cerita rakyat

22
AHLI SIHIR YANG ANGKUH (CERITA RAKYAT KAUM INDIA) BURUNG LAYANG-LAYANG (CERITA RAKYAT KAUM KADAZAN) Disediakan oleh: Nama : NOR MALINA ROSLI Kelas : I Dinamik Nama Guru : Pn Nor Haslina binti Rosli TEMA : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

Upload: vira-hashim

Post on 06-Nov-2015

134 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

psk tingkatan1

TRANSCRIPT

AHLI SIHIR YANG ANGKUH

(CERITA RAKYAT KAUM INDIA)

burung layang-layang

(CERITA RAKYAT KAUM KADAZAN)

Disediakan oleh:

Nama : NOR MALINA ROSLI

Kelas : I Dinamik

Nama Guru : Pn Nor Haslina binti Rosli

PENGHARGAAN

Penghargaan

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan dalam masa yang ditetapkan. Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Cikgu Nor Haslina binti Rosli yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya diucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Puan Hasnah binti Mohd Noor dan En. Rosli bin Borhan di atas segala dorongan dan bantuan dari segi kewangan dalam melicinkan perjalanan menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan seperjuangan yang turut sama membantu dalam memudahkan tugasan untuk menyiapkan tugasan ini.

PENGENALAN

ISI KANDUNGAN

OBJEKTIF

ISI KANDUNGAN PERKARA

1. Penghargaan

2. Pengenalan

a.Isi kandungan

b. Objektif 3. Pendahuluan a. Definisi

b. Jenis cerita rakyat

c. Tujuan cerita rakyat disampaikan 4. Cerita rakyat a. Ahli sihir yang angkuh

Pengajaran dan nilai

b. Burung layang-layang

Pengajaran dan nilai

5. Penutup a. Refleksi

b. Lampiran

c. Rumusan

d. Rujukan

OBJEKTIF

Objektif folio ini adalah:

1. Cerita rakyat Malaysia merupakan warisan budaya yang amat membanggakan

2. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan cerita rakyat pelbagai kaum

3. Menjadikan teladan kepada generasi muda

4. Memupuk semangat bangga dengan cerita rakyat.

PENDAHULUAN

Pendahuluan

A) DEFINISI-Cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat.

-Diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut.

-Selalunya mempamerkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakat.

-Penekanan kepada nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalam cerita

tersebut.

-Diceritakan pada masa terluang.

-Disampakan oleh penglipur lara sambil menyanyi dan bermain muzik.

b) Jenis cerita rakyat-Asal Usul

-Jenaka

-Legenda

-Kepahlawanan

-Binatang

-Mitos

C) Tujuan Cerita Rakyat Disampaikan:-Mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum.

-Memahami budaya masyarakat.

-Memberikan hiburan kepada pendegar.

-Dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita tersebut.

-Dapat mengekalkan warisan budaya

CERITA RAKYAT

A) AHLI SIHIR YANG ANGKUH

B) BURUNG LAYANG-LAYANG

AHLI SIHIR YANG ANGKUH(CERITA RAKYAT KAUM INDIA)

Thenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk di pekan itu.

Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir yang terkemuka di India. Adakah sesiapa di antara anda yang berani mencabar saya? Saya boleh melakukan atau menunaikan apa-apa sahaja yang anda pohon.

Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, Wahai Tukang Sihir, saya ingin mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya?

Boleh, mintalah apa-apa sahaja, saya akan kabulkan permintaan anda, kata Tukang Sihir.

Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi Tukang Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka, kata Thenaliraman.

Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan anda, kata Tukang Sihir.

Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya. Dengan menggunakan tangan kanannya, dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan ke arah matanya.

Baiklah Tukang Sihir, sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihir dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka, kata Thenaliraman.

Tukang Sihir itu terdiam. Dia tahu bahawa dia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang bersikap terlalu angkuh. Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu.PENGAJARAN DAN NILAI :

DARIPADA CERITA RAKYAT KAUM INDIATAJUK CERITA : AHLI SIHIR YANG ANGKUH

1. Jangan bersikap sombong dan bermegah atas kebolehan atau kelebihan yang

ada pada diri sendiri

2. Jangan memandang rendah kepada orang lain

3. Berani menyahut cabaran

burung layang-layang

(CERITA RAKYAT KAUM KADAZAN)

Dalam sebuah hutan yang tebal, tinggal seekor burung layang-layang yang suka meniru.

Pada suatu petang, burung layang-layang telah mendengar suara teriakan daripada burung-burung yang lain, ke tepi! Ke tepi! Beri laluan kepada Raja Burung. Burung layang-layang berasa hairan mendengar teriakan tersebut. Tidak lama kemudian, beberapa ekor burung merak melalui kawasan itu. Burung layang-layang terpegun melihat kecantikan burung merak. Maka, timbulkah perasaan pada burung layang-layang ingin menjadi seperti burung merak. Burung layang-layang menoleh ke kiri dan ke kanan lalu melihat beberapa helai bulu burung merak tercicir di atas tanah.

Apablia kumpulan burung merak telah berlalu, burung layang-layang mengutip semua bulu merak yang tercicir di atas tanah dan menyisipkan ke badannya. Apabila selesai, burung layang-layang berjalan di atas laluan burung merak tadi, Burung-burung lain yang melihatnya berteriak, Ke Tepi! Ke Tepi! Beri laluan kepada Raja Burung.

