fenomena baju ‘bukan tanah bapa hang' · mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja. anugerah...

1
D I MANA silapnya? Orang ra- mai terus merungut kerana kos sara hidup meningkat. Golongan mana yang begitu terasa dan pihak mana pula yang tidak terasa apa-apa? Apakah yang me- nyebabkan ramai yang terasa kesan kenaikan ini atau sekadar perasaan awal tahun setiap kali musim perse- kolahan bermula? Kebanyakan atau hampir semua ibu bapa tidak perlu lagi membeli buku teks kerana se- muanya percuma. Jika perlu beli pun, hanya buku latihan dan ruju- kan. Yuran juga tidak dikenakan ke- cuali apabila mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membuat keputusan bersetuju mengenakan yuran tertentu. Malangnya apabila keputusan PIBG dilaksanakan, ibu bapa ‘melompat’ membantah. Dis- uruh hadir mesyuarat tidak hadir, diminta pandangan tidak bersuara, disuruh mengundi, tangan diangkat tanda setuju! Salah siapa? Jika dulu kenaikan harga minyak dikatakan menjadi punca harga ba- rang meningkat, kini apabila harga petrol dan diesel turun, bagaimana dengan harga barang? Jika dulu naik 10 sen, kecoh tetapi bila turun, ada yang tidak mampu bersuara. Adakah kita hanya tahu mengkritik dan menghentam apabila berlaku kenaikan? Apakah kesan sebenar di sebalik kejatuhan harga minyak du- nia? Adakah kejatuhan itu memberi manfaat kepada kebanyakan peng- guna jika harga barangan keperluan masih tinggi? Adakah kejatuhan itu memberi kesan kepada kedudukan ekonomi negara? Berapa banyak ba- rang yang turun harga? Berapa har- ga secawan teh tarik, roti canai, air suam, ais kosong, nasi lemak? Beru- bahkah? Bagaimana pula tambang teksi, LRT, komuter, kadar tol, harga gas memasak dan pelbagai lagi? Berapa ramai peniaga yang mengembalikan saiz roti canai ke- pada asal sebelum kenaikan petrol supaya harganya berbaloi selepas kejatuhan harga petrol? Sudah men- jadi kelaziman, amat sukar harga barang yang naik sebelum ini akan turun lebih-lebih lagi apabila tidak ada penguatkuasaan. Pemantauan oleh pihak berkuasa amat pent- ing tetapi sejauh mana kesannya? Pantau tanpa tindakan. Akhirnya, kedudukan sama sahaja. Pi mai pi mai tang tu’ (tidak berganjak). Para peniaga sering menggunakan alasan stok lama yang harganya lebih tinggi setiap kali masyarakat pengguna mendesak supaya harga jualan diturunkan seperti sebelum kenaikan harga petrol. Kalau mahu menaikkan harga barang, hari ini diumumkan petrol akan naik harga keesokannya, petang ini, stok ba- rang habis. Begitulah sesetengah peniaga ‘bermain harga’ untuk mencari untung. Begitu juga dengan perkhidma- tan kepada pengguna. Sering kali apabila berlaku kenaikan, pelba- gai nasihat dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuklah ‘memulau’ barangan dan perkhidmatan teta- pi bagaimana pula dengan sikap peniaga yang memberi 1001 alasan? Sikap tamak dan tidak bertimbang rasa golongan peniaga ini perlu di- pantau. Kedudukan harga terletak di tangan peniaga. Merekalah yang harus bertanggungjawab menu- runkan harga barang tanpa dipaksa. Adakah terlalu sukar untuk menu- runkan harga? Alasan apa yang hen- dak digunakan? Mungkinkah dis- ebabkan harga minyak yang tidak menentu menyebabkan mereka su- kar menurunkan harga dan mencari pelbagai alasan? Ada peniaga yang menyatakan harga tidak dapat ditu- runkan kerana pelbagai kos. Kita tunggu nanti bagaimana harga ikan melambung apabila bekalan kurang disebabkan