ceramah arif budiman 15 · 2020-02-25 · eropah, atau bahawa new zealand merupakan suatu tempat...

27
Singapura Sebelum Raffles 12 Julai 2019 CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 PROFESOR MADYA DR F ARISH A. NOOR Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) Universiti Teknologi Nanyang Singapura

Upload: others

Post on 05-Jun-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

SingapuraSebelum Raffles

12 Julai 2019

CERAMAHARIF BUDIMAN 15

PROFESOR MADYA DR FARISH A. NOOR Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS)Universiti Teknologi NanyangSingapura

Page 2: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

BIODATAProfesor Madya Dr Farish A Noor masih bertugas di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang. Beliau merupakan penyelaras program peringkat kedoktoran RSIS. Kajian-kajian beliau meliputi sejarah politik Asia Tenggara dan pergerakan dan perkembangan politik-agama di rantau ini. Kepakaran beliau tersohor, dan beliau merupakan anggota Panel Pakar bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang politik dan agama, juga sebagai pakar rujuk bagi Kementerian Pendidikan Singapura bagi subjek Sejarah.

Profesor Dr Farish telah dianugerahi Anugerah Pengajaran Cemerlang pada tahun 2017 oleh NTU. Anugerah Pendidikan RSIS bagi tahun akademik 2016/2017 dan beberapa buah anugerah lagi bagi mengiktiraf sumbangan dan pengajaran beliau yang cemerlang. Bidang kepakaran Prof Farish meliputi bidang-bidang agama dan politik Asia Selatan dan Asia Tenggara,keganasan dalam keagamaan dan penentangan terorisme di Asia dan pengajian Malaysia dan Indonesia. Profesor Dr Farish juga sangat aktif dalam membentangkan kertas kajian, dan berkongsi pandangan dan komentar dalam pelbagai platform dan media.

83

Page 3: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

SINGAPURA SEBELUM RAFFLESProfesor Madya Dr Farish A. Noor

Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS)Universiti Teknologi Nanyang

Singapura

ABSTRAK

Ahli-ahli sejarah bersetuju bahawa sejarah Singapura harus dilanjutkan untuk meliputi era sebelum penjajahan Eropah dan sebelum Singapura diperolehi dan dijadikan pusat perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggris. Ceramah ini akan meletakkan sejarah Singapura dalam konteks yang lebih luas dan panjang di kepulauan Asia Tenggara di mana telah wujud banyak pusat perdagangan yang penting, termasuk Melaka dan Banten, yang telah dibangunkan oleh orang Asia Tenggara sendiri. Lantas, ia telah berjaya melahirkan sistem perdagangan yang luas, kompleks dan global yang bercirikan transaksi berbilang budaya dan dinamik, tanpa campur tangan oleh penjajah Eropah. Namun begitu, kedatangan kuasa-kuasa penjajah Eropah telah juga membawa ideologinya yang tersendiri dan kosa kata serta epistemologi yang kemudiannya

dan stereotaip yang sempit, di mana golongan saudagar Asia diubah menjadi masyarakat agrarian. Daripada usaha rekayasa inilah wujud fenomena yang disebut Profesor Syed Hussein Alatas sebagai ‘mitos pribumi Asia yang malas’. Dewasa ini, apabila Singapura memandang ke masa depan dan menangani cabaran yang akan berlaku akibat revolusi perindustrian 4.0 dan ekonomi global yang baharu, amatlah penting untuk kita menangani dan mengatasi stereotaip penjajah dan menyambung semula sejarah serantau yang lebih luas secara progresif. Memahami keterhubungan antara sejarah Asia Tenggara dengan nilai serta peranan organisasi ekonomi dan politik nenek moyang kita adalah satu cara untuk mempersiapkan diri kita bagi berdepan dengan cabaran arus globalisasi yang akan datang.

84

Page 4: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

PENGENALAN

Topik yang dicadangkan kepada saya adalah ‘Singapura Sebelum

menarik. Berkaitan dengan topik ini, timbul beberapa persoalan yang saya rasa kita harus tangani dan jawab secara objektif. Ia bermula dengan persoalan ‘mengapakah sejarah bagi mana-mana negara pascakolonial harus bermula dari era kolonial?’ Kerana jika sejarah sesebuah negara itu dianggap bermula dari titik tolak pertemuan dengan kuasa kolonial, hal ini mungkin memberi gambaran bahawa sebelum datangnya kuasa kolonial negara dan bangsa itu tidak mempunyai sejarahnya yang tersendiri, atau apa yang telah berlaku atau telah wujud sebelum era penjajahan tidak dianggap penting.

Dewasa ini ramai ahli sejarah bersetuju bahawa pandangan sedemikian kurang tepat. Tidak ada seorang pun ahli sejarah yang saya kenali yang sanggup menyatakan bahawa sebelum era penjajahan Eropah di Amerika Utara, rantau itu tidak mempunyai sejarahnya sendiri; atau menyatakan bahawa benua Amerika Selatan itu hanya suatu ‘ruang kosong’ sebelum kedatangan penjajah Sepanyol dan Portugis. Begitu juga, kita tidak mungkin mengatakan bahawa benua Australia pada zaman lalu merupakan suatu ‘zon kosong’ yang tidak berpenghuni sebelum kedatangan penjajah Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian menjajah negara tersebut. Di seluruh dunia, kita lihat bahawa generasi sejarawan zaman ini telah memulakan projek jangka panjang untuk mencari, menggali dan memulihkan kembali bahasa, budaya dan sejarah yang telah dipinggirkan dan dipadam pada zaman kolonial. Di Asia dan Afrika, ramai ahli sejarah juga telah menumpukan fokus mereka kepada sejarah yang terpendam, dan telah menggali dan menyelongkar kembali cerita, naratif dan sejarah yang dilupakan oleh masyarakat mereka sendiri.

85

Page 5: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

PANDANGAN BARAT TERHADAP DUNIA ASIA DAN AFRIKA

Jadi izinkan saya bermula dengan menyebut dua karya yang saya anggap bernilai dan relevan buat perbincangan kita hari ini: Asia Sebelum Eropah: Ekonomi dan Peradaban Lautan Hindia dari Kebangkitan Islam hingga 1750 (1990) yang ditulis oleh Kirti Narayan Chaudhuri dan The Invention of Africa (1988) karya Valentin-Yves Mudimbe. Selain dua karya agung ini, saya juga ingin menyentuh dua lagi buku yang saya rasa sangat penting dan relevan, iaitu The Black Man’s Burden (1992) yang ditulis oleh Basil Davidson dan The Conquest of America (1984) yang ditulis oleh Tzvetan Todorov.

Dalam kedua-dua hasil karya yang saya sebutkan ini, Chaudhuri dan Mudimbe telah berusaha membina kembali – dalam bentuk naratif sejarah – suatu gambaran tentang dunia Asia dan Afrika yang begitu dinamik lagi kompleks, sebelum kedatangan orang-orang Eropah. Penelitian mereka berdasarkan sumber-sumber yang masih kekal seperti rekod-rekod tempatan, karya sejarah asli, undang-undang dan sastera setempat. Mudimbe telah cuba membuktikan bahawa jauh sebelum kedatangan penjajah dari Eropah Barat telah wujud di Afrika sistem kepercayaan, falsafah dan siasah lokal, undang-undang, peraturan dan rangkaian perdagangan dan hubungan antara budaya dan pertukaran idea antara masyarakat di sana. Tulisan Chaudhuri lebih luas skopnya, dan beliau telah berusaha membina kembali suatu gambaran tentang alam Asia yang lebih luas, dan menjejaki rangkaian perdagangan dari China ke Asia Tenggara sehingga ke India. Dalam tulisan beliau kita dapat menggambarkan bagaimana masyarakat Asia – termasuklah masyarakat Asia Tenggara – pernah hidup, bekerja, berdagang dan saling berinteraksi dalam suatu sistem ekonomi yang global.

Kepentingan analisis sejarah Chaudhuri tidak patut kita pandang ringan pada hari ini, kerana beliau telah menempatkan rantau Asia Tenggara dalam konteks rangkaian perdagangan pan-Asia yang luas dan saling bergantung, apabila negara-negara Asia Tenggara terdedah kepada arus global dan pengaruh ekonomi dan politik sekian lama sebelum rantau ini ditakluk oleh kuasa asing.

86

Page 6: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

Dalam tulisannya, kita melihat bagaimana Asia Tenggara pernah menjadi rumah kepada beberapa pusat perdagangan penting seperti Melaka dan Banten yang saling bergantung antara satu sama lain, dan bagaimana Singapura pernah wujud dalam konteks rangkaian ekonomi politik rantau Asia Tenggara juga.

Tragedi yang melanda rantau kita berlaku apabila pihak penjajah berjaya memusnahkan rangkaian global Asia ini dan menggantikannya dengan satu lagi sistem rangkaian perdagangan global di mana semua laluan menghala kembali ke arah Eropah. Seperti yang ditunjukkan oleh Tzvetan Todorov dalam kajiannya tentang penaklukan Amerika, kedatangan pemerintah kolonial Barat bukan sahaja merosakkan malah membasmi sistem pengetahuan dan kepercayaan tempatan, tetapi juga menganggap semua aliran idea bukan Barat tidak relevan dan tidak sesuai buat landskap geopolitik kolonial yang baharu. Basil Davidson pula berpendapat bahawa antara hasil pemerintahan penjajahan yang paling dahsyat ialah pemusnahan sempadan tempatan yang kemudiannya membolehkan kewujudan sempadan politik baharu, yang direka oleh orang Eropah. Peta moden Asia dan Afrika zaman ini sebenarnya merupakan peta zaman kolonial, dan sehingga ke hari ini kita – iaitu masyarakat Asia dan Afrika – masih tidak dapat membayangkan cara dan gaya hidup nenek moyang kita yang dahulunya bebas merdeka dan pernah hidup di dalam suatu sistem Asia-Afrika yang tidak disekat atau dikotak-kotakkan oleh kuasa-kuasa luar.

SINGAPURA DALAM ERA PRAKOLONIAL: MENGUNJUNGI SEMULA ERA GLOBALISASI DI ASIA TENGGARA

Penulisan sejarah sebenarnya merupakan suatu proses pembinaan semula tamadun negara, dan apabila melakukan penyelidikan sejarah, kita sepatutnya berusaha sebaik mungkin untuk membina semula landskap dunia zaman lalu berdasarkan bahan yang dapat kita sememangnya ada dan temui. Masalah yang dihadapi oleh ramai sejarawan Asia Tenggara wujud apabila mereka cuba mengkaji dan membina kembali sejarah kita dan menemui tulisan-tulisan sejarah yang ditulis sejak lama dahulu. Secara umum, tulisan

87

Page 7: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

sejarah Asia Tenggara tidak begitu berbeza daripada penulisan sejarah yang muncul di rantau lain di benua Asia ataupun di Eropah pada abad pertengahan. Seringkali kita melihat kecenderungan

kecenderungan untuk membentangkan perkembangan sejarah sebagai proses yang bermula dari atas ke bawah, di mana suara masyarakat biasa sering dibungkam. Kecenderungan ini kelihatan dalam beberapa tulisan sejarah dari Asia dan juga karya-karya sejarah yang berasal dari Eropah.

mula berubah dari abad ke-17, dan lambat-laun diganti dengan tulisan yang lebih tegas, lebih objektif dan lebih realistik. Salah satu karya yang sering saya rujuk adalah tulisan Johan Theodore de Bry, seorang penulis Eropah yang menulis tentang Asia Tenggara untuk pembaca Eropah pada masa itu. Pada tahun 1601 de Bry menerbitkan bukunya yang berjudul ‘Icones Sive Espressae’ di kota Frankfurt, dan buku itu merupakan salah satu daripada tulisan realistik yang menggambarkan cara dan gaya kehidupan sosio-ekonomi-politik di Asia Tenggara pada zaman itu.

