pbs cerita rakyat

27
TEMA: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA TAJUK : CERITA RAKYAT AHLI KUMPULAN WARISAN: MOHD HAFIZ B ALIDIN AMIR HAMZAH B NORDIN AMINAH BT MOHD ZIN FADILAH BT MD SETH LAILY BT MOHD BAHARUDIN MARIANA BT MUHAMMAD

Upload: vira-hashim

Post on 16-Sep-2015

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerita rakyat

TRANSCRIPT

TEMA: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIATAJUK : CERITA RAKYAT

AHLI KUMPULAN WARISAN:MOHD HAFIZ B ALIDINAMIR HAMZAH B NORDINAMINAH BT MOHD ZINFADILAH BT MD SETHLAILY BT MOHD BAHARUDINMARIANA BT MUHAMMAD

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang diberikan. Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Cikgu Jessie kerana tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Selain itu, terima kasih kepada ibu bapa kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya dan tidak dilupakan kepada rakan-rakan kerana banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Semoga kerja kursus ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada sesiapa yang membacanya atau yang ingin mendapatkan maklumat. Sekian.

PENGENALANCerita rakyat adalah suatu bahan hiburan dan pelipur lara bagi zaman dahulukala. Ia memaparkan pelbagai cerita yang menyelitkan nasihat, pengajaran ,nilai murni serta contoh tauladan kepada pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira status, bangsa atau budaya.Setiap kaum mempunyai cerita rakyatnya sendiri, yang diwarisi turun menurun untuk mendidik generasi muda secara tidak formal. Malangnya cerita rakyat kini kurang didedahkan di kalangan remaja sekarang atas faktor ibu bapa sendiri kurang pendedahan dan kekangan masa.Oleh yang demikian,adalah menjadi tanggungjawab masyarakat khususnya ibu bapa dan guru-guru mengembalikan tradisi warisan ini. Maka, melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan adalah diharapkan menjadi salah satu cara cerita-cerita ini diingati semula oleh anak-anak kita dan menjadi warisan budaya kita.

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1. Penghargaan3

2. Pengenalan5

3. Isi Kandungan6

4. Objektif7

5. Pendahuluani) Definisi9ii) Jenis cerita rakyat9iii) Tujuan9

6. Kandungan Cerita rakyat

i) Keldai dan serigala11ii) Burung Bangau Dengan Ketam13

7. Penutup

i) Refleksi16ii) Lampiran17iii) Rumusan22iv) Rujukan23

OBJEKTIF

Antara objektif cerita rakyat ialah:i. Memberikan pengajaran kepada para pembaca dan pendengarnya.ii. Menunjukkan nilai-nilai positif yang dapat dicontohi,iii. Menanamkan rasa bangga dan menghargai warisan budaya kita.iv. Satu cara yang dapat mengeratkan hubungan antara keluarga melalui penceritaannya oleh ibu bapa kepada anak-anak,v. Mengembalikan tradisi warisan budaya supaya masih diingati oleh generasi sekarang dan akan diwarisi oleh generasi akan datang.

PENDAHULUAN

DEFINISI

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan. Cerita ini disampaikan secara lisan turun-temurun. Selalunya menggambarkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakar. Cerita rakyat mengandungi teladan dan nasihat yang berguna.

Cerita binatangCerita hikayatCerita jenakaCerita penglipur laraCerita kepahlawananCerita lipur laraJENIS CERITA RAKYAT

TUJUANSebagai alat hiburanSebagai alat pengajaranMembiasakan masyarakat menggunakan kata-kata yang indah.Kisah dan tauladan Memupuk minat terhadap cerita Menghargai warisan generasi terdahulu

