shafila binti jumaat - fp.utm.my · menghargainya, dan moga allah membalas jasa-jasanya . ucapan...

28
PENGETAHUAN KEPIMPINAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN, DAN SIKAP KETUA PANITIA SAINS DI SEKOLAH KEBANGSAAN SHAFILA BINTI JUMAAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buithuan

Post on 29-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

PENGETAHUAN KEPIMPINAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN, DAN SIKAP KETUA PANITIA SAINS DI SEKOLAH KEBANGSAAN

SHAFILA BINTI JUMAAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’

JUDUL: PENGETAHUAN KEPIMPINAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN SIKAP KETUA PANITIA SAINS DI SEKOLAH KEBANGSAAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya SHAFILA BINTI JUMAAT No. Matriks BP060108 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 14, Lorong Aman, DR HJ MOHD ANUAR BIN HJ ABDUL RAHMANBatu 40, Api-Api, 82000 Pontian. Nama Penyelia Tarikh: 7 NOVEMBER 2008 Tarikh: 7 NOVEMBER 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau

Page 3: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan”

Tandatangan

Nama Penyelia 1

Tarikh

: ……………………………………..

: DR. HJ. MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN

: 7 NOVEMBER 2008

Page 4: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

PENGETAHUAN KEPIMPINAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN, DAN SIKAP KETUA PANITIA SAINS DI SEKOLAH KEBANGSAAN

SHAFILA BINTI JUMAAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahaan Ijazah Sarjana Muda

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2008

Page 5: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

ii

PENGAKUAN

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

: ……………………………………..

: SHAFILA BINTI JUMAAT

: 7 NOVEMBER 2008

Page 6: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

iii

DEDIKASI

Istimewa untuk yang tersayang;

Suamiku,

Haji Ishak B. Md. Amin

Anak-anakku,

Aina Nazihah dan Abass Alfan

’Amirah

Muhammad Faiez

Amirul Hanif

Ammar Syahid

Yang sentiasa memahami, mendoakan, memberi dorongan dan inspirasi sepanjang

pengajian ini.

Juga tidak lupa kesyukuran ku panjatkan kepada Allah yang Maha Kuasa yang

sentiasa memberi kekuatan untuk ku mengharungi segala rintangan dalam

menyiapkan projek ini.

’Terima Kasih’

Page 7: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penasihat penyelidikan, DR. Hj. Mohd. Anuar bin Abdul Rahman yang tanpa jemu

menghulurkan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui betapa saya amat

menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya .

Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat

Pelajaran Daerah Pontian, rakan-rakan Guru Besar dan guru-guru dari sekolah-sekolah

rendah di Zon Pekan Nanas yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat suami tercinta, anak-anakku, ayah ibu

tercinta yang telah memberi dorongan, sokongan, perhatian dan mendoakan kejayaan

ini. Tidak lupa kepada para pensyarah, rakan-rakan guru di Sekolah Kebangsaan Sungai

Bunyi, Pontian serta rakan seperjuangan sekelian.

Sekian. Wassalam

Page 8: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat pengetahuan kepimpinan,

kemahiran pengurusan, dan sikap ketua panitia sains dalam melaksanakan

tugasnya. Seramai 49 orang guru yang terdiri daripada sebelas orang Guru

Penolong Kanan 1 dan 38 orang guru mata pelajaran Sains di sebelas buah

sekolah Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian telah dijadikan

responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan

kepada Hellinger(1987) bagi melihat pengetahuan kepimpinan.; Plunket and

Arthur(1994) bagi melihat kemahiran pengurusan dan Gardner(1985 ) bagi

melihat sikap. Satu kajian rintis telah dilakukan kepada 16 orang guru di

Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar (2), Pontian bagi melihat

kebolehpercayaan item. Nilai alpha bagi pengetahuan kepimpinan(0.9097);

kemahiran merancang(0.6319), kemahiran mengelola(0.6284), kemahiran

memimpin(0.8271), kemahiran mengawal(0.8565) dan sikap(0.8087). Data-data

yang diperoleh diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social

Science(SPSS versi 13.0). Hasil kajian menunjukkan, pengetahuan

kepimpinan Ketua Panitia Sains adalah paling tinggi, diikuti kemahiran

merancang, kemahiran mengelola, kemahiran memimpin dan kemahiran

mengawal. Manakala sikap terhadap tugas berada pada tahap tinggi.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan.

