catatan pak lebai_ biografi imam al-ghazali rahimahullah

8
CATATAN PAK LEBAI Home Photos Video Music Calender Links Contact Designer AKADEMI RAWATAN ISLAM NUR EHSAN (AKRINE) Kursus Rawatan Islam Tahap 1 di Singapura - 5 days ago DARUSSYIFA' ONLINE KEPUTUSAN TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2015 - Calon-calon yang telah lulus temuduga dengan sukacitanya sila hadir taklimat seperti berikut; Tarikh: 4-Jan- 2015 (Ahad) Waktu: 8:00 Pg ~ 10:00 Pg (Pendaft... 5 months ago MUTIARA KATA BLOG ILMU RAKAN MAYA Arowana Blog Dato Y Dr. Mohd Asri Zainal Abidin Guruku, Dr. Rahimin Affandi Kak Azlina Kanvas Karya Sufi Kelab Cegah Jenayah SKDN Pengail Sufi Amal Portal SKDN Profesor Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Sir Azrin SKTJ Syeikh Muhami Nahar Syeikh Tarannum Asya'ari BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH BIOGRAFI HUJJATUL ISLAM AL-IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH Oleh: Pn. Zalina bt. Mat Zin Sarjana Muda Sains (Bio Kesihatan) (U.M) Diploma Pend. (Sains dan Kemahiran Hidup) (I.P.G Raja Melewar) 1.1 PENDAHULUAN Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, rahmah bagi sekalian alam serta atas keluarga dan sahabat baginda sekaliannya. Bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana untuk julung kalinya saya diberi peluang untuk mengkaji dan membuat ulasan buku terhadap seorang tokoh yang amat disegani tidak hanya pada masa kegemilangan beliau bahkan sehingga masa kini. Peninggalan beliau bukanlah harta bertimbun yang menjadi rebutan,tetapi peninggalannya merupakan khazanah ilmu yang tidak dapat dinilai dengan sebarang material sekalipun. Ulasan saya yang tidak seberapa ini adalah hasil dari sebuah buku yang dapat saya namakan di sini sebagai ‘ Biografi Imam Al- Ghazali – Hujjatul Islam dan Pembaru Kurun ke-5 ( 450-505 Hijrah)’. Semoga apa yang dapat saya coretkan di sini mendapat teguran yang membina dari yang berhak. 1.2 BIOGRAFI AL-GHAZALI Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad bin Muhammad At-Thusi, yang digelar dengan gelaran Zainuddin. Beliau dilahirkan di Thus dari iklim Khurasan pada tahun 450 Hijrah. Beliau berasal dari keluarga yang amat sederhana. Bapanya dari kalangan yang tidak berpelajaran, tidak pandai menulis. Beliau melakukan kerja menenun wool lalu dijual di kedainya di Thus. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi beliau tidak mahu anak-anaknya mengikuti jejak langkah beliau. Sifat ini merupakan satu sifat yang mulia yang perlu ada dalam setiap diri individu muslim kerana umum mengetahui tentang kepentingan ilmu pengetahuan untuk kejayaan dunia dan akhirat. Menjelang saat-saat kematian, beliau telah mewasiatkan Al-Ghazali dan seorang saudaranya iaitu Ahmad kepada seorang ahli sufi yang merupakan sahabat beliau. Beliau berpesan agar sahabatnya memelihara kedua-duanya dan memberi mereka pendidikan sehingga habis harta peninggalannya nanti. Setelah bapanya meninggal dunia, maka tinggallah Al-Ghazali dan saudaranya bersama sahabat bapanya, seorang ahli sufi dan ahli kebaikan. Beliau mengajar kedua-duanya sehingga habis semua harta peninggalan orang tua beliau. Ahli sufi tersebut sudah tidak mampu lagi untuk membiayai mereka berdua, lalu meminta mereka untuk menuntut di sekolah supaya segala keperluan makan dan minum mereka terjaga.. Al-Ghazali akur dan itulah yang KEBESARAN ALLAH PADA PENCIPTAAN BULAN CURRENT MOON moon phase info SAMPAIKAN SALAM ShoutMix Live chat software for your website Click here to check it out now! 0.0009s MAKLUMAT PELAWAT i don't play well with others..

Upload: muhamad-nazmi-sutarman

Post on 13-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

mnbxcbbhgbsgbsjhgsjhghskajghdghbc

TRANSCRIPT

  • CATATAN PAK LEBAI

    Home Photos Video Music Calender Links Contact Designer

    AKADEMI RAWATAN

    ISLAM NUR EHSAN

    (AKRINE)Kursus RawatanIslam Tahap 1 diSingapura -

    5 days ago

    DARUSSYIFA' ONLINEKEPUTUSAN TEMUDUGAPENGAMBILAN PELAJAR SESI2015 - Calon-calon yang telahlulus temuduga dengansukacitanya sila hadir taklimatseperti berikut; Tarikh: 4-Jan-2015 (Ahad) Waktu: 8:00 Pg ~10:00 Pg (Pendaft...5 months ago

    MUTIARA KATA

    BLOG ILMU

    RAKAN MAYA

    Arowana Blog

    Dato Y

    Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

    Guruku, Dr. Rahimin Affandi

    Kak Azlina

    Kanvas Karya Sufi

    Kelab Cegah Jenayah SKDN

    Pengail Sufi Amal

    Portal SKDN

    Profesor Dato' Dr. Mahmood

    Zuhdi

    Sir Azrin SKTJ

    Syeikh Muhami Nahar

    Syeikh Tarannum Asya'ari

    BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH

    BIOGRAFI HUJJATUL ISLAM AL-IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAH

    Oleh: Pn. Zalina bt. Mat Zin

    Sarjana Muda Sains (Bio Kesihatan) (U.M)

    Diploma Pend. (Sains dan Kemahiran Hidup) (I.P.G Raja Melewar)

    1.1 PENDAHULUAN

    Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas

    junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, rahmah bagi sekalian alam serta

    atas keluarga dan sahabat baginda sekaliannya. Bersyukur saya kehadrat

    Allah SWT kerana untuk julung kalinya saya diberi peluang untuk mengkaji dan

    membuat ulasan buku terhadap seorang tokoh yang amat disegani tidak

    hanya pada masa kegemilangan beliau bahkan sehingga masa kini.