Burung layang-layang berasa sangat seronok dan berjalan lebih pantas sehingga terlupa tentang bulu-bulu burung merak yang disisipkan di badannya. Lalu, satu demi satu bulu buerung merak tertanggal dan tercicir di atas tanah.

Burung burung lain yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah sambil berteriak, Rupa-rupanya burung layang-layang menyamar menjadi Raja Burung.

Burung layang-layang berlalu dari situ sambil menundukkan kepalanya kerana berasa sangat malu.

PENGAJARAN DAN NILAI:

DARIPADA CERITA RAKYAT KAUM KADAZAN

TAJUK CERITA:BURUNG LAYANG-LAYANG1. Jangan berperasaan dengki dengan orang lain2. Jangan cuba menipu orang lain dan diri sendiri3. jangan berlagak dengan menggunakan kelebihan orang lain4. Bersyukur dengan apa yang kita ada

PENUTUP

(Refleksi

(Lampiran

(Rumusan

(Rujukan

REFLEKSIBORANG REFLEKSI

PROJEK BUKU SKRAP

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

NAMA

: NOR MARLINA ROSLITINGKATAN: 1 DEDIKASITAJUK

: CERITA RAKYAT1. Apakah faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat ini?

Faedah dan kesan yang diperolehi daripada kedua-dua cerita rakyat yang telah saya baca ini, ialah saya telah mendapat beberapa pengajaran dan nilai murni. Antaranya ialah :

Tajuk cerita : AHLI SIHIR YANG ANGKUH

a. Jangan bersikap sombong dan bermegah atas kebolehan atau

kelebihan yang ada pada diri sendiri

b. Jangan memandang rendah kepada orang lain

c. Berani menyahut cabaran

Tajuk cerita : BURUNG LAYANG-LAYANG

a. Jangan berperasaan dengki dengan orang lain

b. Jangan cuba menipu orang lain dan diri sendiri

c. Jangan berlagak dengan menggunakan kelebihan orang lain

d. Bersyukur dengan apa yang kita ada

2. Apakah cadangan untuk mengekalkan warisan cerita rakyat?

Untuk mengekalkan warian cerita rakyat, saya mencadangkan agar pihak-pihak yang berkenaan mempromosikan cerita-cerita rakyat terutama yang berasal daripada negara kita ini dengan cara menjadikannya sebagai rancangan hiburan kanak-kanak seperti animasi, mengadakan pertandingan cerita rakyat di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan dan menerbitkan buku-buku cerita rakyat dengan lebih banyak dan menarik lagi.

3. Bagaimana anda menunjukkan apresiasi terhadap cerita rakyat pelbagai kaum?

Sebagai menunjukkan apresiasi saya terhadap cerita rakyat pelbagai kaum ini, saya akan bacakan dan ceritakannya kepada adik-adik saya sebagai hiburan pada masa lapang, membeli buku-buku cerita rakyat untuk dijadikan koleksi buku dan memasukkannya dalam blog peribadi saya untuk tatapan orang lain.

LAMPIRAN

ARAHAN KEPADA MURID

Tugasan :

Anda dikehendaki menghasilkan sebuah buku skrap berdasarkan tema / tajuk yang telah disediakan.Panduan melaksanakan tugasan :

1. Tema / tajuk yang diberikan adalah :

Tema : Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia

Tajuk : Kompilasi Cerita Rakyat Pelbagai Kaum di Malaysia

1. Buku skrap hendaklah mengandungi 2 buah cerita rakyat daripada kaum yang berbeza di

Malaysia.

2. Buku Skrap hendaklah melebihi 10 helaian dengan menggunakan kertas saiz A4.

3. Hasil kerja mesti menggunakan tulisan tangan atau ditaip dengan menggunakan

font Arial saiz 12.

4. Buku skrap / henkaklah dihasilkan secara individu.

5. Setiap item dalam bahagian pelaksanaan perlu disokong oleh bahan sokongan yang asli

seperti lukisan, penulisan, gamber, keratan akhbar, carta, dan petikan.

6. Bahan sokongan grafik perlu disertakan dengan huraian.

7. Evidens yang diperoleh adalah asli dan berfokuskan kepada kreativiti pelajar.

8. Buku skrap perlu dijilid dengan baik.

9. Borang Refleksi hendaklah dilengkapkan dan dilampirkan di dalam buku skrap.

RUMUSANRumusan yang dapat saya nyatakan ialah cerita rakyat ini terdapat berbagai jenis dan amat menarik sekali untuk dibaca. Kita juga dapat mengetahui bahawa sikap yang sombong boleh memalukan diri-sendiri.

RUJUKAN1. Othman Puteh (Penyelengara), 2002. Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur; Utusan Publications & Distributer Sdn. Bhd.

2. Wan Halim Othman, 1991. Pendidikan Sivik Bagi Belia. The Kondrad Adenauer Foundation/Institut Kajian Dasar.

3. http://www.cerita rakyat.mmu.edu.my4. Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Ting. 1, KPM,

K Publishing Sdn. Bhd.TEMA : WARISAN KEPELBAGAIAN

BUDAYA MALAYSIA

Thenaliraman seorang budak yang berani dan bijak

Ahli sihir yang angkuh dan sombong

Burung layang-layang yang suka meniru

Burung merak yang memiliki bulu yang cantik dan berwarna-warni