cerita bm kelip kelip

3
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para hakim,guru-guru dan para hadirin sekalian. Keli-kelip ku sangkakan api, Sila amati ceritaku ini….. Di dalam sebuah hutan, tinggallah pelbagai spesis haiwan yang hidup selesa. Mereka hidup tanpa diganggu oleh manusia.Sang unggas bebas berterbangan mencari makan dan saling tolong- menolong. Di dalam hutan itu tingal juga seekor keli-kelip yang cantik.Apabila malam, kelip-kelip akan terbang mencari makanan sambil mengeluarkan cahayanya. Dia disenangi oleh unggas-unggas di dalam hutan itu. Tetapi ada sesuatu yang menjadi kegusaran kepada kelip- kelip.Semua unggas lain ada keluarga masing-masing, tetapi dia hanya sebatang kara. Kelip-kelip sungguh sedih dan berharap akan berjumpa dengan keluarganya yang lain. Pada suat hari, kelip-kelip pergi berjumpa dengan pepatung. “Wahai pepatung, aku gembira melihat kamu hidup bahagia bersama- sama keluargamu.. tetapi aku hanya sebatang kara,” kata kelip- kelip. “Adakah kamu tahu di mana keluargaku tinggal ? Tanya kelip-kelip. “ Entahlah wahai kelip-kelip, aku juga seperti kamu, hidupku hanyalah di dalam hutan ini sahaj., Tetapi jika kamu ingin mencari keluargamu, keluarlah kamu dari hutan ini kerana di sini tiada yang sepertimu,” pepatung menyatakan cadangannya.

Upload: haliza-ramli

Post on 22-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para hakim,guru-guru dan para hadirin sekalian.Keli-kelip ku sangkakan api,

Sila amati ceritaku ini..

Di dalam sebuah hutan, tinggallah pelbagai spesis haiwan yang hidup selesa. Mereka hidup tanpa diganggu oleh manusia.Sang unggas bebas berterbangan mencari makan dan saling tolong-menolong.Di dalam hutan itu tingal juga seekor keli-kelip yang cantik.Apabila malam, kelip-kelip akan terbang mencari makanan sambil mengeluarkan cahayanya.Dia disenangi oleh unggas-unggas di dalam hutan itu.

Tetapi ada sesuatu yang menjadi kegusaran kepada kelip-kelip.Semua unggas lain ada keluarga masing-masing, tetapi dia hanya sebatang kara. Kelip-kelip sungguh sedih dan berharap akan berjumpa dengan keluarganya yang lain.

Pada suat hari, kelip-kelip pergi berjumpa dengan pepatung.

Wahai pepatung, aku gembira melihat kamu hidup bahagia bersama-sama keluargamu.. tetapi aku hanya sebatang kara, kata kelip-kelip.

Adakah kamu tahu di mana keluargaku tinggal ? Tanya kelip-kelip.

Entahlah wahai kelip-kelip, aku juga seperti kamu, hidupku hanyalah di dalam hutan ini sahaj., Tetapi jika kamu ingin mencari keluargamu, keluarlah kamu dari hutan ini kerana di sini tiada yang sepertimu, pepatung menyatakan cadangannya. Terima kasih pepatung,esok aku akan keluar dari hutan ini, kata kelip=kelip.

Keesokan hari, seelah mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawannya, kelip-kelip pun keluar dari hutan itu.

Dia pun terbang tanpa arah tujuan,Apabila malam menjelang, kelip-kelip terlihat ada benda yang terbang tinggi di langit dan mengeluarkan cahaya.Kelip-kelip gembira kerana disangkanya , benda itu adalah seperti dirinya. Dia pun terbang mengikut benda itu. Dia berasa hairan kerana benda itu mempunyai sayap dan besar .Ianya mampu membawa manusia sedangkan dirinya sangat kecil. Ini bukan keluargaku.Dia kecewa .Kelip-kelip terbang lagi, dari jauh dia terlihat cahaya berkedip seperti kerdipan cahayanya.

Oh.. itu mungkin kelip-kelip sepertiku, fikirnya.

Apabila menghampiri tempat itu, dia melihat ada suatu benda yang berkedip sepertinya. Tetapi benda itu tidak ada sayap sepertinya. Benda itu hanya mempunyai cahaya tetapi tidak dapat terbang. Sedarlah ia bahawa itu bukan haiwan sepertinya.Setelah beberapa lama terbang, kelip-kelip berasa penat dan kelaparan. Tiba-tiba dia terjatuh di atas tangan seorang budak perempuan.

Budak perempuan itu menjerit, ayah.. tolong , tangan saya hampir terbakar dan dia mula menangis.

Kenapa kamu menangis Lili, ini bukan api, ini kelip-kelip. Kelip-kelip tidak berbahaya. Mereka mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Kelip-kelip banyak terdapat di tepi paya atau sungai. Nanti semasa cuti sekolah, ayah akan bawa kamu melawat kawasan kelip-kelip, pujuk ayah budak itu.Kelip-kelip berasa lega kerana terselamat daripada dipukul oleh budak itu.

Aku mesti segera terbang keluar dari kawasan yang sesak ini, fikirnya.

Ketika meneruskan perjalanannya, dia bertemu dengan seekor kelip-kelip lain yang terbang mencari makan. Dia menceritakan tujuannya ke situ. Akhirnya kelip-kelip pun dibawa ke satu tempat yang terletak di tepi sungai dan dipenuhi kawanan kelip-kelip yang banyak. Dia berasa gembira kerana dapat bertemu dengan ahli keluarganya yang lain.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan.