cemerlang

Upload: eima1809

Post on 04-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

Mencapai Perpaduan Melalui Sistem Pendidikan CemerlangSeptember 22nd, 2014PendahuluanMalaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling hormat menghormati dan bekerjasama berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan, bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Konsep 1Malaysia1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Konsep 1Malaysia yang berasaskan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dapat menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum adalah kunci utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.Perpaduan Melalui PendidikanSistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan negara.Satu cara pendekatan penting untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, pendidikan adalah tonggak utama dalam membina perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda. Berikut adalah cara bagaimana sistem pendidikan negara ini boleh membentuk perpaduan.Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pengantar UtamaBahasa Malaysia adalah medium paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain telah dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara. Melalui penggunaan dan penghayatan Bahasa Malaysia yang bersepadu, semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan akan dapat dilaksanakan.Bahasa Malaysia juga digunakan di semua sekolah kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib, manakala bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing wajib mengajar Bahasa Malaysia kepada pelajarnya.Peperiksaan Yang SeragamRancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah ke sekolah yang lain. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.Kelulusan kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia menjadi satu keperluan bagi mendapat jawatan ataupun untuk diserap ke jawatan tetap. Kelulusan Bahasa Malaysia pada peringkat kemahiran bertutur juga menjadi syarat untuk lulus dalam peperiksaan ijazah di universiti.Sekolah WawasanSekolah Wawasan adalah tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah Wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama lain dan akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Dengan ini Sekolah Wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepatkan integrasi nasional.Pada masa kini terdapat 6 buah Kompleks Sekolah Wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya iaitu : Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, PerakKurikulum Sekolah Yang SamaKurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan prinsip-prinsip Rukun Negara, di samping menghasilkan modal insan yang terlatih untuk keperluan negara.Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Ianya berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati antara satu sama lain.Setiap subjek yang diajar di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta moral para pelajar.KesimpulanPerpaduan kaum adalah elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi kesejahteraan negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada keharmonian dan kestabilan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, negara memerlukan rakyat yang berpendidikan, berilmu dan semangat patriotisme yang tinggi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam memacu negara ke arah mencapai Wawasan 2020.