Page 9: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

vi

ABSTRACT

The descriptive research aims to investigate the leadership knowledge,

skills of management and the attitude of heads of Science panels in the zone of

Pekan Nanas, Pontian. The respondents of this study consist of 49 teachers

including 11 First Senior Assistant and 38 Science teachers from eleven primary

schools in the zone of Pekan Nanas. The study is based on eleven functions in

curriculum and leadership as listed by Hellinger and Murphy(1987); Skills of

management by Plunkett dan Attner (1994); and attitude by Gardner(1985). The

alpha cronbach coeffient reliability for the questionnaires obtained from the pilot

study were; leadership knowledge(0.9097), skills on planning(0.6319), skills on

organising(0.6284), skills on leading (0.8271), skills on controlling(0.8565) and

level of attitude(0.8087). The data was analysed using the Statistical Package

for Social Science(SPSS version 13.0). Researh findings demonstrated that the

level of leadership knowledge of heads of Science Panels is the highest,

followed by skills on planning, skills on organizing, skills on leading, and skills on

controlling. Meanwhile, the level of attitude is high. Based on findings, several

action plans have been suggested.

Page 10: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

vii

KANDUNGAN

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN xi

BAB

PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Latar belakang masalah 1.3 Pernyataan masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan kajian 1.6 Rasional kajian 1.7 Kepentingan kajian 1.8 Skop dan batasan kajian 1.9 Definisi istilah 1.10 Penutup

1 3 4 6 6 7 7 8 9 13

Page 11: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

viii

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 2.2 Penulisan tentang Panitia Mata Pelajaran 2.3 Pengetahuan Kepimpinan 2.4 Kemahiran Pengurusan 2.5 Sikap terhadap Tugas 2.6 Penutup

14 14 20 23 26 28

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 3.2 Reka bentuk kajian 3.3 Tempat, populasi dan persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Kajian Rintis 3.6 Analisis data 3.7 Penutup

29 29 30 31 33 34 34

4 KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 4.2 Latar belakang responden 4.3 Analisis berdasarkan persoalan kajian 4.4 Sikap terhadap tugas 4.5 Kesimpulan

35 35 39 48 50

Page 12: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

ix

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan 5.3 Perbincangan 5.4 Cadangan Kajian 5.5 Kesimpulan

53 53 55 65 68

RUJUKAN 69 LAMPIRAN 72

Page 13: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pemilihan Responden Kajian 31 3.2 Pembinaan Item Soal Selidik 33 4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus

Responden Mengikut Jantina 36

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Respondan Mengikut Pengalaman Mengajar

36

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Respondan Mengikut Kelayakan Kelulusan

37

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Respondan Mengikut Kategori Guru

37

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus Respondan Mengikut Tempoh Berkhidmat

38

4.6 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Respondan Mengikut Aspek Pengetahuan Kepimpinan

39

Page 14: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

xi

4.10 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Respondan Mengikut Kemahiran Memimpin

46

4.11 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Respondan Mengikut Kemahiran Mengawal

47

4.12 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min Respondan Mengikut Sikap

48

4.13 Tahap Penerimaan Respondan 51

Page 15: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

A Surat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

B Surat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Jabatan Pelajaran Johor.

C Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

D Contoh Instrumen Kajian(soal selidik)

Page 16: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Panitia sains di sekolah rendah dianggap sebagai sebuah panitia yang penting dan

selalu menjadi perhatian khas pihak pentadbir. Selain daripada menjadi satu mata

pelajaran teras, ia juga sering dianggap sebagai mata pelajaran kritikal sama ada oleh

pihak ibu bapa mahu pun guru. Satu daripada sebabnya ialah, bukan semua guru yang

boleh mengajar mata pelajaran ini. Guru yang mengajar perlulah guru yang terlatih

dalam bidang ini kerana kemahiran yang khusus dan istimewa diperlukan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Wildy dan Wallace (1995) berpendapat guru sains yang

berkesan, akan mengajar bagi menghasilkan kefahaman yang mantap dan mendalam.

Mereka menggunakan pendapat dan idea pelajar, menyediakan pengalaman

pembelajaran, bagi membolehkan pelajar menguji dan mencabar idea-idea awal bagi

menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam.

