cara kita bekerja - btplc.com · pdf filepernyataan daripada ketua eksekutif ... pengenalan...

47
Halaman 1 Cara Kita Bekerja Amalan Perniagaan BT Setakat Oktober 2013

Upload: dangdang

Post on 13-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Halaman 1

Cara Kita Bekerja

Amalan Perniagaan BT

Setakat Oktober 2013

Page 2: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Cara Kita Bekerja: Amalan Perniagaan Kita

Nilai-nilai Kita:

Halaman 2

Cara Kita Bekerja menggariskan amalan-amalan perniagaan serta nilai-nilai kita – tingkah laku yang kita harapkan daripada semua pekerja BT.

Ikut Cara Kita Bekerja dan nilai-nilai kita serta lakukan perkara yang betul.

Jika ragu-ragu, bertanya. Bertindak dengan cepat jika anda merasa bimbang.

Page 3: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Pernyataan daripada Ketua Eksekutif

Halaman 3

Kita lakukannya secara bertanggungjawab dan berterusan. Kita bertindak dengan penuh integriti, bekerja secara beretika dan berpegang teguh pada nilai-nilai kita. Piawaian perniagaan dan dasar pekerja kita tertanam dalam prinsip-prinsip ini.

Bertindak dengan penuh integriti dan bekerja secara beretika merupakan kesedaran perniagaan yang baik. Ia juga membantu kita bekerja bersama-sama di seluruh dunia. Etika bukanlah sekadar mencegah tingkah laku jenayah atau korup, walaupun ia amat penting. Bertingkah laku secara beretika harus menjadi sebahagian daripada apa jua yang kita lakukan.

Reputasi kita semakin kukuh setiap kali kita berpegang teguh kepada amalan perniagaan kita. Ini mungkin bermaksud bahawa kita perlu menolak prospek perniagaan baru jika ia kelihatan seperti akan memaksa kita untuk mengorbankan prinsip kita. Satu keputusan yang sukar tetapi harus dilakukan oleh pekerja BT sekiranya ia wajar dilakukan.

Jika anda tidak pasti apa yang harus dilakukan dalam situasi tertentu – sila bertanya. Beranikan diri untuk speak up jika anda bimbang suatu aktiviti itu bercanggah dengan cara kita bekerja. Bertindak dengan cepat jika anda merasa bimbang.

Dokumen ini menggariskan Cara Kita Bekerja di BT. Tindakan peribadi anda membawa perubahan. Bersama-sama, kita jadikan BT sebuah tempat kerja yang membanggakan.

Ini kerana, BT adalah milik kita.

Gavin Patterson

Kita percaya pada kuasa komunikasi bagi menjadikan dunia ini lebih baik.

Kita mengumpulkan rangkaian dan teknologi terbaik dengan kepakaran pekerja kita. Menjalinkan hubungan, mencipta peluang-peluang baru. Dengan cara ini perniagaan boleh berkembang, masyarakat boleh bersemarak, dan individu boleh mendapat lebih daripada hidup ini. Itulah perbezaan yang kita lakukan, setiap hari.

Page 4: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Temui apa yang anda perlukan

Halaman 4

Melindungi maklumat dan aset

Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21

Cara Kita Bekerja: Apakah maksudnya Halaman 5 Aset kita Halaman 25

Prinsip perniagaan BT Halaman 6 Menguruskan risiko Halaman 27

Piawaian perniagaan BT Halaman 7

Bekerja bersama

Ke mana harus dituju Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul Halaman 30

Melaporkan kebimbangan Halaman 10 Menghormati hak asasi manusia Halaman 32

Mendapatkan nasihat Halaman 11 Komunikasi Halaman 34

Komitmen Halaman 35

Bersaing secara adil Halaman 36

Integriti peribadi dan perniagaan

Mematuhi undang-undang Halaman 14 Tempat kita di dunia

Sogokan dan rasuah Halaman 15 Kesihatan dan keselamatan Halaman 38

Konflik kepentingan Halaman 17 Alam sekitar Halaman 40

Sumbangan politik Halaman 42

Melakukan perkara yang betul

Bertanggungjawab Halaman 44

Menyelesaikan konflik: melakukan perkara yang

betul

Halaman 45

Page 5: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Cara Kita Bekerja: Apakah maksudnya

Halaman 5

Cara Kita Bekerja menggariskan cara kita menjalankan perniagaan di BT.

Ia boleh dikenakan kepada anda dan setiap

orang yang bekerja untuk BT di seluruh dunia,

dalam apa jua yang kita lakukan.

Ikuti Cara Kita Bekerja dan berkelakuan yang

selari dengannya serta nilai-nilai kita.

Kita juga mengharapkan pihak ketiga, seperti

kontraktor, pembekal dan ejen, turut

mengikutinya dalam semua urusan mereka

dengan atau bagi pihak BT.

Kadangkala keadaanyang berlaku menjadi rumit.

Sila jelas bahawa:

jika undang-undang tempatan bercanggah

dengan dasar dalam Cara Kita Bekerja dan

memerlukan piawaian yang lebih tinggi, anda

mesti mematuhi undang-undang

jika adat atau dasar tempatan bercanggah

dengan Cara Kita Bekerja dan menetapkan

piawaian yang lebih rendah, sila ikut Cara

Kita Bekerja.

Cara Kita Bekerja menggariskan prinsip dan

piawaian perniagaan kita. Ia tidak meliputi setiap

dasar BT yang menjadikan prinsip dan piawaian

perniagaan kita suatu amalan.

Anda bertanggungjawab untuk:

memahami dan mengikuti undang-undang

serta butiran dasar BT yang berkaitan dengan

bidang kerja, jawatan serta orang bawahan

yang anda uruskan

menjalani latihan wajib yang kami sediakan

agar anda memahami dan mengikuti prinsip

serta piawaian perniagaan kita

mengemukakan sebarang perlanggaran

yang disyaki terhadap undang-undang, Cara

Kita Bekerja, atau mana-mana dasar BT yang

lain. Untuk pekerja BT kami telah

menyertakan pautan ke intranet bagi

membantu anda mengakses maklumat dan

nasihat lanjut tentang di mana boleh

mendapatkan bantuan. Undang-undang

tempatan anda mungkin mempengaruhi cara

anda melakukannya.

Tidak mengikut Cara Kita Bekerja boleh

memberi kesan yang sangat serius – termasuk

kerosakan kepada reputasi kita, denda dan

penalti yang besar, malah liabiliti jenayah kepada

anda, pengurus dan/atau BT. Jika anda bekerja

untuk BT dan anda tidak mematuhi Cara Kita

Bekerja, kami akan menyiasat sepenuhnya dan

mungkin mengambil tindakan tatatertib yang

sesuai, sehingga dan termasuk pemecatan.