ikan lari ke tengah laut akibat cuaca panas. Menyelak semula harga barang makanan, pastinya kita akan ter- jumpa pelbagai harga bagi sejenis makanan atau minuman. Tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Contohnya secawan teh O? Adakah RM1, RM1.20 sen atau lebih? Mungkin harga mengikut lokasi dan taraf - gerai, kantin, kedai dan restoran. Baru-baru ini ketika di Port Dickson, saya terserempak dengan gerai yang menawarkan teh O pada harga 50 sen. Kenapa murah? Begitu juga harga di Kedai Menu Se- jahtera di Kubang Pasu yang menya- jikan makanan murah - nasi ayam RM2, bihun sup dan laksa RM1, air batu campur (ABC), laici kang dan cendol juga RM1. Adakah kerana kedai itu di Kedah Darul Aman? Bagaimana pula den- gan harga berpatutan di Restoran Rakyat 1Malaysia (RR1M) di Kuala Lumpur? Begitu juga dengan viral seorang anak muda menjual donat 10 sen sebiji di Kuala Lumpur. Ambil juga contoh harga sebotol air min- eral 500ml atau 600ml. Ada yang jual sehingga RM1.70 sedangkan ada jenama lain dijual pada harga RM1, RM1.20 atau RM1.40. Adakah jenama menjadi penentu? Itu be- lum kira air minuman biasa. Sudah tentu, pihak berkuasa akan berkata, air bukan barang kawalan. Ambil juga contoh semangkuk cendol. Ada yang jual sehingga RM3 tetapi kand- ungannya, sedikit cendol dan lebih banyak ais atau air batu. Tidak ada bahan lain seperti kacang atau jag- ung. Ada juga yang jual mahal tetapi berbaloi. Semua ini terletak kepada penia- ga, bagaimana mereka mahu mele- takkan harga. Biarlah peniaga dan pengguna dalam situasi menang- menang. Seperti kata Muhammad Waliuddin Chua, penjual donat 10 sen: “Saya anggap ini sumbangan amal jariah kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila me- mikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan’’. Berapa ramai peniaga yang bersikap demikian? Adakah mereka tidur lena selepas mengambil untung berlebihan? Berkaitan dengan pengangkutan awam, seperti yang pernah diselak dalam ruangan ini, rakyat perlu di- galakkan membayar mengikut tiket mingguan, bulanan atau konsesi. Golongan pelajar, warga emas dan orang kurang upaya perlu meman- faatkan tiket konsesi. Bagi peng- guna yang sering berulang alik termasuk kakitangan awam dan swasta hendaklah mengambil kes- empatan menggunakan pas ming- guan atau bulanan yang menawar- kan potongan harga. Begitu juga penggunaan kad touch ‘n go yang boleh menjimatkan sedikit walau- pun tidak banyak. Ketika kita ter- paksa berhadapan dengan kenaikan harga, sebarang usaha untuk mem- bantu mengurangkan kos perlu di- lakukan. Pada masa yang sama apa yang diharapkan, jawatankuasa tertinggi menangani kos sara hidup rakyat dapat mencari jalan keluar bagi membantu rakyat berhadapan dengan kos sara hidup ini. Enam kementerian yang duduk bersama berbincang diharap dapat mem- bantu meringankan beban rakyat. Jangan sampai mereka ‘mengikat perut’ dalam sebuah negara yang ‘melimpah’ dengan makanan ini. Pantaulah dan bertindaklah. Tidak ada gunanya menubuhkan pelbagai jawatankuasa yang akh- irnya keputusan terhenti di meja mesyuarat tanpa tindakan susulan. Jelaskan kepada rakyat kenapa se- setengah harga tidak mampu di- kawal atau tidak boleh diturunkan. Jangan biarkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terus meng- hantui rakyat dan menjadi ‘mangsa’ untuk dipersalahkan. SELAK HASSAN MOHD. NOOR [email protected] Sebotol air mineral 600ml. dengan pelbagai harga

