cara mengelak diri dari fitnah dajjal

14
Tanda-tanda dan peristiwa kemunculan Dajjal

Upload: nurulaini-rahim

Post on 22-Jun-2015

2.941 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

Tanda-tanda dan peristiwa

kemunculan Dajjal

Page 2: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

1. Berlakunya peperangan Armageddon (Perang Akhir Zaman)

selepas peperangan tersebut berlakunya kekeringan Sungai Euprates dan tasik Tiberia di Syam; begitu juga halnya

dengan kebun kurma di negeri Baisan (di sempadan  Palestin dan Jordan). Oleh itu, apabila telah tercetus perang Dunia ke-3

(Armageddon), maka tunggulah kemunculan Dajjal yang semakin dekat.

Page 3: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

2.Datangnya tahun-tahun kekeringan (tiada mata

air), kemarau (tiada hujan), kelaparan, bencana-bencana,

mahalnya harga barang-barang

dan....berkurangnya agama manusia.

Page 4: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“...dan sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah adanya tempoh waktu tiga tahun yang

sangat sulit, dimana pada waktu itu manusia akan ditimpa kelaparan yang sangat, Allah SWT akan

memerintahkan kepada langit pada tahun pertama supaya menahan sepertiga dari hujannya, dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan

sepertiga dari tanamannya. Kemudian Allah memerintahkan langit pada tahun kedua supaya

menahan dua pertiga dari hujannya dan memerintahkan kepada bumi supaya menahan dua

pertiga dari tumbuh-tumbuhannya.

Page 5: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

Kemudian pada tahun ketiga Allah memerintahkan kepada langit supaya menahan semua air hujannya

lalu tidak menitiskan setitik air pun, dan Allah memerintahkan kepada bumi supayamenahan

semua tanamannya, maka setelah itu tidak akan tumbuh satu tanaman hijaupun dan semua binatang berkuku mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh

Allah SWT.” Kemudian para sahabat bertanya: “Dengan apakah manusia akan hidup pada masa itu?”, Baginda SAW menjawab: “Tahlil, takbir dan tahmid akan sama ertinya bagi mereka dengan

makanan.”

(Hadis Sahih Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Hakim daripada Abu Umamah

r.a.)

Page 6: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

3. Munculnya Imam Al-Mahdi dan setelah Al-Mahdi menghadapi beberapa peperangan

di semenanjung Arab, Parsi, Rome dan Kostantin yang akan memakan masa beberapa bulan. Ini adalah kronologi tanda besar kiamat menurut pendapat Yusuf bin Abdullah Al-Wabil

(1989)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“...Maka ketika mereka (Al-Mahdi dan pengikutnya) telah sampai di Syam (atau

Syria-untuk berperang dengan kaum Rome dalam Malhamah Al-Kubra), keluarlah Dajjal...”

(Hadis Sahih Riwayat Muslim dan Al-Hakim)

Page 7: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

Cara mengelak diri dari fitnah Dajjal

Page 8: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

1. Menghafal sepuluh ayat terawal dan sepuluh ayat terakhir

di dalam surah al-Kahfi.

Syeikh Said Ali Wahf Al-Qahthan:أول من آيات عشر حفظ من

من عصم الكهف سورةال الد;ج;

Maksud: Barangsiapa menghafal sepuluh ayat terawal dari surah al-Kahfi, maka terpelihara dari

Dajjal.(1)

Page 9: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

Hadis daripada Abu Darda’ r.a. bahawa Nabi SAW telah

bersabda:

“ Barangsiapa yang menghafal 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, maka ia akan terjaga dari fitnah Dajjal.”

(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

Page 10: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

2. Membaca doa selepas tasyhud akhir pada setiap solat.

التشهد عقب فتنة من بالله واالستعاذةصالة كل من األخير

Maksud: Begitu juga minta perlindungan kepada Allah dari fitnah Dajjal setelah

tasyahud akhir dari setiap solat.(2)

Page 11: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

Doa selepas tasyahud akhir:

Sن TمUو ،TرSب UقSال TابUذUع SنTم UكTب أع]وذ] إTن[ي م aلل;ه[ ا ، TاتUم UمSال Uو يUا Sح UمSال TةUنSت Tف SنTمUو ، Uنم Uه Uج TابUذUع

TدجالSال Tيح TسUمSال TةUنSت Tف ر[ Uش SنTمUو

Maksud: Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada seksaan

kubur, seksa neraka Jahannam, fitnah kehidupan dan setelah mati serta dari

kejahatan fitnah Almasih Dajjal.(3)

Page 12: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

3. Barangsiapa yang mendengar

kemunculan Dajjal hendaklah ia

berlindung di Kota Madinah atau Makkah

kerana kedua-dua negeri itu tidak akan dapat dimasuki oleh

Dajjal.

Page 13: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

4. Barangsiapa yang tidak mampu

melakukan tiga perkara diatas, hendaklah dia lari dari berhadapan

dengan Dajjal kerana ia tidak akan

membahayakannya dengan tetap berzikir

dan berdoa. 

Page 14: Cara mengelak diri dari fitnah dajjal

Syukran!!

“Sama-sama kita batasi diri dengan iman dan taqwa

kepada Allah agar terlindung daripada segala fitnah dunia

yang menyesatkan”