    Peninggalan beliau bukanlah harta bertimbun yang menjadi rebutan,tetapi

    peninggalannya merupakan khazanah ilmu yang tidak dapat dinilai dengan

    sebarang material sekalipun. Ulasan saya yang tidak seberapa ini adalah hasil

    dari sebuah buku yang dapat saya namakan di sini sebagai Biografi Imam Al-

    Ghazali Hujjatul Islam dan Pembaru Kurun ke-5 ( 450-505 Hijrah). Semoga

    apa yang dapat saya coretkan di sini mendapat teguran yang membina dari

    yang berhak.

    1.2 BIOGRAFI AL-GHAZALI

    Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali, Muhammad bin Muhammad bin

    Muhammad At-Thusi, yang digelar dengan gelaran Zainuddin. Beliau dilahirkan

    di Thus dari iklim Khurasan pada tahun 450 Hijrah. Beliau berasal dari keluarga

    yang amat sederhana. Bapanya dari kalangan yang tidak berpelajaran, tidak

    pandai menulis. Beliau melakukan kerja menenun wool lalu dijual di kedainya

    di Thus. Walaupun tidak berpelajaran, tetapi beliau tidak mahu anak-anaknya

    mengikuti jejak langkah beliau. Sifat ini merupakan satu sifat yang mulia yang

    perlu ada dalam setiap diri individu muslim kerana umum mengetahui tentang

    kepentingan ilmu pengetahuan untuk kejayaan dunia dan akhirat. Menjelang

    saat-saat kematian, beliau telah mewasiatkan Al-Ghazali dan seorang

    saudaranya iaitu Ahmad kepada seorang ahli sufi yang merupakan sahabat

    beliau. Beliau berpesan agar sahabatnya memelihara kedua-duanya dan

    memberi mereka pendidikan sehingga habis harta peninggalannya nanti.

    Setelah bapanya meninggal dunia, maka tinggallah Al-Ghazali dan saudaranya

    bersama sahabat bapanya, seorang ahli sufi dan ahli kebaikan. Beliau

    mengajar kedua-duanya sehingga habis semua harta peninggalan orang tua

    beliau. Ahli sufi tersebut sudah tidak mampu lagi untuk membiayai mereka

    berdua, lalu meminta mereka untuk menuntut di sekolah supaya segala

    keperluan makan dan minum mereka terjaga.. Al-Ghazali akur dan itulah yang

    KEBESARAN ALLAH PADA

    PENCIPTAAN BULAN

    CURRENT MOON

    moon phase info

    SAMPAIKAN SALAM

    ShoutMixLive chat softwarefor your website

    Click here to check it

    out now!

    0.0009s

    MAKLUMAT PELAWAT

    i don't play well with others..

  • Tn Lawyer Hisham

    Tn. GPK HEM

    Tn. Syeikh Amal

    Ummi Humaira

    Ustaz Badie Zakri

    Ustaz G-Jan

    Ustaz Mohd Zulkifli Ismail

    Ustaz Rokhaimi Zakaria

    Ustaz Zahazan

    Ustaz Zamihan al-Ghari

    Zed Zaidi

    ARSIP BLOG

    2011 (2)

    2010 (3)

    2009 (18)

    2008 (12)

    November (4)

    Kemahiran Sosialisasi di

    Sekolah

    Prinsip Fiqh Silam dalam

    Pembangunan Pasaran

    Modal...

    BIOGRAFI IMAM AL-GHAZALI

    RAHIMAHULLAH

    ISLAM DAN PERSOALAN

    MULTILEVEL MARKETING

    October (8)

    menjadi sebab kepada kebahagian dan ketinggian darjat mereka berdua.

    Ketika Al-Ghazali masih kanak-kanak lagi, beliau telah mempelajari pelbagai

    ilmu daripada ramai guru yang berada di serata tempat dan ceruk rantau.

    Pertamanya, beliau telah mempelajari beberapa tajuk dari fiqh di negeri Thus

    dengan Imam Ahmad Ar-Radzakani, kemudian beliau pergi ke Jurjan untuk

    belajar dari Imam Abi Nashr Al-Ismaili. Selepas itu beliau kembali semula ke

    Thus.Kemudian Al-Ghazali datang ke Nisabur dan telah mendekati Imam Al-

    Haramain Abu Al-Maali Al-Juwaini ( 419-478 Hijrah). Beliau telah belajar

    dengan bersungguh-sungguh dan berijtihad sehingga mahir dalam mazhab (

    Syafii), perselisihan, debat, usuluddin, usul fiqh, mantiq, membaca hikmah dan

    falsafah. Beliau mampu menguasai seluruhnya sehingga beliau bangun

    berhujjah dan membatalkan sesetengah dakwaan mereka. Beliau telah

    menyusun kitab-kitab dari pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajari dengan

    susunan yang baik dan kedudukan yang lebih unggul.

