cara meningkatkan tumpuan dan konsentrasi dalam pertandingan sukan

Upload: vasumathy-kaliani-bk

Post on 19-Oct-2015

665 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

VVVVVVV

TRANSCRIPT

NO.KANDUNGANMUKASURAT

1.PENGHARGAAN

2.OBJEKTIF KAJIAN

3.KAEDAH KAJIAN

4.ULASAN

5.LAMPIRAN

6.REFEKSI

7.RUJUKAN

Saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah Penasihat dan Penyelia saya Cik.Rosyati Binti Hussin yang sentiasa memberikan bimbingan, tunjuk ajar, dorongan serta teguran membina dari awal kajian ilmiah ini dirancangkan sehinggalah terhasilnya penulisan ini. Kepada beliau saya amat terhutang budi.Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang maha esa. Hanya Tuhan yang dapat membalas segala jasa dan budi baik yang telah diberikan kepada saya ini. KepadaNya saya berserah dan kepadaNyalah sahaja saya memohon restu danpertolongan.Seterusnya saya mengucapkan terima kasih sekalung budi kepada ibubapa saya yang memberi sumbangan kepada saya dari segi wang untuk menyediakan kertas kajang ini.Selain itu, saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang menolong saya dalam melaksnakan kerja kursus pendek ini. Mereka sentiasa memberi nasihat kepada saya mengenai tugasan ini dan selalu mengajar saya dalam tugasan ini.Akhir sekali, kepada seluruh ahli keluarga saya, rakan-rakan seperjuangan,sahabat handai seterusnya orang perseorangan yang telah membantu saya dalammenyempurnakan kajian ilmiah ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Terima kasih.

Objektif kajian ini ialah:-

Mengenal pasti isu sukan semasa di Malaysia dan juga isu sukan semasa di dunia.

Mengkaji faktor-faktor yang mengganggu tumpuan dan konsentrasi seseorang atlet dalam sesebuah sukan atau pertandingan.

Mengkaji cara-cara untuk meningkatkan tumpuan dan konsentrasi seseorang atlet dalam sesuatu sukan atau pertandingan.

Merekod dan mempamerkan maklumat dan data dalam bentuk yang sesuai seperti jurnal, berita dan lain-lain lagi.

Menerapkan nilai yang patut ada pada seseorang atlet dalam sesuatu sukan atau pertandingan.

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat dan data.Antaranya ialah:

Kaedah pemerhatian:Memerhatikan isu-isu sukan semasa.Saya juga membuat pemerhatian terhadap factor-faktor yang mengganggu tumpuan dan konsentrasi atlet dalam sukan.

Rujukan perpustakaan:Membuat rujukan melalui pusat sumber maktab,internet, buku teks dan buku rujukan mengenai isu sukan dan faktor-faktor dan cara-cara meningkatkan tumpuan dan konsentrasi atlet dalam sukan serta dibandingkan dengan negara-negara lain.

Kaedah analisis: Saya turut mengumpul data dari pelbagai sumber dan membuat analisis dari segi cara dan juga faktor untuk malaksanakan tugasan ini.

Sekian. Terima kasih.

PENGENALANTumpuan merupakan salah satu elemen penting dalam mencapai sesuatu kemuncak kejayaan. Hal ini kerana tumpuan yang baik merupakan salah satu factor penting untuk meningkatkan kejayaan seseorang atlet dalam sesuatu pertandingan atau dalam latihan-latihan yang mereka lakukan.Pakar-pakar psikologi sukan seperti Weinberg dan Gould (1999) dan Abernathy (1993) telah mendapati bahawa tumpuan ialah kebolehan untuk mengambil alih minda seseorang dalam keadaan yang tenang dan terang ke atas hanya satu daripada banyak objek yang datang pada masa yang sama. Tumpuan juga boleh diklasifikasikan sebagai satu usaha penumpuan mental ke atas aktiviti sensori atau mental (Solso, 1995).Selain itu, mengikut pakar-pakar psikologi seperti Matthew J.Steven dan Andrew M.Lane (2009 May 19) dari School of Sport, Performing Arts and Leisure University of Wolverhampton, U.K. telah mendapati bahawa tujuan strategi atau tumpuan dinilai adalah untuk mengatur kemarahan , kekeliruan , kesedihan , kelesuan , ketegangan , dan bertenaga. Keputusan mendapati bahawa perubahan lokasi , latihan , dan mendengar muzik adalah yang biasa bagi setiap dimensi mood. Dapatan menunjukkan bagi sesuatu strategi aturan kendiri sesuai bagi ruang perasaan yang tertentu; bersendirian bagi megatasi kamarahan , menganalisa situasi bagi mengatasi kekeliruan, mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan bagi mengatasi perasaan sedih dan menggunakan teknik ketenangan bagi mengatasi ketegangan. Perasaan boleh dikawal oleh manusia dan ianya bukanlah hanya tindakbalas kepada faktor luaran. Tumpuan yang tinggi dalam sesuatu pertandingan atau permainan amatlah pentng.

