koleksi cerita rakyat

32

Click here to load reader

Upload: juju

Post on 31-Jul-2015

322 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Ini koleksi yang diambil dari internet..harap membantu pelajar2..

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi cerita rakyat

CERITA RAKYAThttp://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/http://www.butang-emas.net/2011/06/14-cerita-rakyat-melayu.htmlhttp://alynn-media2u-koleksiceritarakyat.blogspot.com/

Keldai dengan serigala

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di situ,jadi ia dapat meragut rumput dengan senang hati.‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparan sedang menuju ke arahnya….“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu berjaya mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke arah serigala.“Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja ternampak aku?’’tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata keldai dengan berani.‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala.’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu…’’‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Bolehkah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakang aku.’’‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala.Keldai pun menghulurkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dengan kuat.‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya.Akhirnya ia kesakitan yang amat sangat.’’Lain kali aku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.

Anjing Dengan Bayang-Bayangnya

Ketika peniaga daging itu sibuk melayan pelanggannya,anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.Kemudian,ia segera melarikan diri.‘’Eh,anjing yang jahat!Berani kau mencuri daging aku!’’Jerit peniaga daging dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tidak dapat mengejarnya.Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah.‘’Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasa sungguh terkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.‘Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,’

Page 2: Koleksi cerita rakyat

fikir anjing liar itu.Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.‘’Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugikan diri sendiri…’’rungut si anjing liar itu.Akhirnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.

Lebai Malang

Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun.Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya. Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai

Page 3: Koleksi cerita rakyat

sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira.Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka si anjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari.Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kenapa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai seraya berkata: ‘ Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang Celaka sial bedebah jembalang

Page 4: Koleksi cerita rakyat

Pakaian dibuang bertelanjang pulang.' Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula: ‘ Ayuhai nasib fakir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng, Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat berkejar tidak terkira, Ke sana ke mari tersera-sera, Punah golok bersama nira, Pulang ke rumah mendapat mara.' Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.

Perawan Tujuh Beradik

Pada zaman dahulu, kononnya ada sebiji buah yang sangat luar biasa. Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat luas. Sesiapa sahaja yang memperolehi buah itu dipercayai akan menjadi amat bertuah.

Maka tersebutlah kisah seorang pemuda bernama Lenggai. Dia berasal dari Kalimantan Barat. Walaupun Lenggai seorang pengembara yang gagah berani, namun dia selalu ditimpa malang.

Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencari buah ajaib itu. Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan belayar menyeberangi lautan. Pelayaran itu sangat sukar tetapi Lengai tetap tidak berputus asa. Walaupun telah beberapa lama belayar, namun pokok yang berbuah ajaib itu belum juga kelihatan. Akhirnya, pada suatu hari, setelah hampir tiga bulan belayar, tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air yang sangat kuat. Kapalnya berpusing-pusing dengan ligat sekali.Lenggai sedaya upaya cuba hendak menyelamatkan kapalnya daripada bencana itu. Lenggai hampir-hampir lemas. Tiba-tiba dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak sebatang pokok yang sangat tinggi. Matanya terpaku ke arah pokok itu. Pokok itu seolah-olah muncul dari pusat pusaran air itu. Dia pasti itulah pokok ajaib yang dicari-carinya selama ini.Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air itu. Pada detik yang mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air dan berenang sekuat-kuatnya ke arah pokok itu. Setelah selamat sampai, dia pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran air itu dan dia berehat di situ seketika. Setelah bertenaga semula, Lenggai memandang sekelilingnya dan dia ternampak seekor burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yang tertinggi di pokok itu. Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengan genggaman seorang manusia." Jika aku dapat memegang kaki burung itu, tentu aku dapat kembali semula ke daratan, " bisik hati Lenggai.Dia pun mula memanjat pokok itu dari satu dahan ke satu dahan sehingga dia berada kira-kira sehasta dari tempat burung itu hinggap. Dengan secepat kilat dia menyambar pergelangan kaki burung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya. Burung besar itu sama sekali tidak menyedari akan apa yang berlaku kepada dirinya. Setelah beberapa lama kemudian burung itu pun terbang membawa Lenggai yang