Theodore de Bry tidak pernah ke Asia Tenggara. Namun, beliau telah berjaya menulis tentang Asia Tenggara dan membuat beberapa lukisan/imej berdasarkan cerita-cerita lisan yang dikumpulkannya daripada pengembara dan saudagar-saudagar Eropah yang telah menjelajah ke Asia sebelum itu. De Bry sendiri merupakan seorang individu yang amat konservatif dari sisi pendekatan dan pendiriannya, dan memang jelas bahawa dia teramat bangga dengan identiti Eropahnya. Sebelum buku ‘Icones Sive Espressae’ diterbit pada tahun 1601, beliau pernah menulis tentang benua Amerika Utara yang baru ditemui oleh nakhoda-nakhoda Eropah seperti Amerigo Vespuci dan Christopher Columbus. Dan dalam tulisannya tentang Amerika, kita dapat lihat beberapa lukisan/imej orang asli Amerika Utara - yang tersilap dinamakan ‘Orang India’ oleh orang Eropah. Dalam karya awalnya tentang masyarakat Amerika Utara, de Bry menonjolkan perbezaan budaya dan agama antara orang Eropah

88

Page 8: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

dan orang pribumi Amerika. Perhatian de Bry difokuskan khusus kepada gaya pakaian, amalan budaya dan upacara keagamaan mereka, sambil menekankan perbezaan antara masyarakat pribumi Amerika dan masyarakat Eropah. Gambar-gambar yang terkandung dalam karya de Bry ini menggambarkan penduduk pribumi Amerika Utara dalam keadaan yang lebih rendah berbanding orang Eropah, dan dari sinilah wujudnya beberapa stereotaip negatif tentang masyarakat pribumi Amerika yang dipandang rendah dan dianggap primitif.

Walaupun de Bry merupakan seorang penulis yang amat prejudis terhadap masyarakat bukan Eropah dan berkulit putih, beliau tidak dapat menggambarkan masyarakat Asia Tenggara secara negatif, sepertimana yang dilakukannya dalam tulisannya tentang masyarakat pribumi Amerika. Tulisan de Bry, pada saya, amat menarik dan penting kerana ia membentangkan imej-imej kehidupan masyarakat Asia Tenggara buat kali pertama yang dilihat dari perspektif Eropah. Dan dalam karyanya terkandung puluhan imej sistem sosio-ekonomi-budaya di Asia Tenggara berdasarkan apa yang beliau pelajari dan yang disampaikan kepadanya. De Bry memberi tumpuan khusus pada satu kerajaan di Asia Tenggara, iaitu kerajaan negara Banten, yang masih wujud hari ini dan terletak di sebelah Barat ibu kota Indonesia Jakarta.

Walaupun beliau bangga dengan identitinya sebagai orang Eropah, de Bry tidak dapat menggambarkan orang-orang Banten dengan perspektif yang negatif seperti yang dilakukannya terhadap rakyat pribumi Amerika Utara. Semua cerita yang telah beliau kumpulkan dari saudagar-saudagar Eropah yang telah berniaga di Asia Tenggara telah menekankan bagaimana kayanya ekonomi Banten, termasuk tentang perkembangan politiknya, tentang rangkaian komersialnya yang luas dan tentang masyarakat majmuk lagi canggih yang telah dibangunkan oleh kerajaan Banten sendiri. Apabila kita melihat imej-imej Banten yang terkandung dalam tulisan de Bry, apa yang kita dapat lihat adalah suatu gambaran realistik tentang sistem sosioekonomi di Asia Tenggara – sebelum datangnya kuasa-kuasa kolonial Barat. Banten pada masa itu merupakan salah

89

Page 9: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

satu kerajaan Jawa yang bebas dan berjaya dalam beberapa hal, dan Banten mampu bersaing dengan kerajaan-kerajaan lain di Eropah.

Gambar 1

Ada beberapa pemerhatian yang boleh kita simpulkan apabila membaca karya de Bry dan mengkaji imej-imej yang beliau telah hasilkan dan dimasukkan dalam bukunya:

Pertama, kita dapat lihat bahawa imej dalam karya itu bersifat realis, tanpa unsur-unsur fantasi atau eksotik. Berbanding dengan imej-imej orang Afrika dan penduduk asli Amerika Utara yang dihasilkan pada masa yang sama, kita melihat bahawa de Bry menghormati masyarakat Asia Tenggara dalam cara beliau telah menggambarkan suasana budaya Asia Tenggara. Dalam gambar-gambarnya kita melihat bagaimana Asia Tenggara dianggap sebagai suatu tamadun yang maju dan setaraf dengan negara-negara Eropah.

Kedua, dalam semua imej yang ditemui dalam buku de Bry, masyarakat Asia Tenggara dibentangkan sebagai masyarakat yang rasional dan berkebolehan, termasuk agensi-agensi ekonomi dan politiknya. Antara imej-imej yang terkandung dalam bukunya termasuklah gambaran sistem pentadbiran di Banten, sistem perundingan awam, aktiviti perdagangan dan perniagaan,

90

Page 10: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

upacara ibadat dan keagamaan serta kegiatan kebudayaan seperti perkahwinan, tarian dan juga muzik. De Bry mempersembahkan subjek manusia dengan gaya yang realis dan dalam karyanya kita lihat imej realis gamelan Jawa, kipas dari Burma, payung dari China, dll. Gambaran realis begini jauh berbeza daripada imej-imej yang berbau ‘Orientalis’ yang wujud dari zaman kolonial pada abad ke-19, dan imej-imej yang dihasilkan oleh de Bry tidak dicemari oleh kecenderungan Orientalis atau keinginan untuk merendahkan darjat atau kedudukan orang Asia.

Ketiga, de Bry menumpukan fokusnya pada masyarakat majmuk lagi kompleks yang ditemui di Banten pada masa itu, dan bagi saya hal ini merupakan salah satu aspek yang paling penting daripada bukunya. Dalam gambar-gambar yang terkandung dalam bukunya kita lihat bahawa masyarakat pedagang di Banten pada zaman itu jauh lebih majmuk, lebih kosmopolitan dan lebih kompleks daripada mana-mana masyarakat di Eropah pada era yang sama. Pada abad ke-17 masyarakat Eropah yang dikenali de Bry jauh lebih homogen – dari segi persamaan bangsa dan agama – dan memang jelas bahawa kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara sudah biasa dengan segala kompleksiti, kerumitan dan kepelbagaian yang wujud secara semula jadi dalam masyarakat mereka sendiri. Dalam lukisan-lukisan de Bry, kita menemui bukan hanya orang Banten (orang Jawa Barat) tetapi juga orang dari seluruh Asia termasuk Jawa Tengah dan Jawa Timur, orang Bugis, orang Melayu, orang Burma, orang Siam, orang Cina, orang India, orang Parsi dan orang Arab. Dengan kata lain, seluruh dunia Asia telah hadir di Banten pada abad ke-16 dan ke-17, dan saudagar-saudagar Eropah yang datang ke Banten sebenarnya merupakan hanya satu kelompok etnik dalam kalangan ramai.