PERINGKAT TUMPUANTumpuan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Tumpuan merupakan penggunaan aspek kognitif dan psikomotor dalam persekitaran pada sesuatu jangka masa tertentu mengikut situasi. Ini dapat dibuktikn oleh seng atlet yang berjaya. Tumpuan secara amnya terbahagi kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah:- Tumpuan terhadap perkara yang dipilih atau kiu persekitaran yanag berkaitan. Dapat mengawal minda untuk jangka masa tertentu. Sentiasa peka terhadap keadaan atau situasi.James (dipetik dalam Weinberg dan Gould (1999) mendapati bahawa tumpuan ialah kebolehan untuk mengambil alih minda seseorang dalam keadaan yang tenang dan terang ke atas hanya satu daripada banyak objek yang datang pada masa yanag sama. Memberi tumpuan merupakan intipati konsentrasi di mana ia menekankan kepada pengunduran sesuatu perkara dengan tujuan untuk bersemuka secara efektif dengan perkara yang lain. Definisi James berfokus kepada penumpuan selektif di mana ia hanya berfokus kepada satu bahagian dalam tumpuan berbanding dapatan masa kini yang menyatakan tumpuan sebagai usaha penumpuan mental ke atas aktiviti sensori atau mental (Solso.1995). Jadi, definisi tumpuan dalam sukan dan eksesais dapat dibahagikan kepada tiga perkara iaitu memberi fokus kepada kiu-kiu yang berkaitan dalam persekitaran, mengekalkan tumpuan untuk satu jangka masa yang tertentu dan mengetahui suasana tersebut (Weinberg dan Gould, 1999).Menurut Kamus Dewan (1991) , tumpuan dapat diertikan sebagai memberi penumpuan dan daya penumpuan yang melibapkan aktiviti mental. Weinberg dan Gould (1999) telah mentafsirkan tumpuan berkait rapat dengan keyakinan i mana kesedaran individu menentukan pemikiran dan pilihan-pilihan yang terdapat dalam perlakuannya.Tumpuan terhadap perkara yang dipilih atau kiu persekitaran yanag berkaitan lebih di tujukan kepada tumpuan selektif. Contohnya dalam permainan bola keranjang. Pemain hanya diberi dua balingan; pasukannya kekurangan dua mata dan masa hanya tinggal dua saat untuk tamat. Tumpuan yang baik akan membolehkan pasukannya menang dan jik tumpuannya terganggu mungkin akan membuatkan pasukannya akan kalah. Jika tumpuannya tidak menentu mungkin dia gagal untuk menjaringkan bola tersebut.kajian terhadap strategi kognitif bagi seorang atlet jarak jauh lebih gemar menggunakan gabungan strategi yang berkaitan iaitu memerhatikan fungsi badan dan perasaan seperti bernafas, panjang otot dan denyutan jantung (Silva dan Applebaum, 1989). Dengan cara ini, akan membantu atlet untuk memberi tumpuan yang kepada acara yang beliau sertai. Selain itu, satu lagi kajian lanjutan ialah menyatakan perkara yang sama iaitu penggunaan aspek kognitif amat penting (Schomer, 1986).Hasil kajian mendapati terdapat lapan peringkat fizikal dan mental yang bekaitan dan tiga daripadanya yang berkaitan dengan tumpuan ialah pertama berada dalam keadaan rileks dan mempunyai tahap tumpuan dan kawalan diri yang tinggi. Kedua ialah sentiasa memikirkan perkara yang sudah berlalu atau perkara yang lepas. Ketiga ialah peka terhadap diri dan faktor persekitaran merupakan faktor yang amat penting dalam pertandingan. Fakto ini amat berkait rapat dengan aspek membuat keputusan dalam sesuatu atlet yang peka dengan pelbagai keadaan telah berjaya mencapai kejayaan berbanding dengan atlet yang kurang peka dengan keadaan persekitaran (Abernathy, 1993). Sesetengah pengkajitelah bertukar pendapat bahawa seorang atlet berada pada tahap ambang dengan keupayaan yang tinggi tetapi pemikirannya lemah, (Gould, Eklund dan Jackson, 1992).MASALAH TUMPUANRamai atlet menghadapi masalah tumpuan kerana tidak ada persiapan yang dihadapi. Masalah ini timbul disebabkan dua faktor iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor dalaman ialah masalah dalam diri seseorang itu seperti memikirkan perkara yang lampau, kerisauan dan perihal atau kebimbingan (Jackson, 1995). Perkara ini dapat dilihat ke atas atlet-atletyang berjaya atau atlet elit. Sebagai contoh, jika atlet tersebut pernah mangalami kegagalan dalam acara tersebut sebelum ini, mungkin mereka akan berasa takut untuk mencuba dan ini akan menyebabkan ia berasa tertekan. Contoh ini dapat dilihat dalam permainan bola sepak di mana pasukan mereka memerlukan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir. Jika dalam situasi di mana hanya tinggal satu minit. Salah satu daripada pemain tersebut akan diberi