cerita 2009

6
Assalamualaikum Terima kasih pengerusi majlis ,hakim yang arif lagi bijaksana guru-guru,rakan-rakan,hadirin dan hadirat sekalian. Buah durian buah manggis Enak dan manis bila dimakan Kisan Nabi Sulaiman dan ratu balqis Asyik mendengar ambil pengajaran adirin sekalian Nabi Sulaiman bukan sahaja se!rang rasul baginda juga adalah raja kepada bani "srael.Baginda dikurnikan mukji#at yang tiada tandingannya $in angin dan burung-burung akur dan menurut perintahnya.Namun Nabi Sulaiman tidak b!ngkak dan meny!mb!ng diri malah apa yang dikurniakan diterima dengan penuh kesyukuran dan tanda kebesaran ilahi seperti dalam d!anya yang berbunyi .. ... Surah annaml ayat %& yang bermaksud ' ya tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang engkau anugerahkan kepadaku dan kedua ibu bapaku(.. adiran sekalian

Upload: paul-lancaster

Post on 04-Nov-2015

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerita

TRANSCRIPT

AssalamualaikumTerima kasih pengerusi majlis ,hakim yang arif lagi bijaksana guru-guru,rakan-rakan,hadirin dan hadirat sekalian.

Buah durian buah manggis

Enak dan manis bila dimakan

Kisan Nabi Sulaiman dan ratu balqis

Asyik mendengar ambil pengajaran

Hadirin sekalian

Nabi Sulaiman bukan sahaja seorang rasul baginda juga adalah raja kepada bani Israel.Baginda dikurnikan mukjizat yang tiada tandingannya

Jin angin dan burung-burung akur dan menurut perintahnya.Namun Nabi Sulaiman tidak bongkak dan menyombong diri malah apa yang dikurniakan diterima dengan penuh kesyukuran dan tanda kebesaran ilahi seperti dalam doanya yang berbunyi

..((((((( ((((( (((((((((((( (((( (((((((( (((((((((( (((((((( (((((((((( (((((( (((((((( ((((((((( (...

Surah annaml ayat 19 yang bermaksud : ya tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang engkau anugerahkan kepadaku dan kedua ibu bapaku..

Hadiran sekalian

Selesai membangunkan Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman menuju keYaman. Tibanya di sana disuruhnya burung hud-hud iaitu sejenis belatuk mencari sumber air namun burung tersebut tidak ada ketika dipanggil .

Ya hadirin sekalian rupanya rupanya diketika itu hud-hud sedang membuat pengintipan .Ketiadan hud-hud itu mendatangkan kemarahan kepada Nabi sulaiman sehingga baginda memberi amaran yang keras jika burung itu tidak mempunya alasan yang kukuh.Sambil menundukkan kepala ketakutan hud-hud datang mengadap Nabi Sulaiman.Wahai Tuanku : aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui tuan

Katanya lagi aku telah bertemu sebuah kerajaan yang besar dan mewah. Ia diperintah oleh seorang ratu . Negeri ini sungguh kaya dan mewah tetapi sayang sekali ratu dan rakyatnya telah tersesat. Mereka menyembah matahari dan mereka ini telah disesatkan oleh syaitan

Mendengar cerita hud-hud itu berkatalah Nabi Sulaiman sekali ini aku ampuni kesalahanmu kerana berita yang engkau bawa ini.

Nabi sulaiman mengutus bicara

Kepada ratu yang megah ditakhta

Surat dijatuhkan dari udara

Tepat ia di depan ratunya

Ratu terkejut tidak terkata

Namun diambil dibaca isinya

Lalu dipanggil para pembesarnya

Bertanya meminta pertimbangan mereka

Akhirnya keputusan diputuskan bersama

Hadiah kan dihantar sebagai balasannya

Supaya negeri terlepas benjana

Rakyat tidak menjadi mangsa.

Hud-hud yang mendengar segala perancangan itu pulang memaklumkannya kepada Nabi Sulaiman

Maka Nabi sulaiman memerintahkan jin-jin agar menyedia dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada tandingannya.Jin melaksanakan perintah Nabi Sulaiman dengan izin allah Ya hadirin sekalian Allah telah berfirman yang berbunyi ;

(((((( ((((((((((((( ((( (((((((((( ((((( ((((((((((((( (((((( ((((( ((((((( ( ((((((( (((((( (((((((((( ((((

82. dan (Kami mudahkan) sebahagian dari syaitan-syaitan untuk menyelam bagiNya, serta melakukan kerja-kerja Yang lain dari itu; dan adalah Kami mengawal mereka (daripada melanggar perintahNya).

