cerita-jenaka.pptx

Upload: pojanluiz

Post on 13-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CERITA-JENAKA.pptx

TRANSCRIPT

CERITA JENAKA

CERITA JENAKADEFINISIDisebut sebagai anekdot atau kisah lucu.Menimbulkan rasa geli hati dan ketawa kepada pendengar (humor atau kelucuan).Disampaikan secara santai dan menggunakan bahasa pertuturan harian.Cerita yang menggembirakan dan gelihati kerana kelucuan.Unsur lucu ditunjukkan oleh watak2.

CIRI-CIRI CERITA JENAKACerita-cerita yang bercorak lucu.Watak rakyat bawahan yang lucu.

Kelucuan cerita jenaka dilahirkan dari sifat dan tindakan yang dilakukan oleh watak itu sendiri. Sifat terlalu bodoh hingga mendatangkan bencana melakukan kesilapan kerana kebodohan tetapi melucukan.

Contohnya cerita Lebai Malang, unsur lucu timbul daripada sifat bodoh-sialnya. Beliau tidak dapat memilih tempat majlis kenduri yang lahir daripada sifat tamak dan haloba. Kelucuan bertambah apabila lempengnya digonggong oleh anjing.

Sifat terlalu pintar dan bijaksana. Tindakan watak itu tidak dapat kita jangkakan, mungkin secara sengaja tetapi amat melucukan.Contoh Si Luncai berjaya menipu saudagar Keling dengan mengatakan ia dimasukkan ke dalam guni sebab enggan berkahwin dengan puteri raja. Akhirnya saudagar itu mengambil tempatnya di dalam guni. Sifat-sifat watak lucu dalam cerita dibahagikan kepada 3 golongan iaitu:

Watak bodoh-sial cerita Lebai Malang dan Pak Kaduk Watak pintar-bodoh cerita Pak Pandir Watak pintar cerita Pak Belalang dan Si Luncai

Latar alam nyata, masyarakat biasa, masyarakat tani atau nelayan, serta tidak bercampur dengan fantasi.

Plot lurus, sederhana, tidak berbelit belit.Berakhir dengan happy ending.

Fungsi - hiburan dan sebagai alat kritikan sosial

JENIS-JENISJENAKA TEMPATANBerorientasikan isu tempatan dari segi watak, latar, persoalan.Contoh: Pak Pandir

JENAKA PENGARUH ASING/LUARAda pengaruh luar (Hindu dan Islam (Arab Parsi)) kerana Melayu pernah menerima pengaruh tersebut.Contoh: Cerita Abu Nawas (Islam)CONTOH CERITA JENAKA(Bodoh-sial - Pak Kadok)Pak Kaduk menukar ayamnya Biring Si Kunani dengan ayam raja kerana mempercayai kata-kata raja. Ayamnya kalah dan ayam yang diberi kepada raja menang. Hasilnya, Pak Kaduk menang sorak tetapi kampungnya tergadai. Pak Kaduk pulang bertelanjang bulat kerana baju kertasnya koyak akibat terlalu gembira sebab disangka ayamnya menang.

Pak Kaduk terlalu tamak. Ia memilih jemputan yang disediakan dengan dua ekor lembu, tetapi terlambat sampai kerana terpaksa melawan arus. Setibanya dirumah, isterinya menyindir, dipukulnya sampai mati.

(Pintar-bodoh Pak Pandir)Contoh kecerdikan Pak Pandir : a.)Ia dapat membunuh gergasi laki bini dengan menipu gergasi supaya mereka menyeberang sungai di dalam tempayan. Tempayan itu tenggelam dibawa arus.

b.)Pak Pandir yang inginkan kuih menipu Mak Andeh mengatakan ia hendak belayar. Mak Andeh menyediakan kuih dan Pak Pandir menghabiskan kuih itu di atas para rumah sahaja

Contoh kebodohan Pak Pandir

a.)Mak Andeh menyuruhnya memancing menggunakan belalang rusa, dia menggunakan rusa yang sebenar untuk mendapat ikan. b.)Pak Pandir memandikan anaknya dengan air panas betul kerana Mak Andeh memesan memandikan anak itu dengan air suam. c.)Pak Pandir tidak dapat mengenal mayat anaknya yang terjatuh. Mayat itu dikatakan mayat anak orang lain.Watak Pintar: Pak BelalangPak Belalang dijadikan ahli nujum Negara. Pak Belalang boleh meneka jantina dua ekoritik setelah mengetahui rahsia daripada nahkodakapal bahawa yang menyelam dulu itulah itik betina. Pak Belalang boleh meneka belalang di dalamgenggaman raja secara kebetulan sahaja.

FUNGSI CERITA JENAKASEBAGAI HIBURANBerupaya memberi ketenangan fikiran dan merehatkan. Unsur lucu pada sifat watak dan peristiwa lucu pada watak utama membawa kesan menggelihati dan gembira.Contoh: Gambaran fizikal watak dapat dilihat pada Si Luncai Perutnya besar, punggungnya tonggek dan apabilaberjalan menjemur dadaPENGAJARAN SEORANG YANG LURUS DAN BODOH SELALU DITIPU OLEH ORANG LAIN.Contoh, Pak Kaduk diajak bertukar ayam dengan rajaJANGAN TERLALU MEMPERCAYAI NUJUM KERANA SEBAHAGIANNYA HANYA SUKA MENIPU HELAHContoh, Pak Belalang menunjukkan kerbau yang hilang kepada orang kampung.

SEBAGAI KRITIKAN SOSIALMengkriktik perkara-perkara yang tidak baik dilakukan oleh masyarakat.

Golongan lebai (golongan agama) yang tamak sehingga tidak tetap pendiriannya akan mengalami kerugian dan kemalangan nasib pada diri sendiri.

Contohnya, cerita Lebai Malang, yang menerima jemputan di tiga tempat, kenduri kematian, kenduri khatam Quraan dan kenduri maulud. Akhirnya ketiga-tiga kenduri itu tidak dapat dihadirinya.GAYA BAHASABahasa Melayu klasik tetapi mudah difahami.Difahami pada peringkat kanak-kanak.Contohnya jelas dalam cerita Pak Belalang yang menggunakan bahasa Melayu klasik tetapi mudah difahami. Antara bahasa klasik yang digunakan ialah ada yang mencuri parit, membaiki batas-batas mana-mana yang parit dirosak.Selain itu, terdapat penggunaan bahasa arab dalam cerita tersebut. Contohnya maka sembah pak Belalang Daulat Tuanku, titah Patik junjung, Allah Taala...TAMATTERIMA KASIH