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FENOMENA BAJU ‘BUKAN TANAH BAPA HANG' · mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja. Anugerah yang sepatutnya diberikan kepada individu layak dan banyak ber-jasa, bagaikan sudah

11RENCANAUTUSAN MALAYSIA • ISNIN 11 JANUARI 2016

Hentikan ‘kegilaan’ ini

FENOMENA BAJU ‘BUKAN TANAH BAPA HANG'

SEORANG tukang urut dan seorang lagi pesara kerajaan. Mereka juga bukan kerabat diraja tetapi menggunakan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia....’. Lebih memalukan,

mereka turut menganjurkan majlis penganugerahan darjah dan pingat - paling popular bagi anugerah mendapat gelaran `Datuk’ dan `Datuk Seri’.

Selain mereka, ada lagi individu yang turut melakukan perbuatan sama dengan menggunakan pelbagai gelaran dan mengaku pewaris keturunan `sultan’ dan `raja’. Apa yang merimaskan, ada pula individu yang bersedia mengeluarkan wang bagi membolehkan mereka mendapat pingat demi un-tuk bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’.

Kalau teliti satu demi satu nama penerima tersebut, kita akan tertanya-tanya siapakah mereka dan apakah sumbangan mereka? Kita tidak tahu apa-apa pasal mereka ibarat bahasa anak-anak muda, kat mana kau kutip budak ni?

Darjah dan pingat apatah lagi yang membawa gelaran `Da-tuk’ dan `Datuk Seri’ perlu diberikan kepada mereka yang be-nar-benar layak menerimanya, bukannya berdasarkan berapa jumlah yang mampu mereka bayar untuk memperolehinya.

Bagaimana kalau yang membayar itu adalah ‘kepala’ dalam kegiatan haram? Tidakkah gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ tersebut akan memudahkan mereka menjalankan perbua-tan jenayah mereka? Seperkara lagi, mereka yang mendapat anugerah ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ palsu itu bagaimanapun tidak pernah berasa malu. Ramai yang meletakkan dalam kad-kad nama seolah-olah itu anugerah sah yang disampai-kan oleh raja-raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri.

Persoalannya, sampai bilakah kita akan membiarkan ‘kegi-laan’ ini berterusan? Ini bukan isu baharu malah sudah ber-tahun-tahun berlaku tetapi sampai ke hari ini, mereka yang ditahan hanya didakwa ‘paling kuatpun’ menipu. Sedangkan kalau difikirkan secara mendalam `sikap gila’ mereka telah mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja. Anugerah yang sepatutnya diberikan kepada individu layak dan banyak ber-jasa, bagaikan sudah tidak bermakna lagi.

Atas sebab itu-lah, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas. Janganlah bi-arkan individu yang bak kata Ketua Men-teri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, “gila kuasa, gila takhta ataupun betul-betul gila” bermaharajalela. Perbuatan mereka memalukan orang Melayu dan paling dahsyat menghina in-stitusi raja-raja.

Majlis penganuger-ahan pingat dan dar-jah dilakukan mengi-kut aturcara dalam majlis-majlis melibat-kan raja-raja Melayu.

Warna kuning yang menjadi warna diraja dipermainkan oleh individu yang mengelar diri mereka, ‘Sultan Melaka’ dan ‘Raja Kerinchi Tinggi Sumatera’. Itu belum lagi mengambil kira ‘kegilaan’ kumpulan suku kaum tertentu yang turut berper-angai seperti kedua-dua individu tersebut. Semua itu men-unjukkan institusi raja-raja yang seharus nya dihormati dan dilindungi semakin dicemari oleh perbuatan ‘gila’ sesetengah individu. Sebab itulah, tindakan tegas perlu dilakukan. Pe-runtukan undang-undang perlu disediakan supaya individu yang berani berperangai ‘gila’ untuk menjadi ‘raja’ dikenakan hukuman seberat-beratnya - bak kata seorang kawan kepada penulis, “Kalau di Thailand sudah lama, mereka disumbat dalam penjara seumur hidup.’

Hukuman juga bukan sahaja tertumpu kepada pemberi tetapi juga penerima. Ini kerana mereka yang memungkinkan gejala memberikan darjah dan pingat tidak diiktiraf itu berter-usan. Berdasarkan maklumat, demi kemaruk mahu bergelar `Datuk’ dan `Datuk Seri’ ada antara mereka sanggup memba-yar puluhan ribu ringgit, malah percaya atau tidak ada yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit. Dalam konteks ini, kedua-dua pihak untung, pemberi pun untung, penerima pun untung. Si pemberi mendapat wang manakala si penerima boleh memperalatkan darjah yang diperoleh untuk memper-dayakan orang ramai, tetapi soal bagaimana dengan institusi raja-raja yang dicemari dengan sewenang-wenangnya?

