF KAJIAN DAN KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dilakukan dengan objektif utamanya iaitu :

3.1 Melihat perbezaan dan persamaan antara teks oleh penutur yang sama dalam tradisi penceritaan cerita rakyat Malaysia.

3.2 Melihat perbezaan dan persamaan dalam konsep kepengarangan tukang cerita kaum Iban.

3.3 Memupuk minat pelajar terhadap cerita rakyat

3.4 Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan

3.4 memperoleh pengajaran dan ikhtibar

KAEDAH KAJIANKaedah kajian merupan struktur yang digunakan sepanjang kajian, termasuklah pemilihan teknik

penyelidikan bagi pengumpulan data, menentukan data relevan yang hendak dipungut, dan

seterusnya mengaitkan data dengan teori dan pendekatan yang menjadi pegangan. Dalam kajian

ini beberapa kaedah penyelidikan digunakan. Kaedah yang dipilih ini sesuai dengan tujuan dan

objektif penyelidikan ini.

Di antara kaedah kajian yang digunakan :

-Kajian daripada buku-buku mitos masyarakat asli di malaysia

-kajian melalui internet mengenai masyarakat asli di malaysia

Page 5: cerita rakyat

JENIS-JENIS CERITA RAKYAT1 CERITA TELADAN

2 CERITA KISAH DONGENG

3 CERITA MENGENAI BINATANG

APAI SALOI DAN DUA HIRIS DAGINGTerdapat pelbagai cerita mengenai Apai Saloi dan isterinya Enchelegit. Enchelegit juga

dipanggil Indai Saloi, yang bermak, “Ibu kepada Saloi” Kebanyakan daripada cerita mengenai

Apai Saloi menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat bodoh, dan isterinya selalu

memarahinya. Tetapi dalam cerita ini, Enchelegit pula yang melakukan sesuatu yang bodoh. Dia

kemudiannya menipu untuk menutup kebodohannya. Nasib baik suaminya tidak begitu cerdik,

jadi dia percaya apa yang dikata oleh enchelegit.

Apai Saloi ialah seorang petani yang mals. Dia hanya mula bersawah selepas semua

orang sudah menanam padi mereka. Dia hanya mengasah sabitnya bila semua orang sudah

merumpai sawah mereka. Bila dia melihat burung disawahnya, dia hanya berdiri ditepi sawah

sambil berkata dengan sedih: “ adu adu, nanti tiada lagi padi yang tinggal untuk aku !”

Apai Saloi juga bukan seorang pemburu yang cekap. Lembingnya tumpul dan dia

sentiasa lupa memberi kartrij peluru untuk senapang patahnya. Dia juga bukan seorang nelayan

yang cekap. Lukahnya selalu pecah, mata kailnya selalu hilang dan jalanya selalu koyak.

Kadang-kadang Apai Saloi memasang perangkap dihutan. Dia berharap dia dapat menangkap

kancil atau rusa. Tetapi perangkapnya tidak kukuh dan dia jarang dapat menangkap apa-apa.

Pada suatu hari, Apai Saloi pergi memeriksa perangkapnya dan terjumpa seekor rusa. Rusa

yyang gemuk, dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Page 6: cerita rakyat

“Sedap daging ini kalau dimasak,” dia berkata kepada dirinya sendiri, “dan hari ini isteri

aku tak akan marahkan aku. Dia akan berfikir yang suaminya seorang pemburu yang cekap.”

Dia menghiris daging rusa itu dan letakkannya di dalam bakul dan pergi ke sungai di mana dia

meninggalkan perahunya. Dia meletakkan bakulnya di belakang perahu dan terus mendayung

meninggalkan tempat itu.

Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan kawannya, Apai Semumang. “nak

kemana,Apai Semumang?” dia bertanya dengan riang.

Apai Semumang menjawab dengan sedih. “aku dah memancing seharian,” dia

memberitahu kawannya, “tetapi aku tidak dapat menangkap walau seekor ikan. Bila aku pulang,

aku taka ada apa pun untuk dimakan.”

“ Taka apa, kawanku” Apai Saloi menjawab. “mari ikut aku pulang. Aku dapat

memerangkap seekor rusa yang gemuk. Indai Saloi akan membakar dagingnya untuk kita.

Malam ini kita akan menjamah makanan enak.”

“terima kasih, Apai Saloi,” jawab Apai Smumang dengan gembira. “Terima kasih ,

banyak-banyak. Aku tak tahu kenapa orang kata kamu kurang cerik. Kalau kamu dapat

memerangkap rusa yang gemuk, kamu mesti pemburu yang cekap, kawanku.”

