cara memartabatkan bahasa kebangsaan

Upload: eric-swa

Post on 02-Mar-2016

692 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 1

    CSL2013

    APLIKASI MODUL GATEH SPM CSL2013

    KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)

    Bahagian A

    [Masa dicadangkan : 45 minit]

    [30 markah] Lihat rajah di bawah dengan teliti kemudian huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 perkataan

    Prosedur:

    1. Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti:

    i. Tugasan : cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ii. Tema : bahasa kebangsaan iii. Kata kunci : cara-cara

    CARA-CARA MEMARTABATKAN

    BAHASA KEBANGSAAN

    PENERBITAN

    BAHAN BACAAN

    MENGANJURKAN

    AKTIVITI

    KEBAHASAAN

    KEMPEN CINTAILAH

    BAHASA KITA

  • 2

    CSL2013

    PENDAHULUAN

    Ayat 1: TEMA

    Mutakhir, isu yang berkaitan dengan.........................(sebutkan tema) dalam kalangan........................... (sebutkan isu ini melibatkan siapa) tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia.

    Ayat 2:

    JUSTIFIKASI

    Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk meningkatkan/memperkasakan ATAU menangani/membanteras ......(tema)........di negara ini kerana......(peribahasa)........... di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

    Ayat 3 : TUGASAN

    Persoalannya, apakah.......................................( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan tanda tanya (?)

    Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?

    ISI PERTAMA

    Ayat Topik

    GAPO

    Rumus Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif + ialah/adalah dengan + (ISI PERTAMA)

    Ayat 1 Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita.

    Ayat Huraian 1

    BAKPO

    Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)

    Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum.

    Ayat Huraian 2 BAKPO LAGI?

    Rumus Di samping itu, + (ISI) + juga mestilah + (BILA/DI MANA/CADANGAN)

    Ayat 3 Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

    Ayat Contoh

    LAGU MANA

    Rumus Sebagai contoh, + (ISI) + seperti...

    Ayat 4 Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan

    Ayat Penegas

    YO LO KO NI?

    Rumus Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN)

    Ayat 5 Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

    Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

  • 3

    CSL2013

    ISI KEDUA

    Ayat Topik

    GAPO

    Rumus Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN Tukar kata kunci)

    Ayat 1 Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.

    Ayat Huraian

    BAKPO

    Rumus Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)

    Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan.

    Ayat Huraian BAKPO

    Rumus Lagipun, + (ISI) + juga + (BILA/DI MANA/CADANGAN)

    Ayat 3 Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu.

    Ayat Contoh LAGU MANA

    Rumus Misalnya, + (ISI) + termasuklah...

    Ayat 4 Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain.

    Ayat Penegas YO LO KO NI

    Rumus Jelaslah, salah satu ... + tugasan + isi kedua

    Ayat 5 Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan.

    Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah yang boleh

    dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan.

    ISI KETIGA

    Ayat Topik

    GAPO

    Rumus (TUGASAN Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI)

    Ayat 1 Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan.

    Ayat Huraian

    BAKPO

    Rumus Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)

    Ayat 2 Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan.

    Ayat Huraian BAKPO

    Rumus Tambahan pula, + (ISI) + juga + (BILA/DI MANA/CADANGAN)

    Ayat 3 Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya.

    Ayat Contoh LAGU MANA

    Rumus Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi ....

    Ayat 3 Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat.

    Ayat Penegas YO LO KO NI

    Rumus Saya optimis + isi 3 + tugasan

    Ayat 4 Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

  • 4

    CSL2013

    Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah penerbitan bahan bacaan.

    Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

    KESIMPULAN

    Saranan + Harapan

    Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk me......... + Tema + agar.......

    Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.

    Seruan

    Rumus Seruan (hafal dan ubah suai)

    Ayat 2 Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

    Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan agar

    bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

  • 5

    CSL2013

    Contoh Karangan Lengkap:

    Mutakhir, isu yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbincangan yang hangat dalam pelbagai medium komunikasi di Malaysia. Selaku warga yang bertanggungjawab, semua pihak seharusnya terpanggil untuk memperkasakan bahasa kebangsaan di negara ini kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Persoalannya apakah cara-cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan?

    Pada pendapat saya, cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling

    berkesan adalah dengan mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta dapat meningkatkan kesedaran anggota masyarakat tentang peri pentingnya bahasa kebangsaan sebagai wahana perpaduan kaum. Di samping itu, kempen ini juga mestilah diadakan sepanjang tahun di seluruh pelosok negara dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan dalam kempen ini seperti penerbitan dokumentari, iklan, serta penghasilan pelbagai pemidang dan poster yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Tegasnya, kempen Cintailah Bahasa Kita merupakan cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang paling berkesan.

    Selain itu, menganjurkan aktiviti kebahasaan juga dikenal pasti sebagai langkah

    yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan. Saya berpendapat demikian kerana aktiviti kebahasaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan intitusi pendidikan tinggi mampu menarik minat para pelajar untuk menggunakan bahasa kebangsaan yang betul secara lisan atau penulisan. Lagipun, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam takwim kelab dan persatuan di sekolah khususnya persatuan bahasa Melayu. Misalnya, aktiviti kebahasaan yang boleh dianjurkan termasuklah pertandingan bahas, pidato, pesta pantun, deklamasi sajak dan lain-lain. Jelaslah, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan bagi memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita adalah dengan menganjurkan aktiviti kebahasaan.

    Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan yang berikutnya ialah

    penerbitan bahan bacaan. Dalam konteks ini, penerbitan lebih banyak bahan bacaan dalam bahasa kebangsaan melalui kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit swasta berupaya untuk mempelbagaikan sumber bacaan masyarakat sama ada untuk menyampaikan maklumat atau hiburan. Tambahan pula, bahan bacaan yang diterbitkan ini juga seboleh-bolehnya dijual pada harga yang mampu dibeli oleh semua golongan tanpa menjejaskan kualitinya. Sebagai tamsilan, bahan bacaan yang boleh diterbitkan merangkumi majalah, komik, antologi, novel dan sebagainya yang sesuai dengan citarasa semasa setiap lapisan masyarakat. Saya optimis, penerbitan bahan bacaan merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita.

    Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memartabatkan bahasa

    kebangsaan agar bahasa ini tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. Bahasa kebangsaan juga menjadi wahana untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita kerana Bahasa Jiwa Bangsa!

  • 6

    CSL2013