cara membalas jasa ibu bapa

2
Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu, dengan izin tuhan, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita. Selain itu, kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita tidak boleh menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu. Seterusnya, kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya. Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi semua keinginan kita. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya.

Upload: aloohadatruth

Post on 06-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KARANGAN

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Membalas Jasa Ibu Bapa

Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan

dikandung ibu, dengan izin tuhan, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga

dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak,

kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya,

kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam

pelajaran sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya

setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran

boleh menentukan masa depan kita.

Selain itu, kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan

tingkah laku yang mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap

kasar. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai

pedoman hidup. Kita tidak boleh menyinggung perasaan mereka dengan tingkah

laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris dengan

sembilu.

Seterusnya, kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu

mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita

sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya

akan meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh

membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan

sebagainya.

Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan

asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak

mereka memenuhi semua keinginan kita. Contohnya, kita mendesak mereka

membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya.

Akhir sekali, kita tidak seharusnya membandingkan kemampuan ibu bapa

kita dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu mengamalkan prinsip

‘ukur baju dibadan sendiri’, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan

kulit.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang

ringgit. Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh

Page 2: Cara Membalas Jasa Ibu Bapa

itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan

mereka.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