Kami tidak dapat meliputi segala-galanya

dalam Cara Kita Bekerja ini dan dalam

sesetengah situasi anda perlu menggunakan

pertimbangan sendiri bagi memilih tindakan

yang paling sesuai. Jika ragu-ragu, bertanya.

Di halaman 17, anda akan temui panduan

tentang menyelesaikan konflik dan ke mana

harus dituju bagi mendapatkan nasihat lanjut.

Terdapat bahagian tentang cara melaporkan

sebarang kebimbangan (halaman 10). Jika anda

fikir bahawa anda atau seseorang mungkin

melanggar Cara Kita Bekerja, undang-undang

atau mana-mana dasar BT, sila speak up.

(Nota: hiperpautan dalam dokumen ini bertujuan untuk menghalakan pekerja BT ke lokasi-lokasi dalam dokumen ini, atau intranet korporat kita – ia dilumpuhkan dalam versi luaran dokumen ini)

Page 6: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Prinsip perniagaan BT

Halaman 6

Setiap orang yang bekerja dengan BT harus bertindak dengan penuh integriti, bekerja secara beretika dan menghidupkan nilai-nilai BT. Piawaian perniagaan dan dasar pekerja kita menjadi dasar kepada prinsip-prinsip ini.

Bertindak dengan penuh Integriti

Ini bermaksud berpegang teguh pada prinsip

dan piawaian perniagaan kita. Integriti penting

kerana kita secara semula jadi ingin melakukan

perkara yang betul. Integriti juga merupakan

kesedaran perniagaan yang baik untuk BT. Ia

memberi keyakinan kepada orang ramai

terhadap perniagaan kita, yang membantu

memastikan kita terus berkembang dan

memberi pulangan yang sihat kepada para

pemegang saham dalam jangka panjang.

Bertindak dengan penuh integriti membantu kita

bekerja bersama-sama di seluruh dunia. Ia juga

membantu kita menjadikan perancangan serta

perlaksanaan kita lebih berkesan,

membantutkan masalah dan menjalinkan

hubungan yang lebih erat dengan semua

pemegang saham kita.

Bekerja secara beretika

Prinsip-prinsip dalam Cara Kita Bekerja

digariskan bagi memastikan setiap orang yang

bekerja untuk BT berpegang teguh pada

piawaian tinggi yang sama. Pada masa yang

sama, ia direka bagi menghormati adat dan

tradisi tempatan. Sebagai sebuah syarikat kita

sentiasa ingin melakukan perkara yang betul -

tetapi ia tidak semestinya jelas dan mudah.

Kadangkala kita perlu membuat keputusan

yang sukar, menyeimbangkan isu-isu dan

kepentingan yang rumit serta bercanggahan.

Kita percaya tentang bersikap telus, terbuka

dan jujur dalam setiap cara kita melaporkan

prestasi kita: dari segi kewangan, alam sekitar

dan kemasyarakatan.

Kita mesti bersedia untuk menjustifikasi

tindakan kita dan menjelaskan keputusan kita

kepada mereka yang .

Menghidupkan nilai-nilai kita

Nilai-nilai kita adalah teras bagi cara kita

melakukan sesuatu di BT. Ia merumuskan

persamaan antara kita semua, dan menjelaskan

tingkah laku yang kita jangkakan daripada satu

sama lain. Semua pekerja BT mesti

mempertimbangkan nilai-nilai ini di samping

prinsip-prinsip perniagaan lain dalam Cara Kita

Bekerja dan tanya: ‘Adakah apa yang saya

lakukan selari dengan cara kita melakukan

sesuatu di BT?’

Page 7: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Piawaian perniagaan BT

Halaman 7

Bagaimana semua ini sesuai bersama?

Piawaian perniagaan BT boleh diterapkan pada prinsip perniagaan kita.

Kami telah menetapkannya di sini dan setiap orang yang bekerja untuk

dan bagi pihak BT seluruh dunia mesti mengikutinya. Dasar pekerja kita

menggariskan peraturan terperinci untuk pekerja BT yang mengguna

pakai piawaian perniagaan kita.

Piawaian perniagaan kita

Integriti peribadi dan perniagaan

mengikuti undang-undang (Halaman 14): Kita mematuhi undang-

undang, kewajipan perlesenan/kebenaran dan sebarang peraturan lain

sogokan dan rasuah (Halaman 15): Kita tidak bertolak ansur dengan apa

jua jenis sogokan

konflik kepentingan (Halaman 17): Kita mengelakkan kepentingan atau

situasi yang berkonflik, atau mungkin kelihatan berkonflik, dengan

kewajipan kita terhadap BT.

Melindungi maklumat dan aset

maklumat dan data (Halaman 21 ): Kita berhasrat untuk melindungi

butiran sulit dan tertutup bagi syarikat, pekerja dan pelanggan kita

aset kita (Halaman 25): Kita melindungi jenama dan aset fizikal,

kewangan serta intelek kita

menguruskan risiko (Halaman 27): Kita menguruskan risiko kepada

perniagaan kita dan mempertimbangkan risiko apabila membuat

keputusan.

Prinsip Perniagaan

Peraturan terperinci untuk pekerja BT yang mengguna pakai piawaian perniagaan kita

Bertindak dengan penuh Integriti Bekerja secara beretika Menghidupkan nilai-nilai BT

Integriti peribadi dan perniagaan Melindungi maklumat dan aset Bekerja bersama-sama Tempat kita di dunia

Piawaian Perniagaan

Dasar Pekerja

Page 8: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Piawaian perniagaan BT (bersambung)

Halaman 8

Bekerja bersama-sama

menyelesaikan tugas dengan cara yang betul (Halaman 30): Kita

menghormati satu sama lain. Kita inginkan persekitaran kerja yang

membantu setiap daripada kita mencapai lebih banyak. Kita gembira

bekerja di organisasi yang pelbagai dan mendapat manfaat daripada

melihat sesuatu dengan cara yang berbeza. Kita melayan setiap orang

dengan sama rata dan kita tidak bertolak ansur dengan sebarang jenis

gangguan atau prejudis. Kita menjadikan BT tempat kerja yang

membanggakan

hak asasi manusia (Halaman 32): Kita menghormati maruah,

kebebasan dan kesamaan setiap orang yang bekerja bersama kita.

Dasar dan prosedur kita adalah berdasarkan Deklarasi Hak Asasi

Manusia Sejagat Bangsa-bangsa Bersatu

komunikasi (Halaman 34): Kita berhasrat untuk bersikap benar,

membantu dan tepat dalam apa jua yang kita tulis atau katakan. Kita

bercakap dengan jujur dan kita mendengar

menghargai komitmen (Halaman 35): Kita tidak membuat janji yang

kita tahu tidak boleh kita tepati; kita sentiasa mendapatkan kebenaran

yang sesuai sebelum membuat sebarang komitmen yang penting

bersaing secara adil (Halaman 36): Kita bersaing dengan bersungguh-

sungguh tetapi secara adil, bersikap jujur dan amanah dalam semua

urusan kita.