tanggungjawab untuk membuat sepakan penalti. Perkara ini akan menjadi lebih rumit apabila pada perlawanan sebelumnya beliau gagal membuat sepakan penalti. Hal yang lampau sebegini mungkin akan menghantuinya dan ini akan membuat beliau tidak dapat membuat tumpauan sepenuhnya dalam tendangan penalti tersebut.Satu lagi masalah faktor dalaman ialah mamikirkan tentang kegagalan masa hadapan. Kebanyakan para atlet selalu memeikirkan tentang masa hadapan mereka apa yang akan berlaku jika mereka gagal dan sebaliknya. Contohnya, mereka akan berulang kali mempersoalkan sama ada mampukah mereka menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut, apa akan berlaku jika beliau gagal dan melakukan kesilapan serta apakah kesan yang akan saya terima jika kesilapan berlaku. Persoalan-persoalan beginilah yang selalu mengganggu tumpuan atlet dan mengakibatkan mereka hilang tumpuan terhadap sesuatu perlakuan. Jika mereka gagal untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pasuka, apakah risiko yang akan mereka terima. Adakah mereka akan di berhentikan atau digantung daripada menyertai perlawanan dan sebaliknya. Bermain di bawah dengan peringkat tersebut merupakan salah satu daripada masalah dalaman. Ia merupakan faktor emosi yang memainkan peranan penting dalam diri setiap pemain. Tahap ini bukan senang untuk dicapai oleh pemain yang tidak mempunyai tumpuan yang tinggi. Bermain di bawah tekanan penonton dan faktor persekitaran akan mengganggu situasi pemain yang mempunyai tumpuan yang kurang baik (Gould, Eklund dan Jackson, 1993). Contohnya Jana Novot bekas pemain tenis nombor satu dunia, walaupun mendahului lawan 4-1 tetapi kalah 4-6 kerana tidak tahan tekanan daripada penonton dan pihak lawan yang menggunakan psikologi untuk mangalahkan beliau (Gould, Eklund dan Jackson, 1992).Tumpuan juga boleh terganggu jika kita terlalu keletihan atau kepenatan. Tumpuan yang baik memerlukan keupayaan mental yang baik untuk memberi tumpuan. Contohnya dalam permainan bola sepak, jika kita terlalu letih ia akan mengganggu dan menyebabkan konsentrasi hilang. Dalam keadaan ini, rehat yang cukup amat diperlukan untuk mengembalikan tenaga dan tumpuan untuk meneruskan pelawanan (Gould, Eklund dan Jackson, 1992).Menurut Utusan Malaysia (Ferzalfie Fauzi ,2010) menyatakan bahawa atlet badminton Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei tidak perlu gentar manghadapi pertandingan Piala Thomas. Melihat kepada laluannya pada Kejohanan Dunia di Paris, memang amat sukar buat pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei namun Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim (gambar) berharap pemain itu tidak gentar dan sudah bersedia sepenuhnya.Menurutnya, sebagai salah seorang pemain terbaik dunia, sudah tentu Chong Wei melakukan persiapan mantap dan bersedia untuk menewaskan sesiapa sahaja yang bakal ditemuinya nanti, termasuk jaguh China, Lin Dan. Beliau juga menyatakan bahawa , Chong Wei harus tampil dengan yakin dan jangan menganggap dia adalah pemain under-dog, apabila bertemu jaguh badminton lain, sebaliknya terus bersemangat kerana dia adalah pemain pilihan berdasarkan ranking. Hal ini menunjukan betapa pentingnya atlet-atlet sukan perlu memberi tumpuan sehingga mewujudkan kepercayaan orang ramai.Selain itu, THE STAR,FRIDAY 27 AUGUST 2010 menyatakan bahawa nothing is going right for Thai Boonsak in Paris. Dalam berita tersebut menyatakan bahawa Thai tidak menumpu perhatian dalam pertandingan manakala beliau memikirkan mengenai ibunya yang sakit tua dan adiknya yang kehilangan semua wangnya di Paris. Beliau sendiri menyatakan bahawa beliau tidak dapat menumpu perhatian dalam pertandingan dan beliau memikirkan pasal beberapa perkara lain (I am not focused here. There are so many things on my mind). Perkara-perkara seperti inilah yang mengganggu konsentrasi seseorang atlet dalam pertandingan.Faktor kedua yang mengganggu tumpuan ialah faktor luaran. Ia ditakrifkan sebagai simulasi daripada persekitran yang mengganggu konsentrasi pemain atau atlet. Terdapat pelbagai gangguan diantaranya ialah gangguan persekitaran. Dalam faktor gangguan persekitaran ini penglihatan amat mudah diganggu. Tambahan pula, terdapat juga gangguan pendenagran atau auditori. Ini termasuklah suasana bising seperti suasana peonton, pengumuman, telefon bimbit dan sebagainya yang menyebabkan bunyi bising. Bunyi merupakan sesuatu yang penting dalam sesuatu sukan. Bagi