    Beliau merupakan seorang ilmuan yang sangat bijak, benar pandangannya,

    mempunyai fitrah yang menakjubkan, mempunyai ingatan yang kuat, daya

    tangkap yang tajam, pandangan yang mendalam dan berkebolehan

    menyelami makna-makna yang terperinci sehingga gurunya Al-Juwaini

    menyifatkannya dengan perkataannya: Al-Ghazali adalah lautan yang

    dalam. Al-Hafiz Abdul Ghafir bin Ismail menyifatkan Al-Ghazali pada peringkat

    ini, bahawa beliau seorang yang bersungguh-sungguh dan berijtihad sehingga

    beliau dapat menyelesaikan pendidikan dalam waktu yang singkat,

    mengalahkan generasi-generasinya. Inilah kelebihan yang terdapat dalam diri

    Imam Al-Ghazali. Beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu dan beliau sentiasa

    ada kemahuan untuk mengetahui sesuatu ilmu secara lebih mendalam.

    Al-Gahazali menetap di Nisabur sehingga wafat Imam Al-Haramain pada tahun

    478 Hijrah. Selepas itu, beliau telah merantau pula ke perkhemahan sultan

    untuk berjumpa dengan wazir Nazzam Al-Malik yang majlis ilmunya dihadiri

    oleh ramai ulama dan ahli fashahah. Di sini merupakan tempat perdebatan

    ilmu dan beliau telah menonjolkan dirinya dengan mengalahkan lawannya

    sehingga beliau telah terkenal di seluruh daerah. Beliau tetap berada di

    perkhemahan sultan sehingga tahun 484 Hijrah. Beliau telah dilantik untuk

    mengajar di madrasah An-Nazzamiyyah di Baghdad. Lalu beliau pergi ke Iraq

    untuk menjalankan tugasnya di mana ketika itu umurnya mencecah tiga puluh

    empat tahun. Kedatangan beliau telah disambut dengan meriah.

    Orang ramai begitu kagum dengan keindahan perkataannya, kefasihan

    lidahnya, huraiannya yang terperinci dan isyarat-isyaratnya yang halus.

    Kehormatan dan kedudukannya semakin tinggi di Baghdad sehingga beliau

    telah mengalahkan kedudukan pembesar-pembesar ulama , pemimpin-

    pemimpin (umara) dan darul khilafah. Beliau juga telah menjadi Imam Iraq

    selepas Imamah Khurazan yang tsiqah iaitu Abdul Ghafir. Sesungguhnya

    beliau telah mencapai kejayaan dan menikmati kamanisan dunia yang fana

    dengan keharuman nama dan kemasyhuran. Walaupun begitu, beliau tidak

    pernah berhenti dari menuntut ilmu. Justeru beliau telah mempelajari ilmu-ilmu

    halus ( Ad-Daqiqah) yang menyebabkan berlaku peralihan total dalam

    kehidupan beliau. Beliau telah menyedari bahawa tidak ada ketamakan dalam

    mencapai kebahagiaan akhirat melainkan dengan taqwa dan menjauhkan diri

    dari kehendak hawa nafsu. Untuk mencapai semua itu adalah dengan

    memutuskan hubungan hati dari dunia dan berpaling dari dunia yang

    memperdayakan,berpaling dari kedudukan dan harta benda serta melarikan

    diri dari segala kesibukan dan ikatan dunia lalu kembali kepada akhirat yang

    kekal dan menghadap hakikat kepentingan kepada Allah Taala.

    Beliau telah membuat perhitungan ke atas segala amalan yang telah dilakukan

    selama ini dan beliau dapati yang paling baik ialah mengajar dan mendidik,

    tetapi beliau dapati dirinya menghadap kepada ilmu-ilmu yang tidak penting

    dan tidak mendatangkan manfaat di jalan akhirat. Selepas itu, beliau telah

    muhasabah tentang niat dalam pengajaran dan beliau dapati ia tidak ikhlas

    kerana Allah Taala, bahkan faktor dan penggerak utamanya ialah mengejar

    kemewahan dan menyebarkan nama baik, maka beliau telah membuat

    kesimpulan bahawasanya beliau sedang berada di tepi jurang yang hampir

    runtuh dan beliau merasakan beliau akan jatuh ke dalam api neraka jika beliau

    tidak berusaha untuk merubah keadaan.

    Beliau telah berazam dan bertekad untuk keluar dari Baghdad tetapi beliau

    telah tewas dengan nafsunya sendiri sehingga 6 bulan beliau telah berperang

    dengan tarikan nafsu dan godaan syaitan. Pada bulan Rejab tahun 488 Hijrah,

    telah berlaku peristiwa yang menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan

    tugas-tugasnya di mana beliau tidak mampu mengajar kerana kehilangan

    kata-kata. Setelah itu beliau bermujahadah kepada Allah agar dipulihkan

    dirinya agar beliau mampu mengajar pada suatu hari nanti untuk memperbaiki

    hati-hati manusia. Beliau sentiasa berdoa kepada Allah dan Allah telah

    memakbulkan doa orang yang menderita. Keadaan tersebut telah

    memudahkan dirinya berpaling dari kemewahan , harta benda, anak-anak dan

    sahabat-sahabat. Selepas itu beliau telah keluar menuju ke Makkah.