Tempat kita di dunia

menjaga kesihatan dan keselamatan (Halaman 38): Kita prihatin dan

melindungi pekerja kita serta orang lain yang mungkin terjejas oleh

aktiviti kita. Kita menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan

mereka

alam sekitar (Halaman 40): Kita komited dalam mencegah

pencemaran dan meminimumkan kesan operasi kita terhadap alam di

seluruh dunia

sumbangan politik (Halaman 42): Kita tidak membuat sumbangan

kepada mana-mana parti politik, kepada kempen mana-mana calon

wakil rakyat, atau bagi menyokong mana-mana wakil rakyat.

Page 9: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Ke mana harus dituju

Halaman 9

Isi Kandungan

Melaporkan Kebimbangan

Mendapatkan Nasihat

Page 10: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Melaporkan kebimbangan

Halaman 10

Walaupun BT mempunyai reputasi yang

baik dari segi menjalankan perniagaan secara beretika, kita tidak boleh cepat berpuas hati. Sebagai sebahagian daripada dorongan untuk memastikan kita mengekalkan piawaian tertinggi, kita mempunyai ‘Speak Up’: talian penting yang percuma dan sulit yang boleh dihubungi oleh sesiapa yang bekerja untuk BT, tanpa mengira negara mana mereka bekerja. Anda akan temui nombor untuk negara anda daripada pautan di bawah.

Biasanya, cara terbaik untuk menangani

masalah ialah bercakap dengan pengurus

barisan anda, atau hubungi pasukan Etika (atau

di [email protected] jika anda di luar BT). Isu-isu

HR harus diberitahu kepada pengurus barisan

anda. Namun, terdapat beberapa keadaan di

mana menghubungi talian penting ‘Speak Up’

merupakan cara yang terbaik dan/atau paling

selamat bagi mengemukakan isu etika yang

sensitif kepada seseorang yang tiada kaitan

dengan pasukan anda.

Terdapat beberapa cara untuk melaporkan isu.

Anda boleh bercakap mengenainya dengan

orang sebenar, atau pun tinggalkan mel suara

selamat. Atau anda juga boleh tinggalkan

mesej secara dalam talian. Kami tahu anda

memerlukan keberanian untuk bersuara. Kami

akan lakukan apa jua yang termampu bagi

menyokong serta melindungi anda. Kami tidak

akan membenarkan sesiapa untuk bertindak

balas terhadap anda kerana melaporkan

kebimbangan dengan jujur. Jika seseorang

cuba menghalang anda daripada bersuara, itu

merupakan satu kesalahan tatatertib. Kami

akan mengendalikannya dengan serius -

termasuk membuang kerja, jika sesuai - di

mana-mana peringkat organisasi kita.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web talian

penting sulit.

Kes-kes istimewa

Terdapat beberapa negara yang kita bekerja di

mana:

meninggalkan mesej talian penting secara

tanpa nama adalah tidak dibenarkan

anda perlu cuba menyelesaikan isu itu di

peringkat tempatan (sebagai contoh,

dengan pengurus barisan anda) dahulu

sebelum menghubungi talian penting

‘Speak Up’

anda hanya boleh melaporkan jenis isu

yang tertentu kepada talian penting –

seperti penipuan perakaunan, rasuah dan

kesalahan alam sekitar.

Sebelum anda mendail: periksa laman web

talian penting sulit untuk mendapatkan butiran

nombor telefon yang perlu dihubungi di negara

anda, dan untuk sebarang arahan khas.

Page 11: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Mendapatkan nasihat

Halaman 11

Jika terdapat apa-apa di dalam dokumen ini yang tidak anda fahami atau inginkan maklumat lanjut:

sila lawat laman web Cara Kita Bekerja

sila baca dasar dan prosedur pekerja tempatan anda di intranet

sila bercakap dengan pengurus barisan anda atau seseorang yang

rapat dengan perniagaan anda

hubungi pasukan Etika. (Jika anda tidak bekerja di BT anda boleh

hubungi mereka di [email protected]).

hubungi salah satu talian bantuan kita:

– Keselamatan: 0800 321 999 (UK): +44 1908 641 100 (di luar UK)

– Pemerolehan dan rantaian bekalan: +44 (0)1977 592270

– Hubungi ASK HR atau Peopleline: 0800 731 4747 (UK) atau

+44 1908 358 888 (di luar UK) atau

atau hubungi ‘Speak Up’, talian penting sulit kita

jika anda ingin melaporkan sebarang

kebimbangan.

Page 12: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Tidak pasti apa harus dilakukan? Kadangkala ia tidak jelas. Tanya diri sendiri:

Halaman 12

‘’Adakah ia selari dengan nilai-nilai dan Cara Kita Bekerja?’

‘’Adakah saya akan berasa gembira membaca tentangnya di surat khabar?’

‘’Adakah ia sah?’

‘’Adakah saya selesa dengan keputusan ini?’

‘’Bolehkah saya menjelaskan keputusan saya kepada rakan sekerja dan keluarga?’

Page 13: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Integriti peribadi dan perniagaan

Halaman 13

Isi Kandungan

Mematuhi undang-undang

Sogokan dan rasuah

Konflik kepentingan

Page 14: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Mematuhi undang-undang

Halaman 14

Mematuhi undang-undang ialah asas di mana

terbinanya piawaian etika kita. Kita jujur dan penuh

hormat. Kita sentiasa menghormati dan mematuhi

undang-undang, tatacara serta peraturan pada

bandar, negeri dan negara di mana kita beroperasi.

Anda mesti berpegang teguh pada undang-undang

tempatan. Mungkin juga terdapat undang-undang

yang boleh dikenakan di peringkat antarabangsa

(misalnya Akta Sogokan UK 2010 atau Akta Amalan

Rasuah Asing AS atau keperluan-keperluan lesen

yang berkenaan. Sebagai syarikat global, BT perlu

berhati-hati tentang di mana ia menjalankan

perniagaan dan dengan siapa ia berniaga. Ini

termasuk mematuhi embargo dan sekatan yang

dikenakan terhadap negara atau sekumpulan

negara, atau individu tertentu.

Kita dikehendaki oleh undang-undang untuk

mematuhi sekatan dan embargo di seluruh dunia.

Kegagalan mematuhi sekatan dan embargo ini

boleh mendedahkan BT dan diri anda kepada

penalti jenayah dan pentadbiran yang berat, juga

kerosakan reputasi terhadap jenama kita.

menimbangkan bila perlu mendapatkan nasihat.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang

undang-undang yang mempengaruhi kerja anda,

sila hubungi bahagian BT Legal.