Apai Semumang terlupa tentang isteri dan anak-anaknya yang sedang menuggu dirumah.

Dia memusing perahunya dan mendayung mengikuti Apai Saloi.

Apabila kedua-dua lelaki itu sampai kerumah Apai Saloi, dia menjemput Apai

Semumang duduk di ruai rumah panjang itu.

“Aku nak beri daging ini kepada isteri aku,” dia berkata. “Dia akan memasak untuk kita.”

Ia pun masuk kedalam biliknya. Enchelegit sedang duduk disebelah sebuah labu air, membasuh

beras untuk makan malam.

“Lihat apa yang aku bawa, Indai Saloi,” kata suaminya dengan gembira. “ Aku dapat

perangkap seekor rusa yang gemuk. Tolong bakar hirisan yang paling bagus untuk kami.”

Page 7: cerita rakyat

“kami? Siapa kami?” dia bertanya, kehairanan. “ siapa lagi yang akan makan malam dengan

kita ?”

“Aku ajak kawan aku Apai Semumang makan dengan kita,” dia memberitahu isterinya.

Dia menghiris sedikit daging itu dan memakannya. “Mmm, hamper masak,” dia berkata sendiri

kepada dirinya sendiri. “ Agaknya bahagian lain dah masak ke belum ?”

Dia menghiris hujung yang lain satu dan mencubanya juga. “Mmm,hamper masak,” dia berkata

dan membalikkan daging itu semula.

Sekarang ketul daging itu semakin kecil. “ Dah tak cantik pula daging ini,” dia terfikir. “Nampak

kecil sebelah pula.” Dia menghiris satu bahagian dan memakannya. “sekarang bahagian sana

pula Nampak besar,” dia terfikir. Kemudian dia menghiris bahagian itu dan memakannya juga.

Sedap betul daging itu. Tetapi ketulan itu semakin kecil.

Tidak lama selepas itu, Apai Saloi datang menghampiri pintu bilik. “Eh, Indai Saloi,” dia

memanggil, “makanan kita dah siap?”

“belum lagi,” jawabnya. “Daging ini mesti di masak dengan betul. Nanti tak sedap!”

Kemudiannya, dia mencuba lagi sehiris daging itu, untuk melihat jika ia sudah masak. Akhirnya

hanya tinggal satu hiris nipis daging itu.

“Nampak ganjil pula,” dia terfikir. “orang akan gelak jika aku beri satu hiris daging kepada dua

orang lelaki yang kelaparan.” Dan die terus makan hirisan daging yang terakhir itu.

“Apa yang telah aku lakukan?” Dia menangis, dalam diam-diam.

Page 8: cerita rakyat

CERITA SANG BUAYA BUJANG SENANG

Diriwayatkan melalui cerita lisan orang tua-tua di dalam masyarakat Iban yang mendiami

kawasan sekitar Sungai Skrang Sarawak, beratus-ratus tahun dahulu ketika adat ngayau atau adat

memburu kepala masih lagi diamalkan di dalam masyarakat pribumi telah gah seorang pahlawan

Iban yang bernama Lungu. Pahlawan Lungu ini diceritakan sebagai seorang pahlawan yang

hebat terutama sekali sewaktu beliau menyertai ekspedisi mengayau kerana menyebut namanya

sahaja musuh sudah gerun, Dikatakan bahawa Lungu telah banyak membunuh dan juga

memotong kepala musuhnya dan kehebatannya bukan sahaja di kawasan sekitar Sungai Skrang

namun sehingga ke Batang Lupar. Diceritakan juga bahawa Lungu ini kebal iaitu tidak lut

senjata dan kerana itulah beliau di dalam setiap peperangan dengan mudah membunuh musuhnya

dan tiada tercalitpun kesan kecederaan pada dirinya. Perkara akan hal kebalnya pahlawan Lungu

ini telah menyebabkan musuh-musuhnya bertekad untuk mencari kelemahannya agar mudah

mereka membunuh pahlawan Lungu ini kelak.