91

Page 11: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

Gambar 2

Gambar 3

Keempat, de Bry juga menggambarkan bagaimana kerajaan Banten telah dapat mengurus masyarakat yang kompleks itu, yang bersifat multikultural, berbilang bangsa dan berbilang agama – berdasarkan pendirian dan dasar atau polisi politiknya sendiri. Banten merupakan sebuah kerajaan Jawa-Muslim dan Islam merupakan agama rasmi yang dominan di Banten. Namun begitu, kerajaan Banten telah dapat mengurus dan mentadbir suatu masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama, dan penguasa Banten mampu mengurus masyarakat dan penduduk pendatang atau migran yang sangat kompleks ini melalui proses perundingan

92

Page 12: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

atau konsultasi dan pembahagian kuasa. Antara imej yang ada di dalam buku de Bry adalah satu gambar yang menunjukkan mesyuarat rundingan umum dengan Sultan Banten, di mana Sultan Banten duduk di tengah-tengah dan beliau dikelilingi oleh penasihat politik, ekonomi dan hal ehwal agama, dan kemudian dikelilingi pula oleh wakil-wakil masyarakat migran lain. Keupayaan kerajaan Banten untuk berurusan dengan pelbagai kaum dan budaya begini mencerminkan sistem perundingan terbuka dengan pelbagai komuniti, dan ini merupakan suatu sistem yang agak asing dan tidak dikenali oleh orang Eropah pada masa itu.

Kelima, de Bry juga menjelaskan bagaimana sifat kosmopolitan Banten itu telah muncul, dan menunjukkan bahawa ini disebabkan oleh keterbukaan sistem perdagangan dan ekonomi Banten yang terlibat dalam diplomasi dan perdagangan dengan masyarakat Asia yang lain. Buku de Bry mengandungi beberapa imej yang menggambarkan kehebatan teknologi maritim dan sistem perkapalan di lautan Asia Tenggara, dan menggambarkan pelbagai jenis kapal yang dapat ditemui di sekitar perairan Banten yang datang dari seluruh pelusuk Asia - dari China, India, Timur Tengah dan zon maritim Asia Tenggara sendiri. Jelas bahawa de Bry terkesan dengan cerita-cerita dan berita yang diterima olehnya dari saudagar-saudagar Eropah, dan dalam imej-imejnya, beliau telah cuba menggambarkan sistem dan teknologi maritim yang sedang berkembang di Asia pada waktu itu.

Gambar 4

93

Page 13: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

Bagi saya, buku yang dikarang oleh Theodore de Bry itu sangat menarik dan penting kerana sebab-sebab yang telah saya nyatakan tadi. De Bry sendiri bukanlah orang yang cenderung untuk menunjukkan kekaguman atau penghormatan kepada orang-orang dari budaya dan masyarakat yang lain, malah dalam tulisan-tulisan lainnya prejudis beliau amat ketara. Namun begitu dalam bukunya tentang masyarakat prakolonial di Banten kita dapat melihat bahawa de Bry benar-benar menghormati masyarakat dan sejarah Banten. Kepentingan karya de Bry terletak pada zaman buku itu diterbitkan. Buku itu diterbitkan pada tahun 1601, apabila orang Sepanyol dan Portugis sudah mulai menyerang dan menakluki beberapa kerajaan di Asia Tenggara, dengan niat untuk mengembangkan rangkaian perdagangan mereka sendiri dari Eropah ke Asia, dan justeru itu melemahkan rangkaian perdagangan pan-Asia yang telah direka dan dibangunkan oleh orang Asia sendiri. (Melaka telah diserang oleh orang Portugis pada tahun 1511. Apabila kita membaca catatan serangan di kota Melaka yang ditulis oleh anak Alfonso de Alburqueque dinyatakan bahawa orang Portugis kagum melihat betapa banyaknya meriam dan senapang yang dimiliki oleh tentera Melaka, dan bagaimana senjata-senjata di Melaka secanggih dan sama tinggi kualitinya dengan senjata-senjata yang dibuat di Gottingen, Jerman pada masa itu.)

Gambar 5

94

Page 14: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

Satu lagi aspek penting yang terkandung dalam tulisan de Bry adalah bagaimana dalam tulisannya, dan dalam imej-imej Banten yang dihasilkannya, kita dapat melihat bagaimana masyarakat Banten yang kompleks dan berbilang budaya telah sedia wujud. Kehadiran orang-orang lain, yang bukan sahaja berasal dari Asia Tenggara tetapi juga dari Asia Timur, Asia Selatan dan Asia Tengah di Banten memberikan suatu gambaran tentang bagaimana masyarakat Asia Tenggara yang kompleks telah wujud. ‘Multikulturalisme tempatan’ ini dapat berkembang kerana konsep ‘identiti’ di Asia Tenggara pada zaman itu merupakan suatu konsep yang cair, dinamik dan terbuka, tidak statik dan tidak dikaitkan dengan konsep ‘ras’ atau bangsa yang eksklusif. Malah konsep ‘ras’ dan ‘perbezaan ras’ belum lagi dikenali di rantau Asia Tenggara.

SEJARAH SINGAPURA DALAM KONTEKS SEJARAH ASIA TENGGARA

Sejarah Singapura perlu kita tempatkan dalam konteks sejarah Asia Tenggara yang dinamik dan terbuka ini juga. Saya rasa bahawa sejarah Singapura – dan juga sejarah mana-mana kerajaan yang lain seperti Melaka, Banten, Aceh, Johor, Jambi, Palembang, dan lain-lain lagi – tidak dapat dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada sejarah Asia Tenggara yang lebih luas, kerana sebenarnya Asia Tenggaralah rantau di mana kerajaan-kerajaan ini lahir dan berkembang.