‘Kegilaan’ kelompok yang mahu sangat menjadi raja, sul-tan atau pewaris kesultanan perlu dihentikan. Ini kerana per-buatan mereka benar-benar boleh menggugat ketenteraman awam, lebih buruk daripada itu, ia menyebabkan kemuliaan anugerah darjah dan pingat tidak akan lagi dihormati. Macam mana penghormatan mahu dihormati, kalau tukang urut pun boleh beri pingat sesuka hati hanya kerana dia mendakwa berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Pe-nulis percaya, penerima-penerima darjah dan pingat dari-pada individu seumpama itu bukannya tidak tahu apa yang mereka lakukan adalah salah, apatah lagi diberikan oleh indi-vidu yang membentangkan susun galur keturunannya, kalau kanak-kanak darjah satu yang membacanya pun akan ketawa. Tetapi mereka sengaja buat-buat tidak tahu kerana apa yang lebih penting bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’.

Dalam soal ini, pihak berkuasa terutamanya pihak polis bukannya berpeluk tubuh, mereka sudah berusaha memban-terasnya. Atas kecekapan polis jugalah, Noor Jan Tuah yang mengisytiharkan dirinya ‘Sultan Melaka’ ditahan manakala ` Raja Kerinchi Tinggi Sumatera’ ditangkap apabila merancang mengadakan majlis penganugerahan darjah dan pingat pada Sabtu lalu. Malah sebelum ini, pihak polis juga melakukan siasatan apabila satu keturunan suku kaum mengadakan maj-lis yang sama ketika ulang tahun hari kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka.

Melalui undang-undang yang ada pihak polis hanya boleh menahan dan mendakwa individu itu atas tuduhan menipu sahaja, tidak lebih daripada itu sedangkan perbuatan yang mereka lakukan adalah kesalahan besar kerana boleh disifat-kan menghina institusi raja-raja. Bagaimanapun dalam usaha membanteras ‘kegilaan’ ini, ia tidak boleh bergantung kepada pihak berkuasa sahaja. Berdasarkan maklum balas dalam Fa-cebook berikutan pendedahan akhbar ini mengenai kewu-judan ‘Datuk’ palsu tersebut, majoriti orang ramai mahukan tindakan tegas dilakukan.

Tetapi ini memerlukan kerjasama orang ramai juga. Mere-ka perlu membuat laporan polis jika merasa sangsi terhadap status seseorang yang menggunakan gelaran ‘Datuk’ mahu-pun ‘Datuk Seri. Dalam masa sama, kerajaan juga melalui agensi berkaitan perlu proaktif membanteras gejala ini den-gan mewujudkan laman web khas bagi membolehkan orang ramai menyemak status seseorang bergelar ‘Datuk’.

Apapun sekarang adalah masanya untuk bertindak dengan memastikan individu yang menganjurkan majlis penganuger-ahan pingat dan darjah dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Kita tidak boleh selama-lamanya membiarkan penganugera-han seumpama itu menjadi bahan jenaka dalam media-media sosial sedangkan ia berkaitan martabat raja-raja Melayu dan maruah orang Melayu. Bertindaklah sebelum terlambat!

DI MANA silapnya? Orang ra-mai terus merungut kerana kos sara hidup meningkat.

Golongan mana yang begitu terasa dan pihak mana pula yang tidak terasa apa-apa? Apakah yang me-nyebabkan ramai yang terasa kesan kenaikan ini atau sekadar perasaan awal tahun setiap kali musim perse-kolahan bermula? Kebanyakan atau hampir semua ibu bapa tidak perlu lagi membeli buku teks kerana se-muanya percuma. Jika perlu beli pun, hanya buku latihan dan ruju-kan. Yuran juga tidak dikenakan ke-cuali apabila mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) membuat keputusan bersetuju mengenakan yuran tertentu. Malangnya apabila keputusan PIBG dilaksanakan, ibu bapa ‘melompat’ membantah. Dis-uruh hadir mesyuarat tidak hadir, diminta pandangan tidak bersuara, disuruh mengundi, tangan diangkat tanda setuju! Salah siapa?