Pada satu ketika, maka bertekadlah musuh-musuh Lungu untuk menculik isteri

kesayangan Lungu dan diharap dengan menculik isterinya maka dapatlah mereka mengetahui

kelemahan pahlawan Lungu. Isteri kesayangan Lungu telah diculik dan disembunyikan di suatu

kawasan tidak jauh daripada Sungai Batang Lupar. Apabila mengetahui bahawa isterinya telah

diculik maka marahlah Lungu dan beliau dengan seorang diri telah mengejar penculik-penculik

isterinya sehingga ke Sungai Batang Lupar. Seketika di dalam penculikan itu, isteri Lungu telah

diseksa oleh musuh-musuh Lungu demi mendapatkan rahsia kekebalan Lungu. Dek kerana tidak

tertahan kepada keseksaan tersebut, isteri Lungu telah secara tidak sengaja membuka rahsia

bagaimana untuk menewaskan Lungu. Setelah mengetahui rahsia kelemahan Lungu, musuh-

musuh Lungu dikatakan telah melepaskan isteri Lungu namun apabila isteri Lungu terlerai dari

ikatan tali pada tangannya, dimasa beliau berlari maka pihak musuh Lungu telah membaling

tombak ke arah badan isteri Lungu maka matilah isterinya yang tidak berdosa itu.

Lungu yang melihat pembunuhan isterinya itu telah naik berang lalu bertarung dengan

musuh-musuhnya. Namun sayangnya tanpa Lungu sedari bahawa rahsia kekebalannya telah

bocor di tangan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Lungu dengan sengaja mengajak Lungu untuk

Page 9: cerita rakyat

bertarung dekat dengan air sungai kerana dikatakan kekebalan Lungu tidak menjadi sekiranya

dia memijak air sungai ataupun bertarung di dalam sungai. Lungu yang sudah marah dan hanya

ingin menuntut bela atas kematian isterinya yang dicintai sudah tidak mengindahkan pantangnya

lagi dan terus bertarung. Akhirnya musuh-musuh Lungu berjaya membaling tombak dan

kemudiannya Lungu tewas, Tidak cukup dengan kematian Lungu yang luka parah akibat

ditombak, jasad Lungu juga disula terbalik dan mayat Lungu dan isterinya dibiarkan di tepi

Sungai Batang Lupar agar ianya tenggelam dan dibawa oleh arus sungai yang deras apabila air

pasang kelak.

Diriwayatkan bahawa mayat kedua-dua pasangan suami isteri iaitu Lungu dan isterinya

setelah air pasang telah bertukar menjadi 2 ekor buaya besar. Salah seekor buaya besar ini

mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang dikenali sebagai Bujang Senang.

Mengikut cerita orangtua, buaya Bujang Senang ini telah bersumpah akan menuntut bela atas

kematian mereka dengan akan menjadikan setiap generasi yang berkaitan dengan musuh-musuh

yang telah membunuh mereka sebagai korban. Sehingga sekarang masyarakat setempat di sekitar

Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa buaya Bujang Senang itu tidak mati

kerana dia adalah buaya keramat penghuni Sungai Batang Lupar.

Page 10: cerita rakyat

KURA-KURA DAN ITIKSekor kura-kura, уаnɡ kаmυ tаhυ ѕеƖаƖυ membawa rumahnya ԁі belakang punggungnya,

dikatakan tіԁаk реrnаh ԁараt meninggalkan rumahnya, biar bаɡаіmаnа keras kura-kura іtυ

berusaha. Aԁа уаnɡ mengatakan bahwa dewa Jupiter telah menghukum kura-kura kаrеnа kura-

kura tеrѕеbυt ѕаnɡаt malas ԁаn Ɩеbіh senang tinggal ԁі rumah ԁаn tіԁаk pergi kе pesta pernikahan

dewa Jupiter, wаƖаυрυn dewa Jupiter telah mengundangnya secara khusus.

SеtеƖаh bertahun-tahun, si kura-kura mυƖаі berharap аɡаr suatu saat ԁіа bіѕа menghadiri

pesta pernikahan. Kеtіkа ԁіа melihat burung-burung уаnɡ beterbangan ԁеnɡаn gembira ԁі atas

langit ԁаn bаɡаіmаnа kelinci ԁаn tupai ԁаn ѕеɡаƖа macam binatang ԁеnɡаn gesit berlari, ԁіа

mеrаѕа ѕаnɡаt ingin menjadi gesit ѕереrtі binatang lain. Si kura-kura mеrаѕа ѕаnɡаt sedih ԁаn

tіԁаk puas. Dіа ingin melihat dunia juga, tetapi ԁіа memiliki rumah pada punggungnya ԁаn

kakinya terlalu kecil ѕеhіnɡɡа hаrυѕ terseret-seret kеtіkа berjalan.

