cerita-penglipulara

27
CERITA PENGLIPULARA

Upload: uganesvari-muthusamy

Post on 11-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jk

TRANSCRIPT

Page 1: CERITA-PENGLIPULARA

CERITA

PENGLIPULARA

Page 2: CERITA-PENGLIPULARA

DEFINISI CERITA PENGLIPULARA• Dikenali sebagai ‘folklore’ • Roman rakyat oleh R.O Winstedt.• Cerita berlegar dalam golongan istana –

gambaran keindahan dan kemewahan.• Penuh dengan unsur supernatural serta

kesaktiaan• Mengikut Dr Ismail Hamid dalam bukunya

“Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama” mengatakan bahawa “Penglipur” bermaksud penghibur, “lara” bermaksud duka. Cantuman dua perkataan itu membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang yang dalam kesedihan atau duka cita.

Page 3: CERITA-PENGLIPULARA

Contoh-contoh Cerita Penglipulara

• Hikayat Malim Deman• Hikayat Awang Sulong Merah Muda• Hikayat Malim Dewa• Hikayat Raja Budiman• Hikayat Raja (Seri) Rama

Cerita Penglipulara disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang mahir dengan gaya istimewa seperti Pawang Ana, Awang Batil, Tok Selampit dan sebagainya.

Page 4: CERITA-PENGLIPULARA

CIRI-CIRI UMUM

CERITA PENGLIPULARA

TemaStruktur Isi

Cerita

Berpusat dalam kalangan putera-

puteri raja

Watak dan Perwatakan

Penya

mpai

an

dan g

aya

bahas

a

CIRI-CIRI CERITA PENGLIPULARA

Latar

Page 5: CERITA-PENGLIPULARA

TEMA

Bertemakan percintaan antara wira dan wirawati di kalangan putera dan puteri raja.

Disebabkan hal-hal tertentu wira terpaksa mengembara mencari wirawati.

Dalam pengembaraan wira ini ditonjolkan persoalan-persoalan peperangan, kesaktiaan, kehebatan, kemewahan, dan kegagahan.

Dalam pengembaraan ini wira mengahadapi rintangan san halangan. Penyelesaian cerita wira hidup bahagia bersama wirawati.

Page 6: CERITA-PENGLIPULARA

Cerita Berpusat Dalam kalangan Putera-puteri RajaCerita yang berligar dikalangan putera-puteri raja.

Gambaran kehebatan, kecantikan, kemegahan kehidupan golongan istana dengan penuh kesaktian serta berhubung dengan dewa-dewi.

Dalam cerita penglipulara , keturunan raja-raja ini dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi.

Page 7: CERITA-PENGLIPULARA

LATAR CERITA PENGLIPULARA

Latar atau setting cerita dalam cerita penglipulara meliputi latar yang amat luas iaitu dunia nyata dan kayangan.

Latar dunia meliputi istana, alam semesta seperti hutan belantara, gunung-ganang dan sebagainya.

Page 8: CERITA-PENGLIPULARA

DARI SEGI STRUKTUR ISI CERITA

3 Bahagian Cerita

Bahagian Awal

- seblm pengembaraan atau kisah kelahiran

Bahagian Pengembaraan

- Kisah semasa pengembaraan.

Bahagian Akhir

Kisah-kisah selepas pengembaraan atau penyelesaian cerita

Page 9: CERITA-PENGLIPULARA

BAHAGIAN 1 : KISAH SEBELUM PENGEMBARAAN

• Menceritakan kelahiran wira – dipenuhi dengan berbagai kjadian luarbiasa – disertai dengan ribut petir dan juga kekadang lahir bersama dengan barang ajaib.

Page 10: CERITA-PENGLIPULARA

BAHAGIAN 2 : KISAH PENGEMBARAAN

• Menceritakan sebab-sebab wira keluar mengembara.

• Kisah semasa pengembaraan – berhadapan dengan berbagai halangan dan rintangan

• Berlaku peperangan antara wira dengan watak –watak jahat yang menghalang wira mencapai hajat dengan cepat.

• Dalam bahagian ini juga terdapat unsur-unsur percintaan dan perkahwinan.

Page 11: CERITA-PENGLIPULARA

BAHAGIAN KETIGA : SELEPAS PENGEMBARAAN

• Berjaya mencapai hajat• Wira kembali semula ke istana –

membawa isteri.• Bahagia dan hidup aman dengan

segala kemegahan memerintah kerajaan

Page 12: CERITA-PENGLIPULARA

Watak dan Perwatakan

• Watak Utama (Protagonis)

Watak Pembantu

Watak Jahat (Antagonis)

Page 13: CERITA-PENGLIPULARA

Watak Utama (Protagonis)

• Terdiri dikalangan anak-anak raja.• Warna watak utama diwarnai seputih-

putihnya – berwatakkan baik dan mempunyai segala kelebihan.

• Contohnya mempunyai segala kelebihan dan keistimewaan dari segi ketampanan, kegagahan, kesaktian dan tidak mudah dikalahkan oleh musuh.

Page 14: CERITA-PENGLIPULARA

Watak Jahat (Antagonis)

• Watak jahat ialah watak yang menjadi penghalang kepada watak wira dalam cerita penglipurlara ini.

• Warna watak jahat atau antoganis ini diwarnai dengan perwatakan ‘hitam’ – dianggap musuh kepada jahat kerana sering berniat buruk

• Contohnya sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan antaranya dengan watak wira.

Page 15: CERITA-PENGLIPULARA

Watak Pembantu• Watak pembantu biasanya terdiri

daripada rakyat biasa.• Biasanya watak pembantu ini menjadi

pembantu atau pengasuh atau pengiring watak utama samada watak wira atau wirawati dan juga nenek kebayan.