Laporkan

Jika anda bekerja untuk BT dan anda fikir anda,

rakan sekerja, atau seseorang yang ada kaitan

dengan BT mungkin telah melanggar undang-

undang, laporkannya kepada pengurus barisan

anda,BT, Keselamatan BT atau ke talian penting

sulit kita.

Soalan dan jawapan

S Undang-undang tempatan di negara saya

bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam

Cara Kita Bekerja. Mana satu yang betul?

J Undang-undang mesti diutamakan. jika

undang-undang tempatan bercanggah dengan

dasar dalam Cara Kita Bekerja dan

memerlukan piawaian yang lebih tinggi anda

mesti mematuhi undang-undang. Jika anda

J Boleh jadi anda, atau BT, atau kedua-duanya,

dan ia boleh membawa kepada dakwaan sivil

dan jenayah. Jika anda ragu-ragu, sila

berbincang dengan Perundangan BT sebelum

melakukan apa-apa yang anda fikir mungkin

melanggar undang-undang. Sekiranya anda

melanggar undang-undang semasa bekerja

kami juga mungkin mengambil tindakan

tatatertib.

S Bagaimana jika pelanggan meminta saya

melakukan sesuatu yang melanggar sedikit

peraturan?

J Cari cara lain bagi membantu mereka.

Misalnya, di UK, rejim pengizinan Ofcom

memberi kita kebebasan untuk menjalankan

perniagaan dengan had-had tertentu.

Berintegriti bermaksud menghormati had-had

tersebut. Sekiranya anda tidak pasti

bagaimana untuk mengendalikan situasi

tertentu, sila berbincang dengan pengurus

barisan anda atau dapatkan nasihat daripada

Siapa yang harus ditanya

Walaupun anda tidak dijangkakan untuk

fikir terdapat percanggahan, sila tanya

Perundangan BT.

Kita mematuhi undang-undang, kewajipan

perlesenan/kebenaran dan sebarang

peraturan lain.

mengetahui setiap undang-undang, tatacara dan

peraturan secara terperinci, anda diharap supaya

mengetahui secukupnya agar anda boleh

S Siapakah yang bertanggungjawab di sisi

undang-undang jika saya melanggar undang-

undang semasa menjalankan tugas?

bahagian Hal Ehwal Kawal Selia atau

Perundangan BT.

Page 15: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Sogokan dan rasuah

Halaman 15

Apa itu sogokan?

BT mengamalkan toleransi sifar terhadap sogokan.

Sekiranya anda membuat, membenarkan,

meminta atau menerima apa jua jenis tawaran,

hadiah, wang sogokan atau bayaran bagi

mendapatkan atau mengekalkan kelebihan yang

tidak adil, itu dinamakan sogokan. Ia tidak

semestinya melibatkan wang.

UK, AS dan banyak negara lain mempunyai

undang-undang sogokan bagi sektor awam dan

swasta. Undang-undang seperti Akta Sogokan UK

2010 dan Akta Amalan Rasuah Asing AS

mempunyai skop seluruh dunia dan boleh

dikenakan kepada BT di mana juga kita

menjalankan perniagaan.

Kita juga mempunyai dasar antirasuah dan

sogokan kita sendiri. Sebagai seseorang yang

bekerja untuk BT, adalah menjadi tanggungjawab

anda untuk membaca, mengetahui dan mematuhi

dasar ini, yang boleh dikenakan di seluruh dunia.

Berikut ialah pautan ke dasar ini dan panduan

mengenai laman intranet Cara Kita Bekerja.

bayaran tunai yang tidak normal

hadiah mewah diterima

keputusan penerimaan projek atau kontrak

yang tidak diduga atau tidak logik

proses yang luar biasa lancarnya bagi kes-kes

di mana seseorang yang tidak memiliki tahap

pengetahuan atau kepakaran yang

dijangkakan

memintas proses pembidaan atau pemberian

kontrak yang biasa

prosedur syarikat, kawalan atau garis panduan

kewangan tidak diikuti. Sekiranya anda

melanggar undang-undang antirasuah, anda

boleh mengakibatkan penalti jenayah atau sivil

ke atas diri sendiri, BT atau rakan kita. Jika

terdapat sesuatu yang anda tidak pasti,

hubungi Pasukan Etika atau Perundangan BT.

Memberi dan menerima hadiah dan hospitaliti

Kita tidak akan sesekali menawarkan atau

menerima hadiah, bayaran atau hospitaliti bagi

menggalakkan atau memberi ganjaran kepada

sesuatu keputusan.

Kita tidak bertolak ansur dengan apa jua jenis sogokan.

Rasuah boleh muncul dalam banyak bentuk dan kami tidak dapat menyenaraikan

kesemuanya. Tetapi perhatikan:

Hadiah dan hospitaliti di atas had tertentu mestilah

didaftarkan untuk kelulusan.

Hadiah dan hospitaliti boleh jadi bahagian yang

normal dan sihat dalam menjalinkan hubungan

perniagaan. Ia menjadi masalah hanya jika

bertujuan untuk mempengaruhi keputusan kita,

memberi kita kelebihan yang tidak adil berbanding

pesaing, atau mengehadkan hak pelanggan untuk

memilih dengan bebas. Budaya yang berbeza

memberi pendirian yang berlainan tentang apa

yang boleh atau tidak boleh diterima. Sebagai

sebuah perniagaan antarabangsa, kita perlu

menghormati perbezaan ini, dan dalam masa yang

sama terus berpegang teguh kepada prinsip kita.

Kita mempunyai dasar hadiah dan hospitaliti bagi

membantu anda menentukan sama ada ianya

sesuai atau tidak.

Setiap kali anda memberi atau menerima apa jua

jenis hadiah atau hospitaliti, anda mesti mengikuti

dasar. Anda tidak seharusnya memberi atau

menerima hadiah atau hospitaliti jika ia bertujuan

untuk mempengaruhi anda atau individu yang

menerimanya. Anda tidak seharusnya memberi

atau menerima hadiah dan hospitaliti yang mewah

yang, atau yang mungkin kelihatan, tidak sesuai

dalam keadaan tersebut.

Page 16: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Sogokan dan rasuah (bersambung)

Halaman 16

Siapa yang harus ditanya

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan

tentang sogokan dan rasuah, sila tanya pengurus

barisan anda atau hubungi Pasukan Etika. (Jika

anda tidak bekerja di BT, sila hubungi mereka di

[email protected]).

Laporkan

Jika anda bekerja untuk BT, bila-bila masa anda

menghadapi isu etika:

laporkannya kepada pengurus barisan anda,

Pasukan Etika atau talian penting sulit kita

secepat yang mungkin

rekodkan semua butiran

sila tanya Pasukan Etika dahulu sebelum

membuat keputusan ke atas apa yang harus

dilakukan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang sebab

untuk mengesyaki bahawa seseorang yang

bekerja untuk atau bagi pihak BT mungkin terlibat

dalam sogokan atau rasuah, tidak kira berapa

kecil, anda mestilah bersuara. Bertindak dengan

cepat jika anda bimbang.