Dalam hal ini, ramai ibu bapa yang mengakui tidak pandai membimbing anak

mereka dalam mata pelajaran sains, walau pun mereka mempunyai kelulusan yang

tinggi. Dengan itu, mereka menaruh harapan yang amat tinggi agar pengurusan mata

pelajaran ini dapat dilaksana dengan sebaik mungkin. Dengan ini, ketua panitia sains

nampaknya mempunyai tanggung jawab yang berat untuk mengurus panitianya dengan

berkesan; selain menjadi guru yang dapat mengajar mata pelajaran sains dengan baik,

Page 17: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

2

beliau juga diharap dapat mengurus panitia dengan baik. Handy dan Aitken (1986)

menyatakan, anggapan yang dibuat dalam struktur peningkatan sekolah adalah guru

terbaik dapat menjadi pengurus terbaik. Menurut C.Wilkinson dan E.Cave (1987) pula,

walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan, tetapi ia tidak pula semestinya

tidak boleh dibezakan kegiatannya. Kegiatan mengajar yang baik, disokong oleh

pengurusan yang baik akan menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan.

Sebagai pemimpin, Ketua Panitia Mata Pelajaran perlu memahami matlamat

kepimpinan itu sendiri, di mana mereka dapat mengenali, memahami dan melaksanakan

tanggungjawab mereka sebagai pengurus dan pemimpin kurikulum di sekolah dengan

lebih berkesan. Mereka juga perlu memahami bahawa kepimpinan merupakan satu

proses mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk menggalakkan mereka bekerja ke

arah pencapaian matlamat organisasi ditetapkan. (Pusat Perkembangan Kurikulum,

KPM. 2001).

Pengetahuan kepimpinan dan kemahiran mengurus amat penting dan perlu

dimiliki oleh seorang ketua panitia bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggung

jawabnya mengikut skop bidang tugasnya dengan berkesan. Kejayaannya sebagai

seorang pemimpin dalam panitia bergantung kepada bagaimana dia menggunakan

pengetahuan kepimpinan dan kemahiran mengurus dengan sebaik-baiknya. J.P. Kotter

(1990), dalam bukunya”bA Force for Change: How Leadership Differs from

Management”, (m.s:7-8) telah merumuskan bahawa seorang pemimpin organisasi

hendaklah secara seimbang menjadikan dirinya seorang pengurus dan pemimpin. Kotter

selanjutnya merumuskan bahawa untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi

hendaklah memiliki kemahiran mengurus dan juga memimpin.

Ketua panitia sebagai pengurus pertengahan terlibat dalam setiap peringkat tugas

iaitu sebagai guru, pemimpin pasukan dan ahli pasukan. Pengurusan pendidikan adalah

melaksanakan suatu perkara mengikut hala tuju bagi setiap institusi itu. (Duignan dan

MacPherson, 1992)

Page 18: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

3

1.2 Latar belakang Masalah

Pendidikan Sains di sekolah rendah dan menengah merupakan asas bagi

menyediakan sumber tenaga manusia ke arah merealisasikan wawasan 2020. Pelbagai

program diusahakan sebagai pengisian dalam pelaksanaan pendidikan sains, demi

menyedari kepentingan dan peranan pendidikan Sains dalam kemajuan negara.

Oleh itu, diharapkan guru dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran sains

dan pelajar dapat menerimanya serta mengemukakan semula sebagai fakta atau

maklumat dalam jawapan ujian yang diberi. Proses pengajaran dan pembelajaran ini

belum dapat menjamin pelajar berkenaan menguasai kemahiran sains yang boleh

diperkembangkan dan diaplikasikan dalam suasana menyelesaikan sesuatu masalah yang

berkaitan.

Namun begitu, dalam mesyuarat di peringkat Jabatan Pelajaran Johor, para Guru

Besar diperingatkan supaya sering membuat pemantauan proses pengajaran dan

pembelajaran bagi Mata Pelajaran Sains. Ini kerana, hasil pemantauan pihak Jabatan

Pelajaran Johor ke sekolah-sekolah mendapati, proses pengajaran dan pembelajaran

sains di sekolah tidak memuaskan. Panitia Sains tidak menitik beratkan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya diajar kepada murid. Penggunaan

makmal dalam melaksanakan proses ujikaji juga sering diabaikan. Guru Besar sebagai

pemimpin sekolah yang bertanggung jawab penuh di atas kejayaan mahupun kegagalan

sekolah, dikehendakki memantau ketua panitia sains sebagai pengurus dan pemimpin

agar pelaksanaan mata pelajaran sains di sekolah berjalan seperti yang sepatutnya. Ini

sebagaimana yang dinyatakan oleh Galtner(1981) Sweeney(1982), “Sekolah berkesan

ada kaitannya dengan pengetua sekolah sebagai ahli falsafah, model pendidikan,

penyokong pendidikan, dan memupuk budaya inovasi di sekolah.