    AL-FAKIR ILA ALLAH

    Ustaz Muhammad Yusri bin

    Salleh

    IBUKU YANG SELALU

    MENGINGATKANKU ERTI IKHLAS DAN

    SABAR

    Pn. Hjh Sofiah bt. Ibrahim

    TN GURU YANG MENDIDIKKU

    DENGAN TANGANNYA SENDIRI

    Tn, Guru Hj. Salleh bin Lebai

    Ngah

    TUAN GURU

  • Beliau telah meninggalkan Baghdad pada bulan Zulkaedah tahun 488 Hijrah

    dan telah menunaikan haji seterusnya menuju ke Syam. Di sana beliau telah

    menetap selama sepuluh tahun dan sebahagian waktunya dihabiskan di Baitul

    Maqdis. Kebanyakan waktu beliau digunakan untuk beruzlah dan khalwat,

    riyadhah ( latihan) dan mujahadah diri. Beliau sibuk mensucikan dan

    menjernihkan hatinya dengan berzikir kepada Allah Taala dan beliau beritikaf

    di menara masjid Damsyiq sepanjang hari. Ketika ini beliau telah menyusun

    beberapa buah karangan yang terkenal seperti Ihya Ulumuddin dan kitab-

    kitab yang diringkaskan daripadanya seperti Al-Arbain dan risalah risalah

    yang lain. Setelah beruzlah selama sepuluh tahun, beliau telah kembali ke

    negerinya iaitu Thus untuk meneruskan uzlahnya. Namun di bawah desakan

    para wali dan permintaan yang berulang kali agar beliau keluar kepada

    manusia untuk mengajar, maka beliau pun keluar ke Nisabur untuk mengajar

    di Madrasah An-Nazzamiyyah pada bulan Zulkaedah tahun 499 Hijrah. Beliau

    telah memasang azam, tekad dan niat yang baru ketika keluar mengajar dan

    menyebarkan ilmu. Segala-gala yang dilakukan dengan tujuan yang berbeza

    sama sekali dengan yang sebelumnya. Ia adalah semata-mata kerana Allah

    dengan tekad untuk memperbaiki dirinya sendiri dan orang lain.

    Beliau menetap dan mengajar di Nisabur dalam jangka masa yang singkat.

    Setelah itu, beliau telah kembali ke rumahnya di Thus. Beliau telah menjadikan

    kawasan rumahnya sebagai madrasah penuntut ilmu dan mengkhaskannya

    untuk tasawwuf. Beliau telah membahagikan waktu kepada beberapa tugas

    iaitu menghafal Al-Quran, duduk dengan ahli-ahli hati, mengajar panuntut ilmu,

    mengerjakan solat dan puasa. Dengan demikian tidak pernah kosong

    waktunya dan orang-orang yang bersama dengannya dari perkara yang tidak

    berfaedah. Beliau telah meninggal dunia di Thus pada hari Isnin 14 Jamadil

    Akhir tahun 505Hijrah . Semoga Allah Taala mencucuri rahmah ke atas rohnya,

    BAB 2

    SUMBANGAN

    2.0 PENDAHULUAN

    Imam Al-Ghazali termasuk salah seorang dari tokoh-tokoh pemikir Islam yang

    mempunyai pelbagai pengetahuan dan kebudayaan yang luas. Beliau tidak

    menjurus kepada satu atau dua bidang ilmu dan pemikiran sahaja

    sebagaimana kebanyakan tokoh-tokoh Islam terkemuka yang lain.Jika disebut

    Ibnu Sina atau Al-farabi, maka akan terlintas di fikiran dua ahli falsafah agung

    dari ahli falsafah Islam dan jika disebut Imam Al-Bukhari , Muslim dan Ahmad,

    terlintas di fikiran tokoh-tokoh yang mempunyai kemampuan menghafal,

    amanah, teliti dan berpengetahuan. Tetapi berbeza sekali dengan Al-Ghazali,

    jika sebut namanya maka bercabanglah ilmunya dari seluruh aspek. Beliau

    adalah faqih yang bebas, Al-Ghazali mutakallim, Imam sunah dan pembelanya,

    Al-Ghazali yang berjiwa sosial, mengetahui hal ehwal alam, rahsia-rahsia diri

    dan selok belok hati. Beliau juga ahli falsafah yang bangkit menentang

    falsafah dan menyingkap apa yang ada padanya. Boleh dikatakan beliau

    adalah seorang lelaki yang mengetahui segala sesuatu dan dahaga kepada

    cabang-cabang pengetahuan.

    Al-Ghazali adalah seorang tokoh Islam yang mendalami sesuatu ilmu secara

    terperinci. Beliau terkenal sebagai hujjatul Islam dan Pembaharu iaitu beliau

    akan membuat pembaharuan atau pemahaman yang lebih jelas mengenai

    sesuatu ilmu yang diterokainya. Beliau berbeza dengan ulama-ulama lain yang

    mana usaha mereka menghafal apa yang diterimanya, mengulangi dan

    menukilnya. Bahkan beliau seorang alim yang aktif, maklumat yang

    diterimanya diteliti dan diuji sejauh mana kebenaran dan kebatilannya. Oleh

    itu, ada kalanya beliau menolak, merubah atau menjelaskan dan

    menghuraikan lalu membuat pembaharuan.

    2.1 AL-GHAZALI DAN ILMU KALAM

    Al-Ghazali memberi sumbangan yang cukup besar dalam perkembangan Ilmu

    Kalam. Beliau telah mengarang begitu banyak penulisan berkaitan dengan

    Ilmu Kalam. Dalam penulisan beliau, Al-Ghazali banyak mematahkan hujah-

    hujah daripada pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang

    timbul daripada perbincangan Ilmu Kalam. Al-Ghazali lebih tertarik

    membahaskan Ilmu Kalam menurut metodologi para sahabat dan juga

    Rasulullah. Beliau menguatkan hujah-hujahnya berteraskan Al-Quran, As-

    Sunah dan perbahasan para sahabat.