sukan individu, suara tidak memainkan peranan yang penting. Kebanyakan sukan menggunakan strategi dan taktik untuk menang dan untuk mengganngu tumpuan pihak lawan. Teknik yang dilakukan dlam sesuatu pertandingan seperti menari-narisetelah mendapat mata, mengangkat kedua-dua tangan atau menanya lawan apa masalah mereka sehingga gagal menangkis bola juga pernah dilakukan untuk mengganggu tumpuan. Teknik ini juga menyebabkan pihak lawan tertekan dan boleh melemahkan perasaannya (Nideffer, 1985).Dalam usaha untuk meningkatkan daya tumpuan yang sempurna kita mesti mempunyai teknik yang baik. Sebelum kita memahirkan tumpuan , kita patut mengenal pasti masalah yang kita hadapi (Nideffer, 1985). Masalah tersebut yerbahagi kepada dua iaitu internal dan external atau luas dan sempit. Terdapat tiga cara utama untuk mengukur kamahiran ini iaitu: Ujian tumpuan dan interpersonal Attentional and interpersonal style (TAIS) Ukuran psikologikalUjian tumpuan dan interpersonal telah diperkenalkan oleh (Nideffer, 1985) di mana ia mempunyai 17 subsekala. Enam daripadanya yang mengukur tumpuan dan selebihnya yang mengukur gaya interpersonal dan aspek kawalan kognitif, penumpuan yang efektif dan tidak efektif serta kemahiran tumpuan. Individu yang mempunyai tumpuan yang baik mampu bertindak dengan cekap terhadap simulasi internal dan external. Contohnya, dalam Softbol, kitansedang memukul bola dan disokong oleh penyokong. Ini akan menambahkan keyakinan kita untuk memukul bola tersebut. Akan tetapi hal ini juga boleh dipratikkan jika terdapat lebih daripada tiga stimulasi. Contohnya dalam sukan gusti. Pada mulanya satu lawan satu kemudian satu lawan dua. Ini juga boleh dikatakan sebaliknya, maksudnya di sini, jika tumpuan baik dia dapat mengawal kedua-dua stimilasi tersebut. Dengan adanya gaya pengukuran tumpuan, ia mampu mengatasi kelemahan pada atlet dan merancang langkah untuk memejukan prestasi. Walau bagaimanapun, pengunaan TAIS ini telah diiktiraf oleh para pengaji dan mereka mencadangkan cara lain untuk mencapai kepuasan yang lebih maksimum.Pemikiran yang tidak bertumpu atau berasas merupakan masalah besar kepada sesorang atlet dan dalam keadaan ini mereka tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana ia melibatkan peribadi, ego, dan juga tindak balas. Proses menilai dan mengendalikan permainan sering kali menyebabkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Jadi, cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah kita hendaklah berfikir secara profesional untuk mengendalikan masalah.Mewujudkan jadual latihan merupakan satu cara yang terbaik untuk persediaan minda bagi menghadapi pertandingan yang akan datang. Individu tidak mudah terpengaruh dengan faktor internal dan juga external dengan penjadualan tersebut.Untuk membentuk tumpuan yang baik, kita juga perlu berlatih memejukan tumpuan. Berlatih untuk mengalihkan tumpuan boleh dipelajari secara berkumpulan atau berasingan (Gauron, 1984). Sebelum memulakan latihan, duduk atau baring selesa dan tarik nafas serta memulakan latihan apabila anda berasa lega. Beri tumpuan kepada apa yang anda dengar, asingkan suara dan lebihkanya seperti bunyi suara tapak kaki atau radio. Kemudian, dengar kepada suara di sekeliling anda tanpa menghidarkan suara tersebut. Sekarang rasakan badan berasa rileks dan pastikanminda terkawal dan fikiran tidak tercelaru, cuba pertimbangkan kualiti dan punca stimulasi. Kesimpulannya, tumpuan yang tinggi dalam sesuatu permainan dan pertandingan amatlah penting. KESIMPULANPelbagai unsur psikologikal , fisiologi dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan dan mengekalkan tumpuan atlet seperti berasa takut, cemas, tidak cukup tidur, tidak cukup latihan adalah di antara gangguan yang sering dikenal pasti manakala perkara-perkara lain dalam persekitaran pertndingan telah membantu meningkatkan tumpuan atlet yang seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Willkinson (1963), telah mendapati bahawa tahap latihan yang meningkat dan tidur yang cukup akan membantu mengurangkan kekangan yang tidak dapat dielakkan untuk memberi penumpuan dalam acara-acara sukan yang berpanjangan. Tahap tumpuan juga bergantung kepada faktor dalaman mahupun luaran dimana jika seseorang itu mampu menggabungkan kedua-dua faktor ini dalam satu masa tidak kira ap jenis kegiatan yang dilakukannya, mereka akan dapat menujukkan tahap kawalan yang paling baik.

