cerita rakyat malaysia

24
Cerita rakyat malaysia — Presentation Transcript 1. WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIACerita Rakyat Warisan Budaya 2. Cerita Rakyat Pelbagai Kaum Apa yang Dimaksudkan dengan Cerita Rakyat Ciri ciri Cerita Rakyat Bentuk bentuk Cerita Rakyat Pengajaran / Nilai nilai Murni yang Terkandung Contoh contoh Cerita Rakyat 3. Apa yang Dimaksudkan dengan Cerita Rakyat? sebagai •“… ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut. 4. Ciri-ciri Cerita Rakyat Penyebaran dan pewarisan dilakukan secara lisan Bersifat tradisional Bersifat lisan Bersifat Anonim - Nama pencipta tidak lagi diketahui Mempunyai fungsi tertentu sebagai media pendidikan, pengajaran moral, hiburan, proses sosialBersifat Pralogis mempunyai logik tersendiri, tidak sesuai ”– dengan logik pengetahuan 5. Bentuk bentuk Cerita Rakyat Cerita- cerita Binatang Cerita Jenaka Cerita Penglipur Lara Cerita Pengalaman 6. Tujuan Cerita Disampaikan Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan cerita rakyat pelbagai kaum Sebagai teladan dan nasihat kepada generasi muda Sebagai warisan budaya yang amat membanggakan Memupuk semangat bangga dengan cerita rakyat 7. Nilai-nilai pengajaran cerita kaum Melayu, Nakhoda Tanggang -pengajaran : jangan menderhakaCerita kaum Kadazan, B urung Layang-Layang -pengajaran : jangan sombongCerita kaum Iban Kura-kura yang pintar -pengajaran : jangan bersikap tamak dan halobaCerita kaum India Ahli Sihir Yang Angkuh -pengajaran : jangan bersikap terlalu angkuh 8. Kepentingan MengetahuiCerita Rakyat Pelbagai Kaum memupuk minat pelajar terhadap cerita rakyat Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat Memperoleh pengajaran dan mengambil iktibar yang terkandung dalam cerita rakyat Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian SUBJEK:PENDIDIKAN SIVIK KEWRGANEGARAAN

Upload: syakirah-keyra

Post on 13-Aug-2015

4.180 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cerita Rakyat Malaysia

Cerita rakyat malaysia — Presentation Transcript

1. WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIACerita Rakyat Warisan

Budaya

2. Cerita Rakyat Pelbagai Kaum• Apa yang Dimaksudkan dengan Cerita

Rakyat• Ciri –ciri Cerita Rakyat• Bentuk –bentuk Cerita Rakyat• Pengajaran /

Nilai –nilai Murni yang Terkandung• Contoh – contoh Cerita Rakyat

3. Apa yang Dimaksudkan dengan Cerita Rakyat?• “ …sebagai ekspresi

budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung

dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-

undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial

masyarakat tersebut.”

4. Ciri-ciri Cerita Rakyat• Penyebaran dan pewarisan dilakukan secara lisan•

Bersifat tradisional• Bersifat lisan• Bersifat “Anonim” - Nama pencipta tidak lagi

diketahui• Mempunyai fungsi tertentu – sebagai media pendidikan, pengajaran

moral, hiburan, proses sosial• Bersifat “Pralogis” – mempunyai logik tersendiri,

tidak sesuai dengan logik pengetahuan

5. Bentuk – bentuk Cerita Rakyat Cerita- cerita Binatang Cerita Jenaka

Cerita Penglipur Lara Cerita Pengalaman

6. Tujuan Cerita Disampaikan Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan

cerita rakyat pelbagai kaum Sebagai teladan dan nasihat kepada generasi

muda Sebagai warisan budaya yang amat membanggakan Memupuk

semangat bangga dengan cerita rakyat

7. Nilai-nilai pengajaran cerita kaum Melayu, „Nakhoda Tanggang‟ -

pengajaran : jangan menderhakaCerita kaum Kadazan, „B urung Layang-

Layang -pengajaran : jangan sombongCerita kaum Iban „ Kura-kura yang

pintar‟ -pengajaran : jangan bersikap tamak dan halobaCerita kaum India

„ Ahli Sihir Yang Angkuh‟ -pengajaran : jangan bersikap terlalu angkuh

8. Kepentingan MengetahuiCerita Rakyat Pelbagai Kaum• memupuk minat

pelajar terhadap cerita rakyat• Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan•

Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat• Memperoleh

pengajaran dan mengambil iktibar yang terkandung dalam cerita rakyat•

Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian

Page 2: Cerita Rakyat Malaysia

SUBJEK:PENDIDIKAN SIVIK KEWRGANEGARAAN

TAJUK: PERAWAN TUJUH BERADIK

CERITA KAUM KADAZANDUSUN

Pada zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar biasa .Pokoknya tumbuh di

tengah-tengah lautan yang sangat luas . Sesiapa sahaja yangmemperolehi buah itu dipercayai

akan menjadi amat bertuah . Maka tersebutlahkisah seorang pemuda bernama Lenggai . Dia

berasal dari Kalimantan Barat .Walaupun Lenggai seorang pengembara yang gagah berani ,

namun dia selaluditimpa malang . Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak

mencaribuah ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayar menyeberangi

lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap tidak berputusasa .Walaupun telah

beberapa lama belayar , namun pokok yang berbuah ajaib itubelum juga kelihatan . Akhirnya ,

pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan belayar , tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam

pusaran air yang sangat kuat . Kapalnyaberpusing-pusing dengan ligat sekali . Lenggai sedaya

upaya cuba hendakmenyelamatkan kapalnya daripada bencana itu . Lenggai hampir-hampir

lemas .Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak sebatangpokok

yang sangat tinggi . Matanya terpaku ke arah pokok itu . Pokok itu seolah-olah muncul dari pusat

pusaran air itu . Dia pasti itulah pokok ajaib yang dicari-carinya selama ini . Kapal Lenggai hampir

ditelan pusaran air itu .Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air

danberenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat sampai , dia pun

memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran air itu dan dia berehatdi situ

seketika . Setelah bertenaga semula , Lenggai memandang sekelilingnya dandia ternampak

seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yangtertinggi di pokok itu .

Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengangenggaman seorang manusia . " Jika aku

dapat memegang kaki burung itu , tentuaku dapat kembali semula ke daratan , " bisik hati

Lenggai . Dia pun mula memanjatpokok itu dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada

kira-kira sehasta daritempat burung itu hinggap . Dengan secepat kilat dia menyambar

pergelangan kakiburung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya . Burung besar itu sama sekali

tidakmenyedari akan apa yang berlaku kepada dirinya . Setelah beberapa lamakemudian burung

itu pun terbang membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya .Burung itu terbang dan terus

terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan ,sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan

tidak berdaya lagi . Akhirnya burung ituternampak beberapa ekor lembu . Burung itu melayang

turun dan secepat kilatmenyambar seekor lembu .Pada ketika itulah Lenggai melepaskan

Page 3: Cerita Rakyat Malaysia

pegangannya dan jatuh ke tanahdengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di

sekelilingnya . Dia sangathairan melihat kawasan di situ . Lenggai belum pernah melihat tempat

yang sebegitucantik , pokok-pokok menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga

kembangberseri . Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang

ditumbuhibermacam jenis bunga yang berwarna-warni . Dia mengikuti lorong itu lalu

terjumpasebuah rumah yang indah . Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan

dilihatnyaseorang perawan sedang menyediakan makanan ."Oh!"Gadis itu sangat terperanjat

meliha t Lenggai berada di dalam rumahnya ."Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan

kamu . Saya tidak tahu di manasaya sekarang . Saya memerlukan makanan dan tempat tidur

untuk malam ini , "terang Lenggai .Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia

memberikan Lenggai sedikitmakanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan itu menceritakan

bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu .

