cerita belalang

2

Click here to load reader

Upload: safiatikhah-ahmed

Post on 16-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kemahiran membaca

TRANSCRIPT

Suatu masa dahulu, ada seekor semut yang bersahabat dengan seekor belalang. Mereka suka sekali berpesta. Setiap malam mereka akan berpesta. Mari kita nyanyi sama-sama.. la..la..laMari goyang badan sama-sama..la..la..la. Semasa berpesta, mereka akan makan makanan dan minum minuman yang mereka kumpul sama-sama.

Pada suatu hari, sang semut mula sedar bahawa musim tengkujuh bakal tiba. Dia terfikir kalau dia terus berpesta dan menghabiskan makanan dan minuman, maka apa yang akan di makan bila musim tengkujuh tiba?Aku tidak boleh terus begini. Aku harus berkerja untuk mendapatkan bekalan makanan di musim tengkujuhkatanya. Sang semut mengajak sang belalang untuk bekerja. Wahai sahabatku, mari kita mencari makanan. kata sang semut. Buat apa? makanan kitakan masih banyak? Aku tak mahu mencari makanan. Aku mahu berpesta. kata sang belalang.

Akhirnya, sang semut mula mencari makanan untuk persiapan apabila musim tengkujuh melanda. Hari demi hari sang semut terus mengumpulkan makanan sementara sahabatnya sang belalang terus menerus menghabiskan masanya bersuka-ria. Sang semut berkali-kali menasihatinya tapi hanya sia-sia kerana dia tetap tidak peduli dengan nasihat sang semut.

Musim tengkujuh pun tiba. Sang semut tidak lagi keluar mencari makanan.Nasib baik aku dapat mengumpul banyak makanankatanya. Suatu hari di musim itu, ketika sang semut sedang berehat dia terfikir akan sahabatnya. sudah lama aku tidak nampak sahabatku belalang. fikir sang semut. tiba-tiba terdengar bunyi ketukan dari luar .TOKTOKTOK. Sang semut menjenguk dari jendela dan dilihatnya sahabatnya, sang belalang yang basah kuyup dan sedang kedinginan menanti di luar pintu. lalu, sang semut pun membuka pintu rumah. alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan sang belalang yang lemah dan tidak bermaya. rupa-rupanya, sang belalang sudah beberapa hari tidak makan. Tolong aku wahai sahabat ku semut,badan aku lemah. Berilah aku sedikit makanan jika tidak aku pasti akan mati.rayu sang belalang.

sang semut merasa kasihan melihat keadaan belalang. Ia memberikan sedikit makanan kepada sang belalang. makanlah wahai sahabat. Apabila berakhir musim tengkujuh, ikutlah saya mencari makanan kata sang semut. sang belalang pun menjadi sihat. sang belalang mengucapkan terima kasih kepada sang semut kerana menolongnya. Semenjak hari itu sang belalang telah banyak berubah. Dia sudah menjadi seekor belalang yang sihat dan rajin bekerja.