cara mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian agama

Upload: azlan-azmi

Post on 08-Jul-2018

383 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    1/13

    CARA MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN AGAMA

    MUKADDIMAH

    Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan negara ini

    sebuah negara yang unik.Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri

    seperti agama,kepercayaan dan adat resam tersendiri.Setiap kaum diberi

    kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping

    menghormati kebudayaan kaum-kaum lain.

    Dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa

    agama slam merupakan agama Persekutuan.!amun pada masa yang sama,

    agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana

    bahagian Persekutuan. "usteru, kepelbagaian agama dan kepercayaan di dalam

    negara tidak menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagaikaum.

    Defnisi perpaduan

    Kamus Dewan #disi Ketiga terbitan Dewan $ahasa dan Pustaka mentakri%kan

    perpaduan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan, dan

    perihal berpadu &bergabung menjadi satu, sepakat dan lain-lain', persatuan,

    manakala keutuhan bermaksud perihal &si%at,keadaan' utuh.

    Perkataan perpaduan menurut (aji Mohd Shahrir (aji )bdullah berasal daripada

    perkataan padu iaitu mampat, pejal dan padat. Perpaduan juga bermaksud

    penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Menurutnya

    lagi, lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan perpecahan. "adi,

    perpaduan dari segi tuntutan slam adalah satu perkara yang baik iaitu makru% 

    manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu mungkar.

    Perpaduan dapat dirungkaikan dengan kata lain iaitu, penggabungan serta

    hubungan erat yang bersi%at toleransi bagi mencapai matlamat secara jujur dan

    ikhlas. Perpaduan juga adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi

    membentuk satu identiti dan menanamkan perasaan cinta dan banggakan!egara.Perpaduan juga boleh dide*nisikan sebagai +satu proses bagi

    mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari

    segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

     

     erdapat pelbagai agama yang dianuti di negara Malaysia,antaranya agama

    slam, agama $uddha, agama Kristian, agama (indu dan lain-lain.

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    2/13

    Kepelbagaian agama

    )gama merupakan satu sumber yang berpengaruh bagi mengeratkan perpaduan

    ummah dalam proses sosialisasi rakyat.!ilai-nilai murni dikongsi bersama oleh

    pelbagai agama iaitu slam.(indu, $uddha,Kristian dan lain-lain.)dalah penting

    nilai-nilai sejagat yang positi% ditonjolkan daripada membangkitkan perbeaandan keanehan yang merendahkan maruah mana-mana pihak.Sebagai prinsip dan

    pedoman hidup, amalan agam hendaklah menyokong kesaksamaan, keamanan,

    keadilan,toleransi dan kesejahteran rakyat.

    Kepelbagaian budaya, bangsa dan agama adalah ketentuan )llah yang penuh

    dengan hikmah. )lam ini dipenuhi dengan pelbagai ciptaan dan makhluk

    sebagai bukti kebesaran dan keagungan )llah. alaupun terkadang antara

    ciptaan tersebut dilihat saling bertentangan seperti kejadian malam dan siang,

    langit dan bumi, lelaki dan perempuan dan sebagainya. !amun inilah kebesaran

    )llah yang boleh melakukan apa sahaja tanpa mampu ditahan atau disekat.

     "usteru, hal ini juga mempunyai persamaan dengan perbeaan yang ada pada

    setiap manusia khususnya yang menyentuh soal anutan atau kepercayaan.

    Perbeaan ini bukanlah alasan untuk melakukan pencerobohan terhadap pihak

    lain, tetapi seharusnya diyakini bahawa ia memberi petunjuk manusia perlu

    kenal-mengenali, bertolak ansur, bekerjasama kerana itulah hikmah terbesar

    kepelbagaian seperti ini yang disebut di dalam kitab )l-/uran.

    Keharmonian sosial dalam konteks sesebuah negara merupakan impian setiap

    indi0idu dan kerajaan kerana tanpa keharmonian, negara tidak akan mencapai

    kestabilan dan keutuhan dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. 1abaran

    yang lebih besar sekiranya sesebuah negara itu dihuni oleh pelbagai etnik yang

    semestinya menganut pelbagai agama dan memiliki seribu satu adat dan

    budaya yang ingin diamalkan dan diwarisi. (akikatnya, bumi ini adalah

    seumpama sebuah negara yang besar yang dihiasi dengan pelbagai bentuk

    keunikan budaya dan peradaban .