Enamorang kakaknya telah keluar bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannyamenceritakan

apa yang telah dialaminya . Lewat petang itu keenam orang kakak

perawan itu pun pulang . Mereka semuanya sangat senang hati menerimakedatangan Lenggai

dan melayaninya dengan baik .Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama perawan

tujuh beradik itu.Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal

dirumah menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawanbongsu jatuh

cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akanperasaannya itu kepada kakak-

kakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawanbongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai

juga bersetuju dengan cadangan itu."Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini,"

jelas kakak yangsulung. "Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa

sebenarnyakami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini dinamakan

BintangBanyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adikbongsu

kami ini kerana dia sangat kami sayangi. " Maka seminggu kemudiannya,majlis perkahwinan

Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramaiorang kampung di rumah-rumah

panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikanmajlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan

Bungsu Bintang Banyak mendapatseorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai

menjaga anaknya itudengan penuh kasih sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya

bekerja disawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya

tidakmembuka penutup tajau yang terletak di sudut rumah itu."Wahai suamiku, berjanjilah bahawa

abang sama sekali tidak akan membukapenutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak."Jika

abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."Lenggai mematuhi kata-kata isterinya.

Walau bagaimanapun, oleh kerana selaludiingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu

Page 4: Cerita Rakyat Malaysia

yang ganjil dalam tajau itu.Perasaan ingin tahunya datang dengan mendadak.Pada suatu hari

hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di rumah.Lenggai merenung tajau itu beberapa

kali. Perasaan ingin tahunya memuncak danLenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia

membuka penutup tajau itu. Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat beribu-

ribu orangmanusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka kelihatan jauhsekali

di bawah. Lenggai menyedari kini dia berada di suatu tempat yang tinggi,seolah-olah di sebuah

negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa

yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi dansemuanya sedang

bekerja dengan tekun.Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang kakaknya pulang

darisawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasawaktu

makan, Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja.Bungsu Bintang Banyak

mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Diasegera bertanya kepada

Lenggai:"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah

disoal beberapa kali akhirnya Lenggaimengaku membuka tajau itu dan menceritakan apa yang

telah dilihatnya."Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku," Lenggai menjelaskan."Oh

suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajauitu? Abang telah

melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu BintangBanyak berkata dalam tangisan.

"Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersamakami. " Bongsu Bintang Banyak menangis

teresak-esak sambil menimang anaknya."Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan

berpisah. Sekarang sudahtibalah masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu

BintangBanyak.Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang

kakaknyamenyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi melaluimulut

tajau itu. Mereka semua bertangis-tangisan. Sebelum berpisah, kakak BungsuBintang Banyak

yang tertua menjelaskan selanjutnya:"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang

Tujuh. Kami memberipetunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan sebelum

terbitfajar. Apabila kamu ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."Jika kami telah

tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam, makahasilnya tidak akan banyak,

malahan apa jua yang kamu tanam tidak akan memberihasil. Semasa berada di sini, kami telah

melihat kami tidak pernah tinggal di rumahhanya Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di

rumah.Bungsu BintangBanyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut nasihat kakaknya

itu danmenceritakan pula kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan

sentiasamenjadi petunjuk kepada petani di bumi. Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan

semua pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang kampung.Diamenceritakannya dari

masa dia meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaibsehinggalah masa dia berkahwin

Page 5: Cerita Rakyat Malaysia

dengan adik bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hariitu, kononnya, padi akan mula ditanam apabila

kelihatan Bintang Tujuh mengerdip dilangit. -TAMAT

Lebai Malang

Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai

pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya

tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu

tinggal di sebuah dusun.

Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia

melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan

seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak

kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu.

Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh

hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai,

demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah

masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan

datang juga ke rumahnya.

Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya

hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun

dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang

berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah

berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.

Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang

ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu

berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang

mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada

orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak

daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi

kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan

angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu

dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.

Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang

yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-

orang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka

Page 6: Cerita Rakyat Malaysia

kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa

boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.

Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke

sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja

itu, katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat

datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang

dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.

Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian

ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana,

orang baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah.

Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah

mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak

Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai,

nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah

habis.

Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu

diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian,

maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu

teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun

pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai

tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya

itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira.

Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah

digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan

hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia

mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan

diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena.

Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang

bedebah itu.

Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah

ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka

anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa

bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai

pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu

Page 7: Cerita Rakyat Malaysia

tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu.

Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan

baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun

tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut

lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu

dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada

mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke

sana ke mari.

Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai,

kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel,

seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan

punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua

ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor

disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu

badannya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas

pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu

terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala perkara yang

diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.

Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada

lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun

tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari

goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah

apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan

bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.

Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai

bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini,

seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai

diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai

pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak

Lebai seraya berkata:

‘ Lebai nasib langkahan malang,

Ke hulu hilir penat berulang

Celaka sial bedebah jembalang

Pakaian dibuang bertelanjang pulang.'

Page 8: Cerita Rakyat Malaysia

Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk

termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat

dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:

‘ Ayuhai nasib fakir miskin,

Dapat sedekah sebungkus lempeng,

Habis hilang baju dan kain,

Penganan habis dibaham anjing.

Penat berkejar tidak terkira,

Ke sana ke mari tersera-sera,

Punah golok bersama nira,

Pulang ke rumah mendapat mara.'

Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.

Page 9: Cerita Rakyat Malaysia

Cerita Rakyat Kaum India

Kisah Enam Orang Buta Melihat Gajah

Dahulu kala hiduplah enam orang buta. Mereka sering mendengar tentang gajah.

Namun karena mereka semua belum pernah melihatnya, mereka ingin sekali tahu

seperti apa gajah itu. Maka mereka beramai-ramai pergi melihat gajah.

Orang buta pertama mendekati gajah. Ia tersandung dan ketika terjatuh, ia menabrak

sisi tubuh gajah yang kokoh. “Oh, sekarang aku tahu!” katanya, “Gajah itu seperti

tembok.”

Orang buta kedua meraba gading gajah. “Mari kita lihat…,” katanya, “Gajah ini bulat,

licin dan tajam. Jelaslah gajah lebih mirip sebuah tombak.”

Yang ketiga kebetulan memegang belalai gajah yang bergerak menggeliat-geliat.

“Kalian salah!” jeritnya, “Gajah ini seperti ular!”

Page 10: Cerita Rakyat Malaysia

Berikutnya, orang buta keempat melompat penuh semangat dan jatuh menimpa lutut

gajah. “Ah!” katanya, “Bagaimana kalian ini, sudah jelas binatang ini mirip sebatang

pohon.”

Yang kelima memegang telinga gajah. “Kipas!” teriaknya, “Bahkan orang yang paling

buta pun tahu, gajah itu mirip kipas.”

Orang buta keenam, segera mendekati sang gajah, ia menggapai dan memegang

ekor gajah yang berayun-ayun. “Aku tahu, kalian semua salah.” Katanya. Gajah mirip

dengan tali.”

Demikianlah keenam orang buta itu bertengkar. Masing-masing tidak mau mengalah.

Semua teguh dengan pendapatnya sendiri, yang sebagian benar, namun semuanya

salah. Mereka semua hanya meraba bagian tubuh gajah yang berlainan, mereka

tidak melihat keseluruhan haiwan gajah itu sendiri.

Page 11: Cerita Rakyat Malaysia

Monyet dan Buaya

Dahulu kala hiduplah seekor monyet di sebatang pohon jamblang di tepi sungai. Ia

bahagia walaupun tinggal sendiri . Pohon itu mempunyai banyak buah yang manis

dan memberinya tempat berteduh pada saat hari panas atau hujan.

Pada suatu hari seekor buaya naik ke tepian sungai dan beristirahat di bawah pohon.

Sang monyet yang ramah menyapanya, “Halo.”

“Halo,” jawab buaya. “Apakah kau tahu dimana aku dapat menemukan makanan?

Tampaknya sudah tidak ada ikan lagi di sungai ini.”

“Aku tidak tahu dimana ada ikan Namun aku mempunyai banyak buah jamblang

yang masak di pohon ini. Ini, cobalah!” kata monyet sambil memetik beberapa buah

jamblang dan melemparkannya kepada buaya.

Buaya memakan semua buah yang diberikan monyet.Ia suka rasanya yang manis. Ia

minta monyet memetik buah jamblang lagi untuknya.

Sejak saat itu buaya datang setiap hari. Mereka pun menjadi sahabat. Mereka

mengobrol sambil makan buah jamblang.

Pada suatu hari buaya bercerita tentang isteri dan keluarganya.”Mengapa baru

sekarang kau bilang bahwa kau punya isteri? Bawalah jamblang ini untuk isterimu.”