Jika dulu kenaikan harga minyak dikatakan menjadi punca harga ba-rang meningkat, kini apabila harga petrol dan diesel turun, bagaimana dengan harga barang? Jika dulu naik 10 sen, kecoh tetapi bila turun, ada yang tidak mampu bersuara. Adakah kita hanya tahu mengkritik dan menghentam apabila berlaku kenaikan? Apakah kesan sebenar di sebalik kejatuhan harga minyak du-nia? Adakah kejatuhan itu memberi manfaat kepada kebanyakan peng-guna jika harga barangan keperluan masih tinggi? Adakah kejatuhan itu memberi kesan kepada kedudukan ekonomi negara? Berapa banyak ba-rang yang turun harga? Berapa har-ga secawan teh tarik, roti canai, air suam, ais kosong, nasi lemak? Beru-bahkah? Bagaimana pula tambang teksi, LRT, komuter, kadar tol, harga gas memasak dan pelbagai lagi?

Berapa ramai peniaga yang mengembalikan saiz roti canai ke-pada asal sebelum kenaikan petrol supaya harganya berbaloi selepas kejatuhan harga petrol? Sudah men-jadi kelaziman, amat sukar harga barang yang naik sebelum ini akan turun lebih-lebih lagi apabila tidak ada penguatkuasaan. Pemantauan oleh pihak berkuasa amat pent-ing tetapi sejauh mana kesannya? Pantau tanpa tindakan. Akhirnya, kedudukan sama sahaja. Pi mai pi mai tang tu’ (tidak berganjak). Para peniaga sering menggunakan alasan stok lama yang harganya

lebih tinggi setiap kali masyarakat pengguna mendesak supaya harga jualan diturunkan seperti sebelum kenaikan harga petrol. Kalau mahu menaikkan harga barang, hari ini diumumkan petrol akan naik harga keesokannya, petang ini, stok ba-rang habis. Begitulah sesetengah peniaga ‘bermain harga’ untuk mencari untung.

Begitu juga dengan perkhidma-tan kepada pengguna. Sering kali apabila berlaku kenaikan, pelba-gai nasihat dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuklah ‘memulau’ barangan dan perkhidmatan teta-pi bagaimana pula dengan sikap peniaga yang memberi 1001 alasan? Sikap tamak dan tidak bertimbang rasa golongan peniaga ini perlu di-pantau. Kedudukan harga terletak di tangan peniaga. Merekalah yang harus bertanggungjawab menu-runkan harga barang tanpa dipaksa. Adakah terlalu sukar untuk menu-runkan harga? Alasan apa yang hen-dak digunakan? Mungkinkah dis-ebabkan harga minyak yang tidak menentu menyebabkan mereka su-kar menurunkan harga dan mencari pelbagai alasan? Ada peniaga yang menyatakan harga tidak dapat ditu-runkan kerana pelbagai kos. Kita tunggu nanti bagaimana harga ikan melambung apabila bekalan kurang disebabkan ikan lari ke tengah laut akibat cuaca panas.

Menyelak semula harga barang makanan, pastinya kita akan ter-jumpa pelbagai harga bagi sejenis makanan atau minuman. Tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Contohnya secawan teh O? Adakah RM1, RM1.20 sen atau lebih? Mungkin harga mengikut lokasi dan taraf - gerai, kantin, kedai dan restoran. Baru-baru ini ketika di Port Dickson, saya terserempak dengan gerai yang menawarkan teh O pada harga 50 sen. Kenapa murah? Begitu juga harga di Kedai Menu Se-jahtera di Kubang Pasu yang menya-jikan makanan murah - nasi ayam RM2, bihun sup dan laksa RM1, air batu campur (ABC), laici kang dan cendol juga RM1.

Adakah kerana kedai itu di Kedah Darul Aman? Bagaimana pula den-gan harga berpatutan di Restoran Rakyat 1Malaysia (RR1M) di Kuala Lumpur? Begitu juga dengan viral seorang anak muda menjual donat 10 sen sebiji di Kuala Lumpur. Ambil juga contoh harga sebotol air min-eral 500ml atau 600ml. Ada yang jual sehingga RM1.70 sedangkan ada jenama lain dijual pada harga RM1, RM1.20 atau RM1.40. Adakah jenama menjadi penentu? Itu be-lum kira air minuman biasa. Sudah tentu, pihak berkuasa akan berkata, air bukan barang kawalan. Ambil juga contoh semangkuk cendol. Ada yang jual sehingga RM3 tetapi kand-

ungannya, sedikit cendol dan lebih banyak ais atau air batu. Tidak ada bahan lain seperti kacang atau jag-ung. Ada juga yang jual mahal tetapi berbaloi.