Tambahan pula, usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran

Sains di kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah adalah wajar memandangkan

mereka telah mendapat peruntukan yang mencukupi untuk meningkatkan keberkesanan

Page 19: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

4

proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan kemahiran saintifik dan isi kandungan

pelajaran Sains dihubungkait dengan pelbagai faktor seperti faktor pelajar, guru dan

persekitaran. Salah satu objektif utama pembelajaran sains adalah penguasaan

kemahiran proses sains. Kegagalan para guru sains memahami konsep kemahiran

proses sains akan mengakibatkan kegagalan penerapannya dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran sains. Ini seterusnya akan mengecewakan pencapaian objektif dan

kehendak kurikulum sains KBSR.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila kerajaan melancarkan Program

Pengajaran Sains dan Matematiks dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) mulai tahun 1993.

Selain faktor kelemahan pengurusan panitia sedia ada, ia ditambah pula dengan

persoalan bahasa. Keadaan ini benar-benar memerlukan kepimpinan Ketua Panitia Sains

yang berupaya merancang, melaksana, memimpin dan mengawal organisasi panitianya

dengan baik dan berkesan. Cabaran yang begitu besar bagi seorang ketua panitia Sains

diperingkat sekolah perlu ditangani dengan bijaksana dan kekuatan secara kolaboratif di

sekolah masing-masing. Apabila Sains diajar dalam bahasa kedua, terdapat hubungan

erat antara peranan bahasa dan fungsi kognitif. Bahasa yang bergantung kepada kognitif

dikenalpasti memberi kesukaran pada pengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,

Cummins, 1980. Selain daripada kurang kebiasaan menggunakan Bahasa Inggeris,

pelajar yang belajar sains dalam Bahasa Inggeris menghadapi kesukaran kerana struktur,

gaya bahasa dan corak persembahan bahasa saintifik adalah berbeza dengan bahasa

Inggeris yang dipelajari (Zurida Ismail et al.2007).

1.3 Pernyataan masalah

Dalam usaha menjalankan tugas pentadbiran sebagai pemimpin sesuatu

organisasi, seorang ketua panitia mata pelajaran perlulah memahami bidang tugasan

serta memiliki kemahiran tertentu, terutama sekali yang berkaitan dengan kemahiran

memimpin dan mengurus. Ini akan menjayakan pelaksanaan setiap tugasnya, Ahmad ,

Page 20: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

5

(1989). Oleh yang demikian, adalah menjadi amat wajar bagi Ketua Panitia yang

menjadi pemimpin kurikulum dan pengajaran, mempunyai kepakaran serta pengetahuan

yang mendalam, dalam setiap aspek tugas yang ditentukan dan yang perlu dilaksanakan

berdasarkan Panduan Senarai Tugas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia yang diperincikan kepada tujuh aspek tugas utama(Salmiyah,1995). Dalam

mesyuarat Kurikulum Peringkat Zon Pekan Nanas, Pontian, pencapaian murid dalam

Mata Pelajaran Sains sering menjadi perbincangan. Guru-guru besar jelas menunjukkan

kebimbangan terhadap pencapaian murid yang amat sederhana. Tambahan lagi, tidak

ada Guru Cemerlang Mata Pelajaran Sains sama ada peringkat Zon mahu pun di

Peringkat Daerah untuk dijadikan rujukan.

Pada tahun ini pula, Daerah Pontian telah mengalami kekurangan Guru Sains

seramai lima orang kerana perpindahan keluar Daerah. Rungutan daripada beberapa

orang guru besar bahawa Ketua Panitia Sains di sekolah masing-masing tidak

mempunyai pengalaman memimpin kerana masih muda dan baru berkhidmat.