Page 12: Cerita Rakyat Malaysia

Isteri buaya menyukai buah jamblang. Ia belum pernah makan sesuatu yang begitu

manis. Ia berpikir betapa manisnya daging monyet yang sepanjang hidupnya makan

buah jamblang setiap hari. Air liurnya menetes.

“Suamiku,” kata isteri buaya, “ajaklah monyet kemari untuk makan malam. Lalu kita

makan dia. Pasti dagungnya lezat dan manis.”

Buaya terperanjat. Bagaimana ia dapat memakan sahabatnya? Ia menjelaskan

kepada isterinya, “Monyet satu-satunya temanku, “ katanya. Sang buaya tetap

menolak membawa monyet kepada isterinya. Sementara isterinya pun tetap

membujuknya.

Ketika buaya tetap tidak mau menuruti keinginannya, isteri buaya pura-pura sakit

keras. “Suamiku,” katanya, “Hanya jantung monyet yang dapat menyembuhkanku.

Kalau kau mencintaiku, kau ajak monyet temanmu kemari. Setelah makan

jantungnya aku pasti segera sembuh.”

Buaya kebingungan, di satu sisi monyet adalah sahabatnya yang baik hati. Namun di

sisi lain, bila isterinya tidak memakan jantung monyet, mungkin ia akan meninggal.

Akhirnya, ia memutuskan untuk membawa monyet kepada isterinya untuk dijadikan

obat.

“Teman,” kata buaya kepada monyet. “Isteriku sangat berterima kasih dengan buah

jamblang yang kaukirimkan tiap hari. Sekarang ia ingin mengundangmu makan

malam.Ikutlah denganku ke rumah kami.”

Monyet sangat gembira dengan undangan itu namun ia berkata bahwa ia tak

mungkin ikut karena ia tak dapat berenang. “Aku akan menggendongmu di atas

punggungku. Kau tak usah khawatir,” kata buaya.

Monyet pun melompat ke punggung buaya dan berangkatlah mereka.

Ketika mereka sudah cukup jauh dari pohon jamblang, buaya berkata,”Isteriku sakit

parah, hanya jantung monyet yang dapat menyembuhkannya.”

Monyet ketakutan. Ia berpikir keras, bagaimana ia dapat menyelamatkan diri. “Buaya

temanku, kasihan isterimu. Namun kau tak perlu cemas. Aku senang bisa menolong

Page 13: Cerita Rakyat Malaysia

isterimu dengan jantungku. Masalahnya, aku tadi meninggalkan jantungku di atas

dahan pohon jamblang. Ayo kita kembali dan mengambilnya.”

Buaya percaya kepada monyet. Ia berbalik dan berenang kembali ke pohon

jamblang. Monyet segera melompat turun dari punggung buaya dan segera naik ke

dahan pohon.

“Temanku yang bodoh. Tidak tahukah kau, bahwa kita selalu membawa-bawa

jantung kita? Aku tak akan mempercayaimu lagi. Pergilah dan jangan pernah

kembali ke sini lagi.”

Monyet pun membalikkan badannya, tak mau lagi melihat sang buaya.

Buaya sangat menyesal. Ia kehilangan satu-satunya sahabatnya. Ia juga tak akan

dapat makan buah jamblang yang manis itu lagi.

Monyet lolos dari bahaya karena berpikir dengan cepat dan cerdik. Ia menyadari

bahwa monyet dan buaya tidak mungkin berteman. Buaya lebih suka makan monyet

daripada berteman dengannya.

Page 14: Cerita Rakyat Malaysia

Cerita Rakyat Kaum Cina

Puteri Hang Li Po

Hang Li Po ialah isteri kelima kepada Sultan Mansur Syah (1456 – 1477),

sultan Melaka yang memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Walaupun

beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle, [1] maharaja Wangsa Ming di

China, namun tidak terdapat sebarang rujukan kepadanya sebagai puteri dalam

babad Wangsa tersebut.

Hubungan diplomatik Melaka-Ming

Menurut Sejarah Melayu, karya Tun Seri Lanang daripada abad ke-17, apabila

Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda

menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk

Maharaja Yongle. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja China dengan

kemasyhuran dan ketersergaman Kesultanan Melaka sehingga Maharaja tersebut

menghadiahi puterinya, Hang Li Po, untuk dijadikan isteri Sultan. [2]

Page 15: Cerita Rakyat Malaysia

Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas

memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selepas

perkahwinan mereka, Sultan Mansur Syah membina sebuah istana untuk Li Po,

dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina.

Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan

Mansur Syah. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan

dengan gelaran “Hang” oleh Sultan Mansur Syah.

Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak

lelaki yang dinamai baginda sebagai Paduka Mimat.

Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan untuk orang Cina

tempatan. Perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Poh masih ada di Melaka

hingga ke hari ini.

Perigi Hang Li Po

Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459

dibawah arahan Sultan Mansur Shah kepada isteri baginda, seorang puteri dari

negara China, Puteri Hang Li Poh.

Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim

kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk

memeliharanya sebagai perigi permintaan (wishing well).

Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan

kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh.

Page 16: Cerita Rakyat Malaysia

Cerita Kaum Melayu

KELDAI DAN SERIGALA

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang

rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh

segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan

senang hati.

‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang

sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke

arahnya….

“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya

mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea.

Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah

seringala.

“Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak

aku?’’tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap

akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata

Page 17: Cerita Rakyat Malaysia

keldai dengan berani.

‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi

mangsa aku juga,’’kata serigala.’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu

dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap

kamu,aku akan memakan kamu…’’

‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main

kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan

serpihan duri di dalam kuku kaki belakan aku.’’

‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki

belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan

menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala

dendang kuat.

‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu

amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan

beberapa batang giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.’’Lain

kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.

Page 18: Cerita Rakyat Malaysia

HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau.

Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau

yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya

kerbau itu sangat marah.

“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang

telah dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah.

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini

malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.

“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,”

kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah

menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya,

seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau

itu.

“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” kata budak itu dengan berani. Harimau yang

besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Page 19: Cerita Rakyat Malaysia

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau

tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat

mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh

membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat

mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua

orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.

Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai

malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari

memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu

tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :

1. Jangan menganiaya orang lain.

2. Usaha tangga kejayaan.

3. Jangan mudah putus asa.

Page 20: Cerita Rakyat Malaysia

PUTERI SANTUBUNG

Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan

yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu.

Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.

Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias

alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti

seroja biru di kolam madu.

Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup

merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong

dan Puteri Sejenjang.

Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra sekali. Mereka

diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan kegembiraan sentiasa bermain

dibibir. Bergurau dan bersenda tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa

sepakat dan sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu?”

Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.

Page 21: Cerita Rakyat Malaysia

“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bunga-

bunga yang telah mekar di taman.”

“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman sana.”

Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga

selesai.

Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain.

Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang

asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-

masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun

seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari

nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh!

Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang

yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku sudah diam di

istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat

rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan

yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling

cantik di dunia ini.”

Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba

menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang

paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan.

Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini

menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis

bagaikan bunting padi.”

“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap

daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula

Page 22: Cerita Rakyat Malaysia

rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu,” balas Puteri

Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri

Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya,

pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat.

Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara

keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan

menghina antara satu dengan yang lain.

“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting

padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar.

Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,” kata Puteri Santubong

dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang

sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan

Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang

sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas

menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya.

Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka

menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut.

Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka

selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke

pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua

seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh

Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan

Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung

Santubong.

Page 23: Cerita Rakyat Malaysia

Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi

kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan

Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.

Oh……Puteri Santubong,

Sejinjang sayang,

Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,

Penjaga gunung Negeri Sarawak,

Manis sik ada dapat dilawan,

Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……

Santubong puteri bertenun kain malam,

Oh……

Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,

Beranuk anuk sik renti-renti,

Seorang madah dirik bagus agik,

Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,

Lalu bertukuk nya duak puteri,

Sejinjang mengayun aluk ke pipi,

Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,

Lalu ditikam batang belidak,

Page 24: Cerita Rakyat Malaysia

Sampei terkena Sejinjang kepala,

Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,

Asal berkawan jadi musuhan,

Kinik tuk tinggal jadi kenangan,

Pakei ingatan sepanjang zaman.

Pengajaran :

1. Iri hati membawa mati.

2. Jangan sombong.