Suatu hari ԁіа bertemu ԁеnɡаn sepasang itik ԁаn menceritakan ѕеmυа masalahnya.”Kаmі

ԁараt menolongmu υntυk melihat dunia,” kata itik tеrѕеbυt. “Berpeganglah pada kayu іnі ԁеnɡаn

gigimu ԁаn kаmі аkаn membawamu jauh kе atas langit dimana kаmυ bіѕа melihat ѕеƖυrυh

daratan ԁі bawahmu. Tetapi kаmυ hаrυѕ diam ԁаn tіԁаk berbicara atau kаmυ аkаn ѕаnɡаt

menyesal.”

Kura-kura tеrѕеbυt ѕаnɡаt senang hatinya. Dіа сераt-сераt memegang kayu tеrѕеbυt erat-

erat ԁеnɡаn giginya, sepasang itik tadi masing-masing menahan kedua ujung kayu іtυ ԁеnɡаn

mulutnya, ԁаn terbang naik kе atas awan.

Saat іtυ seekor burung gagak terbang melintasinya. Dіа ѕаnɡаt kagum ԁеnɡаn ара уаnɡ

dilihatnya ԁаn berkata:“Kаmυ pastilah Raja ԁаrі kura-kura!” “Pasti saja……” kura-kura mυƖаі

berkata.Tetapi begitu ԁіа mеmbυkа mulutnya υntυk mengucapkan kata-kata tеrѕеbυt, ԁіа

kehilangan pegangan pada kayu tеrѕеbυt ԁаn jatuh turun kе bawah, dimana ԁіа akhirnya

terbanting kе atas batu-batuan уаnɡ аԁа ԁі tanah. Rasa ingin tаhυ уаnɡ bodoh ԁаn kesombongan

sering menyebabkan kesialan.

Page 11: cerita rakyat

LEGENDA KELING & KUMANG DI DALAM MASYARAKAT IBAN

SARAWAKBila ada pertandingan Keling Dan Kumang Gawai apabila tiba Perayaan Pesta Gawai di

Sarawak sudah tentu ramai yang akan tersenyum-senyum membayangkan betapa cantik dan

gagah perkasanya peserta-peserta pertandingan tersebut. Namun begitu kita mungkin tidak

mengetahui bahawa ada legenda bagi pertandingan yang telah dicatatkan di dalam kalendar

pelancongan ini. Cerita ini dikenali sebagai Legenda Keling dan Kumang di dalam masyarakat

Iban, Sarawak.

Menurut cerita lisan orang-orang tua di dalam masyarakat Iban, Keling ialah nama

seorang pahlawan Iban yang tinggal di rumah panjang Panggau Libau Lendat Dibiau Takang

Isang. Keling ini diceritakan sebagai seorang yang berpesonaliti idaman setiap lelaki berbangsa

Iban pada waktu itu. Keling digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah, berani, berbadan

tegap dan mempunyai wajah yang tampan. Keling telahpun berkahwin dengan seorang gadis

Iban yang bernama Kumang. Kumang diceritakan berasal daripada rumah panjang Gelong Batu

Nakong Nyingit Nyingong Nyimbang Nyerabang. Sesuai dengan ketampanan Keling, Kumang

pula diceritakan sebagai seorang wanita Iban yang cantik, lemah lembut dan pandai di dalam

serba-serbi untuk menjadi seorang isteri dambaan suami pada ketika itu. Bolehlah digambarkan

bahawa perkahwinan Keling dan Kumang umpama bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama

padan.

Pada satu ketika diceritakan bahawa isteri Keling, Kumang telah diculik bersama-sama

dengan Lulong, isteri kepada sahabat baik Keling iaitu Laja. Kejadian ini berlaku apabila

Kumang dan Lulong sedang mencari ikan (mansai) di sebatang sungai. Sedang mereka asyik

mencari ikan itu tanpa mereka sedari mereka telah melencong jauh sehingga ke kawasan

sempadan yang dijaga oleh Apai Sabit Berkait. Kerana melihat kepada kecantikan kedua-dua

wanita ini terutamanya Kumang, Apai Sabit Berkait telah bertindak menyimpan mereka di dalam

sangkar besi di rumahnya. Keling dan Laja yang gundah gulana kerana risau memikirkan

Page 12: cerita rakyat

kehilangan isteri-isteri mereka akhirnya mendapat berita bahawa Apai Sabit Berkait yang

empunya kerja itu. Keling bertemankan Laja terus pergi ke kawasan Apai Sabit Berkait dan

sebelum dia sampai ke kawasan dimana tempat isterinya disembunyikan, Keling telah

menggunakan kuasa ghaibnya atau Tau Ajih. Kuasa ghaib ini akan membolehkan beliau

menghilangkan diri daripada penglihatan musuh. Dengan mudahnya Keling dapat melepaskan

isterinya Kumang dan Lulong tanpa disedari oleh Apai Sabit Berkait.