Beberapa sejarawan seperti John Miksic (2019) berpendapat bahawa wujudnya kerajaan Singapura bermula dari tahun 1299. Pada masa itu pemahaman konsep ‘Melayu’ jauh lebih kompleks dan luas. Miksic berpendapat bahawa pada era prakolonial terdapat pemahaman yang lebih inklusif dan dinamik tentang ‘Melayu’, dan istilah ‘Melayu’ juga merangkumi orang-orang lain seperti Minangkabau, Orang Laut, suku Bintan - yang asalnya berasal dari Jawa - dan masyarakat lain seperti orang Bugis, orang Boyan, orang Jawa, dan sebagainya. Pada zaman klasik itulah Singapura diperintah oleh lima raja Melayu, sehingga era pemerintahan Sultan Iskandar Shah – sebelum Singapura diserang oleh tentera Majapahit.

95

Page 15: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

Kerajaan Temasek yang muncul selepas itu juga memaparkan ciri-ciri sistem kerajaan maritim yang sama. Miksic (2019) telah menyatakan bahawa masyarakat kerajaan Temasek majoritinya Melayu (dalam ertikata ‘Melayu’ yang paling luas dan inklusif) dan pada masa yang sama masyarakat Temasek juga mempunyai ciri-ciri pluralisme dan sifat majmuk (seperti Melaka dan Banten).

Saya rasa bahawa ciri yang paling penting yang ada pada masyarakat dan sistem ekonomi Singapura-Temasek adalah sifat keterbukaannya, yang sedia membuka ruang untuk segala jenis aktiviti perdagangan antarabangsa; dan juga keupayaan masyarakat Temasek untuk menjalin hubungan ekonomi yang rapat dengan jiran-jirannya dan juga kerajaan-kerajaan lain di luar rantau Asia Tenggara. Pendekatan ini bukan hanya bersifat pragmatik tetapi juga merupakan kunci kejayaan politik-ekonomi kerajaan Singapura-Temasek. Dengan kebangkitan Melaka, Singapura kemudiannya menjadi sebahagian daripada rangkaian perdagangan Melaka. Setelah Melaka ditawan oleh Portugis nasib Singapura bergantung pada kebangkitan negeri-negeri lain di kepulauan Melayu. Dengan bangkitnya kerajaan Johor yang kemudiannya menjadi kuasa utama di Semenanjung Tanah Melayu dan selanjutnya Malaysia, Singapura terus berkembang sebagai pelabuhan antarabangsa utama negeri Johor yang menghubungkan Johor ke seluruh benua Asia. Kedudukan Singapura hanya mula merosot dan terbenam apabila Johor diancam oleh kerajaan Aceh, yang akhirnya menjadi kuasa maritim yang paling dominan di Selat Melaka.

PENCEROBOHAN KUASA KOLONIAL: KESAN KOLONIAL DAN KAPITALISME KE ATAS SISTEM EKONOMI-SOSIAL ASIA TENGGARA

Dalam tulisan-tulisan saya sendiri, saya telah menumpukan fokus saya pada sejarah penjajahan Asia Tenggara pada abad ke-19. Buat diri saya, abad ke-19 mungkin abad yang paling penting untuk Asia Tenggara kerana pada masa itulah berlaku pemisahan antara dunia prakolonial masa lalu dan bermulanya era kolonial yang dibina oleh pemerintah dari luar. Pada masa itu – iaitu dari tahun 1800 hingga

96

Page 16: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

ke tahun 1900 - kita menyaksikan ‘perlumbaan’ atau ‘persaingan’ antara kuasa-kuasa Barat untuk membina empayar-empayar mereka sendiri dan juga kemunculan dua kuasa empayar baharu di

Pada abad ke-19 jurang perbezaan teknologi antara Timur dan Barat berkembang lebih luas lagi, sehingga kerajaan-kerajaan Asia Tenggara tidak lagi dapat mengatasi dan menentang cita-cita kekuasaan Barat. Dewasa ini seringkali kita temui istilah ‘weapons of mass destruction’ yang disebut oleh media, tetapi kita perlu ingat bahawa pada abad ke-19 kuasa-kuasa empayar Baratlah yang telah menggunakan ‘weapons of mass destruction’ mereka terhadap nenek moyang kita di rantau ini: Kapal perang moden, meriam howitzer, machine-gun dan roket moden merupakan senjata-senjata yang paling canggih pada zaman itu, dan kerajaan-kerajaan Asia Tenggara tidak dapat lagi mempertahankan diri apabila berdepan dengan senjata-senjata tersebut. Jurang perbezaan teknologi ini telah membuka ruang bagi kerajaan-kerajaan Inggeris, Belanda, Sepanyol, Perancis dan kemudian Amerika dan Jepun menceroboh masuk dan akhirnya menguasai rantau Asia.

Gambar 6

Namun, kita juga mesti sedar bahawa mana-mana empayar tidak dibina dengan penggunaan kekerasan dan keganasan semata-mata, dan bahawa setelah pertempuran yang berlaku di seluruh

97

Page 17: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

pelusuk Asia Tenggara - dari Perang Anglo-Burma Pertama, Kedua dan Ketiga pada tahun 1820-an, 1850-an dan 1880-an, Perang Jawa pada tahun 1825-1830, sehingga kepada penaklukan Indochina oleh tentera Perancis – proses peluasan penjajahan dan eksploitasi pemerintah kolonial bermula.

Membangunkan suatu koloni merupakan proses yang rumit, dan bergantung pada beberapa faktor utama: Pertama, data dan maklumat mengenai masyarakat yang dijajah dan sumbernya perlu digali dan dikumpulkan. Kedua, masyarakat pribumi yang ditakluki hendaklah dipaksa bekerja keras untuk kerajaan kolonial. Ketiga, penciptaan dan penyusunan suatu hierarki sosial yang memastikan bahawa masyarakat-masyarakat kosmopolitan ini akan dipecah-belahkan untuk memastikan kesinambungan kuasa kolonial dan ketiadaan rintangan daripada masyarakat yang dijajah itu.

Walaupun rantau Asia Tenggara telah dicerobohi secara rakus dan ganas, koloni-koloni yang dibina setelah itu dibangunkan dengan idea-idea, dan bukan meriam ataupun senapang. Apa yang dicari oleh pihak pemerintah kolonial adalah suatu wacana atau

untuk menyetujui dan membenarkan sistem pemerintahan kolonial yang muncul terus menjajah. Wacana atau naratif kolonial pada

yang rasional. Di sinilah – iaitu di dalam sistem ekonomi kolonial – masyarakat pribumi Asia Tenggara telah ditakrifkan semula dan diberi peranan dan tempat baharu dalam sistem pemerintahan penjajah.

