cerita 'akibat degil'.docx

3
PERTANDINGAN BERCERITA KANIVAL BAHASA MELAYU Terima kasih tuan pengerusi majlis,yang dihormati para hakim yang arif lagi bijaksana dan sidang hadirin yang dikasihi.Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat.Pada hari ini saya ada satu kisah yang hendak dikongsikan dengan kawan- kawan...tajuk cerita saya ialah Pada cuti sekolah yang lalu,aku dan dua orang sepupuku telah pulang ke kampung di Pekan,Pahang.Kehadiran kami disambut oleh datuk dan nenek dengan perasaan gembira,maklumlah sudah lama kami tidak berpeluang untuk bercuti di kampung kerana sibuk dengan peperiksaan UPSR,kebetulan aku dan dua orang sepupuku iaitu Dali dan Fahmi adalah sebaya. Sebaik tiba di kampung,aku mula berpakat dengan sepupu- sepupuku, Dali dan Fahmi untuk memancing ikan di sungai kerana rumah datuk kami berhampiran dengan sungai Pahang yang terkenal dengan ikan sungai seperti Patin dan Baung.Kami juga turut membawa peralatan memancing bagi mengisi masa kami di kampung nanti.Kami menceritakan keinginan kami kepada datuk dan nenek.Malangnya,niat kami itu tidak di persetujui oleh mereka. Wahai cucunda yang dikasihi; Dengarlah pesanan datuk dan nenek, Tempat bahaya jangan dihampiri; Bimbang mendatang bahaya kelak. Jangan bermain dan memancing di tepi sungai .Lagipun kamu semua tidak pandai berenang.Semalam hujan lebat.Arus sungai pasti deras.Bahaya kerana tebing licin,silap langkah kamu boleh tergelincir, pesan datuk dengan suara meninggi. Bulan lepas dah ada budak lemas semasa memancing di sungai itu.Baik kamu berhati-hati,nenek tidak mahu kamu ke sungai untuk memancing.Ingat, Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna , sampuk nenek dalam nada tegas. ’” DORASAATSKC2015 1

Upload: sarah-clements

Post on 03-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN BERCERITA KANIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN BERCERITA KANIVAL BAHASA MELAYU

Terima kasih tuan pengerusi majlis,yang dihormati para hakim yang arif lagi bijaksana dan sidang hadirin yang dikasihi.Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat.Pada hari ini saya ada satu kisah yang hendak dikongsikan dengan kawan-kawan...tajuk cerita saya ialah

Pada cuti sekolah yang lalu,aku dan dua orang sepupuku telah pulang ke kampung di Pekan,Pahang.Kehadiran kami disambut oleh datuk dan nenek dengan perasaan gembira,maklumlah sudah lama kami tidak berpeluang untuk bercuti di kampung kerana sibuk dengan peperiksaan UPSR,kebetulan aku dan dua orang sepupuku iaitu Dali dan Fahmi adalah sebaya.Sebaik tiba di kampung,aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku, Dali dan Fahmi untuk memancing ikan di sungai kerana rumah datuk kami berhampiran dengan sungai Pahang yang terkenal dengan ikan sungai seperti Patin dan Baung.Kami juga turut membawa peralatan memancing bagi mengisi masa kami di kampung nanti.Kami menceritakan keinginan kami kepada datuk dan nenek.Malangnya,niat kami itu tidak di persetujui oleh mereka. Wahai cucunda yang dikasihi;Dengarlah pesanan datuk dan nenek,Tempat bahaya jangan dihampiri;Bimbang mendatang bahaya kelak.Jangan bermain dan memancing di tepi sungai .Lagipun kamu semua tidak pandai berenang.Semalam hujan lebat.Arus sungai pasti deras.Bahaya kerana tebing licin,silap langkah kamu boleh tergelincir, pesan datuk dengan suara meninggi.Bulan lepas dah ada budak lemas semasa memancing di sungai itu.Baik kamu berhati-hati,nenek tidak mahu kamu ke sungai untuk memancing.Ingat,Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna, sampuk nenek dalam nada tegas.Kami saling berpandangan dan terdiam mendengar nasihat datuk dan nenek namun dalam hati kami tetap berkeras untuk pergi memancing kerana sudah lama kami merancang aktiviti tersebut.Cerita nenek langsung tidak menakutkan kami .Malam itu,kami tidur lewat kerana berbual panjang dan berusaha mencari jalan untuk meneruskan niat kami walaupun dihalang oleh datuk dan nenek.Farid , Dali, Fahmi jangan ke mana-mana tau.Sekejap lagi nenek dan atuk hendak ke bandar membeli barang dapur.,pesan datuk kepada kami sebaik-baik sahaja melangkah ke beranda rumah.Sebaik sahaja kelibat datuk dan nenek hilang dari pandangan,kami bersorak keriangan kerana rancangan kami untuk keluar memancing di tepi sungai pasti tercapai.Tanpa berlengah, kami mencapai peralatan memancing dan terus berlari ke sungai yang terletak kira-kira 5 km dari rumah datuk.Wah,besarnya ikan yang kau dapat,Dali!,kataku sambil melemparkan joran ke dalam sungai.Dali berasa sangat gembira.Setelah memasang mata kail yang baharu pada jorannya,Dali mencampakkan pancingnya kembali ke dalam sungai.Tiba-tiba, Dali tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.Dali menjerit meminta tolong.Aku dan Fahmi cuba mencapai tangannya tetapi gagal kerana arus sungai agak deras.Aku lihat tangan Dali terkapai-kapai kerana dia tidak tahu berenang.Akhirnya,dia dibawa arus deras.Aku dan Fahmi berasa cemas kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana kami juga tidak tahu berenang.Tolong,tolong...! Aku menjerit.Fahmi pula berlari pulang untuk memberitahu datuk dan nenek yang baru pulang dari bandar.Tidak lama kemudian,datuk datang bersama penduduk kampung untuk membantu kami.Beberapa orang penduduk berenang ke dalam sungai untuk mencari Dali,tetapi gagal.Aku dan Fahmi menangis teresak-esak.Aku dan Fahmi amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat datuk dan nenek yang akhirnya telah meragut nyawa insan yang amat kami sayangi,Dali.Bagaimanapun penyesalanku sudah tidak ada gunanya,ibarat peribahasaSesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.DORASAATSKC2015 2