case study konjunktivitis

8
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH (PKS) CASE STUDY (PENGKAJIAN KES) KONJUNKTIVITIS NAMA : KHAIRUDDIN BIN SAIPUDDIN NO.MATRIKS: BPP 2013-2265 AMBILAN JANUARI 2013

Upload: cypruschristianuspotilu

Post on 15-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

1222222222esdwqfwf1f 1dqfqdqwdedd1d1wc1f 2d2dddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd

TRANSCRIPT

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH(PKS)

CASE STUDY(PENGKAJIAN KES)

KONJUNKTIVITIS

NAMA : KHAIRUDDIN BIN SAIPUDDINNO.MATRIKS: BPP 2013-2265

AMBILAN JANUARI 2013

PENGENALAN

Apakah maksud konjunktivitis ?Konjunktivitis ialah selaput lutsinar yang meliputi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Radang pada konjunktiva dikenali sebagai konjunktivitis. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan.

Tanda-tanda dan gejalaIni adalah bergantung kepada sebab-sebab konjunktivitis. Semua jenis konjunktivitis tidak menjejaskan penglihatan.

Jenis-jenis konjunktivitis1) Konjunktivitis disebabkan oleh bakteria :

Mata merah Discaj pekat (tahi mata bewarna putih atau kekuningan). Kelopak mata melekat (terutama waktu bangun pagi). Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain. Selalunya berlarutan selama seminggu.

2) Konjunktivitis disebabkan oleh virus :

Mata merah Discaj cair (airmata yang banyak). Selalunya bermula pada satu mata dan berjangkit ke sebelah mata yang lain. Boleh berlarutan selama 2 minggu atau lebih.

3) Konjunktivitis disebabkan oleh alahan :

Mata merah Gatal mata, kadang-kala gatal hidung jika melibatkan resdung (allergic rhinitis). Discaj yang berlendir Mata sentiasa berair Kedua-dua belah mata sakit pada masa yang sama Boleh berlarutan buat masa yang lama.

Apakah rawatan penyakit ini?Jika terdapat tanda-tanda seperti di atas perlulah segera berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sebab penyakit ini dan mendapatkan rawatan yang bersesuaian.Radang selaput mata disebakan oleh bakteria : Antibiotik digunakan dalam bentuk ubat titis mata dan salap mata secara kerap. Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu.

Radang selaput mata disebabkan oleh virus : Tidak memerlukan rawatan yang khas. Mencuci mata dengan kerap dan perlahan-lahan juga boleh membantu. Kadang-kala ubat titis antibiotik diberi untuk mengelakkan dari jangkitan bakteria.Radang selaput mata disebabkan oleh alahan : Ia mungkin keadaan yang kronik Memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal.

Cara-cara lain : Cuci atau lap mata dengan air suam. Elakkan mengguna kanta lekap sehingga tanda-tanda penyakit ini hilang.

Langkah pencegahan yang boleh dilakukan?Konjunktivitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus boleh berjangkit dengan mudah.Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan ialah : Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti. Kerap mencuci tangan terutamanya setelah menyentuh mata. Elakkan tempat yang sesak atau menghantar anak ke sekolah / pusat penjagaan kanak-kanak selagi mata anak anda masih merah atau berair. Jangan berkongsi tuala muka / kosmetik / ubat titis mata. Buang semua ubat titis mata setelah mata sihat.

ARAHAN :Sediakan satu (1) Case Study (Pengkajian Kes) mengenai mana-mana jenis penyakit / keadaan / insiden / prosedur yang terdapat di kawasan penempatan.

MAKLUMAT PESAKITAdik S, berumur 14 tahun, datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan pada kedua belah matanya. Adik S dan keluarganya tinggal di perumahan kawasan bandar, menunjukkan simptom kelopak mata mengalami kemerahan, dan mata berair, bersin berulang-ulang serta hidung berair.