Salam satu Malaysia dan salam perpaduan. Saya Vasumathy a/p Balakrishnan dari opsyen PTPJMU(PRA). Saya ditugaskan untuk melakukan satu Tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKP) dalam pendidikan jasmani dan kesihatan.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik.Rosyati Binti Hussin yang banyak mendorong saya dalam melakukan tugasan yang diberi ini. Pada awalnya saya kurang jelas mengenai tajuk yang diberi olehnya. Selepas mendengar beberapa penjelasan dari beliau dalam kelas saya dapat melaksanakan tugasan yang ditanggungjawabkan kepada saya. Saya juga berjumpa dengan Cik.Rosyati Binti Hussin beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan.Semasa melaksanakan tugasan ini saya mengalami pelbagai masalah. Seperti kurang pasti mengenai apa itu jurnal dan bagaimana dapatkan jurnal. Selepas pensyarah memberikan penjelasan dalam kelas baru saya mula mencari jurnal dan juga dokumen-dokumen lain. Saya mendapatkan dokumen-dokumen daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar, internet dan buku.Saya berasa gembira semasa melakukan tugasan ini kerana ini merupakan tugasan pertama saya dalam pendidikan jasmani. Walaupun saya kurang pasti dengan apa yang saya lakukan dalam tugasan ini tetapi saya berasa saya melakukan yang terbaik. Dengan melaksanakan tugasan ini saya dapat mengembangkan ilmu pengetahuan saya. Saya dapat mengetahui mengenai faktor-faktor yang mengganggu atlet dalam sesuatu sukan serta cara-cara meningkatkan tumpuan dan konsentrasi atlet dalam sesuatu sukan. Saya juga turut dapat mengetahui tentang isu sukan semasa.Saya berasa gembira kerana saya dapat menghabiskan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Saya berharap saya dapat melaksanakan tugasan yang akan datang dengan lebih sempurna. Sekian terima kasih.

Mohd Sofian Omar Fauzee, 2002. Psikologi sukan, daya tahan mental dan emosi di kalangan atlet, hlm.102-111.

Matthew J.Steven & Andrew M.Leisure, 2009. Mood Regulating Strategies Used By Athletes

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm

http://martialarts.com.my/community

Nideffer, R.M.,1985 Athletes Guide to Mental Training. Champaign, IL: Human Kinetics.

Mohd Sofian Omar Fauzee, 2002. Psikologi sukan, daya tahan mental dan emosi di kalangan atlet, hlm 1-10.

THE STAR FRIDAY 27 AUGUST 2010,SPORT, hlm S72.

14 |Mukasurat