Page 5: Koleksi cerita rakyat

bergayut pada kakinya. Burung itu terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi daratan, sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya lagi. Akhirnya burung itu ternampak beberapa ekor lembu. Burung itu melayang turun dan secepat kilat menyambar seekor lembu.Pada ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke tanah dengan selamatnya. Lenggai memerhatikan kawasan di sekelilingnya. Dia sangat hairan melihat kawasan di situ. Lenggai belum pernah melihat tempat yang sebegitu cantik, pokok-pokok menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang berseri. Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu lorong yang ditumbuhi bermacam jenis bunga yang berwarna-warni. Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa sebuah rumah yang indah. Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan dilihatnya seorang perawan sedang menyediakan makanan."Oh!"Gadis itu sangat terperanjat melihat Lenggai berada di dalam rumahnya."Jangan takut, saya tidak akan mengapa-apakan kamu. Saya tidak tahu di mana saya sekarang. Saya memerlukan makanan dan tempat tidur untuk malam ini, " terang Lenggai .Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan Lenggai sedikit makanan. Ketika Lenggai sedang makan, perawan itu menceritakan bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu. Enam orang kakaknya telah keluar bekerja di sawah. Lenggai pula kemudiannya menceritakan apa yang telah dialaminya. Lewat petang itu keenam orang kakak perawan itu pun pulang. Mereka semuanya sangat senang hati menerima kedatangan Lenggai dan melayaninya dengan baik.Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama perawan tujuh beradik itu. Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu pergi ke sawah, Lenggai tinggal di rumah menjaga adik mereka yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawan bongsu jatuh cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akan perasaannya itu kepada kakak-kakaknya. Mereka semuanya bersetuju perawan bongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai juga bersetuju dengan cadangan itu."Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," jelas kakak yang sulung."Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa sebenarnya kami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh. Adik bongsu kami ini dinamakan Bintang Banyak. Saya tidak boleh memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adik bongsu kami ini kerana dia sangat kami sayangi."Maka seminggu kemudiannya, majlis perkahwinan Lenggai dengan Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramai orang kampung di rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikan majlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang Banyak mendapat seorang anak laki-laki yang diberi nama Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya bekerja di sawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran supaya tidak membuka penutup tajau yang terletak di sudut rumah itu."Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama sekali tidak akan membuka penutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak."Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau bagaimanapun, oleh kerana selalu diingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu yang ganjil dalam tajau itu. Perasaan ingin tahunya datang dengan mendadak.Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di rumah. Lenggai merenung tajau itu beberapa kali. Perasaan ingin tahunya memuncak dan Lenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan cermat dia membuka penutup tajau itu. Alangkah dahsyatnya! Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat beribu-ribu orang manusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka kelihatan jauh sekali di

Page 6: Koleksi cerita rakyat

bawah. Lenggai menyedari kini dia berada di suatu tempat yang tinggi, seolah-olah di sebuah negeri di awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi dan semuanya sedang bekerja dengan tekun.Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang kakaknya pulang dari sawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya. Semasa waktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan bimbang. Dia makan sedikit sahaja. Bungsu Bintang Banyak mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Dia segera bertanya kepada Lenggai:"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal beberapa kali akhirnya Lenggai mengaku membuka tajau itu dan menceritakan apa yang telah dilihatnya."Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku," Lenggai menjelaskan."Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka penutup tajau itu? Abang telah melakukan sesuatu yang tidak dapat dimaafkan," Bungsu Bintang Banyak berkata dalam tangisan."Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersama kami."Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil menimang anaknya."Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan berpisah. Sekarang sudah tibalah masanya. Oh! Betapa beratnya penderitaanku," tangis Bungsu Bintang Banyak.Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang kakaknya menyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan anaknya ke bumi melalui mulut tajau itu. Mereka semua bertangis-tangisan. Sebelum berpisah, kakak Bungsu Bintang Banyak yang tertua menjelaskan selanjutnya:"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang Tujuh. Kami memberi petunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami dalam kegelapan sebelum terbit fajar. Apabila kamu ternampak kami di langit, mulalah segera menanam padi."Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula menanam, maka hasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua yang kamu tanam tidak akan memberi hasil. Semasa berada di sini, kami telah melihat kami tidak pernah tinggal di rumah hanya Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di rumah.Bungsu Bintang Banyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut nasihat kakaknya itu dan menceritakan pula kepada anaknya supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasa menjadi petunjuk kepada petani di bumi.Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan semua pengalaman yang dialaminya kepada orang-orang kampung. Dia menceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung untuk mencari buah ajaib sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hari itu, kononnya, padi akan mula ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip di langit.

Labah-Labah Buncit

Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat

Page 7: Koleksi cerita rakyat

jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kena cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut. Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya. Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaannya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah". Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasaan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- anggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-

Page 8: Koleksi cerita rakyat

kawan yang lain. Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul di tebing sungai di mana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau. Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engkau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta dilepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua. Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Sang kancil dengan buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana

Page 9: Koleksi cerita rakyat

terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di

Page 10: Koleksi cerita rakyat

dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Angsa Budiman

Kononnya, pada suatu hari Raja Sulaiman menitahkan burung belatuk memanggil sekalian haiwan supaya menghadap baginda. "Perintahkan semua haiwan datang ke istana beta. Sudah lama beta tidak bertemu dengan sekalian haiwan," kata baginda. Tanpa berlengah lagi, terbanglah Sang Belatuk ke segenap penjuru rimba. Tuk! Tuk!Tuk! Sang Belatuk mengetuk batang pokok. "Apa berita yang engkau bawa, wahai Sang Belatuk?" tanya sekalian haiwan. "Aku membawa titah perintah daripada Raja Sulaiman. Baginda menitahkan semua haiwan pergi menghadapnya di istana," ujar Sang Belatuk. Selepas itu, Sang Belatuk terbang ke tempat lain pula. Tuk! Tuk! Tuk! Sang Belatuk mengetuk batang pokok. Begitulah caranya burung belatuk membawa berita kepada sekalian haiwan. Semua haiwan berasa gembira apabila mengetahui berita itu. Mereka akan berlumba-lumba untuk pergi ke istana Raja Sulaiman. Mereka sangat gembira jikalau dapat menghadap Raja Sulaiman. Baginda akan mengurniakan hadiah kepada sekalian haiwan.Namun, ada juga sesetengah haiwan yang enggan pergi menghadap Raja Sulaiman. "Istana Raja Sulaiman itu tersangat jauh. Matilah aku di tengah perjalanan sebelum dapat sampai ke sana," kata segelintir haiwan yang sengaja mencari helah. Haiwan yang ingkar itu akan dijatuhi hukuman berat oleh Raja Sulaiman. Tersebutlah kisah seekor angsa. Sang Angsa sangat gembira apabila menerima berita. Setelah beberapa lama berjalan, Sang Angsa tiba di tebing sungai. "Kalaulah aku pandai berenang, nescaya aku boleh cepat sampai ke istana Raja Sulaiman," kata Sang Angsa dalam hatinya. Sang Angsa ketika itu masih belum pandai berenang. Terpaksalah Sang Angsa terus berjalan perlahan-lahan. Di pertengahan jalan, Sang Angsa terserempak dengan seorang perempuan tua. Perempuan tua itu sedang menangis "Mengapa mak cik menangis?" tanya Sang Angsa. Perempuan itu lalu memberitahu, "Aku tersangat lapar. Bekalan makananku sudah habis." Sang Angsa bersimpati pada perempuan itu. "Janganlah mak cik bersedih. Saya akan tinggal di sini selama beberapa hari untuk bertelur. Telur saya boleh mak cik jadikan sebagai makanan," ujar Sang Angsa. Tinggallah Sang Angsa itu di situ selama beberapa hari. Setiap hari Sang Angsa bertelur sebiji. Perempuan tua itu sangat gembira kerana dia sudah memperoleh bekalan makanan."Inilah kali pertama aku berpeluang untuk berjumpa Baginda Raja Sulaiman!" ujar Sang Angsa dengan penuh gembira. Kononnya, Sang Angsa ketika itu berbulu hitam dan masih berleher pendek. "Engkau hodoh! Engkau tidak layak masuk ke dalam istana Raja Sulaiman," Sang Biawak mengejek. Sang Angsa sangat bersedih hati mendengar ejekan itu. Namun, Sang Angsa tidak mempedulikan ejekan tersebut. Tanpa berlengah lagi, Sang Angsa berjalan perlahan-lahan menuju ke istana Raja Sulaiman."Tentulah aku akan lewat menghadap Raja Sulaiman," fikir Sang Angsa. Sang Angsa berasa sedih. Namun, Sang Angsa tidak mahu perempuan tua itu mati kerana kelaparan. Beberapa hari kemudian, perempuan tua itu memberitahu Sang Angsa, "Sekarang bolehlah engkau pergi ke istana Raja Sulaiman. Baki telur yang ada ini sudah cukup untuk mak cik." Perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Angsa. "Engkau adalah seekor angsa yang sungguh budiman," kata perempuan tua itu lagi. Sang Angsa lalu meneruskan perjalanannya. Semua haiwan sudah berada di istana Raja Sulaiman. Sang Angsa tiba, tetapi sudah sangat terlewat. "Beritahu pada beta, mengapa engkau lambat sampai?" Raja Sulaiman bertitah kepada Sang Angsa. Sang Angsa sangat ketakutan. Namun, Sang Angsa menceritakan perkara sebenar yang telah terjadi itu kepada Raja Sulaiman. Baginda Raja Sulaiman berasa sangat sukacita kerana Sang Angsa telah menolong perempuan tua itu. "Engkau adalah seekor angsa yang sangat

Page 11: Koleksi cerita rakyat

budiman," ujar Raja Sulaiman. "Sekarang beta akan kurniakan hadiah sebagai balasan atas budi baik kamu," kata Raja Sulaiman. Sang Angsa sangat gembira. Kamu akan menjadi seekor haiwan yang berleher panjang," ujar baginda lagi. Terkejutlah Sang Angsa mendengar kata-kata itu. Semua haiwan ketawa berdekah-dekah. Mereka menyangka Sang Angsa akan menjadi seekor haiwan yang lebih hodoh. Tetapi sangkaan itu salah! Sang Angsa menjadi haiwan yang sangat cantik. Lehernya panjang, bulunya putih, dan pandai pula berenang. Sang Biawak pula dijatuhi hukuman oleh Raja Sulaiman kerana pernah mengejek Sang Angsa. Lidahnya menjadi panjang, suka terjelir, dan bercabang. Kononnya, itulah sebabnya sampai sekarang angsa menjadi haiwan cantik, berbadan putih bersih, suka berenang, dan dipelihara oleh manusia. Biawak pula terpaksa tinggal di dalam hutan kerana berasa malu. Selain itu, biawak juga suka makan telur kerana kononnya sangat marah pada angsa, ayam, dan itik.