    Pernah disebut dalam sejarah, Imam Al-Ghazali tidak menyukai majlis-majlis

    perdebatan berkaitan Ilmu Kalam. Jika dijemput ke majlis seperti itu, beliau

    hanya berdebat dengan menggunakan metodologi yang tersebut di atas.

    Beliau berpendapat perdebatan yang diasaskan kepada hujah akal tanpa

    IJAZAH PERUBATAN ISLAM

    DARUSSYIFA'

    Diterima daripada Tn. Guru Dato'

    Dr. Harun Din al-Hafiz pada 31

    Disember 2007 (Kumpulan ke 19)

    ISTERI TERSAYANG YANG SANGGUP

    BERSUSAH BERSAMAKU

    QURRATU 'AYNIE-BINTI SAGHIRAH

    HABIBATI

    Anis Yusrina

    BINTI SAGHIRATIYY HABIBATIYY

  • berpaksikan kepada sumber primer iaitu Al-Quran dan Assunnah hanya akan

    menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam pada

    ketika itu.

    Justeru itu, Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya ulumuddin ketika membincangkan

    berkaitan dengan teori dan konsep ilmu tidak meletakkan Ilmu Kalam sebagai

    satu ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat. Bahkan beliau menganggap

    sesiapa yang keterlaluan dalam membincangkan isu-isu berkaitan dengan sifat

    dan perbuatan Allah adalah termasuk di dalam golongan orang yang

    melakukan bidah di dalam Islam. Beliau menyatakan bahawa ilmu kalam tidak

    bermanfaat kepada manusia kerana dua sebab; pertama, ilmu ini tersimpang

    jauh dari matlamatnya yang utama iaitu mengenal Allah. Kedua, perbincangan

    ahli Ilmu Kalam terlalu jauh sehingga menyimpang daripada apa yang

    dibincangkan oleh para ulama salaf.

    2.2 AL-GHAZALI DAN FALSAFAH

    Perbahasan berkaitan dengan isu-isu Ilmu Kalam telah membuka ruang

    kepada golongan munafiq dan musuh-musuh Islam menimbulkan keraguan

    kepada akidah dan pegangan umat Islam. Menyedari hakikat tersebut dan

    didorong atas rasa tanggungjawab setelah melihat tiada seorang pun ulama

    pada ketika itu bangun menentang musuh-musuh Islam yang menggunakan

    ilmu falsafah sebagai senjata utama melemahkan pegangan akidah umat

    Islam, Al-Ghazali bangun menentang hujah-hujah golongan tersebut.

    Pada mulanya, beliau langsung tidak mengetahui berkaitan dengan ilmu

    falsafah. Namun atas rasa tanggungjawab membela agama Allah, beliau

    mempelajari dengan semangat dan ketekunan yang tinggi. Beliau mengkaji

    penulisan-penulisan yang berkaitan dengan ilmu falsafah terutamanya ilmu

    falsafah Yunani. Dengan kesibukannya mengajar ilmu-ilmu agama, beliau

    menggunakan masa terluang untuk mempelajari ilmu falsafah secara individu

    tanpa berguru dengan mana-mana guru falsafah yang terkenal. Dengan niat

    yang ikhlas untuk membela agama Allah daripada serangan ilmu falsafah

    khususnya ilmu falsafah ketuhanan Yunani, Allah SWT memberikan kepadanya

    ilmu-ilmu berkaitan falsafah dalam tempoh masa yang singkat iaitu kurang dari

    dua tahun.

    Al-Ghazali memberikan sumbangan yang besar dalam bidang ini khususnya

    meneroka bidang baru berkaitan falsafah Islam. Setelah menganalisa ilmu

    falsafah yang dipelajarinya, Al-Ghazali membahagikan golongan yang

    membahaskan falsafah kepada tiga golongan; pertama, atheis, kedua, natural

    dan ketiga theologi. Golongan pertama ialah golongan yang mengingkari

    wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua ialah

    golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan

    anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ini mendakwa apabila

    mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari

    akhirat. Golongan ketiga adalah ahli theologi iaitu ahli yang membincangkan

    soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle dan Sokratus. Golongan ini

    membahaskan perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.

    Selain itu, Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula

    ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan,

    siasah dan akhlak. Matematik menurut Al-Ghazali ialah berkaitan dengan ilmu

    hisab dan kejuruteraan. Ia tidak berkaitan dengan perbahasan dari sudut

    agama. Mantiq pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan

    bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan. Ilmu

    fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang-bintang, air, udara dan

    alam seluruhnya. Selain itu, ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek

    ketuhanan dari perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari oleh perbincangan

    mantiq dan logik. Ilmu ini menurut Al-Ghazali tersimpang daripada falsafah

    ketuhanan yang sebenar. Siasah menurut Al-Ghazali adalah perkara yang

    berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia menjalani

    kehidupan seharian dengan lebih baik. Ilmu yang terakhir dalam ilmu falsafah

    menurut Al-Ghazali ialah akhlak iaitu ilmu yang berkaitan bagaimana

    seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang

    mulia.

    Kepakaran Al-Ghazali dalam bidang falsafah tidak dapat disanggah lagi.