Matlamat yang ingin dicapai oleh kuasa-kuasa kolonial Barat pada zaman itu amat jelas: Pertama, keinginan mereka untuk melemahkan kerajaan-kerajaan tempatan yang sedia ada dan yang telah berkembang sebegitu lama; dan kedua, untuk mendirikan rangkaian-rangkaian perdagangan baharu yang dikawal ketat oleh mereka sendiri, di mana arus perdagangan intraAsia akan dihala-tujukan ke arah pusat-pusat kuasa di Eropah. Kerajaan Banten tidak dijajah secara langsung oleh Belanda, tapi dianggap

98

Page 18: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

sebagai saingan kepada pusat ekonomi kolonial Belanda di Batavia (Jakarta), dan akhirnya syarikat dagang Belanda telah berjaya mengalihkan rangkaian perdagangan Jawa ke Batavia, dan langsung dapat melemahkan ekonomi Banten sehingga ia tidak relevan dan berpengaruh lagi. Dalam kes Singapura sebaliknya, Singapura diperoleh oleh Syarikat Hindia Timur Inggris pada ketika Inggeris dan Belanda bersaing untuk kuasa hegemoni di Eropah dan juga di Asia.

Dalam perlumbaan hegemoni ini, pihak Inggeris bertungkus-lumus berusaha untuk menewaskan Belanda, dan Syarikat Hindia Timur Inggeris telah membina suatu rangkaian pusat-pusat perdagangan yang termasuk Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan kemudian Labuan, menghubungkan mereka ke pusat-pusat perdagangan Inggeris yang lain yang berada di sekitar Asia seperti Rangoon, Bombay (Mumbai) dan Madras (Chennai). Justeru, dari awal lagi kita dapat lihat bahawa Singapura ditakdirkan untuk memainkan peranan penting dalam perhitungan geoekonomi dan geostrategik persaingan antara kuasa-kuasa Barat. Kerana persaingan ini berlandaskan logik ekonomi dan politik, sistem pentadbiran kolonial yang muncul di Singapura juga mencerminkan logik dan realiti ekonomi abad ke-19. Singapura telah dijadikan pelabuhan bebas untuk menarik lebih banyak perdagangan daripada seluruh rantau ini, lalu mengalihkan arus perdagangan dari pusat-pusat komersil Belanda pada masa yang sama.

Setelah mengambil alih pentadbiran ekonomi-sosial di Singapura, pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris mengisytiharkan bahawa Singapura akan dibangunkan sebagai suatu ‘pusat perdagangan bebas’. Tetapi ‘perdagangan bebas’ itu bukanlah suatu idea yang baharu, atau idea yang direka oleh kuasa Eropah: Keterbukaan ekonomi Singapura merupakan suatu ciri sistem ekonomi Asia Tenggara sejak zaman prakolonial lagi. Apa yang berbeza dalam kes penjajahan Singapura adalah bagaimana pembukaan rangkaian perdagangan ini disertai dengan penutupan laluan maritim dan penyempitan identiti masyarakat tempatan pada saat yang sama. Dan apabila wujudnya orde baharu kolonial ini maka

99

Page 19: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

persekitaran terbuka, mudah alih, cair dan dinamik Asia Tenggara juga mula berubah menjadi ruang sosiobudaya dan sosioekonomi yang lebih kaku, terkawal dan teragih. Pada masa itu, orang-orang Singapura dan Asia Tenggara - yang pernah menganggap rantau ini sebagai tanah air mereka dan yang sudah biasa dengan gaya hidup baik di laut mahupun di bumi - telah ditakrifkan semula sebagai orang-orang ‘agraris’ dan masyarakat ‘petani’ yang statik dan beku.

Raffles dan Mitos ‘Pribumi Malas’

The existence of the disabled native is required for the next lie and the next and the next.26

Homi K. Bhabha,Articulating the Archaic:

Cultural Difference and Colonial Nonsense (1994)

Saya yakin bahawa ramai antara kita pernah membaca tulisan Syed Hussein Alatas yang berjudul The Myth of the Lazy Native (1977). Syed Hussein telah menunjukkan bagaimana sistem penjajahan kolonial mempengaruhi kehidupan dan identiti orang Asia Tenggara pada abad ke-19, dan bagaimana penduduk di rantau ini akhirnya terperangkap dalam kategori dan stereotaip sempit dan cetek yang menggambarkan mereka sebagai manusia yang bukan sahaja

Walau bagaimanapun setiap mitos adalah sesuatu yang dicipta dan dibangunkan oleh manusia sendiri, kerana tiada mitos yang muncul dengan sendirinya. Apabila kita merenung kembali sejarah mitos ini kita dapat melihat bahawa individu-individu tertentu bertanggungjawab secara langsung terhadap penciptaan stereotaip

Crawfurd – dan kedua-dua mereka merupakan apparat yang bekerja untuk Syarikat Hindia Timur Inggris.

26 Bhabha, 1994: 183.

100

Page 20: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

‘pribumi malas’ itu, mereka sendiri sedar bahawa stereotaip yang

karangan (dalam karyanya bertajuk On the Malay Nation (1810)) mengenai orang Melayu di kepulauan Melayu, dan dia sendiri sedar dan tahu bahawa orang Melayu pada zaman itu merupakan suatu komuniti maritim dengan tradisi pelayaran dan perdagangan rentas rantau dengan sejarah yang amat panjang.

Tetapi realiti kehidupan sosioekonomi Asia Tenggara yang dihuni oleh pedagang dan usahawan tempatan ini tidak sesuai dan selari dengan kepentingan geoekonomi Syarikat Hindia Timur Inggeris, dan kerana itulah suatu naratif yang baharu diwujudkan untuk memberikan gambaran bahawa masyarakat Asia Tenggara terbantut dan terperangkap dalam pemikiran masa lalu, terikat pada adat dan tradisi pertanian mereka, dan tidak mampu memulakan

The History of Javapribumi Jawa merupakan bangsa yang mundur, mudah terpedaya, naif dan tidak berilmiah. Dari tulisan-tulisan sebeginilah wujudnya propaganda kolonial yang menyatakan bahawa masyarakat Asia yang tidak mampu maju tanpa bimbingan dan bantuan daripada pihak pemerintah kolonial Barat. Idea yang sama dapat ditemui dalam tulisan-tulisan John Crawfurd (1820, 1829, 1830) di mana Crawfurd telah menyatakan bahawa semua masyarakat asli Asia Tenggara adalah ‘mundur’, dengan status yang lebih rendah berbanding orang

Thailand, orang Jawa, orang Burma dan masyarakat Asia Tenggara yang lain sentiasa digambarkan sebagai bangsa-bangsa yang bersifat feudal, konservatif, agraris dan tidak cenderung kepada idea-idea

biologikal yang tidak boleh diubah.