Oleh itu, keupayaan yang dimiliki oleh seorang ketua panitia sains yang

ditempatkan di sesebuah sekolah, dari segi pengetahuan kepimpinan dan kemahiran

mengurus masih menjadi persoalan. Peranan mereka amat penting kerana bidang

tersebutlah yang akan menentukan kualiti dan pencapaian sistem pendidikan secara

menyeluruh. Sikap ketua panitia sains terhadap tugasnya juga akan menentukan bentuk

tindakannya sama ada berbentuk positif atau negatif.

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, kajian ini bertujuan mengenal pasti

tahap pengetahuan kepimpinan, kemahiran mengurus dan sikap ketua panitia Sains Zon

Pekan Nanas dalam menjalankan tugas dan tanggung jawabnya.

Page 21: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk:

i) Mengenalpasti tahap pengetahuan kepimpinan Ketua Panitia Sains sekolah-sekolah

Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian, dalam melaksanakan tugas dan peranan

mereka sebagai pemimpin kurikulum.

ii) mengenalpasti tahap kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Ketua Panitia Sains

Sekolah-sekolah Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian dalam pengurusan

panitianya..

iii) mengenalpasti sikap Ketua Panitia Sains dalam menjalankan tugas dan tanggung

jawabnya .

1.5 Persoalan Kajian

i) Apakah tahap pengetahuan kepimpinan Ketua Panitia Sains sekolah-sekolah

Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian, dalam melaksanakan tugas dan peranan

mereka sebagai pemimpin kurikulum?

ii) Apakah tahap kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Ketua Panitia Sains sekolah-

sekolah Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian dalam pengurusan panitianya?

iii) Apakah sikap Ketua Panitia Sains dalam menjalankan tugasnya dan tanggung

jawabnya sebagai pemimpin kurikulum?

Page 22: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

7

1.6 Rasional Kajian

Kajian ini dijalankan kerana tidak banyak kajian terdahulu yang dijalankan

khusus tentang keberkesanan Ketua Panitia Sains Peringkat Sekolah Rendah,

terutamanya di Daerah Pontian.

Oleh kerana mata pelajaran sains sudah menjadi semakin penting dalam zaman

globalisasi ini, ilmu dan kemahiran yang diperoleh diperingkat sekolah rendah menjadi

asas utama untuk mereka menyambung pembelajaran mereka di sekolah menengah.

Olehsebab itu, pendidikan sekolah rendah perlu membina asas yang kuat agar pelajar

bersedia untuk menghadapi cabaran mata pelajaran ini yang lebih besar lagi apabila

berada di sekolah. menengah. Peranan Ketua panitia amat penting bagi memastikan

matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai.

Keperluan untuk melihat tahap pengetahuan kepimpinan, kemahiran mengurus

dan sikap ketua panitia sains amat penting untuk memberi maklum balas kepada

pengurusan panitia peringkat zon, Daerah Pontian dan negeri Johor agar dapat dibuat

tindakan yang sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan panitia sains secara

menyeluruh.

Kajian ini diharapkan dapat membantu usaha penyediaan dan perancangan

program-program peningkatan yang berkaitan untuk masa akan datang.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada sebahagian besar organisasi pendidikan, yang bermula

daripada peringkat tertinggi, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia hingga ke peringkat

sekolah.

Page 23: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

8

Dapatan kajian ini dapat membantu pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat

pelajaran Daerah yang ingin merancang kursus-kursus pendek yang sesuai untuk guru-

guru sains sekolah rendah. Bagi pihak Kementerian Pendidikan pula khususnya Pusat

Perkembangan Kurikulum, pelbagai latihan dan modul boleh dirancang untuk membantu

guru-guru sains memperolehi pengetahuan kemahiran proses sains yang lebih mantap

dan matang. Diharapkan, guru-guru ini nanti dapat menjadi pemimpin dalam

pengurusan panitia di sekolah masing-masing.

Dapatan kajian akan membantu semua Guru Besar Zon Pekan Nanas untuk

menyemak kembali kaedah perlantikan yang digunakan bagi melantik Ketua Panitia di

sekolah masing-masing supaya guru yang terbaik dari segi pengetahuan kepimpinan,

kemahiran mengurus dan sikap yang positif akan memimpin panitia masing-masing.

Selain itu pihak pentadbir sekolah dapat memberi latihan dan program

pembangunan profesional yang sesuai untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan

membentuk sikap yang betul sebagai pemimpin kurikulum.