Soalan dan jawapan

S Saya sudah menyediakan semua dokumen

yang betul, tetapi pihak kastam enggan

meluluskan. Saya rasa sedikit tip akan

membantu mempercepatkan kelulusan. Adakah

ia dibenarkan?

J Tidak, itu ialah rasuah. Walaupun sesetengah

bidang kuasa membolehkan apa yang dipanggil

‘bayaran pemudahan’, namun kami tidak. Ia

juga tidak sah di bawah Akta Sogokan UK 2010

yang boleh dikenakan kepada BT di seluruh

dunia.

S Kami mempunyai rakan perniagaan yang selalu

menjemput eksekutif BT ke jamuan makan

malam dan acara yang mungkin dianggap

mewah di sesetengah negara - tetapi ia biasa

sahaja di sini. Kelihatan seperti tiada motif atau

jangkaan tersembunyi di sebaliknya, sekadar

untuk menjalinkan hubungan baik. Apa yang

perlu saya lakukan?

J Perkara terbaik untuk anda lakukan ialah

bertanya kepada Pasukan Etika. Kami tidak

mahu menyinggung perasaan anda, tetapi kami

juga tidak mahu memberi tanggapan yang salah

kepada sesiapa. Apa yang kelihatan pada orang

lain itu penting, walaupun anda pasti bahawa

tiada agenda yang tersembunyi. Hadiah dan

hospitaliti harus telus dan sepadan. Jika ragu-

ragu, sila tolak dengan baik. Jangan lupa untuk

mendaftarkannya dan dapatkan kelulusan

terlebih dahulu bagi hadiah dan hospitaliti jika ia

melebihi nilai ambang yang ditetapkan.

S Dalam usaha niaga permulaan baharu kami,

syer pasaran sangat penting. Dengan sejumlah

bayaran, saya boleh memenangi kontrak. Tanpa

bayaran tersebut, kita akan kehilangan kerja ini.

Jika saya melepaskan peluang ini, tidakkah

saya membahayakan perniagaan kita dan

kerjaya saya?

J Membuat bayaran akan melanggar undang-

undang, juga dasar antirasuah dan sogokan

kita. Ia juga akan menjejaskan integriti anda

serta reputasi BT. Tiada kontrak, tidak kira

berapa besar, dapat menjustifikasi perlanggaran

undang-undang atau Cara Kita Bekerja.

Perniagaan beretika ialah satu-satunya

perniagaan yang menarik minat kita. Kami akan

menyokong sesiapa yang menolak untuk

menawarkan atau menerima bayaran, hadiah

atau bantuan – walaupun jika ia bermakna

kehilangan urus niaga.

Page 17: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Konflik kepentingan

Halaman 17

Apa itu konflik kepentingan?

Konflik kepentingan ialah sebarang situasi di mana

kesetiaan anda mungkin kelihatan bercanggahan

dengan kewajipan anda terhadap BT.

Ia mungkin konflik antara kepentingan BT dan

kepentingan peribadi anda. Jika kepentingan

peribadi mengganggu, atau sekadar kelihatan

mengganggu, dengan kewajipan anda terhadap BT,

maka konflik kepentingan mungkin timbul. Konflik

kepentingan juga mungkin timbul dalam bentuk

kewangan, seperti pegangan saham yang besar

dalam syarikat pesaing BT atau bekerja untuk

pesaing atau pembekal BT atau memiliki pekerjaan

lain yang menjejaskan kerja anda di BT; atau bukan

kewangan, seperti konflik yang timbul daripada

hubungan keluarga rapat dan/atau peribadi lain.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada anda mempunyai konflik, tanya diri anda:

Adakah ia akan menyebabkan rasa malu jika

ada orang yang tahu tentang kepentingan

anda yang lain itu?

Bagaimana perasaan anda/ pengurus anda

jika hal itu dipaparkan di dada akhbar?

Apakah implikasi yang lebih besar bagi BT

secara keseluruhannya?

Adakah jawatan/ kepentingan luaran anda

mempengaruhi anda dalam apa jua cara?

Mungkinkah orang lain akan terfikir bahawa

jawatan/ kepentingan anda mungkin

mempengaruhi anda - walaupun jika

sebaliknya?

Mengisytiharkan kepentingan anda

Kita mengharapkan setiap orang yang bekerja

untuk BT tidak berat sebelah dan telus, tidak kira

di bahagian atau peringkat organisasi mana anda

bekerja. Anda seharusnya tidak menggunakan

kedudukan anda di BT (atau sebarang maklumat

dalaman) untuk keuntungan peribadi, atau dengan

cara yang boleh merosakkan perniagaan kita –

Anda tidak akan dapat mengelak daripada konflik

setiap masa, tetapi walaupun ia sekadar masalah

yang mungkin akan berlaku, anda harus

memberitahu pengurus barisan dengan segera,

agar anda boleh sepakat tentang cara

mengendalikannya secara terbuka dan jujur.

Jika anda tidak pasti sama ada anda mempunyai

konflik kepentingan atau anda tidak mahu

memberitahu pengurus barisan anda, sila hubungi

Pasukan Etika. (Jika anda tidak bekerja di BT, sila

hubungi mereka di [email protected]).

Laporkan

Jika anda bekerja untuk BT dan merasakan

bahawa seseorang di syarikat mungkin mempunyai

konflik kepentingan, sila beritahu mereka atau

pengurus barisan mereka. Jika anda merasakan

bahawa seseorang yang bekerja untuk pembekal

BT atau ejen BT mungkin mempunyai konflik

kepentingan dengan BT, sila beritahu pengurus

barisan anda.

Sekiranya anda tidak merasa bahawa anda boleh

mengemukakan perkara itu kepada mereka secara

langsung, laporkannya kepada Pasukan Etika atau

Speak Up, talian penting sulit BT (lihat ‘melaporkan

kebimbangan’ untuk butiran lanjut).

Adakah ia menjejaskan cara anda melakukan

kerja untuk BT? Jika orang lain tahu tentang

kepentingan atau hubungan itu, adakah

Kita mengelakkan kepentingan atau situasi yang bercanggah, atau mungkin kelihatan

bercanggah, dengan kewajipan kita terhadap BT. Jika ia tidak dapat dielakkan, kita akan mengisytihar dan menyelesaikannya.

mereka akan mempersoalkan kebolehan anda

melakukan kerja dengan setia, jujur, berintegriti

dan adil seperti yang dituntut?

atau memberi orang lain sebab untuk percaya

bahawa anda akan berbuat demikian.

Siapa yang harus ditanya

Page 18: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Konflik kepentingan (bersambung)

Halaman 18

Soalan dan jawapan

S Saya bekerja dengan BT secara sambilan

jawatandi bahagian jualan. Saya juga

bekerja secara sambilan dengan syarikat

lain. Apa yang perlu saya lakukan?