    )tas kebijaksanaan )llah dan hikmah!ya yang agung, manusia yang menghuni

    bumi ini, walaupun mempunyai pelbagai perbeaan perlu berinteraksi24 dan

    bekerjasama bagi memastikan kestabilan dan keharmonian seluruh masyarakat

    manusia. nteraksi ataupun dialog antara manusia ini merupakan suatu

    kemestian dan perlu diusahakan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai

    rintangan dan kesukaran.

    Malaysia merupakan !egara yang istimewa. Kepelbagaian masyarakat yang

    terdiri dari berbilang etnik, budaya dan agama menjadikan !egara ini begitu unik

    dan mencabar kepimpinan dan pentadbirannya. 5saha-usaha ke arah

    menghapuskan halangan komunikasi antara masyarakat yang pelbagai ini sering

    menjadi agenda utama bagi mewujudkan pembinaan masyarakat Malaysia yang

    bersatu padu.

    Masyarakat Malaysia dilihat mempunyai pengalaman sejarah yang harmonis

    antara semua bangsa dan agama. Mereka bebas menjalankan akti0iti kehidupan

    dan akti0iti keagamaan malah boleh berinteraksi antara satu sama lain secara

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    3/13

    harmoni dan sejahtera. Suasana ini wujud kerana sikap masyarakat yang terbuka

    dan bersedia berkongsi prasarana !egara dan bertoleransi dalam mencapai

    kesepakatan dalam pembangunan yang dirancang.

    alau bagaimanapun, kadang6kala timbul beberapa isu dan kon7ik yang

    menggugat perhubungan yang sedia terjalin itu, sebagaimana lidah yang seringtergigit, inikan pula manusia yang mempunyai kepelbagaian pendapat, tingkah

    laku dan sikap. Malah perbeaan nilai-nilai bangsa dan agama sering

    menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum ini bagi

    mendapatkan hak dan kepentingan bangsa serta agama masing-masing.

    su polemik ini penting untuk diperkatakan kerana komposisi rakyat Malaysia

    yang mempunyai keanekaragaman yang mungkin boleh malahirkan perasaan

    curiga, prasangka, dengki dan pelbagai si%at negati% yang boleh mencetuskan

    suasana huru-hara, kacau bilau dan pertumpahan darah. Peristiwa 3 Mei 898

    merupakan sejarah hitam yang mencetuskan sejarah perkauman di Malaysia

    kerana si%at-si%at yang disebutkan. Malah beberapa isu perkauman terus berlaku

    apabila wujudnya isu perpecahan kaum di Kampung Medan, isu membakar

    gereja, isu membuang kepala khinir dalam masjid, isu menconteng surau dan

    sebagainya yang jika terus dibiarkan akan menggugat kestabilan !egara.

    Kadang kala kita selalu memandang bangsa lain dengan remeh.Perlu

    diingatkan,setiap daripada kita tidak sempurna.:leh itu berlapang dada terima

    kekurangan orang lain kerana kita juga mempunyai kekurangan diri.

    Realiti masara!at ang terdapat di Malasia

    Sejarah Malaysia memiliki latar belakang penerimaan pelbagai kaum dan agama

    lain dalam melaksanakan pembangunan ekonomi di bawah pemerintahan $ritish

    &divide and rule'. Kesediaan orang Melayu menerima kaum-kaum lain dan agama

    mereka telah membuka jalan bagi pergaulan etnik yang bersepadu iaitu orang

    Melayu, 1ina, ndia dan kaum bumiputera lain seperti ban, Kadaan dan

    sebagainya. $ahkan !egara Malaysia telah menerima liga agama utama dunia

    iaitu slam, $uddha, (indu, Sikh dan Kristian di samping pelbagai

    kepercayaan animisme.

    Penerimaan masyarakat Melayu terhadap kehadiran kaum dan agama lain

    mempunyai kaitan yang akrab dengan agama slam. Kehadiran agama slam

    yang dibawa oleh para mubaligh slam dan penerimaan raja-raja Melayu sebagai

    ketua !egara telah mensinonimkan bangsa Melayu dengan agama slam.

    ;antaran itu, agama slam yang kita kenal hari ini telah berjaya

    mengintegrasikan dan menyatupadukan masyarakat hingga ke hari ini.