Dapatan kajian juga akan membantu semua Guru Besar Zon Pekan Nanas untuk

mengenalpasti tahap Ketua Panitia yang sedia ada di sekolah masing-masing dari segi

pengetahuan kepimpinan, kemahiran mengurus dan sikap serta membuat rancangan

tindakan yang sesuai untuk menambahbaik pengurusan panitia masing-masing.

1.8 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini hanya melibatkan ketua panitia Sains di 11 buah sekolah di Zon

Pekan Nanas, Daerah Pontian, iaitu 6 buah sekolah gred A, 2 buah sekolah gred B, dan

3 buah sekolah Kurang Murid(SKM). Disebabkan hanya sebelas buah sekolah sahaja

yang terlibat, maka hasil kajian ini tidak boleh memberi gambaran keseluruhan populasi

Ketua Panitia Sains seluruh negeri Johor.

Page 24: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

9

Sebagai pemimpin pertengahan, Ketua Panitia Sains bertanggungjawab kepada

Guru-guru Penolong Kanan, Guru Besar dan pihak pengurusan atasan, serta guru-guru

mata pelajaran Sains di sekolahnya. Oleh kerana Guru Penolong Kanan 1 adalah pihak

pentadbir yang paling hampir dan banyak berusan dengannya, maka soal-selidik hanya

melibatkan guru-guru mata pelajaran Sains dan Guru Penolong Kanan 1 sahaja sebagai

responden.

Oleh sebab kajian ini ditumpukan kepada Ketua Panitia Sains sahaja, maka

dapatan-dapatan kajian ini hanya boleh dianggap benar untuk kumpulan ketua panitia

sains di Zon Pekan Nanas sahaja.

Kesahan dapatan kajian ini bergantung kepada tahap pemahaman serta

keikhlasan Guru Penolong Kanan 1 dan guru-guru mata pelajaran Sains yang dilibatkan

sama semasa menjawab soal selidik.

1.9 Definisi Kajian

1.9.1 Ketua Panitia Mata Pelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 menyatakan, “Panitia mata pelajaran

adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar

mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Sekolah-sekolah kecil yang

bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia

mata pelajaran.

Dalam kajian ini, Ketua Panitia dilihat sebagai orang tengah di antara

pihak pentadbir dan guru-guru mata pelajaran Sains. Kedudukan mereka sebagai

pemimpin pertengahan dianggap penting bagi memastikan pengurusan

kurikulum bagi mata pelajaran ini diurus dengan begitu baik serta menepati

Page 25: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

10

landasan yang betul sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Ketua Panitia Sains

Zon Pekan Nanas, Pontian.

1.9.2 Pemimpin Kurikulum

Pemimpin kurikulum yang dimaksudkan dalam kajian ini bermaksud

sesaorang Ketua Panitia yang dilantik oleh pihak sekolah dan dapat menguasai

kemahiran mengurus dan memimpin bidang tugas yang terlibat yang akan

membantu pembangunan pendidikan serta kemajuan murid dalam mata pelajaran

Sains. Dalam konteks pendidikan, kurikulum dijelmakan sebagai laluan dari satu

peringkat ke satu peringkat. Klibard (1982) menyatakan kurikulum sebagai

jurusan pengajian yang diikuti di sekolah. Terdapat berbagai-bagai tafsiran

kurikulum. Mohamad Daud Hamzah (1993) mengklasifikasikan pengertian

kurikulum berdasarkan perkara-perkara usaha, rancangan, objektif, isi mata

pelajaran, pembinaan insan dan unsur-unsur kebudayaan.

1.9.3 Pengajaran Sains

Pengajaran pembelajaran sains meliputi kaedah-kaedah pengajaran sains

seperti eksperimen, demonstrasi, inkuiri-penemuan, kajian lapangan,

perbincangan, simulasi dan percambahan fikiran. Pengajaran pembelajaran

sains dalam kajian ini melibatkan pelbagai aktiviti amali yang dijalankan dalam

makmal supaya pelajar-pelajar dapat memahami prinsip dan konsep sains dengan

lebih jelas dan mudah.(Zurida et.al,2007)

Dalam konteks kajian ini, pengajaran sains ditumpukan kepada

pengajaran sains yang berlangsung di sekolah rendah. Mulai tahun 2003, mata

Page 26: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

11

pelajaran Sains telah diajar di Sekolah Rendah meliputi murid Tahun Satu hingga

Tahun Enam dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

1.9.4 Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah yang menggunakan Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, bagi tujuan kajian ini, sekolah

kebangasaan merujuk kepada sekolah-sekolah kebangsaan yang berada dalam

Zon Pekan Nanas, Pontian, Johor.