101

Page 21: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

Gambar 7

karya yang dihasilkan pada zaman kolonial itu, apabila di dunia Barat teori-teori perbezaan kaum dikembangkan oleh pakar-pakar

itulah saya rasa bahawa rasisme dan prejudis yang terkandung dalam

kerana gagasan seperti itu telah diterima umum di dunia Barat pada masa itu, dan bahkan dianggap sebagai kebenaran ilmiah.

Kesan dan dampak idea-idea ini telah melemahkan masyarakat Asia Tenggara kerana dua sebab yang saling berkaitan: Pertama, ia telah memperkenalkan stereotaip budaya feudal-agrarian Asia Tenggara manakala tradisi penulisan, falsafah, perdagangan dan pelayaran warga Asia Tenggara telah dipadamkan dan akhirnya dilupakan. Apabila kita melihat bagaimana penduduk Jawa

dapat lihat bagaimana gagasan semacam itu hanya menegaskan kepentingan modal atau kapital kolonial Barat dan bagaimana stereotaip petani Jawa digunakan oleh Inggeris dan Belanda untuk menempatkan masyarakat Jawa dalam hanya satu sektor ekonomi yang terbatas – iaitu sektor pertanian - dan menjauhkan masyarakat Jawa daripada bidang-bidang kehidupan yang lain seperti pendidikan, penyelidikan, perdagangan dan aktiviti maritim.

102

Page 22: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

Akibatnya pada abad ke-20, imej masyarakat Jawa dalam kalangan penguasa Belanda menjadi suatu imej yang sempit dan kaku, dan orang Jawa dipandang sebagai masyarakat agraris yang miskin dan mundur, dan yang perlu ‘dibantu’ menerusi penjajahan agar dapat mara ke depan.

Kesan negatif kedua stereotaip sedemikian adalah ia tidak hanya mengikat seluruh masyarakat pribumi kepada ruang ekonomi yang khusus dan eksklusif tetapi juga mengurung masyarakat yang dijajah dalam ruang-ruang pentadbiran kolonial yang sempit. Apabila kuasa-kuasa kolonial Barat berkembang di rantau ini, perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh kuasa-kuasa Eropah itu telah menyebabkan pembahagian wilayah, termasuk wilayah maritim. Dan menjelang akhir abad ke-19 Selat Melaka, Laut Jawa, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut China Selatan semuanya dibahagikan antara kuasa-kuasa Barat, dan dikuasai oleh kuasa tentera laut mereka. Perdagangan bebas yang pernah berlaku antara kerajaan-kerajaan Asia Tenggara yang dahulunya merdeka semakin berkurang, dan masyarakat Asia Tenggara telah mula hilang kebebasan mereka untuk bergerak merentasi wilayah mereka sendiri.

Warisan hegemoni penjajah ini tetap ada bersama kita sehingga hari ini, dan apabila kita melihat peta Asia Tenggara zaman ini, tidak

bahagikan mengikut sempadan-sempadan politik yang ditetapkan pada abad ke-19, oleh kerajaan-kerajaan kolonial penjajah dahulu. Kadangkala kedengaran hujah-hujah yang lantang, yang mendesak kita merombak kembali landskap politik kita, dan kembali ke suatu kefahaman atau pendekatan prakolonial. Dalam arena akademik dewasa ini terdapat ramai sarjana dan ilmuan yang berpendapat bahawa masanya telah tiba untuk kita menjalankan proses ‘decolonisation of knowledge’ – tapi sebenarnya struktur, institusi, ideologi dan logik zaman kolonial itu masih kekal, dan kita masih hidup di bawah bayangan era kolonial.

103

Page 23: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

MENEMPATKAN ERA KOLONIAL SINGAPURA DALAM KONTEKS SEJARAH ASIA TENGGARA YANG LEBIH PANJANG

Sekiranya kita menghitung tempoh masa Singapura dijajah oleh Inggeris, ia akan menjangkau tempoh dari tahun 1819 sehingga tahun 1965 (146 tahun). Bila dilihat dari perspektif sejarah yang lebih panjang dan lebih luas, jangka masa merupakan tempoh yang agak singkat kalau dibandingkan dengan sejarah Singapura dan Asia Tenggara. Jadi persoalan saya adalah: Jika era kolonial ini agak pendek dibandingkan dengan sejarah Asia Tenggara yang lebih lama, mengapakah kita masih dibebani dengan epistemologi, kategori-kategori dan kosa kata dari era kolonial?

Dalam dekad yang akan datang, saya percaya bahawa rantau kita akan sekali lagi menjadi medan persaingan di mana pertandingan kehendak antara negara-negara yang lebih besar dan lebih kuat akan berlaku. Pada saat ini kita dapat lihat bahawa perubahan sosio-ekonomi-politik besar dan yang tak terjangka telah bermula: Revolusi Perindustrian ke-4 dan kebangkitan teknologi Intelligence (AI) telah menjadikan beberapa jenis pekerjaan dan sektor ekonomi tidak relevan lagi. ‘Perang perdagangan’ antara Amerika dan China mungkin akan menjadi semakin hangat dan mungkin akan memberi laluan untuk pesaing dan pelaku lain terlibat sama. Di seluruh rantau ASEAN jumlah penduduk semakin meningkat dan juga semakin tua; manakala masyarakat Asia Tenggara juga tidak henti berpindah dan berhijrah dari desa ke kota. Pendek kata, landskap sosio-ekonomi-politik rautau ASEAN hari ini jauh berbeza daripada landskap ASEAN pada tahun 1960-an.