    Dimensi agama merupakan satu pendekatan perpaduan untuk menyatupadukan

    masyarakat sesama kaum dan antara kaum. Di Malaysia, amalan perpaduandalam kalangan pelbagai kaum telah lama di*kirkan oleh para pemimpin dari

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    4/13

    sudut penekanan agama. Malah syarat mendapatkan kemerdekaan dari tangan

    $ritish ialah perpaduan yang dimasukkan dalam agenda Perlembagaan

    Persekutuan yang dibentuk. Dalam artikel 3&' ada menyebutkan bahawa,

    ukun !egara untuk setiap lapisan masyarakat, iaitu

    kepercayaan kepada uhan, kesetiaan kepada >aja dan !egara, keluhuran

    perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.Prinsip yang dibentuk ini merupakan ikrar setiap rakyat Malaysia bagi

    mewujudkan rasa cinta dan taat setia kepada !egara di bawah satu payung

    pemerintahan tanpa mengira bangsa dan agama.

    Perlembagaan ber%ungsi mengisi konsep kenegaraan dan telah memperuntukkan

    agama slam sebagai agama rasmi persekutuan. Kedudukan bahasa Melayu pula

    diangkat menjadi bahasa rasmi !egara dengan keistimewaan institusi >aja-raja

    Melayu berperlembagaan. Penerimaan kepada perlembagaan ini juga merupakan

    kesediaan setiap indi0idu untuk bersatu, bekerjasama dan berkongsi dengan

    menghormati budaya dan kepercayaan masing-masing.

    )gama slam yang diangkat sebagai agama rasmi !egara telah membolehkan

    penganut agama-agama lain mengamalkan agama mereka dengan aman.

    Kewujudan pelbagai bangsa dan agama merupakan sesuatu yang sudah

    ditetapkan dan sebagai sebahagian dari nikmat )llah S. )llah ber*rman dalam

    Surah al-(ujurat ?8 ayat 3 yang bermaksud, “Wahai umat manusia!

    Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu, dari lelaki dan perempuan dan

    kami telah menadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu

    berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan lain" Sesungguhnya

    semulia-mulia kamu di sisi #llah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamubukan yang lebih keturunan atau bangsanya$ sesungguhnya #llah amat 

    mengetahui dan amat mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan

    kamu$"%

    )yat di atas menjelaskan bahawa manusia ini sama sahaja di sisi )llah tanpa

    melihat kepada bangsa, warna kulit dan kedudukannya. slam juga melihat

    masyarakat bukan slam sebagai anggota masyarakat yang diberi hak untuk

    hidup bersama dengan rukun dan damai. iada halangan untuk mereka saling

    bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. alau bagaimanapun, )llah S

    hanya membeakan kedudukan manusia di sisi-!ya adalah dari segi keimanan

    dan ketakwaannya kepada )llah S.

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    5/13

    )llah tidak memandang rupa rupa manusia,tetapi Dia memandang hati manusia

    itu sendiri.

     erdapat pelbagai cara mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian

    agama.)ntaranya@

    . Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan

    Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya

    merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku

    setiap indi0idu. Aaktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam

    mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.

     erdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu amadun

    Melayu, amadun ndia, amadun 1ina, amadun $arat dan amadun

    slam.Dalam kata erti lain iaitu agama slam, agama (indu, agama $uddha,

    agama Kristian dan lain-lain. Kesemua tamadun dan agama ini bergerak dan

    membina pengaruhnya dalam kehidupan bangsa yang mendokonginya. (al ini

    bukan sahaja membentuk struktur pemikiran dan kebudayaan pelbagai kaum

    tersebut bahkan telah membentuk perspekti% moral dan kepercayaan mereka.

    alaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan

    dan tradisi sesuatu bangsa, kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan

    norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Baris

    persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain

    walau berbea agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan

    mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. )ntara nilai-nilai yang

    ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam

    hubungan kemanusiaan, dan kemesraan.

     

    (ubungan kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya

    merupakan aspek nilai yang wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap

    agama telah mengajarkan etika hubungan sesama manusia yang menekankan

    kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk semua manusia. Malah si%at ini akan

    melahirkan si%at tolong-menolong, suka melakukan amal kebajikan dan

    berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan

    masyarakat.

    slam juga melihat perhubungan sesama manusia sebagai sebahagian daripadaibadat. Dasar perhubungan antara manusia ditekankan dalam mewujudkan

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    6/13

    persaudaraan, bekerjasama dan sikap saling bantu-membantu. Permusuhan,

    kon7ik dan persaingan yang tidak adil perlu dibendung untuk mengelakkan

    pertelagahan bagi mengukuhkan perdamaian dalam hubungan antara manusia

    &hablum min al-nas'. ni kerana semua manusia itu adalah makhluk yang

    berpunca dari penciptaan yang sama iaitu )dam. )llah S ber*rman dalam

    Surah al-(ujurat ayat C yang bermaksud,

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    7/13

    slam tidak melarang masyarakat slam untuk berbuat baik dan berlaku adil

    terhadap orang lain selagi mereka tidak memerangi umat slam kerana agama.