Semua ini terletak kepada penia-ga, bagaimana mereka mahu mele-takkan harga. Biarlah peniaga dan pengguna dalam situasi menang-menang. Seperti kata Muhammad Waliuddin Chua, penjual donat 10 sen: “Saya anggap ini sumbangan amal jariah kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila me-mikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan’’. Berapa ramai peniaga yang bersikap demikian? Adakah mereka tidur lena selepas mengambil untung berlebihan?

Berkaitan dengan pengangkutan awam, seperti yang pernah diselak dalam ruangan ini, rakyat perlu di-galakkan membayar mengikut tiket mingguan, bulanan atau konsesi. Golongan pelajar, warga emas dan orang kurang upaya perlu meman-faatkan tiket konsesi. Bagi peng-guna yang sering berulang alik termasuk kakitangan awam dan swasta hendaklah mengambil kes-empatan menggunakan pas ming-guan atau bulanan yang menawar-kan potongan harga. Begitu juga penggunaan kad touch ‘n go yang boleh menjimatkan sedikit walau-pun tidak banyak. Ketika kita ter-paksa berhadapan dengan kenaikan harga, sebarang usaha untuk mem-bantu mengurangkan kos perlu di-lakukan. Pada masa yang sama apa yang diharapkan, jawatankuasa tertinggi menangani kos sara hidup rakyat dapat mencari jalan keluar bagi membantu rakyat berhadapan dengan kos sara hidup ini. Enam kementerian yang duduk bersama berbincang diharap dapat mem-bantu meringankan beban rakyat. Jangan sampai mereka ‘mengikat perut’ dalam sebuah negara yang ‘melimpah’ dengan makanan ini.

Pantaulah dan bertindaklah. Tidak ada gunanya menubuhkan pelbagai jawatankuasa yang akh-irnya keputusan terhenti di meja mesyuarat tanpa tindakan susulan. Jelaskan kepada rakyat kenapa se-setengah harga tidak mampu di-kawal atau tidak boleh diturunkan. Jangan biarkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terus meng-hantui rakyat dan menjadi ‘mangsa’ untuk dipersalahkan.

HARI ini, khabarnya baju T eksklusif yang ditujukan kepada Ke tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan

Eng bakal dijual secara rasmi. Baju dalam pelbagai warna itu

coraknya sangat ringkas. Hanya gambar tangan yang seolah-olah menuding jari kepada orang yang melihatnya.

Tetapi walaupun dengan han-ya corak begitu, baju T tersebut dikatakan mendapat sambutan menggalakkan daripada pen-duduk negeri ini. Promosi yang dilakukan secara online sejak beberapa hari lalu juga bertukar menjadi perniagaan yang sangat menguntungkan.

Apa yang menjadikan baju itu sangat istimewa adalah perkataan Not Your Dad’s Land!!! yang dice-tak padanya.

Perkataan yang jika dalam ba-hasa Melayunya berbunyi `Bukan Tanah Bapa Kamu’ itu sebenarn-ya agak kasar untuk ditujukan kepada sesiapa sekalipun. Tetapi bagi masyarakat Cina di kawasan Chew Jetty, itu adalah manifes-tasi rasa kecewa mereka terhadap tindakan Guan Eng yang seolah-olah mengajak bermusuh dengan mereka.

Pergeseran antara masyarakat Cina Chew Jetty dengan Guan Eng bermula selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang merancang men-gadakan Festival Kebudayaan dan Warisan di kawasan mereka pada hari kelapan sambutan Ta-hun Baharu Cina.

Tetapi pada hari sama, masyarakat Cina Chew Jetty men-yambut perayaan besar dalam komuniti mereka iaitu Thni Kong She atau ulang tahun ke-109 Ma-haraja Jade.

Apabila perkara ini dibangkit-kan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang, jawapan yang diterima masyarakat Cina Chew Jetty bukan sahaja mengecewakan, malah sangat mengejutkan.

Guan Eng seperti dilaporkan

akhbar Cina dan portal berita didakwa berkata: ‘Ini bukan tan-ah bapa kamu’ dalam reaksi ter-hadap permohonan masyarakat Cina Chew Jetty itu.