J Anda harus menghubungi pengurus barisan

anda dan daftarkannya sebagai

kemungkinan konflik kepentingan untuk

semakan, sebagai contoh, memegang

jawatan di syarikat pembekal atau pesaing

adalah tidak dibenarkan.

S Pasangan saya mengendalikan firma

percetakan kecil, dan saya yakin mereka

boleh membuat risalah kita pada harga

yang jauh lebih rendah. Bolehkah saya

memberi kontrak kepada mereka?

J Tidak. Bayangkan apa pandangan orang

jika mereka tahu bahawa anda memberi

kontrak kepada pasangan anda. Jika

pasangan anda merancang untuk membida

kerja BT, anda mesti mengisytiharkan

hubungan anda dengan segera dan

seseorang yang lain mesti menyelia proses

pemerolehan itu.

S Saya pekerja BT, tetapi saya dipinjamkan

ke syarikat usaha niaga. Kepentingan siapa

yang harus saya utamakan?

J Harapnya, tidak akan ada konflik

kepentingan antara BT dan usaha niaga itu.

Integriti profesional peribadi anda harus

merupakan perkara yang paling penting

pada setiap masa dan anda mesti sentiasa

mematuhi Kod ini serta dasar antirasuah

dan sogokan BT. Namun, anda

bertanggungjawab kepada usaha niaga

selama tempoh anda bekerja dengan

mereka. Sekiranya anda rasa kepentingan

peribadi anda mengganggu atau mungkin

mengganggu kepentingan usaha niaga,

maka anda harus mengisytiharkan perkara

ini kepada pengurus barisan anda.

S Perkara ini belum diketahui umum, tetapi

saya mendapat tahu daripada kerja saya

bahawa sekarang mungkin masa yang baik

untuk membeli saham BT. Bolehkah saya

membelinya? Bolehkah saya memberitahu

keluarga dan rakan saya?

J Sudah tentu tidak. Itu dipanggil

‘perdagangan orang dalam’, dan ia adalah

jenayah yang sangat serius. Jika ragu-ragu

sila tanya Pasukan Etika.

S Ahli keluarga saya ingin bekerja untuk BT,

mungkin di jabatan yang sama dengan

saya. Adakah ini akan menjadi masalah?

J Ia tidak menjadi masalah jika dasar

tempatan di negara di mana anda bekerja

membenarkannya dan terdapat

pengasingan yang sesuai antara jawatan

anda dan jawatan yang dipohon oleh ahli

keluarga anda itu. Anda tidak boleh terlibat

dalam apa jua cara dalam menentukan

siapa yang akan diambil bekerja - termasuk

proses permohonan dan temu duga. Jika

ahli keluarga anda itu sudah menyertai kita,

anda harus memastikan bahawa anda tidak

bertanggungjawab dalam sebarang

keputusan terhadap tugas atau gaji mereka,

bagi mengelakkan sebarang tuduhan pilih

kasih.

Page 19: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Konflik kepentingan (bersambung)

Halaman 19

S Seorang pelanggan mempunyai saudara

yang ingin bekerja untuk BT. Mereka

meminta saya membantu saudaranya itu

mendapatkan pekerjaan. Adakah ini akan

menimbulkan masalah?

J Anda boleh memaklumkan kepada mereka

jika terdapat kekosongan yang diiklankan di

luar, tetapi anda tidak seharusnya terlibat

dalam proses pengambilan pekerja

tersebut. Proses pengambilan pekerja

standard mesti diikuti dan calon yang

terbaik untuk jawatan itu dipilih. Saudara

pelanggan tidak seharusnya diberikan

sebarang layanan istimewa. Jika ragu-ragu

sila hubungi Pasukan Etika di

[email protected]. Jika, setelah mengikuti

proses pemilihan yang terbuka dan adil

saudara pelanggan itu diambil bekerja oleh

BT, mereka tidak seharusnya diberikan

sebarang layanan istimewa. Selain itu

mereka tidak seharusnya bekerja dalam

jawatan di mana mereka boleh

mempengaruhi keputusan yang berkaitan

dengan pelanggan tersebut.

S Adakah OK untuk memiliki hubungan

peribadi dengan seseorang di tempat kerja?

J Ya jika situasi itu ditangani dengan wajar,

walaupun dasar berbeza-beza mengikut

tempat. Hubungan peribadi tidak

seharusnya mempunyai kesan yang negatif

terhadap perniagaan, persekitaran kerja dan

orang lain yang bekerja di BT. Jika anda

merasakan bahawa anda mungkin

mempunyai konflik kepentingan maka anda

harus mengisytiharkan perkara itu kepada

pengurus barisan anda (atau sokongan HR

tempatan anda jika hubungan anda itu

adalah dengan seseorang dalam barisan

anda) dan patuhi sebarang dasar tempatan

berhubung perkara ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan

lain, sila hubungi Pasukan Etika.

Page 20: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Melindungi maklumat dan aset

Halaman 20

Isi Kandungan

Maklumat dan data

Aset kita

Menguruskan risiko

Page 21: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Maklumat dan data

Halaman 21

Kita seringkali perlu menggunakan maklumat

tentang orang bagi melakukan tugas kita - sama

ada ianya mengenai rakan sekerja, pelanggan

kediaman atau data orang yang dimiliki oleh

pelanggan perniagaan kita.

Anda harus sentiasa mengendalikan data

sedemikian seolah-olah ia milik anda sendiri -

pastikan ia selamat dan terjamin dan fikirkan

bagaimana ia harus dikendalikan seandainya ia

melibatkan maklumat anda sendiri.

Privasi dan pematuhan data

Maklumat tentang orang juga dikenali sebagai data

peribadi – umpamanya, sebagai contoh, nama,

alamat, nombor telefon, alamat e-mel peribadi,

nombor akaun, tarikh lahir, akaun bank atau

maklumat bil seseorang. Ia termasuk data yang

disimpan di sistem BT, dalam dokumen kertas, e-

mel, rakaman panggilan, memori USB, peranti

mudah alih atau media storan yang lain.

Mengendalikan data peribadi dengan betul adalah

kunci dalam membina kepercayaan antara kita

dengan pelanggan serta rakan sekerja.

yang mana bukan; fahami bagaimana anda

diharapkan untuk menggunakan maklumat ini

dalam tugasan harian anda dan berhati-hati bagi

mengelak sebarang masalah.

