cara paling mudah untuk kekal sihat

4
CARA PALING MUDAH UNTUK KEKAL SIHAT Semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat; dengan cara yang paling murah. 1. Senaman Berterusan Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten. 2. Tidur Awal Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

Upload: mariena

Post on 05-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penjagaan kesihatan

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Paling Mudah Untuk Kekal Sihat

CARA PALING MUDAH UNTUK KEKAL SIHAT

Semua orang mahu sihat. Tidak perlu

berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma

mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat; dengan cara

yang paling murah.

1. Senaman Berterusan

Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu

badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut

keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi)

secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak

konsisten.

2. Tidur Awal

Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan

yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam

hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur

tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal

sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan

Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang,

pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan.

Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak

berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam

Page 2: Cara Paling Mudah Untuk Kekal Sihat

setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini

adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan

Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal

lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam

Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun

cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu

makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak

memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat

sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi

Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada

sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan,

namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat

keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan

disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan

pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap

Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting

karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8. Jangan Berlapar

Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan.

Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini

membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Elakkan Tekanan

Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti

Page 3: Cara Paling Mudah Untuk Kekal Sihat

berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut,

racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya

hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak

terus.

10. Selalu Basuh Tangan

Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali

berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun

yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan

selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11. Jaga Tindakan

Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda

dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat,

tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12. Pemeriksaan Doktor Berjadual

Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan

pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara

berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.