    Hakikat ini telah disuarakan oleh Dr Sulaiman Dunia, sarjana Islam terkenal

    dengan menyatakan bahawa perbahasan Al-Ghazali mengenai masalah-

    masalah falsafah adalah jauh lebih baik daripada perbahasan ahli-ahli falsafah

    sendiri. Justeru itu, dalam kitabnya Dr Sulaiman Dunia membuat kesimpulan

    bahawa metodologi yang diasaskan oleh Al-Ghazali adalah lebih jelas dan

    terperinci. Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang falsafah ialah

    Maqasid Al-falasifah, Al-Munqiz min aldhalal dan Tahafut Al-falasifah.

    Farah Amani

    ABOUT ME

    MUHAMMAD Y USRI

    SMK:Maktab Mahmud Alor Setar

    Kedah IJAZAH: B.A Syariah (U.M)

    MASTER: M.A Syariah (Muamalat)

    (U.K.M) Dip. Pendidikan

    (I.P.G.I.K) ASAL: Simpang Empat,

    Alor Setar

    view my comple te pro file

    WAKTU SEMBAHYANG

    Not Found

    The requested URL /solat.phpwas not found on this server.

    ULAMA' NUSANTARA

    ULAMA' ARAB

    BANK ONLINE

    Bank Negara Malaysia

    Maybank2U

    RHB Bank Malaysia

    AmBank Malaysia

    Hong Leong Bank Malaysia

    Bank Simpanan Nasional

    KOLEJ/UNIVERSITI

  • Abu Hassan An-Nadawi juga menyifatkan Al-Ghazali sebagai seorang yang

    istimewa seperti yang diungkapkannya di dalam salah satu penulisannya (

    .dan kaum muslimin sangat memerlukan kepada pengarang dan pengkaji

    seperti ini, yang akan menghadapi falsafah dengan penuh keimanan dan

    kepercayaan, berfikiran bebas dan mempunyai keberanian ilmiah untuk

    mengingkari kemaksuman falsafah, kequdusan dan kegeniusannya dan

    kedudukan mereka mengatasi kedudukan akal dan fikiran manusia biasa. Sifat

    ini dipunyai oleh Al-Ghazali seperti dalam kitabnya Tahafut Al-Falasifah, maka

    beliau datang pada waktunya dan memenuhi hajat zamannya.).

    Kesimpulannya, Al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam

    perkembangan ilmu falsafah Islam. Beliau dapat menyelamatkan akidah umat

    Islam dari terus direntap oleh fahaman falsafah Ketuhanan Yunani yang tidak

    bertauhidkan kepada agama yang suci; Islam. Sekiranya Al-Ghazali tidak

    bangun untuk mempertahankan kemurnian Islam pada ketika itu,

    kemungkinan pada hari ini kita masih lagi mengagung-agungkan falsafah

    Yunani tanpa menyedari bahawa akidah kita telah terpesong secara halus.

    Nauzubillah min zalik.

    2.3 AL-GHAZALI DAN TASAWWUF

    Kita telah ketahui bahawa Al-Ghazali telah menjadi ahli falsafah kemudian

    beliau telah membongkar keburukan ilmu falsafah dan meneroka ilmu baru

    berkaitan falsafah. Beliau menyerang habis-habisan ilmu falsafah ketuhanan

    Yunani. Begitu juga dengan tasawwuf. Apabila beliau melibatkan diri menjadi

    sebahagian dari ahli sufi, beliau sekali lagi membersihkan tasawwuf daripada

    perkara-perkara kurafat dan daripada perkara yang terkeluar dari pengamalan

    agama Islam yang sebenar. Namun begitu dalam bidang tasawwuf, Al-Ghazali

    mempunyai guru. Antara gurunya yang termashur ialah Al-Junaid dan Al-Harith

    Al-Muhasibin. Al-Ghazali dilihat tidak pernah berdiam diri apabila menyedari

    pengamalan tasawwuf yang diamalkan oleh segelintir masyarakat pada

    zamannya terpesong daripada ajaran Islam. Beliau dengan tegas

    menjelaskan, menghuraikan dan memberikan konsep yang tepat kepada

    masyarakat pada zamannya. Selain itu, jika Al-Ghazali menyedari kesalahan

    yang dilakukan oleh masyarakat dalam bidang tasawwuf, beliau akan

    melemparkan kritikan yang membina yang bertujuan untuk membetulkan

    kesalahan dan menghalang daripada penyelewengan yang berlaku berterusan

    sehingga mencemarkan kemurnian Islam.

    Setelah penelitian kritis yang dilakukan oleh AL-Ghazali beliau mendapati ahli

    sufi pada zamannya terpesong daripada jalan sebenar akibat daripada

    kecetekan dan kejahilan terhadap ilmu yang berpunca daripada kesibukan

    mereka beribadat semata-mata. Justeru itu, Al-Ghazali telah mencadangken

    kepada khalayak pada ketika itu supaya mendalami dan menguasai ilmu yang

    berkaitan dengan tasawwuf sebelum tekun beribadah. Ini menjamin

    pengamalnya tidak tersimpang daripada jalan yang sebenar. Sebagai

    buktinya, jika ditinjau metodologi penulisan Al-Ghazali dalam kitab

    Ihyaulumuddin kita akan dapati bahawa Al-Ghazali memulakan kitabnya

    dengan perbahasan berkaitan teori dan konsep ilmu, kemudian beliau

    membahaskan berkaitan dengan fiqh ibadah atau konsep ibadah menurut

    perspektif hukum Islam. Selepas itu, Al-Ghazali menulis berkaitan dengan fiqh

    muamalah iaitu teori, hukum yang berlaku dalam kehidupan seharian. Selepas

    menerangkan teori-teori penting berkaitan dengan ilmu, ibadah dan muamalat,

    barulah Al-Ghazali membincangkan aspek-aspek tasawwuf seperti hati, sabar

    dan sifat-sifat lain yang berkaitan dengan zuhud dan peribadi mulia.