Bawang Putih Bawang Merah

Sejak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya,Bawang Putih tinggal bersama ibu tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya Bawang Merah.Mereka sangat benci akan Bawang Putih.Dia sering dimarahi dan dipukul.Pada suatu malam,Bawang Putih bermimpi bertemu ibunya.Ibunya menyuruhnya masuk ke hutan dan mencari pohon beringin rendang.”Pergilah hiburkan hatimu dan bersabarlah,suatu hari nanti kau akan mendapat kebahagiaan.”Keesokan harinya,Bawang Putih segera menyiapkan kerja-kerja rumah.Setelah ibu tirinya pergi bekerja dan adik tirinya masih tidur,Bawang Putih pun masuk ke hutan.Dia mencari pohon beringin rendang itu.Setelah puas mencari,dia pun sampai ke situ.Dia terpandan sebuah buaian yang tergantun di pohon beringin.Tempat tersebut seakan-akan sebuah taman tempat puteri kayangan turun ke bumi untuk bermain-main.Ketika dia duduk di atas buaian itu,tiba-tiba buaian itu berayun dengan sendiri.Semakin lama semakin laju.Dia dapat melihat bunga-bunga yang mengelilingi pohon beringin itu turut bergoyang-goyang.Hatinya terasa sungguh terhibur.

Tiba-tiba Bawang Putih teringatkan Mak Kundur.Ibu tirinya pasti akan memarihanya bila pulang dan mendapati dirinya tiada di rumah.Namun Bawang Putih tidak tahu bagaimana hendak memberhentikan buaian itu.Bawang putih lalu berkata kepada buaian itu,”Wahai buaian,tolonglah berhenti,aku ingin pulang ke rumah.”Tiba-tiba buaian itu pun berhenti dengan sendirinya.Pokok-pokok bunga juga turut berhenti bergoyang.Pada suatu hari Bawang Putih bermain buaian seperti biasa.Tanpa disedarinya seorang putera raja sedang memerhatinya.Baginda tertarik melihat bagaimana buaian itu boleh berayun sendiri bila Bawang Putih menaikinya.Ketika Bawang Putih hendak pulang baginda menyuruh pengiringnya mengekorinya.Setelah tahu di mana Bawang Putih tinggal,baginda pergi ke rumah tersebut.Ketika itu Mak Kundur dan Bawang Merah berada di halaman rumah.”Di manakah anak makcik yang seorang lagi?”Tanya baginda.Mak Kundur menyangka baginda adalah orang kaya.”Makcik mana ada anak yang lain.Bawang Merah inilah satu-satunya anak makcik,” kata Mak Kundur.Baginda menceritakan tentang gadis yang dilihatnya bermain buain di hutan.”Bawang Merah inilah yang bermain buaian itu,”bohong Mak Kundur.Setelah beredar,Mak Kundur memaksa Bawang Putih menunjukkan tempat buaian itu.Mak Kundur membawa Bawang Merah bermain buaian itu.Namun buaian itu tidak berayun dengan

Page 12: Koleksi cerita rakyat

sendiri.Putera raja mengintainya dari sebalik pokok.Baginda menyuruh pengiringnya ke rumah Mak Kundur dan membawa Bawang Putih ke situ.Pengiringnya pun pergi tetapi mendapati Bawang Putih dikurung dan diikat.Maka dia segera membuka ikatan itu dan membawa gadis itu bertemu dengan baginda.Mak Kundur terkejut melihat kehadiran baginda dan Bawang Putih.Bila Bawang Putih berbuai dan menyanyi,buaian itu pun berayun laju.”Makcik telah berbohong kepada beta!” kata putera raja.Ketika itu barulah Mak Kundur tahu bahawa lelaki itu adalah putera raja.”Kamu ibu yang zalim.Kamu telah menyeksa Bawang Putih!” kata baginda lagi.Mak Kundur menangis dan meminta ampun kepada baginda.Bawang Merah pula meraung dan menangis kerana dengkikan Bawang Putih.Bawang Putih yan baik hati meminta putera raja mengampunkan Mak Kundur dan Bawang Merah.Baginda kagum dengan sifat kemuliaan Bawang Putih.Putera raja akhirnya mengahwini Bawang Putih.

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut.Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya.Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasaan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju."

Page 13: Koleksi cerita rakyat

"Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Di manakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engkau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.

