cara mengekalkan perpaduan di malaysia

Upload: connie-rait

Post on 11-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    1/18

    CARA MENGEKALKAN PERPADUAN DI MALAYSIA

    Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa

    berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan

    penghayatan Rukun Negara. Selepas peristiwa tersebut bagi

    mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul Razak Perdana

    Menteri yang kedua ketika itu telah memperkenalkan Rukun Negara.

    Pihak yang bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis

    Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak

    yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan

    adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika

    itu ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina

    semula negara sehingga ke tahap hari ini. Rukun Negara adalah

    ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970

    oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13

    Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

    Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara tersebut. Kepercayaan

    Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, KeluhuranPerlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan

    Kesusilaan. Cuba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit

    disebalik Rukun Negara tersebut.

    Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini

    menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip

    penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau

    ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti

    fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    2/18

    kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani

    (spiritual) masyarakat kita.

    Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam

    adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama

    lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan

    seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif

    yang boleh membangun pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai

    kaum serta dapat membina jati diri yang padu.

    Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing

    sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannyamenggunakan agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru,

    semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak sebarang

    bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman

    kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak

    ansur atau saling bertoleransi.

    Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja

    dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana

    negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja

    berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas

    menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua

    negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian

    daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.

    Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara

    menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara

    ini. Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    3/18

    setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di

    peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia

    kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin

    tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa

    Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah payung

    negara yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi

    raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar

    dipolitikkan sama sekali.

    Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia

    dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran

    Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang

    atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia

    terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang

    menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang seperti yang

    disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan.

    Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan,

    kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan

    Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan

    atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan

    memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan

    sosial untuk semua kaum di negara. Badan yangdipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian

    perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan

    kesahihan sesuatu undang-undang.

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    4/18

    Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara

    mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu

    masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru,

    kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikanundang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang

    bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang

    negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan

    (status sosial).

    Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan

    kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-

    undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi

    iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan

    undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas

    dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua

    warganegara Malaysia.

    Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa

    sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara.

    Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera

    apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada

    dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut

    Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan

    dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan

    jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan

    subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan

    sebagainya.

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    5/18

    Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini mempunyai kaitan yang

    rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti individu

    yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat

    dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mestimenjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat

    sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan

    pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa

    dan nilai-nilai murni.

    Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam

    konteks perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai

    kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya

    tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada

    membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum

    berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa,

    kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.

    Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan

    santun, berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa

    dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan

    mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia,

    beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan

    kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara itu.

    Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai internal cohesion

    atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangatpatriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung

    dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan

    keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    6/18

    Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia

    sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.

    Cara yang kedua, menghormati Perlembagaan Negara. Perlembagaan

    negara Malaysia ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan

    Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos 1957, dan digubal oleh

    Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan

    kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri,

    kedudukan raja-raja Melayu, memilih dan melantik Yang di-Pertuan

    Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orangMelayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu

    sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.

    Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang

    dirangkumi oleh prinsip ketiga ini adalah berkaitan dengan kedudukan

    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, dan

    kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sementara

    itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak

    Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di

    dalam Perlembagaan Negara Malaysia.

    Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera

    tetap juga diberikan. Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan

    Malaysia kepada mereka yang layak, sebagaimana yang termaktub di

    dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa Melayu

    dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain

    adalah tidak dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri

    dijadikan bahasa kedua Malaysia.

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    7/18

    Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya

    telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas

    untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut

    kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat jugadijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini.

    Pendeknya, tiada sesiapa pun, atau mana-mana pihak yang boleh

    menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.

    Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan

    Negara Malaysia mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan.

    Sesungguhnya, kalau Keluhuran Perlembagaan negara Malaysia ini

    tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan negara sudah

    berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya

    rakyat tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan

    Negara Malaysia ini.

    Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan

    rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan mengkritik

    Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa mengetahui langsung asal-

    usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung, menjunjung

    tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara

    Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap

    warganegara Malaysia, tidak kira bangsa, keturunan, agama, dan

    kebudayaannya.

    Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysiayang berbilang kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional.

    Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan supaya rakyat Malaysia

    bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai perpaduan kukuh,

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    8/18

    sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba

    memecah-belahkan kita.

    Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah

    terjamin kesejahteraan masyarakat majmuk, dan seterusnya akan

    melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu,

    demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan

    kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci

    kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk

    memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi

    kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.

    Cara yang ketiga jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia

    adalah Negara yang berdaulat dan mempunyai masyarakat yang

    majmuk. Jadi sebagai masyarakat yang harmoni, tidak salah jika

    menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali kita

    membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum. Sebagai contoh,

    masayarakat India tidak suka dipanggil keling ataupun paria. Perkara

    tersebut akan membangkitkan kemarahan mereka. Paria merujuk

    kepada kasta terbawah dalam masyarakat India.

    Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara

    kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku

    sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan

    literatur, rasisme dan seumpamanya.

    Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang

    melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan

    dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak

    sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan

    perkara-perkara stereotype.

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    9/18

    Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara

    terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil

    daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif

    ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga bolehmembawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang

    bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum.

    Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan

    memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta

    mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup

    tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan,

    perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan

    sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

    Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh

    sensitiviti kaum di negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi

    perlakuan ataupun kecenderungan melakukan sesuatu yang membawa

    kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja atau kerajaan,

    membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahankerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan

    perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan

    dan niat jahat serta konflik antara kaum, mempersoalkan dalam apa jua

    bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153 dan 181

    Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).

    Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan

    kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman

    ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan

    konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan

    hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi,

    menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    10/18

    bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan

    mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga

    menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang

    kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyatpelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan

    hubungan interaksi antara agama dan budaya.

    Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum 1969.

    Semasa kempen tersebut, parti-parti politik pembangkang yang

    bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan

    dan hak keistimewaan orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untukmemancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai

    rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Melayu. Insiden ini disusuli

    dengan perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan

    GERAKAN) yang memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya

    menafikan majoriti dua per tiga Parti Perikatan. Orang-orang Melayu

    pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan menjadi tidak

    terkawal dan akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

    Bukan itu sahaja, parti tersebut membangkitkan kemarahan orang

    melayu dengan membawa penyau sebagai lambang untuk mengusir

    orang melayu keluar dari Tanah Melayu. Bagi orang melayu penyapu

    merupakan tanda sial bagi mereka. Jadi perkara ini juga mendorong

    menaikkan kemarahan orang melayu ketika itu.

    Cara yang keempat, rakyat haruslah bergaul dan memupuk

    persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah

    menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.

    Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka

    digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    11/18

    membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran.

    Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak

    dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat

    Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi carayang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak

    dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan

    bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai

    bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan

    bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan

    permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak

    awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang

    dengan sempurna.

    Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab

    menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang

    kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan

    kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah

    membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakanprojek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat,

    dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah

    membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk

    menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang

    berlainan kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses

    menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan

    isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain.

    Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama bagai

    aur dengan tebing demi menzahirkan semangat perpaduan di

    peringkat sekolah.

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    12/18

    Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah

    negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu

    daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa,

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agarlulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

    (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah

    bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang

    kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

    Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa

    penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum

    menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah

    tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat

    kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah air

    agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli

    falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa

    sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.

    Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari

    sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini

    adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu

    perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum,

    seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee

    ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar

    Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api

    kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul

    Negarakuku. Lagu rap yang diubahsuai daripada lagu Negaraku

    berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-

    dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    13/18

    bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara

    dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan

    kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut

    untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkankeharmonian dan kedaulatan negara.

    Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam

    mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya

    menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,

    Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk

    mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui

    aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga,

    selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat

    juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada

    jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, serampang

    dua mata. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan

    Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat

    membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain.Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis

    permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti

    dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga.

    Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam

    memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan

    dalam kalangan masyarakat negara.

    Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan

    rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran

    negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia

    dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia

    sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    14/18

    Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini

    bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi

    persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga

    Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslahmenganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat

    perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran

    kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat

    menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum

    kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain

    dengan lebih lanjut. Kempen Cintai Bahasa Kita perlulah digiatkan

    dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa

    kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa

    kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan

    komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah

    menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar

    sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan

    semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya,

    usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan

    oleh rakyat dan bukannya seperti kera mendapat bunga agar

    perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.

    Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam

    menyokong aspirasi 1 Malaysia ialah dengan penubuhan sekolah

    wawasan. Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk

    memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan

    menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum

    berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang

    permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    15/18

    untuk saling mengenai dan memahami antara satu sama lain. Dengan

    itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat

    terhadap budaya, kepercayaan dan agama kaum lain. Tegasnya,

    sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum danseterusnya mempercepat integrasi nasional.

    Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga

    mampu mengekalkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat

    merealisasikan perpaduan nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti

    PLKN dilakukan secara berkumpulan dan segala aktiviti yang

    dilaksanakan memerlukan kerjasama antara semua peserta.

    Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah

    satu bumbung. Mereka akan menjalankan aktiviti bersama-sama,

    berinteraksi dan bergaul mesra. Mereka akan terdedah kepada corak

    hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman

    yang lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan ini, tembok

    pemisah antara kaum dapat diruntuhkan disamping mengekalkan

    keharmonian negara.

    REFLEKSI.

    Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan

    tema sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu Perpaduan

    Teras Kejayaan. Jika slogan tersebut dibaca dengan teliti, slogan

    tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup

    bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara.

    Sebagai pembuka bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan

    dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam

    mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    16/18

    kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan

    negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam

    sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan

    perpaduan kaum di negara ini?

    Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara

    Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan

    masyarakat Malaysia penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020.

    Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad,

    telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama

    Majlis Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya,

    beliau mengemukakan perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran

    pertama untuk membentuk sebuah negara yang utuh. Perpaduan

    hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum dan

    agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa

    perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap

    kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan 2020 akan tercapai

    dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

    Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai

    kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan

    bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih

    khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini.

    Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah

    dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan

    masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip

    Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat

    Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    17/18

    Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah

    memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama;

    bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang

    sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikanialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan

    kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi

    warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini

    boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan

    kemerdekaan, dan hari patriotik.

    Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat

    toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu

    menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka

    berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah

    juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis.

    Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan

    dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi

    kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral parapelajar.

    Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah

    sekolah rendah, iaitu SK, SJK (C), dan SJK(T) dalam satu kawasan

    mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan

    menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan

    perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan

    bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan

    semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan

    semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal

    usia pelajar lagi.

  • 7/22/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Di Malaysia

    18/18

    Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti

    kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan,

    dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem

    akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaumseperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah

    bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan

    integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah

    pelajar.

    Sebagai intihanya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

    Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini

    memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh

    semua pihak, seperti isi dengan kuku. Janganlah mengizinkan sejarah

    hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat

    seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara,

    bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, marilah kita bergabung idea

    dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman

    yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana perjalanan seribu batu

    bermula dengan langkah pertama. Majulah bangsa demi negara!