Dalam alam baharu yang serba moden dan canggih ini, masyarakat ASEAN perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan tantangan dan cabaran yang baharu juga: Keupayaan kita untuk menyesuaikan diri mengikut arus baharu, sikap pragmatis dan realis akan menjadi faktor-faktor yang paling penting. Sebagai seorang guru yang mengajar sejarah Asia Tenggara (bukan sahaja di Singapura tetapi juga di Malaysia dan Indonesia), kadang kala

104

Page 24: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

saya terasa amat sedih apabila saya melihat bagaimana generasi muda Asia Tenggara ini tidak tahu dan tidak menghayati sejarah

saya mengajar Sejarah dan Politik Asia Tenggara, saya mulakan pelajaran dengan meminta pelajar saya mematikan telefon bimbit dan komputer mereka, dan kemudian menyuruh mereka melukiskan peta Asia Tenggara – berdasarkan apa yang mereka tahu dan ingat. Ramai antara mereka tidak mampu melukis peta rantau ini dengan tepat - walaupun mereka semua warga Asia Tenggara. (Tetapi jikalau saya meminta mereka melukis peta dunia fantasi berdasarkan cerita

ramai antara mereka yang akan dapat melakukannya.) Bagi saya ini adalah tanda bahawa generasi muda zaman ini telah lupa sejarah mereka sendiri, dan hidup dalam suatu alam maya tanpa kompas sejarah.

PENUTUP

Namun begitu, saya rasa bahawa amatlah penting bagi kita untuk menyedari bahawa Asia Tenggaralah tempat di mana semua negara ASEAN dilahirkan: Singapura wujud dari alam Asia Tenggara, seperti juga Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, dan negara-negara ASEAN yang lain. Dari alam yang kompleks, rumit dan dinamik inilah wujud negara bangsa yang kita kenali sehingga zaman ini, dan termasuk sejarah Singapura (dan juga sejarah Malaysia, Indonesia, Thailand, dll.) yang tidak dapat dan tidak mungkin boleh dipisahkan daripada konteks sejarah rantau kita. Rantau Asia Tenggara ini akan menjadi semakin penting untuk generasi yang akan datang, kerana dalam era ekonomi yang baharu ini masyarakat ASEAN akan mencari pekerjaan, mobiliti sosial dan kejayaan di rantau ini

saling berkaitan, dan mereka yang ingin berjaya dalam kerjaya akan perlu bergerak, mencari peluang baharu, meneroka dan berpindah dari satu bahagian Asia Tenggara ke bahagian yang lain. Walaupun rantau ini akan mengalami begitu banyak perubahan – dengan datangnya teknologi baharu, budaya kerja baharu, gaya hidup baharu dll. – perubahan itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang

105

Page 25: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

baharu bagi masyarakat Asia Tenggara: Kerana dari zaman dahulu kala masyarakat Asia Tenggara sudah hidup sebagai ‘warga global’.

Dalam proses mengubahsuai diri kita dengan realiti sosioekonomi yang baharu ini, kita juga perlu sedar bahawa imej dan identiti kita sebagai masyarakat Asia Tenggara yang tersekat dan terperangkap dalam kategori-kategori yang sempit itu perlu ditangkis dan dibuang. Mitos ‘pribumi malas’, mitos ‘orang Asia

semuanya merupakan mitos yang muncul pada zaman kolonial di mana masyarakat Asia Tenggara yang dijajah melalui medan perang dikalahkan lagi di medan wacana dan idea. Kita yang hidup dalam zaman pascakolonial ini perlu melibatkan diri dalam perdebatan kritikal tentang dampak dan kesan kolonialisme serta perjuangan untuk membebaskan diri kita daripada genggaman idea zaman lalu. Dan satu idea yang perlu disingkir adalah idea bahawa sejarah kita bermula ketika penjajah-penjajah Eropah menjejaki dan menakluk bumi kita.

106

Page 26: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

RUJUKAN

Alatas, Syed Hussein. The Myth of the Lazy Native: A Study of the Image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th Century and its Function in the Ideology of Colonial Capitalism, London: Frank Cass, 1977.

Bhabha, Homi K. ‘Articulating the Archaic: Cultural Difference and Colonial Nonsense’, in: The Location of Culture. London: Routledge. 1994.

De Bry, Johan Theodore and Johann Israel, Icones Sive Expressae

Horundem Vitae, Naturae, Morum, Habituumque Descriptio Adiuncta est: Veluti Haec Omnia, In India Navigatione Versus Orientem Sucepta, diligenter Obseruata, Adeoque Tribus Hisce Indiae Orientalis Descriptae libris inserta funt. Frankfurt, 1601.

Chaudhuri, Kirti Narayan. Asia Before Europe: Economy and Civilisation of the Indian Ocean from the Rise of Islam to 1750. Cambridge: Cambridge University Press, 1990.

Crawfurd, John. History of the Indian Archipelago, Containing an account of the Manners, Arts, Languages, Religions, Institutions and Commerce of its Inhabitants. Edinburgh: Archibald Constable. 1820.

Crawfurd, John. Journal of an Embassy from the Governor-General of India to the Court of Ava. London: Henry Colburn. 1829.

Crawfurd, John. Journal of an Embassy from the Governor-General of India to the Courts of Siam and Cochin-China. London: Henry Colburn and Richard Bentley. 1830.

107

Page 27: CERAMAH ARIF BUDIMAN 15 · 2020-02-25 · Eropah, atau bahawa New Zealand merupakan suatu tempat yang tidak mempunyai sejarah sendiri sebelum kedatangan peneroka Eropah yang kemudian

Crawfurd, John. ‘On the Physical and Mental Characteristics of the European and Asiatic Races of Man’, Transactions of the Ethnological Society of London, 5. 1867: 58-81.

Davidson, Basil. The Black Man’s Burden: Africa and the Curse of the Nation-State. London: James Curry publishers, 1992.

Mudimbe, Valentin-Yves. The Invention of Africa: Gnosis, Philosophy and the Order of Knowledge, Indiana University Press, 1988.

On the Melayu Nation, with a Translation of its Maritime Institutions, Paper read before the Bengal Asiatic Society, Calcutta. 1810.

Regulation Passed by the Hon. Lieutenant-Governor in Council For the More Effectual Administration of Justice in the Provincial Courts of Java, reproduced in full in

The History of Java, in Two Volumes. London: John Murray. 1817: lvi-lxxvi.

The History of Java, in Two Volumes. London: John Murray. 1817.

Todorov, Tzvetan. . New York: Harper Collins publishers, 1984.

108