Badang

Pada zaman dahulu terdapat seorang hamba di Temasik. Temasik sekarang dikenali sebagai Singapura. Hamba itu bernama Badang. Tuannya bernama Orang Kaya Nira Sura. Badang diberikan tugas oleh tuannya untuk menebas hutan dan membersihkan semak-samun di sebuah bukit. Tempat itu hendak dijadikan kawasan bercucuk tanam.Berhampiran tempat Badang menebas itu terdapat sebatang anak sungai. Di kaki bukit berhampiran sungai itulah Badang berehat selepas penat bekerja. Setelah selesai sembahyang, barulah Badang membuka bekalan. Badang makan nasi di dalam upih pinang yang dibawanya. Walaupun berlaukkan pucuk dicecah dengan sambal garam, nasi sebungkus itu habis dimakannya.Selepas itu, Badang pergi ke anak sungai. Di situ, kelihatan anak-anak ikan bermain-main di dalam air yang jernih. Badang terfikir, "Daripada aku makan nasi dengan sambal, lebih baik aku cuba tangkap ikan itu. Boleh juga dibuat lauk. Kalau dapat banyak boleh aku bawa pulang kepada tuanku. Tentu tuan aku suka kalau dapat merasa ikan tebarau, terbuk, dan lain-lain."

Page 14: Koleksi cerita rakyat

Sebelum Badang pulang, dia menebang buluh. Dia membuat lukah, iaitu sejenis perangkap untuk menangkap ikan. Dia menahan lukah itu di dalam sungai.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Badang turun pergi menebas. Sebelum mula kerja menebas, Badang turun ke sungai untuk melihat lukah yang ditahannya. Namun, Badang terperanjat apabila melihat terdapat timbunan tulang ikan di tebing sungai berhampiran lukahnya. Badang dengan segera pergi mengangkat lukahnya. Dia mendapati lukahnya telah diusik orang. Di dalamnya tidak ada ikan, kecuali tinggalan sisik-sisik ikan. Dia berasa hairan. Badang menahan lagi lukahnya di tempat yang sama. Kemudiannya, dia pergi menyiapkan kerja.Seperti biasa apabila hari petang, Badang balik ke rumah tuannya. Dia tidak pergi melihat lukahnya pada waktu petang kerana lukah akan mengena pada waktu malam.Esoknya pula, Badang pergi menebas seperti biasa. Setelah sampai di tempat itu, Badang terus pergi ke anak sungai untuk melihat lukahnya. Sekali lagi, dia terperanjat kerana timbunan tulang ikan di tepi sungai itu bertambah banyak. Badang terus pergi mengangkat lukahnya. Dia mendapati lukahnya itu tiada ikan, kecuali sisik ikan sahaja yang tinggal. Badang bertambah hairan."Siapakah yang makan ikan mentah?" dia bertanya dalam hatinya.Akhirnya, Badang mengambil keputusan ingin mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukahnya itu. Dia menahan semula lukah itu. Kemudian, dia pergi menebas seperti biasa. Apabila hari sudah senja, Badang tidak balik. Dia terus pergi bersembunyi untuk mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukah itu. Dia menyorok di sebalik semak. Apabila larut malam, datanglah satu lembaga. Matanya merah, bertaring panjang, berjanggut, dan berambut panjang. Muka lembaga itu sangat hodoh. Kukunya panjang. Lembaga itu mengangkat lukah lalu mengambil ikan-ikan di dalamnya. "Wah, hantu rupa-rupanya!" kata Badang di dalam hati. "Aku tidak takut kepada hantu itu!" ujar Badang lagi di dalam hatinya. Badang lalu memberanikan dirinya, walaupun berasa seram. Dia segera menerkam dan menangkap janggut lembaga itu. Berlakulah pergelutan. Namun, Badang tidak melepaskan lembaga itu. Akhirnya, lembaga itu mengaku kalah. Lembaga itu minta dilepaskan. Namun, Badang tidak melepaskan lembaga itu dengan begitu mudah. Lembaga itu merayu-rayu minta dilepaskan."Kalau tuan hamba melepaskan hamba, hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamba mahu," ujar lembaga itu. Badang terfikir, "Betulkah janji lembaga ini?" Badang mahu menguji, adakah kata-kata lembaga itu benar? Badang cuba memikirkan apa yang dia mahu minta. Kalau minta banyak harta, nanti harta itu akan menjadi milik tuannya. Kalau minta isteri cantik, mungkin akan diambil oleh tuannya juga. Tetapi kalau minta jadi gagah perkasa, tentu boleh menolong tuannya untuk membersihkan hutan itu. "Baiklah! Aku mahu jadi gagah perkasa," kata Badang. "Kalau tuan hamba mahu jadi gagah, tuan hamba hendaklah makan muntah hamba," kata lembaga itu. Badang termenung dan berfikir sejenak. "Baiklah! Aku setuju. Cepat! Biar aku jadi gagah," kata Badang. Lembaga itu muntah di atas daun keladi yang ada di situ. Tanpa berlengah lagi, Badang pun makanlah muntah lembaga itu hingga habis. Lembaga itu minta dirinya dilepaskan. "Belum boleh lagi! Tunggu dulu," Badang berkata sambil tangannya masih lagi memegang janggut lembaga itu. Dia mengheret lembaga itu ke arah sebatang pokok besar. Badang cuba mengangkat pokok itu dengan sebelah tangannya. Pokok itu tumbang. Badang berasa sangat gembira hajatnya termakbul. Badang mengucapkan terima kasih kepada lembaga itu. Lembaga yang muka hodoh dan bertaring tadi tiba-tiba bertukar wajah menjadi manusia yang berambut putih dan berjanggut putih."Aku bukanlah hantu sebagaimana yang kamu sangkakan. Aku datang untuk menolongmu. Kamu