    Antara penulisan terkenal Al-Ghazali dalam bidang tasawwuf ialah kitab

    Ihyaulumuddin. Kitab ini telah menjadi rujukan penting ilmu fiqh dan tasawwuf

    di serata dunia dari zaman penulisannya hingga ke hari ini. Kitab ini telah

    diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain seperti Bahasa Melayu , Parsi,

    Urdu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis. Selain itu, kitab ini menjadi

    sumber rujukan ulama di rantau alam melayu. Hasilnya lahirlah kitab Siyar

    assalikin dan Hidayatul salikin serta lain-lain kitab tasawwuf yang ditulis oleh

    ulama-ulama; kelahiran Nusantara seperti ulama kelahiran Patani, Palembang

    dan semenanjung tanah melayu. Antara pendorong Al-Ghazali menulis kitab ini

    Malaysia

    - Kolej Univ. Teknikal Kebangsaan

    Malaysia

    - Kolej Univ. Kejuruteraan Utara

    Malaysia

    - Kolej Univ. Engineering &

    Teknologi Malaysia

    UTUSAN MALAYSIA

    UNSC: Najib garis 5 keutamaan

    Kerajaan jangan tunduk

    Bangunan sekolah rosak teruk

    Jokowi naik harga minyak 50

    peratus?

    Tengku Abdullah sah bertanding

    HARIAN METRO

    Error loading feed.

    HARAKAH

    Error loading feed.

  • ialah kerana kesedarannya yang tinggi terhadap penyelewengan teori dan

    konsep fiqh serta tasawwuf dalam masyarakat. Kitab ini secara terperinci

    menjelaskan hubung kait antara fiqh dan tasawwuf. Metodologi Al-Ghazali

    ketika menulis kitab ini ialah dengan merujuk pertamanya kepada sumber

    primer iaitu Al-Quran dan Sunah. Kemudian diikuti dengan athar-athar sahabat

    dan tabiin. Setelah merujuk pada sumber primer dan sekunder barulah Al-

    Ghazali mengutarakan pemikirannya terhadap konsep yang ditulisnya.

    Kehadiran kitab Ihyaulumuddin memberi implikasi besar dalam pengajian

    tasawwuf. Sumbangan ini adalah cukup besar dalam bidang tasawwuf kerana

    Al-Ghazali telah memurnikan semula ilmu tasawwuf daripada kesesatan dan

    bidah.

    2.4 AL-GHAZALI DAN ILMU FIQH

    Kitab Ihyaulumuddin bukan sekadar membawa pembaharuan dalam bidang

    tasawwuf bahkan membawa pembaharuan dalam bidang penulisan ilmu fiqh.

    Jika diteliti, kita akan dapati Al-Ghazali menerokai metodologi penulisan baru

    fiqh yang berasaskan kepada gabungan antara ilmu fiqh dan tasawwuf. Selain

    itu gaya bahasanya cukup menarik dengan menggunakan susunan

    tatabahasa yang mudah. Di dalamnya kita dapat membaca fiqh dan tasawwuf

    dalam waktu yang sama. Sebagai contoh, ketika menghuraikan berkaitan

    solat, Al-Ghazali bukan sekadar menulis berkaitan teori dan amali perlakuan

    solat berserta rukun-rukunnya, bahkan beliau juga menekankan soal

    kehadiran hati, khusyuk dan khuduk dalam perlakuan solat.

    Perbahasan berkaitan kehadiran hati, khusyuk dan khuduk adalah intipati

    daripada ilmu tersebut. Selain itu, ketika Al-Ghazali menulis berkaitan

    muamalat. beliau bukan sahaja mengkhususkan berkaitan teori jual beli dan

    untung, bahkan beliau menulis berkaitan dengan keperluan-keperluan kaum

    muslimin yang perlu dipenuhi sebagai tuntutan fardu kifayah dan mutiara

    nasihat kepada pembekal dan pembeli ketika melaksanakan urusan muamalat.

    Kesimpulannya, kehadiran kitab Ihyaulumuddin membuka dimensi baru

    metodologi penulisan fiqh dan tasawwuf, Penggabungan ini membawa faedah

    besar dalam kehidupan seharian manusia.

    BAB 3

    KESIMPULAN

    Pada pandangan penulis setelah diteliti mengenai buku ini, ia merupakan

    sebuah buku yang tersusun dan mengikut aturan yang sepatutnya Ia

    dibahagikan kepada lima bab di mana di dalam setiap bab dibahagikan kepada

    beberapa fasal. Di bawah setiap fasal pula dipecahkan lagi kepada beberapa

    subtajuk yang lebih kecil dan terperinci. Kaedah yang digunakan dalam

    pembahagian isi kandungan kepada beberapa tajuk dan subtajuk ini

    memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan yang ingin

    disampaikan oleh penulis di samping menyenangkan pembaca untuk merujuk

    terus kepada subtajuk-subtajuk tertentu. Selain itu, penulis buku ini juga turut

    menyelitkan nota kaki sebagai rujukan tambahan kepada pembaca.