CERITA 1Keldai Dengan Serigala.Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas. Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar. Lagipun tiada haiwan lain di di situ, jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati.Oh,beruntung sungguh aku hari ini! Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparan sedang menuju ke arahnya.Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu berjaya mengejar aku, rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah seringala.Apakah yang sedang berlaku? Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja ternampak aku? tanya serigala yang kehairanan. Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku. Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga. Kata keldai dengan berani.Betul juga cakap kamu. Kalau kamu terlepas hari ini, esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga, kata serigala. Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah. Kan lebih seronok kita main kejar-kejar. Kalau aku berjaya tangkap kamu, aku akan memakan kamuBaiklah,aku setuju dengan cadangan kamu, Kata keldai, tapi sebelum kita main kejar-kejar, aku mahu meminta pertolongan kamu. Bolehkah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakang aku.Ya, sudah tentu aku akan tolong kamu! Kata serigala. Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala. Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dengan kuat.Aaaaaahhhhhhh!Jerit serigala dengan kuatnya. Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk. Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya patah. Akhirnya dirinya mendapat kesakitan yang amat sangat. Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu! jerit serigala dengan marah.

Pengajaran : Kita jangan mudah tertipu dengan musuh dan peluang hanya datang sekali sahaja

CERITA 2Burung Bangau Dengan Seekor KetamPada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut. Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya. Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaannya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasaan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- anggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua. Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Pengajaran : Kita tidak boleh bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri . Kita hendaklah memikirkan perasaan orang lain.

REFLEKSIREFLEKSI

1. Apakah faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat?

Faedah yang diperolehi daripada cerita rakyat ialah nilai-nilai serta pengajarannya dapat memberikan panduan serta pedoman kepada anak-anak murid secara lansung dan tidak langsung. Ianya memberikan kesan yang mendalam kepada jiwa anak-anak kerana penceritaannya yang pelbagai secara santai lebih mudah difahami dan diingati.

2. Apakah cadangan untuk mengekalkan warisan cerita rakyat?

i. Mengumpulkan kembali cerita-cerita warisan rakyat yang terdapat di nusantara bagi kesesuaian masyarakat kita.ii. Mencetak semula buku-buku cerita warisan rakyat dalam reka bentuk yang lebih menarik kepada pelbagai lapisan pembaca dan masyarakat.iii. Mengadakan pertandingan bercerita di kalangan murid-murd sekolah.iv. Memperbanyakkan koleksi buku-buku cerita rakyat di perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam.v. Cerita-cerita rakyat ini boleh dipelbagaikan penyampaiannya contohnya melalui teater, drama, filem animasi dan juga cakera padat.

3. Bagaimanakah anda menunjukkan apresiasi terhadap cerita rakyat pelbagai kaum?

Sebolehnya saya akan mencari asal usul negeri atau tempat sesuatu cerita rakyat itu. Dari situ saya akan kaitkannya dengan kaum tersebut sama ada dari segi budaya, sosio ekonomi atau kepercayaan masing-masing.

LAMPIRAN

Lampiran 1

ARAHAN KEPADA MURIDPanduan melaksanakan tugasan:

Lampiran 2

Format Buku Skrap

Lampiran 3BORANG REFLEKSI

Lampiran 4

Rubrik Buku Skrap

Lampiran Ilustrasi 1- Keldai dengan serigala

2- Burung bangau dengan seeekor ketam

RUMUSAN

Daripada cerita rakyat ini,dapat dirumuskan bahawa terdapat pelbagai jenis cerita yang diambil untuk dijadikan teladan dan pengajaran. Cerita rakyat ini tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Menjadi tatapan generasi muda sebagai panduan menjalani hidup di samping memberikan hiburan dan satu kaedah terapi yang mungkin tidak disedari oleh kita di zaman millennium ini.

RUJUKAN

1. Buku teks Tingkatan 12. http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2010/07/keldai-dengan-serigala.html3. http://members.tripod.com/isma_il/bangau.html4. http://images.search.yahoo.com/r/_ylt=A2KJkIVyj4JPPWIAXZ6jzbkF;_ylu=X3oDMTBpcGszamw0BHNlYwNmcC1pbWcEc2xrA2ltZw--/SIG=133s9b84k/EXP=1333985266/**http:/garageadventureguide.blogspot.com/2011/05/taman-nasional-alas-purwo.html 4