Jawapan sebegitu sangat tidak wajar dan menunjukkan seolah-olah Guan Eng langsung tidak mempedulikan suara hati penduduk berkenaan. Dalam kalangan masyarakat Cina, rata-ratanya mengetahui hubungan

Kerajaan DAP Pulau Pinang den-gan masyarakat Chew Jetty tidak-lah ‘begitu mesra’.

Hubungan kedua-duanya se-makin renggang selepas pem-impin masyarakat Cina Chew Jetty menjemput bekas Pengerusi MCA Penang, Datuk Chew Mei Fun dan Pengerusi Barisan Na-sional (BN) negeri, Teng Chang Yeow menghadiri perayaan sama tahun lalu.

Tetapi itu tidak bermakna Kerajaan DAP Pulau Pinang de-ngan sewenang-wenangnya me nge tepikan kepentingan ma syarakat Cina Chew Jetty se-hingga sanggup mengeluarkan kata-kata ‘ini bukan tanah bapa kamu’.

Sementelah Guan Eng sendiri sepatutnya lebih berhati-hati dan berasa malu sebelum mengeluar-kan perkataan yang agak biadab serta angkuh sedemikian. Beliau perlu bertanya diri sendiri terle-bih dahulu adakah tanah di Pulau Pinang ini juga hak milik mutlak kerajaan negeri?

Persoalan ini memandangkan banyak dasar dan polisi Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini yang seolah-olah menjadikan kawasan tanah, laut dan bukit sebagai `pa-

dang permainan’ mereka untuk mengaut ke-

untungan.Lihat sahaja

dalam rancan-gan menam-

bak laut di Permatang Damar Laut seluas lebih 1,600 hek-tar untuk

dijual bagi mencari modal

kepada kerajaan negeri. Adakah projek tambak laut itu mendapat per-setujuan dan diperlukan penduduk atau semata-mata kerana kemahuan kerajaan negeri?

Begitu juga dengan penggondolan bukit dan penarahan kawasan lereng bukit untuk tujuan pembinaan perumahan mewah.

Jika kerajaan negeri tidak beranggapan seo-

lah-olah kawasan bukit itu seperti tanah milik mereka sendi-ri, mengapa begitu banyak projek seperti itu diberi kelulusan?

Lebih malang, apa pula kepent-ingan projek sedemikian kepada penduduk miskin negeri ini yang terus kempunan untuk memiliki rumah sendiri?

Dari sudut lain, Guan Eng juga perlu mencermin diri sebelum tergamak mengungkapkan kata-kata ‘ini bukan tanah bapa kamu’ kepada masyarakat Cina Chew Jetty. Sebab beliau sendiri bukan anak jati negeri ini dan pemili-hannya sebagai Ketua Menteri sering dipersoalkan bukan sahaja oleh penduduk, tetapi ahli-ahli DAP sendiri.

Maka tidak hairanlah baju T yang bertulis Not Your Dad’s Land dengan mudah mendapat sambu-tan daripada penduduk negeri ini apabila dipromosikan secara online buat pertama kali. Ini ker-ana isunya sekarang bukan hanya pergeseran antara Guan Eng den-gan masyarakat Cina Chew Jetty semata-mata.

Tetapi luahan rasa kecewa ma-joriti penduduk Pulau Pinang ter-hadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah menjadikan tan-ah negeri ini seperti hak eksklusif mereka.

Sedangkan kalau difikirkan secara mendalam `sikap gila’ mereka telah mencemarkan kemuliaan institusi raja-raja. Anugerah yang sepatutnya diberikan kepada individu layak dan banyak berjasa, bagaikan sudah tidak bermakna lagi.

[email protected]

Sementelah Guan Eng sendiri sepatutnya lebih berhati-hati dan berasa malu sebelum mengeluarkan perkataan yang agak biadab serta angkuh sedemikian. Beliau perlu bertanya diri sendiri terlebih dahulu adakah tanah di Pulau Pinang ini juga hak milik mutlak kerajaan negeri?

BAJU T eksklusif yang ditujukan kepada Lim Guan Eng yang diedarkan dalam pelbagai bahasa.

SELAKHASSAN MOHD. [email protected]

Sebotol air mineral 600ml. dengan pelbagai harga