1.9.5 Pengetahuan Kepimpinan

Pengetahuan Kepimpinan ialah ilmu yang diperlukan untuk menjadi

Ketua Panitia Sains. Dalam kajian ini ia merujuk kepada pengetahuan sesaorang

ketua panitia sains dalam fungsi kepimpinan sebagaimana yang dirumuskan oleh

Hallinger dan Murphy(1987) iaitu :penentuan matlamat sekolah, penyebaran

matlamat-matlamat sekolah, pencerapan dan penilaian pengajaran, penyelarasan

kurikulum, pengawasan kemajuan pelajar, penjagaan masa pengajaran guru,

sokongan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran, pengukuhan usaha guru,

penggalakan perkembangan professional, penguatkuasaan dasar akademik

pelajar dan, pemberian insentif untuk pembelajaran.

1.9.6 Kemahiran Mengurus

Kotter (1988) mendefinisikan pengurusan sebagai pelaksanaan tugas-

tugas yang berhubung dengan kawalan dan peraturan seperti perancangan,

pengawalan, dan pentadbiran. Kemahiran mengurus dalam kajian ini merujuk

kepada kemampuan ketua panitia sains dalam proses perancangan, pengelolaan,

Page 27: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

12

pemimpinan dan kawalan, seperti yang dinyatakan oleh Plunkett dan Attner

(1994).

1.9.7 Sikap

Sikap didefinisikan sebagai penilaian positif atau negatif terhadap sesuatu

objek. Objek termasuk manusia, benda, kejadian, dan isu. Apabila sesaorang

menggunakan perkataan seperti suka, tidak suka, sayang, benci, baik dan buruk,

mereka sebenarnya menterjemahkan sikap mereka terhadap sesuatu. (Stephan L.

Franzoi, 2006)

Sikap merupakan faktor untuk mewujudkan gerakbalas seseorang

terhadap sesuatu objek. Sikap juga didorong oleh minat seseorang individu itu

terhadap objek atau pendapat. Jika darjah minat itu tinggi ia dikategorikan sikap

atau minat positif begitu jugalah sebaliknya. Dalam kajian ini sikap secara

spesifiknya merujuk kepada sikap ketua Panitia Sains dalam menjalankan tugas

dan tanggung jawabnya .

Berdasarkan senarai tugas seorang ketua panitia, mereka bertanggung

jawab kepada Guru Besar dan stake–holder, kepada panitia sekolahnya, kepada

rakan sejawatnya dan kepada profesion keguruannya. Sikap ketua panitia

terhadap tugasnya yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah: Sikap terhadap

Guru Besar dan stake-holders, sikap terhadap panitia, sikap terhadap rakan

sejawat, dan sikap terhadap profesion keguruan.

Page 28: SHAFILA BINTI JUMAAT - fp.utm.my · menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya . Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian

13

1.10 Penutup

Sebagai pemimpin dalam sesebuah organisasi pendidikan, ketua panitia

bertanggung jawab membawa kemajuan pembelajaran di kalangan murid-

muridnya. Keberkesanan mereka melaksanakan tugas penting ini akan memberi

impak secara langsung kepada kemajuan murid-murid. Selain melaksakan tugas

sebagai guru mata pelajaran, ketua panitia juga merupakan wakil kepada guru

besar untuk menjalankan peranan sebagai pemimpin kurikulum yang akan

menentukan kemajuan pendidikan sesebuah sekolah. Sebagai orang tengah,

mereka perlu menjadi penghubung yang berkesan di antara pihak pentadbiran

dan guru-guru mata pelajaran. Peranan mereka dilihat sebagai orang yang perlu

bijak menggunakan komunikasi kepada kedua-dua pihak tersebut. Melalui

kajian ini, akan dapat mengenal pasti tahap pengetahuan kepimpinan, kemahiran

mengurus dan sikap ketua panitia sains melaksanakan tugas, tanggung jawab dan

peranan mereka.