Surah anbia ayat 82

Utusan datang mengadap sulaiman mengatur bicara mengurai tujuan .

hadiah dibawa tanda harapan agar tidak terjadi peperangan

Namun Nabi Sulaiman menegaskan bahawa mereka tidak dapat menolongnya dengan harta. apa yang diberikan oleh allah kepadanya lebih baik dari apa yang diberikan kepada mereka. Ini dijelaskan dalam firman Allah yang berbunyi :Surah annaml ayat 36((((((( (((((( ((((((((((( ((((( ((((((((((((( ((((((( (((((( (((((((((( (((( (((((( ((((((( ((((((((( ...

36. maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaKu pemberian harta-benda, kerana apa Yang telah diberikan Allah kepadaKu lebih baik dari apa Yang telah diberikanNya kepada kamu;

Malah Nabi Sulaiman mengancam mereka akan didatangi dengan bala tentera yang tidak mampu mereka lawan dan tentunya mereka akan diusir dari negeri Saba

Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan kepada ratu Balqis sehingga dia berhajat untuk berjumpa dengan Nabi Sulaiman.Keinginan Ratu balqis itu diketahui terlebih dahulu oleh Nabi Sulaiman.Baginda memerintahkan tenteranya terdiri daripada manusia, jin,dan haiwan untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis. Bertanya baginda kepada pasukan jinnya siapakan antara mereka yang dapat mendatangkan takhta ratu balqis sebelum orangnya menyerah diri. Berkata ifrit aku sanggup membawa takhta ratu balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukmu. aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai.Seorang yang mempunyai ilmu dan hikmah berkata aku akan membawa takhta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu

Ketika Nabi Sulaiman melihat takhta ratu balqis berada di depannya berkatalah ia ;ini adalah kurniaan tuhan kepadaku untuk mencuba apakah aku bersyukur atas kurnian Nya itu atau mengingkarinya. Ya Hadirin sekalian begitulah Nabi Sulaiman baginda sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah kepadanya.Takhta ratu balqis kemudiannya diubah sedikit bentuk dan warnanya. Hadirin dan hadirat sekalian

Apabila ratu balqis tiba bertanyalah Nabi Sulaiman kepadanya ;seperti inikah singgahsanamu ? ya memang sama apa yang ada seperti disinggahsanaku.

Kemudian ratu balqis di bawa dan dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun ketika berjalan di istana itu sekali lagi ratu Balqis terpedaya kerana menyangka air pada lantai istana Nabi Sulaiman.Ratu Balqis menyingkap kainnya sehingga menampakkan betisnya . Firman Allah yang berbunyi((((( ((((( ((((((((( ((((((((( ( ((((((( (((((((( (((((((((( (((((( (((((((((( ((( (((((((((( (...

Surah AnNaml ayat 44Yang bermaksud : dikatakan kepadanya masuklah ke dalam istana.Maka tatkala dia ( ratu balqis ) melihat lantai istana itu dikiranya air yang besar dan disingkapkan nya kedua betisnya.

Berkatalah Sulaiman engkau tidak usah menyingkap kainmu enkau tidak berada dikolam air,apa yang engkau lihat itu ialah lantai yang diperbuat daripada kaca kaca putih

Berkatalah balqis : Ya tuhanku aku telah lama tersesat berpaling daripadamu, melalaikan nikmat dan kurniamu,merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga jauh dari cahaya dan rahmatmu.Ampunilah aku ,aku berserah diri kepada Sulaiman Nabimu dengan ikhlas dan keyakinan penuh.Begitulah ratu Balqis yang menyedari kesilapan dan kelemahannya memohon ampun kepada Allah .Dan Menurut ahli tafsir akhirnya nabi sulaiman berkahwin dengan ratu balqis .Ya hadirin sekalian

Di antara pengajaran yang dapat diambil dari kisah ini ialah

1.