• Contohnya watak nenek kebayan dalam Hikayat Malim Deman yang membantu Malim Deman mengahwini Malim Deman dengan Puteri Bongsu.

Page 16: CERITA-PENGLIPULARA

Gaya Bahasa• Penceritaan dalam bentuk prosa diselang selikan

dengan bahasa puisi yang indah dan berirama (iaitu puisi berirama)

• Kesan pengunaan bahasa puisi ialah ia berupaya menimbulkan keindahan kerana bahasa berirama indah dari segi pemilihan kata seperti kata-kata perulangan, kata-kata perbandingan atau kiasan, kata perbandingan dari segi ulangan bunyi, rima dan sebagainya.

• Berkesan dapat menggambarkan suasana yang berbagai-bagai seperti sedih, gembira, terharu, bahagia dan lain-lain.

• Keindahaan darisudut gaya penyampaian-disampaikan mengikut irama

Page 17: CERITA-PENGLIPULARA

Cara Persembahan

• Dimulakan dengan upacara tertentu seperti membakar kemenyan dan membaca jampi serapah.

• Cara berpakaian tukang-tukang cerita.• Diiringi alat-alat muzik tertentu seperti rebab, dan

gendang.• Penyampaian oleh tukang-tukang cerita yang

profesional.

Page 18: CERITA-PENGLIPULARA

Fungsi Cerita Penglipurlara

• Cerita penglipurlara ini disampaikan oleh tukang-tukang cerita. Tukang-tukang cerita ini menyampaikan ceritanya dengan gaya tersendiri, unik dan berupaya menarik perhatian pendengar.

• Cerita-cerita dipenuhi peristiwa fantasi, luarbiasa,penuh gambaran kemewahan, kebesaran dan keindahan hidup golongan putera-puteri membuat orang yang mendengarnya terhibur.

• Gaya tukang cerita menyampaikan cerita, diselang-seli dengan ungkapan yang indah, disampaikan denganiringan muzik dapat menimbukan suasana nyaman dan menyeronokkan.

1. Sebagai ‘alat’ hiburan

Page 19: CERITA-PENGLIPULARA

• Isi cerita penglipurlara menggambarkan keindahan, kehebatan serta kehebatan dapat memberikan ketenangan fikiran dan kelapangan jiwa kepada mereka yang hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.

• Mendengar cerita yang indah dan hebat dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang dialami sebenarnya.

2. Sebagai suatu pelarian (escapism)

Page 20: CERITA-PENGLIPULARA

• Cerita –cerita dan watak-watak yan digambarkan dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat dicontohi masyarakat.

• Antara nilai-nilai moral dan etika yang jelas dari cerita penglipurlara ialah :

a. Sifat hormat kepada ibu bapa dan orang tua.b. Sifat tanggungjawab pemimpinc. Sifat patriotik dan cinta tanah aird. Hubungan harmoni antara golongan raja dan rakyat.e. Berbuat baik kepada ibibapa dan mereka yang tidak

bernasib baikf. Sifat berdikari dan mencari untung.

3. Sebagai alat pendidikan

Page 21: CERITA-PENGLIPULARA

• Sifat ini dimiliki oleh wira dan wirawati.• Mereka tidak pernah engkar terhadap kata-kata

atau perintah kedua ibu bapa mereka.• Segala perintah dituruti oleh wira dan wirawati

di dalam cerita penglipurlara ini. Sebelum melaksanakan tugas atau sebelum keluarmelaksana suruhan ayah bonda, mereka terlebih dahulu meminta izin dari ayah bonda mereka.

a. Sifat hormat kepada ibubapa dan orang tua.

Page 22: CERITA-PENGLIPULARA

• Di dalam cerita penglipurlara ini ditonjolkan sifat-sifat raja yang sangat bertanggungjawab terhadap negeri serta keluarganya.

b. Sifat tanggungjawab Pemimpin

Page 23: CERITA-PENGLIPULARA

• Sifat ini jelas tergambar dlam episod peperangan.

• Raja,pembesar serta rakyat berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar.

c. Sifat Patriotik dan Cinta kepada Tanah Air

Page 24: CERITA-PENGLIPULARA

• Keharmonian serta kemesraan antara golongan raja dan rakyat jelata boleh dilihat semasa upacara-upacara yang diadakan di istana

• Misalnya ketika majlis perkahwinan di istana. Semua golongan rakyat datang beramai-ramai.

d. Hubungan Harmoni dan Mesra Antara Golonga Raja dan Rakyat

Page 25: CERITA-PENGLIPULARA

• Di dalam cerita penglipulara ini watak-watak utama serta watak-watak pembantu sentiasa berbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka. Mereka juga sentiasa menolong orang yang tidak bernasib baikdan di dalam kesusahan.

• Contohnya sifat Bujang Selamat.

e. Berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Page 26: CERITA-PENGLIPULARA

• Unsur-unsur moral dan etika yang terkandung dalam cerita-cerita penglipurlara dapat diwarisi kepada generasi yang terkemudian.

4. Sebagai pengekalan norma dan sistem etika masyarakat.

Page 27: CERITA-PENGLIPULARA

• Cerita-cerita penglipurlara menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu.

• Misalnya, dari segi sistem pemerintahan yang bersifat feudal itu.

• Gambaran adat istiadat yang diamalkan di istana.• Sistem sosial yang diamalkan baik dari segi

pendidikan, kepercayaan, amalan dan sebagainya.

5. Sebagai Alat Gambaran Masyarakat