BT juga mengendalikan banyak maklumat yang

diberikan kepada kita oleh perniagaan dan

organisasi sektor awam yang merupakan

pelanggan kita. Sesetengah maklumat ini

merupakan “data peribadi” yang diterangkan di

atas. Sesetengah daripadanya mungkin bukan data

orang tetapi tetap sangat penting kepada

perniagaan dan pelanggan sektor awam kita. Oleh

itu, pelanggan besar ini akan kerap memberitahu

kita secara khusus bagaimana mereka mahu anda

menggunakan dan melindungi data mereka,

sebagai contoh, dalam kontrak menggunakan

terma dan syarat mereka. Anda perlu memikirkan

tentang apa yang telah kita persetujui di dalam

kontrak, di samping peraturan umum bagi operasi

yang melibatkan data peribadi. Bahagian di bawah

pada halaman 23, menandatangani kontrak dengan

pelanggan perniagaan, menerangkan apa yang

perlu anda lakukan.

perniagaan yang sah atau jika undang-

undang mengkehendaki kita berbuat

demikian.

– Hanya kumpul dan gunakan data peribadi

setakat yang anda perlukan untuk tugasan

dalam tangan dan jawatan anda, tidak lebih

daripada itu

– Bersiap sedia untuk menyoal rakan sekerja

apabila mereka meminta akses kepada data

peribadi - adakah mereka mempunyai

kebenaran dan keperluan perniagaan yang

benar?

Sekiranya anda mempunyai akses kepada

data peribadi ia hanya boleh digunakan untuk

tujuan yang sama dengan sebab asal ia

dikumpulkan

– Jangan gunakan data peribadi untuk tujuan

yang baru atau berbeza, misalnya, pengujian

sistem, kecuali jika anda mendapat

kelulusan daripada Perundangan BT

– Jangan sesekali berbincang atau

mendedahkan data kepada rakan sekerja

melainkan terdapat keperluan perniagaan

untuk berbuat demikian.

Kita berhasrat untuk melindungi butiran sulit dan tertutup bagi syarikat, pekerja dan pelanggan kita.

Data peribadi dilihat sebagai sesuatu yang sangat

penting sehinggakan banyak negara mempunyai

undang-undang privasi yang menggariskan cara

bagaimana ia harus dikendalikan dan dilindungi dan

kita mestilah mematuhinya. Oleh itu, pastikan anda

boleh mengenal yang mana data peribadi, dan

Perkara penting yang perlu diingat oleh setiap orang apabila mengendalikan data peribadi:

Anda hanya boleh mengumpulkan dan

menyimpan data peribadi untuk tujuan

Page 22: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Maklumat dan data

Halaman 22

– Luangkan sedikit masa bagi memastikan anda merekodkan butiran peribadi orang dengan betul, misalnya semasa mengambil pesanan

– Kesilapan boleh membawa kerugian dan boleh membuat kita kelihatan tidak profesional

– Sentiasa ambil peluang untuk memeriksa butiran hubungan dan pengebilan pelanggan

– Jika seseorang mengatakan bahawa mereka tidak mahu menerima pemasaran langsung daripada BT, pastikan anda mengemas kini butiran mereka dengan segera pada sistem BT.

Simpan data peribadi dengan selamat dan terjamin bagi memastikan tiada siapa boleh mengakses, mengubah, menghapuskan atau menghilangkannya tanpa kebenaran.

– Sila ikuti panduan dan dasar Keselamatan BT – ia diwujudkan bagi membantu anda melakukan perkara yang betul

– Sentiasa periksa dan pastikan bahawa seseorang yang mendakwa diri mereka p elanggan atau rakan sekerja dari lokasi lain BT adalah diri mereka yang sebenar

hanya kongsikan sekadar yang diperlukan sahaja bagi mencapai matlamat anda

– Jangan lupa untuk berfikir dengan teliti tentang di mana anda berada, dan siapa yang mungkin terdengar atau terlihat apa yang sedang anda kerjakan. Jangan bincangkan perniagaan BT yang sulit di tempat-tempat awam

– Sebelum menghantar maklumat ke luar syarikat, tanya kepada diri anda: “Adakah ia sesuai untuk dihantar?” dan “Adakah saya telah melindunginya selari dengan dasar keselamatan kita?”

– Dokumen kertas harus disimpan di tempat yang berkunci dan gunakan mesin pencincang kertas atau tong sampah sulit apabila hendak melupuskannya.

Hanya simpan data peribadi selama ia diperlukan untuk tujuan asal mengapa data itu kita perolehi, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. BT telah menetapkan had masa ke atas berapa lama kita harus menyimpan data – ini boleh ditemui di sini

– Sentiasa tanyakan diri anda, “Adakah saya benar-benar perlu menyimpan data ini?”

– Jangan sesekali menyimpan data peribadi di komputer riba, batang memori atau peranti

– Lakukan pengemasan (housekeeping) dengan kerap dan padam/ hapuskan/ cincang data yang tidak lagi diperlukan.

Individu boleh meminta untuk melihat data peribadi apa yang dipegang oleh BT mengenai mereka dengan membuat permintaan yang dikenali di UK sebagai Permintaan Akses Subjek

– Adalah penting agar anda mengetahui apa yang harus dilakukan apabila menerima permintaan sedemikian. Maklumat lanjut tentang proses UK boleh ditemui di sini. Jika anda menerima permintaan untuk di luar UK, maka dapatkan nasihat daripada Pasukan Privasi Data.

Terdapat juga peraturan tambahan tentang apa yang dikenali sebagai “data peribadi sensitif”. Contohnya termasuk maklumat tentang kesihatan, bangsa, kepercayaan keuagamaan, pandangan politik, keahlian kesatuan perdagangan, rekod jenayah atau keseksualan seseorang

– Sekiranya jawatan anda memerlukan anda untuk mengendalikan data peribadi sensitif, anda mesti mendapatkan panduan daripada Pasukan Privasi Data sebelum berbuat demikian.

Pastikan semua data peribadi yang kita pegang adalah tepat dan terkini

Sentiasa pertimbangkan apa yang ada dalam

data dan dokumen yang anda sedang gunakan

dan kelaskannya dengan betul;

storan lain lebih daripada tempoh yang

diperlukan

Page 23: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Maklumat dan data

Halaman 23

Bergantung pada tugas yang anda lakukan, anda juga mungkin perlu mempertimbangkan perkara berikut

Terdapat peraturan yang ketat tentang memindahkan data peribadi dari satu negara ke negara lain, sebagai contoh, menghantarnya ke luar Kawasan Ekonomi Eropah. Peraturan ini boleh dikenakan walaupun jika seseorang itu hanya boleh mengakses data di sistem yang terletak di negara lain - itu juga tetap dinamakan perpindahan data

– Sentiasa dapatkan nasihat daripada pasukan perundangan atau pematuhan anda jika anda percaya bahawa anda akan memindahkan data peribadi atau membenarkan akses dari satu negara ke negara lain

– Pastikan anda telah memahami peraturan yang berkenaan dengan apa yang anda lakukan dan pastikan juga perlindungan kontraktual dan sekuriti yang sesuai telah tersedia.