    Buku ini merupakan sebuah buku yang amat menarik. Ia merupakan bahan

    bacaan yang sesuai untuk golongan dewasa kerana penghuraian yang begitu

    detail. Jika ditinjau dari sudut isi, ia memberi gambaran yang terperinci

    mengenai keperibadian dan sumbangan tokoh dalam beberapa cabang ilmu

    seperti ilmu fiqh, tasawwuf, ilmu kalam. Penulis juga tidak lupa untuk

    menyelitkan sari kata dari Imam Al-Ghazali sendiri untuk memberi penghayatan

    yang sebenar tentang sesuatu kisah yang dialami oleh tokoh. Walaupun

    begitu, saya terpaksa dan perlu membaca satu perenggan ayat berulang kali

    dalam usaha untuk memahami apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh

    penulis. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh penterjemahan yang dilakukan

    ke atas kitab ini menggunakan bahasa yang agak kompleks dan sukar untuk

    difahami sekiranya dibaca sekali imbas sahaja. Pada pendapat saya,

    penterjemah membuat terjemahan terus dari kitab asal dengan uslub bahasa

    arab tanpa menukarkan semula kepada bahasa Malaysia dengan susunan

    bahasa yang lebih tersusun dan ringkas.

  • Setelah habis membaca buku ini, saya berasa amat kagum dengan ketokohan

    Imam Al-Ghazali sebagai Hujjatul Islam dan Pembaru dalam agama. Saya mula

    membayangkan adakah saya mampu menjadi seperti beliau yang boleh

    dikatakan mendalami hampir semua ilmu yang ada pada zaman beliau.

    Ternyata tiada siapa yang mampu untuk mengatasi beliau dari sudut ilmu dan

    pengamalan pada zaman itu. Dua gelaran yang diberikan kepada beliau

    adalah amat bertepatan dan kena pada ketokohan beliau. Telah dinyatakan

    sebelum ini beliau bukanlah seorang penuntut ilmu yang hanya mampu

    mempelajari sesuatu ilmu dari guru kemudian menulis dan menghafalnya

    sahaja,bahkan beliau melampaui batas-batas pemerolehan ilmu seperti itu,

    beliau telah pergi jauh sehingga mampu untuk mengcungkil dan mengorek

    segala permasalahan dan segala kepincangan dalam sesuatu bidang ilmu itu.

    Ternyata pemikiran beliau dapat mengatasi ilmuan-ilmuan pada zaman itu.

    Sekiranya beliau masih ada pada zaman kini, beliau pasti menjadi seorang

    tokoh ilmuan yang cukup hebat dari sudut ilmu dan pengamalan. Dengan

    kecanggihan ilmu teknoolgi dan komunikasi serta pemerolehan maklumat

    tanpa sempadan kini pasti akan digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk

    menggali segala ilmu dan pengetahuan tanpa terhenti dalam satu bidang

    sahaja sebagaimana yang ada pada tokoh ilmuan pada masa kini. Tidak

    mustahil dengan kecanggihan ilmu yang ada, beliau mampu menulis lebih

    banyak buku hasil gabungan pengajian islam dengan bidang-bidang lain

    seperti ekonomi, sosial, politik, hubungan antarabangsa, geografi, sains dan

    bidang-bidang lain. Sudah tentu buku-buku yang dihasilkannya menjadi

    sumber rujukan di seluruh pelosok dunia kerana saya menyedari bahawa

    apabila Al-Ghazali mendalami sesuatu bidang pengetahuan sudah pasti beliau

    menjadi seorang yang menguasai bidang tersebut dengan izin Allah mengatasi

    cerdik pandai yang telah lama berada dalam bidang tersebut. Ini dapat

    dibuktikan dalam setiap ilmu yang diceburinya sentiasa ada pemikiran-

    pemikiran baru yang bersifat pembaharuan atau pengembangan konsep yang

    dikemukakan oleh ilmuan terdahulu sebelumnya.

    Semoga pada zaman ini akan lahir ilmuan-ilmuan Islam yang mampu

    menguasai ilmu sebaik Al-Ghazali. Masyarakat Islam menanti dengan penuh

    harapan kehadiran ilmuan Islam yang boleh digelar sebagai Al-Ghazali 2. Al-

    Ghazali telah lama pergi, ulama datang silih berganti, namun sukar mencari

    pengganti, sebijak Al-Ghazali..

    Alhamdulillah..

    Posted by Muhammad Yusri at 4:53 PM

    1 comment:

    mail kacip said...

    PERKHIDMATAN DAN PENERANGAN

    TEKNIK BUNUH IBLIS,SYAITAN,JIN,BUNIAN,KHANNAS,QARIN,DJIBT, THOGHUT

    DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL,ZAHIR,BATIN DAN BATIN

    DALAM BATIN

    TUJUAN:

    1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN DAN MEBELASAH SERTA

    MEMUKUL,MENGACIP,MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

    2. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS

    OLEH MAKHLUK HALUS

    3. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-

    GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

    HASIL

    1. JIWA TENTERAM DAN TENANG

    2. HILANG PERASAAN WAS-WAS

    3. SEMBAHYANG KHUSYUK

    4. HATI LAPANG

    5. DAN BANYAK LAGI

    INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

    *LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

    1. BERSIH RUMAH BERHANTU

    2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU

    *TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*

  • Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template

    Newer Post Older Post

    Post a Comment

    Home

    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    BERMINAT SILA HUBUNGI ISMAIL 0193619305

    http://ilmuhaq.multiply.com

    December 1, 2008 at 5:59 PM