cara mengajar teknik nyanyian

Upload: gladys-tan-jiao-qi

Post on 23-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Cara Mengajar Teknik Nyanyian

    1/2

    Cara mengajar teknik nyanyian

    Bagi menarik perhatian murid-murid untuk belajar cara nyanyian dengan berkesan,

    pertama kita perlu menggunakan cara mengajar yang sesuai dengan murid-murid.

    Contohnya, kita perlu memastikan murid-murid dapat belajar dalam keadaan yang bersedia

    dan perasaan yang gembira. Kita sebagai pendidik tidak sepatutnya memaksa murid

    menyanyi. Sebaliknya, kita menerangkan teknik nyanyian dengan permainan kecil yang

    disukai oleh murid-murid. Selain itu, cara demonstasi juga merupakan cara yang popular

    dan effectif semasa mengajar murid menyanyi.

    Cara pertama ialah menyanyi lagu yang mudah dahulu. Lagu mudah mempunyai

    melodi yang pendek dan lirik yang mudah difahami dan ingati seperti lagu ain, ain, !o

    "#ay$ dan lagu ing "round the osie$. Kedua-dua lagu ini turut mempunyai minor ketiga

    yang mudah dikuasai oleh murid pada peringkat permulaan.

    Cara kedua ialah membuat demostrasi nyanyian. %emostrasi dengan nyanyian tanpa

    iringan mu&ik adalah lebih berkesan berbanding dengan memainkan lagu dalam C%.

    Semasa guru menyanyi, murid akan melihat bentuk mulut dan cara bernafas semasa

    bernyanyi. !uru yang membuat demotrasi tidak semestinya perlu menyanyi dengan

    sempurna, namun perlulah mengutamakan cara menunjukkan cara nyanyian kepada murid

    dengan betul dan jelas.

    Kebiasanya, guru akan menggunakan isyarat tangan yang tertentu untuk memimpin

    muridnya menyanyi mengikut bit, dinamik dan ekpresi lagu. 'amun, bagi mengajar murid-

    murid untuk menguasai cara bernyanyi pada peringkat permulaan, isyarat itu mungkin akan

    membebankan murid. (adi, pada peringkat permulaan, isyarat tangan yang mudah boleh

    digunakan bagi murid yang sukar menyanyi menepati pitch yang betul. !uru akan

    menggerakkan tangan dari aras atas ke ba#ah mengikut pergerakkan not lagu agar muridlebih mudah memahami pergerakan not sepanjang lagu.

    Selain itu, bagi kanak-kanak yang baru belajar menyanyi do-re-mi, guru boleh

    mengunakan seluruh badan untuk me#akili perbe&aan pitch antara setiap not yang berbe&a.

    Contohnya, %o pitch rendah - lutut, e - paha, )i - pinggang, *a - dada, Sol - bahu, La -

    mata, +i - dahi, dan %o tinggi- kepala. a akan lebih mudah difahami berbandingkan isyarat

    tangan yang tradisional. Selepas murid berjaya menyanyi dengan pitch yang betul, barulah

    guru meneruskan dengan memperkenalkan isyarat tangan yang traditional.

  • 7/24/2019 Cara Mengajar Teknik Nyanyian

    2/2

    ujukan

    +ips +o +each Kids +o Sing. /0nline1. "2aible

    http33singing.about.com3od3singingforkids3a3+each-+oddlers-+o-Sing-By-4a2ing-*un.htm . /56

    dec 56781

    http://singing.about.com/od/singingforkids/a/Teach-Toddlers-To-Sing-By-Having-Fun.htmhttp://singing.about.com/od/singingforkids/a/Teach-Toddlers-To-Sing-By-Having-Fun.htm