cerita

Upload: jiljungjug

Post on 29-Feb-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

TAJUK CERITA : MATAHARI YANG INSAFPada masa dahulu, terdapat sebatang pokok yang matang di sebuah hutan yang berhampiran. Si Pokok itu hidup dalam keadaan gembira.

Si Pokok itu menjadi habitat kepada haiwan-haiwan kecil seperti burung, tupai dan sebagainya. Selain itu, pokok itu juga turut menjadi sumber makanan kepada haiwan-haiwan. Pada setiap pagi, Si Pokok itu menunggu ketibaan Sang Matahari. Setelah Sang Matahari muncul Si Pokok pun berasa sangat gembira lalu menyanyikan lagu gubahannya sendiri.

Lagu itu berbunyi seperti berikut:

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih, Sang Matahari

Kau yang beri, Kau yang beri, Cahaya Setiap Hari

Saya boleh buat makanan ola..ola

Saya boleh jadi makanan ola..ola

Kami semua ceria Keranamu

Kami semua meria Keranamu

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih, Matahari

Kau yang beri, Kau yang beri, Cahaya Setiap Hari

Pada suatu hari, Si Pokok pun menunggu ketibaan matahari. Waktu pun menjelang namun matahari tiada kelihatan. Keadaan di hutan menjadi huru hara. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan menjadi risau dan sedih dengan ketiadaan matahari.

Keadaan ini berlanjutan selama beberapa hari. Tanpa cahaya matahari Si Pokok menjadi lemah. Ianya tidak dapat memproses makanan. Daun-daunnya menjadi layu dan mula bergugur.

Si Pokok tidak dapat menahan kelaparannya lalu menjerit sekuat hatinya. Sang Matahari.. Sang Matahari

Si Pokok! Mengapa anda membuat bising tanya Sang Matahari. Si Pokok pun terkejut lalu mencari Sang Matahari. Namun wajah matahari tiada kelihatanya. Di manakah kau!!!!?..... Mengapa kau tidak muncul??? tanya Si Pokok kepada Sang Matahari.Saya benci dengan Si Bulan. Dia mencuri cahaya saya dan bersinar pada waktu malam. Dia tidak mendapat kebenaran saya dengan suara yang lantang matahari membalas.

Oh. Sang Matahari Kau sepatutnya bangga. Cahaya mu menjadi sumber cahaya kepada Si Bulan. Ianya tidak boleh bersinar tanpa cahaya anda Kata si Pokok.

Bukan itu sahaja, kami sebagai benda hidup di bumi ini amat bergantung kepada anda. Saya tidak dapat menghasilkan makanan. Haiwan-haiwan yang bergantung kepada saya juga tidak mendapat makanan. Lihat wajah ku yang sayu ini. Si Pokok menjelaskan keadaan sebenarnya.

Sang Matahari yang dkasihii, munculah di bumi ini, kami menunggu ketibaanmu Si Pokok merayu kepada Si Matahari.

Sang Matahari yang kesal dengan tindakannya itu lalu memberi cahaya kepada bumi.

Seperti sediakala, suasana kembali ceria. Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sang Matahari.

Si Pokok pun berasa sangat gembira sambil menyanyikan lagunya.

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih, Matahari

Kau yang beri, Kau yang beri, Cahaya Setiap Hari

Saya boleh buat makanan ola..ola

Saya boleh jadi makanan ola..ola

Kami semua ceria Keranamu

Kami semua meria Keranamu

Terima kasih, Terima kasih, Terima kasih, Matahari

Mu yang beri, Mu yang beri, Cahaya Setiap Hari

Pengajaran daripada cerita ini adalah setiap benda hidup amat bergantung kepada cahaya matahari. Tanpa cahaya matahari proses fotosintesis tidak dapat dijalankan dengan sempurana. Tanpa cahaya matahari tiadalah haiwan, tumbuh-tumbuhan mahupun manusia.