    )l-/uran menjelaskan bahawa peperangan dan penentangan yang dibenarkan

    dalam slam adalah untuk tujuan mempertahankan diri, kehormatan, harta,

    keturunan dan agama sahaja. Perkara ini ditekankan dalam Surah al-(aj CC ayat

    38 yang bermaksud,

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    8/13

    Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan

    Melayu juga diberi ruang dan peluang untuk bergerak akti% dalam politik dan

    ekonomi !egara. (al ini mewujudkan keseimbangan antara kaum dan

    mewujudkan kesamarataan sosial serta melahirkan si%at perlumbaan secara adil

    serta mengurangkan diskriminasi dan kon7ik antara kaum yang ada. :leh itu,

    setiap lapisan masyarakat perlu berpegang teguh kepada asas persetujuan ini

    dan sentiasa menanamkan nilai %aham-memahami dan hormat-menghormati.

     

    3. Menyemai pergaualan dengan perse%ahaman dan si%at hormat-menghormati

    Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang

    tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi

    !egara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang 6larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. :leh itu, bagi memastikan

    kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan

    bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.

    Perse%ahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa

    dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan

    kaum. Sensiti0iti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-

    masing %aham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang

    adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistempendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.

    )llah ber*rman dalam Surah al-Muntahanah, 9I ayat H yang bermaksud,

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    9/13

    masyarakat sama ada di kalangan masyarakat slam mahupun masyarakat

    bukan slam. 5mat slam sendiri tidak seharusnya memencilkan diri untuk

    berbincang tentang slam hanya dalam kalangan umat slam sahaja. Pendedahan

    terhadap nilai-nilai slam perlu dijelaskan bagi membantu orang bukan slam

    memahami nilai-nilai slam yang uni0ersal itu dan menghormatinya sebagai

    agama rasmi !egara.

     

    >akyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu

    menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang ber*kir dan bertindak ke

    arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan

    harmoni bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan negara. Sejajar dengan

    ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan

    lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan

    makmur.

    )ndai aspek berikut dilakukan, perpaduan bakal sentiasa kekal dalam

    masyarakat sampai bila-bila.

    Peranan yang telah kerajaan lakukan dalam mengekalkan perpaduan adalah

    seperti berikut@

    'D)S)> S)5 M);)ES)

    Konsep satu Malaysia dijelaskan oleh E)$ DatoJ Seri Mohd !ajib un )bdul

    >aak sebagai,

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    10/13

    kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita ni bukan bererti kita

    mengetepikan dasar a*rmati%, dasar untuk menolong kaum $umiputera asalkan

    dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan

    kepada golongan $umiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan

    daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang

    kita amalkan sejak sekian lama=

    Dasar ini dibentuk bagi tujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

    negara yang meneruskan nilai-nilai perpaduan dan si%at hormat-menghormati

    antara kaum dan agama serta melaksanakan kehidupan sebagai rakyat Malaysia

    bukan berdasarkan kaum atau agama tertentu. Mereka perlu ber*kir melepasi

    sempadan kaum masing-masing agar bertindak tanpa memikirkan kepentingan

    etnik dan kaum masing-masing.Dasar ini juga menegaskan agar setiap tindakan

    yang hendak dilaksanakan perlu berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik

    dalam negara ini terutama peranan pemimpin yang perlu menangani semua

    permasalahan dan tuntutan keperluan serta hak semua kaum dan etnik diMalaysia.