Kerana kesaktian pahlawan Keling ini maka dikatakan bahawa selepas pemergian beliau

barangsiapa yang mendapat mimpi didatangi beliau akan menjadi seorang yang berani dan

menjadi pahlawan atau dipanggil Raja Berani. Di dalam cerita lisan orang-orang tua masyarakat

Iban ada mengatakan bahawa beberapa pahlawan Iban seperti Dana Bersumbar Bayang, Orang

Kaya Pemancha Nanang dan Unggang Lebor Menua menjadi pahlawan yang berani dan tidak

takut berani serta gagah yang amat sangat sehingga sukar untuk dikalahkan adalah kerana telah

mendapat “bantuan” secara batin melalui mimpi oleh Keling.

Walau bagaimanapun bentuk penceritaan legenda Keling dan Kumang ini yang

diperturunkan dari zaman berzaman melalui penceritaan dari mulut ke mulut, namun Keling dan

Kumang sememangnya amat dihormati dan mempunyai kaitan yang rapat dengan adat dan

tradisi masyarakat Iban. Keling dan Kumang bolehlah diistilahkan sebagai “role models” di

dalam masyarakat Iban.

Page 13: cerita rakyat

PERANAN CERITA RAKYAT DALAM MASYARAKAT

Cerita rakyat merupakan sebahagian dari perkembangan budaya sesebuah kaum. Hamper

dapat dilihat tidak ada satu pun kaum yang tidak memiliki cerita rakyat, sama ada cerita lagenda,

dongeng,ataupun teladan. Peranan cerita rakyat dalam masyarakat seperti berperanan sebagai

hhiburan dan cerita yang bersesuaian untuk para kanak-kanak keranan kanak-kanak tidak

sepatutnya terdedah dengan cerita yang tidak elok.

Selain itu juga, cerita rakyat ini berperanan kepada para pelajar. Dengan adanya para

pelajar maka cerita-cerita rakyat yang ada di malaysia dalam di warisi dari satu zaman ke zaman

akan ddatang dan setiap cerita rakat tidak akan dilupakan jika setiap para pelajar mengetahui

setiap jenis cerita rakyat yang ada di malaysia.

Cerita rakyat juga mempunyai peranan yang besar dalam penyatuan kaum. Dengan

adanya cerita rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum maka terjadi lah satu hubungan yang

akrab secara tidak langsung sebagai contoh bangsa india membaca cerita rakyat masyarakat

melayu dan seterusnya bertukar-tukar cerita di antara satu sama lain.

Page 14: cerita rakyat

BAGAIMANA HENDAK MEMPOPULARKAN KEMBALI CERITA

RAKYAT TEMPATAN

Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan dan

mempopularkan cerita rakyat kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal

ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang

membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan cerita rakyat kepada anak-anak mereka sejak kecil

bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka boleh membelikan

anak-anak, buku-buku berkaitan cerita rakyat sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun

sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Inisiatif ini dapat memberikan

peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk cuba membaca cerita

rakyat. Jelaslah bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan cerita

rakyat ini serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama bangsa malaysia.

Page 15: cerita rakyat

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa satera rakyat memiliki sejumlah besar nilai

dan norma pendidikan yang mampu dijadikan contoh teladan yang amat berharga kepada kita dan

semua orang. Gambaran watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita rakyat sekiranya diberi

perhatian dan analisis yang baik, sebenarnya mampu memberikan kita panduan hidup dalam

mengharungi kehidupan dunia yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Selagi manusia tidak mampu

berfikiran dengan sewarasnya, selagi itulah manusia berfikiran sama seperti kisah-kisah dongeng

tersebut.

Page 16: cerita rakyat

RUJUKANBuku cerita rakyat kaum iban

http://books.google.com.my/books/about/Cerita_Rakyat_Orang_Iban.html?

id=Cp_sNDzg5hoC&redir_esc=y

https://docs.google.com/document/d/10HNbBg_Ma-rn-

wL_gNIaR7evpjd_nV70EvTosj3WUzU/edit?hl=en

rujukan perpustakaan

Page 17: cerita rakyat