PENILAIAN1) Sejarah

Bermain di taman permainan, bersama ahli keluarga yang lain. Bermain dengan kucing di rumah bersama adik Mengadu sakit mata selepas balik dari sekolah, ibu memberitahu melihat anaknya mengosok mata dan hidungnya dengan kuat. Mata berair dan merah kedua-dua belah , bersin berulang-ulang kali serta hidung berair. Mengadu rasa gatal pada sebelah malam, mata merah dan hangat seta menyebabkan kekaburan penglihatan.

2) Pemeriksaan

Suhu badan adalah 36.5 degree Celcius Tekanan darah adalah 100/70 mmHg Mata berair dan merah kedua-dua belah Bersin berulang-ulang kali dan hidung berair. Pemeriksaan yang lain adalah normal

3) Diagnosis

Adik S, mengalami konjunktivitis jenis alahan berdasarkan sejarah yang dinyatakan dan ujian yang dilakukan doktor. Tambahan lagi, terdedah dengan persekitaran berhabuk dan berdebu yang menyumbang pada kemerahan pada mata Bahan yang menyebabkan alergi dipanggil sebagai alergen, mudah ditemui dipersekitaran seperti habuk dan debu. Tangan yang kotor juga boleh menyumbang kepada sakit mata, seperti memegang benda kotor dan berbakteria boleh jadi medium perantaraan seperti rumput, tanah, pasir dan sebagainya.

4) Pengurusan

Lakukan irigasi mata dengan air yang sejuk atau ais yang ditekup dibahagian mata yang gatal.Rasa sejuk ais tersebut boleh menjadikan salur darah mengecut kembali untuk mengurangkan kemerahan mata. Pemberian ubat anti histamin dan vasokonstriksi, bertindak untuk mengecutkan salur darah yang mengembang. Menasihatkan pesakit agar tidak mengosok mata secara kasar akibat kegatalan, ini kerana mata yang terlalu digosok boleh meyebabkan calar, edema dan luka pada lapisan mata. Menerangkan kepada pesakit kesan yang belaku jika dibiarkan lama berlarutan, boleh mengakibatkan penyakit keratokonus.Merupakan satu keadaan di mana kornea mempunyai permukaan yang tidak rata di mana bahagian puncaknya mungkin menjadi makin menipis akibat digosok. Pemberian antibiotik jika terdapat luka pada mata akibat gosokan yang kasar pada mata.

RUMUSANSecara kesimpulannya, penyakit konjunktivitis ini adalah radang pada konjunktiva, merupakan selaput lutsinar yang meliputi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Ia adalah penyakit yang kerap terjadi dan disebabkan oleh bakteria, virus, atau alahan. Kemerahan pada mata disebabkan berlaku inflamasi pada salur darah mata disebabkan jangkitan ataupun tindak balas autoimun, yang dikenali sebagai mata pink (pink eye).Penyakit mata pink ini kerap kali berlaku terutamanya di kawasan berhabuk, debu dan bergantung kepada faktor jangkitannya sama ada alahan, bakteria dan virus.Di mana mempunyai kesan terhadap mata kita, seperti mata merah, discaj, berair dan sebagainya. Oleh itu, langkah pencegahan awal haruslah dilakukan seperti pemakaian goggle pada mata terutamanya tempat kerja yang mudah terdedah kepada habuk dan debu.Selain itu, elakkan mengosok mata yang gatal dengan kasar, pastikan kebersihan tangan dijaga kerana boleh menjadi medium jangkitan bakteria.Berdasarkan kajian kes ini, saya dapat pengalaman baru dalam pengurusan kes ini selain dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari. Semoga pengalaman dan ilmu yang saya perolehi ini berguna dan bermanfaat kepada saya dan orang yang memerlukan diluar sana. Di samping, dapat meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan saya mengenai kes ini.

RUJUKAN

1) http://en.wikipedia.org/wiki/Conjunctiva2) http://emedicine.medscape.com/article/797874-overview#a13) Penduduk perumahan bandar Lahad Datu.