    Dasar ini dibentuk sebagai pelan tindakan para pemimpin dalam melaksanakan

    tugas kepimpinannya. a membawa matlamat untuk mengekalkan perpaduan

    dalam kepelbagaian masyarakat yang menjadi tunggak kekuatan Malaysia dan

    mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat melalui slogan,

    akyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.=

    Sebagai merealisasikan hasrat dan matlamat ini, Satu Malaysia digerakkanberdasarkan tiga prinsip teras iaitu prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan

    prinsip keadilan sosial. Ketiga-tiga prinsip teras ini penting untuk tujuan

    memperkukuhkan perpaduan nasional. Penekanan terhadap penerimaan di

    kalangan rakyat berbilang kaum dan penerimaan keunikan pelbagai kaum akan

    mewujudkan si%at hormat-menghormati antara satu sama lain sebagai rakyat

    Malaysia. Prinsip kenegaraan pula menerapkan semangat perpaduan, semangat

    nasionalisme dan semangat cinta akan negara sebagaimana yang termaktub

    dalam >ukun !egara sejak sekian lama. Manakala prinsip keadilan pula membela

    nasib semua kaum serta mengambil kira tara% kemajuan kaum yang berada pada

    tahap yang berbea agar pembelaan yang sewajarnya diberikan kepadagolongan yang memerlukan.

    Ketiga-tiga prinsip tersebut mendasari konsep Satu Malaysia dan memerlukan

    pemimpin yang sentiasa mengamalkan lapan prinsip kepimpinan iaitu

    mewujudkan budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,

    kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

    C'>ukun !egara sebagai strategi Pemantapan Perpaduan

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    11/13

    1ara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah

    3 Mei 898 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan

    >ukun !egara. Selepas peristiwa tersebut bagi mengelakkan peristiwa tersebut

    berulang un )bdul >aak Perdana Menteri yang kedua ketika itu telahmemperkenalkan >ukun !egara. Pihak yang bertanggungjawab merangka >ukun

    !egara ialah Majlis Perundingan !egara &M)P#!' yang dipengerusikan un )bdul

    >aak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua. Dengan adanya

    >ukun !egara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu ekoran

    perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga

    ke tahap hari ini. >ukun !egara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. a telah

    dibentuk pada 3 :gos 8GI oleh Majlis Berakan !egara iaitu setahun selepas

    berlakunya tragedi 3 Mei 898 yang menghancurkan perpaduan dan

    ketenteraman negara. erdapat lima prinsip dalam >ukun !egara tersebut.

    Kepercayaan Kepada uhan, Kesetiaan kepada >aja dan !egara, KeluhuranPerlembagaan, Kedaulatan 5ndang-5ndang serta Kesopanan dan Kesusilaan.

    1uba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik >ukun !egara

    tersebut.

    Pertama, prinsip Kepercayaan kepada uhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa

    asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di

    negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan

    kepada uhan &atheis' seperti %ahaman komunis tidak akan mendapat tempat di

    negara ini. ni adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalammembentuk rohani &spiritual' masyarakat kita.

    Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa slam adalah

    agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh

    diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada uhan seharusnya dapat

    menerapkan kepercayaan beragama secara positi% yang boleh membangun

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    12/13

    )gong &EDP)' adalah ketua negara. Perkara ?? pula menyebut bahawa EDP)

    adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Parlimen di negara ini.

     "usteru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada >aja dan !egara menjadi unsur

    dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara

    Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada EangDipertuan )gong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki

    menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka

    bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Eang di-Pertuan )gong.

    Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia

    yang patriotik dan bersatu padu kerana >aja adalah

  • 8/19/2019 Cara Mengekalkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian Agama

    13/13

     Kelima.prinsip Kesopanan dan Kesusilaan.(asrat prinsip ini adalah untuk

    memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersopan santun dan penuh

    tatasusila.Prinsip ini juga menekankan perkembangan personaliti dan tingkah

    laku seseorang rakyat.Kesopanan dan kesusilaan ini juga berkaitan dengan tutur

    kata seseorang dan prinsip ini dapat menjamin bahasa yang lembut dan

    perbuatan yang halus untuk menjamin hubungan baik sesama kaum terus kekal.

    (ubungan baik ini juga boleh terjamin sekiranya rakyat sentiasa berakhlak

    mulia, menghormati orang lain, mengelakkan diri daripada menyentuh hal-hal

    yang sensiti0e dan perkara-perkarayang telah dipersetujui

    majoriti.Pembentukkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni dapat

    dilahirkan sekiranya setiap indi0idu dalam masyarakat boleh berpegang teguh

    kepada prinsip kelima ini.

    (arap perkongsian sebentar tadi memberi man%aat.

    Dengarkan serangkap pantun

    Sekian sahaja daripada kami

    Sedikit ilmu yang dapat dikongsi

    Salah dan silap harap maa*

    Semoga kita bersua lagi