Page 15: Koleksi cerita rakyat

seorang yang cekal, tabah, dan jujur," kata lelaki tua itu. Kemudian dia ghaib daripada pandangan Badang. "Mungkin dia seorang alim!" fikir Badang.Badang bersyukur kepada Tuhan kerana memperoleh kekuatan yang luar biasa itu. Malam itu, Badang membersihkan semua hutan sebagaimana yang diarahkan oleh tuannya. Setelah selesai, dia pun pulang.Pada keesokannya, dia tidak pergi menebas lagi. Tuannya memanggil dan bertanya mengapa dia tidak pergi menebas. Badang memberitahu bahawa dia telah membersihkan hutan dan semak-samun tersebut. Tuannya, Orang Kaya Nira Sura itu tidak percaya apa yang diceritakan oleh Badang. Dia pergi ke hutan untuk melihat sendiri keadaan tanahnya. Orang Kaya Nira Sura hairan kerana hutan dan semak-samun itu memang telah habis dibersihkan oleh Badang. Orang Kaya Nira Sura berasa gembira kerana hutan di tanahnya sudah dibersihkan. Namun, dia berasa bimbang, kalau-kalau Badang mengapa-apakannya pula. Orang Kaya Nira Sura lalu mempersembahkan Badang kepada Raja Temasik. Maka Badang pun dibebaskan daripada tuannya. Sekarang Badang tinggal di istana Raja Temasik sebagai budak suruhan. Pada suatu hari, Pemaisuri raja mengidam mahu makan buah mempelam. Permaisuri menyuruh Badang mengambil buah mempelam muda. Badang tidak lengah-lengah lagi. Dia terus memanjat pokok mempelam di hadapan istana raja itu. Disebabkan buah mempelam itu berada di hujung ranting, dia terpaksa menghulurkan tangan untuk mengambil buah mempelam itu. Tiba-tiba dahan tempat Badang berpijak itu patah. Dia terjatuh ke tanah. Kepalanya terhempas ke batu. Batu besar di bawah pokok mempelam itu terbelah dua. Namun, kepala Badang tidak cedera. Permaisuri berasa hairan melihat kejadian itu. Permaisuri lalu pun memberitahu kejadian itu kepada raja. Raja datang menyaksikan sendiri. Baginda melihat batu besar di hadapan istana itu terbelah dua. Baginda sangat hairan akan peristiwa itu. Raja Temasik lalu mengangkat Badang sebagai pahlawan gagah perkasa. Kehebatan Badang tersebar di seluruh Temasik. Kemasyhuran itu turut tersebar ke Benua Keling. Maharaja Keling datang ke Temasik dengan membawa pahlawan yang kuat lagi perkasa dari negaranya. Pahlawan itu bergelar Pahlawan Gagah Perkasa. Pahlawan itu dibawa masuk untuk beradu kekuatan dengan Badang. Raja Temasik bersetuju pertandingan itu diadakan di hadapan pembesar-pembesar negara dan rakyat jelata. Maka tibalah hari yang ditetapkan. Hari pertandingan kekuatan di antara dua buah negara. Sementara menunggu masa dan ketika peraduan dimulakan, Pahlawan Gagah Perkasa dari Benua Keling itu duduk berhampiran dengan Badang. Dia lalu menindih paha Badang dengan pahanya secara bergurau. Namun, Badang boleh mengangkat paha pahlawan itu. "Wah, gagah sungguh Pahlawan Temasik ini!" ujar Pahlawan Gagah Perkasa itu dalam hatinya.Tetuang dibunyikan menandakan pertandingan akan dimulakan. Pahlawan Gagah Perkasa dari Benua Keling itu mula mengangkat batu di hadapan majlis raja-raja dan pembesar negara masing-masing. Dengan rasa megah pahlawan itu dapat mengangkat batu itu setinggi paras lututnya. Dia lalu membawa batu itu ke hadapan raja dan diletakkannya di situ. Maharaja Keling dan para pembesar negara pun ketawa kerana gembira. Riuh rendah kedengaran. Akhirnya, sampailah masanya giliran Badang. Badang yang bertubuh kerdil berjalan masuk dengan lemah longlai menuju ke batu besar itu. Badang lalu mengangkat batu itu dan membalingnya ke Teluk Belanga. Pahlawan Gagah Perkasa Benua Keling berasa malu kerana tidak dapat menandingi kekuatan Badang yang sungguh gagah perkasa itu. Demikianlah kemasyhuran Badang sebagai seorang yang gagah perkasa pada zaman dahulu. Itulah sebabnya kemasyhurannya menjadi buah mulut yang dituturkan orang dari zaman ke zaman.

Cerita Puyau Emas Gua Madai

Page 16: Koleksi cerita rakyat

Pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang Ketua Kaum Idahan yang mempunyai kekuasaan yang sangat besar bermula dari Sungai Kinabatangan sehinggalah ke perairan Pulau Temburung di Daerah Semporna. Beliau bernama " Nenek Apoi" yang bermaksud " Api " dalam Bahasa Idahan. Nenek Apoi juga merupakan seorang Wira ataupun Pahlawan dikalangan Suku Kaum Idahan ketika itu.Nenek Apoi mempunyai seorang isteri yang Bernama Liungayoh yang bermaksud 'Perempuan Besar" dalam Bahasa Suku Kaum Idahan dan menurut cerita ia mempunyai Tiga Orang Anak yang tinggal di Sungai Segama, Sungai Tungku dan juga Sapagaya. Ini bererti Nenek Apoi tidak menetap di suatu kawasan, ia sering pergi ke tempat tinggal anak-anaknya.Pada suatu hari isteri Nenek Apoi yang tengah sarat mengandung telah mengidam ingin memakan Hati Payau. "Apoi, aku mahulah makan Hati Payau, kata isterinya Liungayoh". Nenek Apoi pun bersetuju. " Kalau begitu kenalah aku pergi memburu Payau tu Liun" kata Nenek Apoi. Pada keesokan harinya Nenek Apoi bersama anjing kesayangannya yang bernama Siyud Rapot bertolak dengan berbekal sebilah Tombak dan makanan serta minuman yang dibekalkan oleh isterinya Liungayoh.Nenek Apoi pun pergilah berburu, sehari suntuk Nenek Apoi berjalan namun tidak terlihat olehnya kalibat seekor pun Payau padahal dia tahu binatang ini muda dicari. Siang bertukar malam, malam bertukar siang, Nenek Apoi mengira hari. " Aduh, sudah lima hari aku berburu, mana payau ni, hairan juga tidak nampak seekor pun. Bisik Nenek Apoi, anjing kesayanag Siyud Rapot pun keletihan.Pada hari yang ketujuh, Nenek Apoi begitu letih. Nenek Apoi sungguh hairan kenapa tidak ada seekor pun Payau yang dia temui. Ketika asyik berfikir, Nenek Apoi tertidur. Tiba-tiba anjing Nenek Apoi, Siyud Rapot menyalak tidak berhenti-henti. Nenek Apoi terkejut, lalu melihat apa yang disalak oleh Siyud Rapot. Percaya dengan tidak, Nenek Apoi tergamam seketika kerana bersama dengan Siyud Rapot adalah seekor Payau tetapi yang menghairankan Nenek Apoi kenapa warna kulit Payau tersebut berwarna Emas. Dengan segera Nenek Apoi pun berlari ke arah Payau Emas tersebut. Kejar mengejar pun berlaku. Payau Emas tersebut sungguh pantas, namun Nenek Apoi lebih pantas bersama anjingnya Siyud Rapot.Tiba-tiba, Payau Emas tersebut berhenti tiba-tiba, apa lagi Nenek Apoi pun membaling Tombaknya ke arah payau Emas tersebut dengan kepakaran dan ketangkasan Nenek Apoi, lembing tepat terkena payau Emas tersebut. Nenek Apoi pun mencabut parangnya lalu ingin memotong Payau Emas tersebut.Belum sempat Nenek Apoi mahu menyembelih leher Payau Emas tersbut tiba-tiba Payau Emas itu berkata " Tolong, jangan bunuh aku, tolonglah aku", Payau Emas itu merayu. Apa lagi, Nenek Apoi pun melompat, "kau kah yang bercakap?, tanya Nenek Apoi. "Ya, aku" tolong lepaskan aku, jawap Payau Emas itu. Nenek Apoi berfikir sejenak. " Tapi, kalau aku tak bunuh kau, macam mana aku hendak membawa pulang hati kau, kerana isteri aku ingin memakan hati Payau, sudah tujuh hari tujuh malam aku berburu, sudah dapat, mana boleh aku lepaskan", kata Nenek Apoi.Payau Emas merayu lagi, " baiklah, kalau kau lepaskan aku, aku akan berikan kau harta yang amat berharga untuk selama-lamanya sehingga anak cucu kau, ia tidak akan habis", jawab Payau Emas tersebut. "Harta!, aku tidak mahu harta, aku mahu hati kau untuk isteri aku yang mengidam" kata Nenek Apoi. "Harta itu ada didalam Gua ini, kau masuklah lihat sendiri" balas Payau Emas itu.Nenek Apoi pun melangkah masuk, belum sempat Nenek Apoi melangkah seterusnya, bila Nenek Apoi mahu bertanya kepada Payau Emas, Payau Emas itu telah lenyap, tiada kesan darah kalaupun Payau Emas itu melarikan dirinya. Nenek Apoi pun masuk ke dalam Gua tersebut.Sejak hari itu, harta yang dimaksudkan oleh Payau Emas itu adalah Sarang Burung Layang-Layang yang mendiami Gua tersebut, nama Gua itu ialah Gua Madai terletak di daerah Lahad Datu yang terkenal dengan panghasilan Sarang Burung sehingga keperingkat antarabangsa sehinggalah hari ini kesan darah daripada percikan darah Payau Emas terkena tombak Nenek Apoi masih kelihatan dan kesan tapak kaki

Page 17: Koleksi cerita rakyat

serta tangan Nenek Apoi masih lagi dapat dilihat.Begitulah cerita rakyat Daerah Lahad Datu bagaimana Nenek Apoi berjumpa dengan Payau Emas dan bertemu dengan Gua yang bernama Gua Madai.Beruk tunggal

Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Page 18: Koleksi cerita rakyat

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.Pengajaran :1. Jangan mencuri hak orang lain.2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.

Mengapa bangau kurus

Pada suatu hari, Raja Sulaiman memanggil semua burung datang mengadap. Semua jenis burung hadir.

“Beta ingin sampaikan berita gembira. Hari ini genaplah seratus purnama beta memerintah. Oleh itu beta ingin beri hadiah istimewa. Kamu boleh minta apa sahaja. Beta akan tunaikan permintaan kamu,” titah Raja Sulaiman. Semua burung berasa gembira. Ada yang bersorak-sorak. Ada yang melompat-lompat.

“Bolehkan patik mendapat bulu yang cantik tuanku? Patik ingin jadi burung paling cantik di dunia,” kata merak.

“Tentu boleh. Beta akan tunaikan permintaan kamu itu,” titah Raja Sulaiman sambil tersenyum.“Kamu pula hendak apa?” Tanya Raja Sulaiman kepada kelicap.

“Kalau boleh, patik ingin paruh yang panjang,” kata kelicap.

“Kenapa minta paruh yang panjang?” Tanya Raja Sulaiman.

“Patik suka minum madu, tuanku. Kalau paruh patik panjang, senanglah hisap madu bunga,” jawab kelicap,” jawab kelicap.

“Baiklah, beta akan tunaikan permintaan kamu itu, itik. Beta akan beri kamu kaki yang lebar,” jawab Raja Sulaiman.

“Patik ingin sarang yang cantik, tuanku,” kata tempua.

“Kalau begitu, beta akan beri kamu kepandaian membuat sarang,” titah baginda.

“Tuanku, tubuh patik ini kecil. Kalau boleh patik mahu kepala patik berwarna putih. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat,” pinta pipit.

Page 19: Koleksi cerita rakyat

“Perkara itu mudah sahaja. Akan beta tunaikan,” titah Raja Sulaiman lagi.

Semua burung telah meminta hajat mereka. Kini Cuma tinggal giliran bangau yang sombong.“Pintalah segera wahai bangau. Beta pasti tunaikan,” titah Raja Sulaiman.

“Baiklah tuanku. Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau.

“Apa? Boleh kamu ulang?” soal Raja Sulaiman. Baginda terkejut.

“Patik mahu minta makan tujuh hari sekali,” kata bangau lagi.

Semua burung yang ada terkejut. Mereka hairan dengan permintaan itu. Raja Sulaiman juga berasa ganjil. Baginda suruh bangau ulangi lagi permintaannya. Bangau tetap berkata seperti itu juga. Akhirnya Raja Sulaiman puas hati. Baginda akan tunaikan permintaan bangau itu.

Esoknya, bangau pergi ke tepi tasik. Ia ingin mencari ikan. Namun, seekor pun dia tidak dapat. Pada hari ketujuh barulah dia dapat seekor.Kenapa aku susah hendak dapat makanan? Bukankah aku minta banyak makanan daripada baginda? Bisik bangau dalam hati. Tiba-tiba bangau teringat kembali kata-katanya dahulu. Ia meminta makan tujuh hari sekali. Bukan minta makan tujuh kali sehari.

“Aku dah tersalah cakap. Patutlah semua burung hairan. Tak seekor pun tolong betulkan cakap aku. Mungkin kerana aku sombong. Aku menyesal,” kata bangau sendirian.

Mulai hari itu bangau sukar dapat ikan. Badannya semakin kurus. Ia rasa sedih. Kadang-kadang ia berdiri lama dalam air. Ia termenung memikirkan nasibnya. Itulah sebabnya badan bangau kurus.Pengajaran :1. Jangan bersikap sombong.2. Berfikir sebelum membuat keputusan.3. Terimalah takdir dengan redha.

Harimau gunung ledang

Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya.

Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah.

“Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu,” kata orang kaya itu dengan marah.

Page 20: Koleksi cerita rakyat

Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah sepohon pokok.

“Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti,” kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.

“Kamu pencuri bedebah mesti diajar!” kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Budak itu juga mengikat kaki harimau. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, “Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.”

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.

Pengajaran :1. Jangan menganiaya orang lain.2. Usaha tangga kejayaan.3. Jangan mudah putus asa.