Apabila kita menandatangani kontrak dengan pelanggan perniagaan, mereka mungkin mempunyai keperluan khusus tentang bagaimana data mereka, termasuk data peribadi, dikendalikan.

– Pastikan anda memahami bagaimana pelanggan mahu kita mengendalikan data mereka

– Sentiasa dokumenkan sebarang keperluan data yang dipersetujui bersama pelanggan di dalam kontrak; dapatkan nasihat perundangan dan pematuhan yang sesuai dalam situasi-situasi sebegini

– Sahkan, sebelum kontrak dipersetujui, bahawa kita mampu memberikan perkhidmatan yang selari dengan keperluan data pelanggan

– Produk, sistem dan proses kita mesti menguruskan data selari dengan keperluan pelanggan sepanjang hayat kontrak berkenaan

– Apabila memberi kontrak kepada pembekal/subkontraktor, maklumkan mereka tentang keperluan data pelanggan, nyatakannya dalam kontrak kita dan periksa dari semasa ke semasa bahawa ia disampaikan.

Siapa yang harus ditanya

Periksa bahawa anda tahu ke mana harus dituju untuk mendapatkan nasihat pakar. Ingat, BT mempunyai Pasukan Privasi Data yang boleh membantu anda melakukan perkara yang betul semasa mengendalikan data peribadi. Penyelaras perlindungan data untuk bahagian BT anda

ditunjukkan di laman intranet Perundangan, Tadbir Urus dan Pematuhan.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang pendekatan kita terhadap privasi data di laman intranet, bersama-sama dasar perlindungan data BT dan data privasi kakitangan BT di sini.

Laporkan

Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini yang melibatkan data peribadi, akibatnya boleh jadi sangat serius. Reputasi BT boleh rosak teruk dan BT mungkin menghadapi tindakan undang-undang atau denda daripada pihak berkuasa. Kita berisiko untuk kehilangan kepercayaan pelanggan kita; dan akhirnya kehilangan perniagaan daripada mereka. Untuk kakitangan, sebarang tindakan sengaja atau kecuaian boleh mengakibatkan tindakan tatatertib dan, dalam kes terburuk, didakwa di mahkamah.

Jika anda mendapat tahu tentang sebarang

pencabulan data peribadi, tanpa mengira sekecil

mana ia mungkin kelihatan, anda mesti

melaporkannya dalam tempoh 24 jam kepada Pusat

Kawalan Keselamatan BT di 0800 321 999 atau

+44(0)1908 641 100 atau melalui e-mel di

[email protected]. Dasar pelaporan pencabulan data

BT tersedia di laman intranet.

Page 24: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Maklumat dan data (bersambung)

Halaman 24

Soalan dan jawapan

S Saya memegang data tentang orang yang

merupakan pelanggan BT tetapi

sebenarnya saya tidak melakukan apa-apa

dengannya. Adakah ia terkandung dalam

peraturan Perlindungan Data?

J Apabila anda merekodkan, mendapatkan,

menyimpan, memegang, mengakses,

mendedahkan atau menghapuskan data

tentang orang (pelanggan atau kakitangan)

anda mesti mematuhi dasar Perlindungan

Data Kumpulan BT. Oleh sebab undang-

undang perlindungan data wujud di Eropah,

Asia Pasifik dan Amerika, anda mesti

memastikan bahawa anda mematuhi

undang-undang tempatan dan mendapatkan

panduan daripada pakar BT.

Selain itu, anda harus tanyakan diri anda

sama ada anda benar-benar perlu untuk

terus memegang data ini jika anda tidak

memerlukannya. Anda harus menyimpan

data selari dengan had masa di dalam dasar

dan jadual Pengekalan Data Kumpulan BT

dan pastikan juga anda menerapkan

piawaian keselamatan maklumat BT.

S Pelanggan perniagaan mahu BT

menyatakan kesanggupan terhadap

keperluan dan sekatan pengendalian data

tertentu berhubung data mereka, bolehkah

ini dilakukan?

J Pelanggan sering mahukan sekatan

mengawal apa yang boleh kita lakukan, di

mana kita boleh melakukan, bagaimana kita

boleh melakukan dan siapa yang boleh

terlibat dalam pengendalian data mereka.

Mereka juga mungkin mahu memberi

maksud yang sangat meluas kepada istilah

‘data pelanggan’. BT boleh memenuhi

permintaan sedemikian jika kita benar-benar

mampu menyampaikan sekatan yang

diminta oleh pelanggan perniagaan; dan di

mana pemasukan permintaan sedemikian

dalam kontrak mereka bersama BT telah

menerima hebahan penutupan yang

sewajarnya. Anda harus mendapatkan

nasihat daripada orang hubungan BT yang

berkaitan bila perlu. Untuk maklumat lanjut

sila baca prinsip dan garis panduan.

S Saya ada terdengar bahawa penasihat

jualan kerap diminta maklumat pelanggan

seperti nombor telefon dan alamat oleh

rakan mereka. Bolehkah mereka

memberikan maklumat ini?

J Tidak. Ini adalah jenayah yang serius juga

perlanggaran yang berat terhadap Dasar

Perlindungan Data Kumpulan BT. Sebarang

pendedahan data pelanggan atau

kakitangan tanpa kebenaran sedemikian

akan dikenakan tindakan tatatertib,

termasuk dipecat.

Page 25: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Aset Kita

Halaman 25

Kita melindungi jenama dan aset fizikal, kewangan serta intelek kita.

Setiap daripada kita bertanggungjawab secara

peribadi untuk melindungi aset BT - sama ada

peralatan, harta benda dan maklumat atau

pengetahuan serta idea. Itu termasuk

menyimpan rekod yang betul tentang sebarang

sumber yang kita gunakan dan mengikut dasar-

dasar keselamatan kita.

Kecurian, kecuaian, pembaziran, kerosakan

atau penyalahgunaan harta dan pengubahan

rekod yang disengajakan mempunyai kesan

langsung terhadap keuntungan BT. Kita tidak

seharusnya menyalah guna intranet atau

internet. Semua aset BT mesti digunakan untuk

tujuan yang sah sahaja. BT boleh mengakses

dan memantau fail komputer dan komunikasi

elektronik yang disimpan di pelayan komputer,

komputer dan peranti elektronik kita yang lain.

Kita lakukan ini untuk penyelenggaraan, tujuan

perniagaan atau bagi memenuhi kewajipan

perundangan. Dan kita lakukannya selari

dengan dasar privasi dan perlindungan kita data

serta undang-undang.

Kita tidak bertindak secara menipu,

memperdayakan orang atau membuat dakwaan

palsu.

Siapa yang harus ditanya

Sekiranya anda berpangkalan di UK dan telah

mengalami insiden keselamatan atau

memerlukan nasihat sama ada suatu insiden itu

harus dilaporkan atau tidak, sila hubungi Pusat

Kawalan Keselamatan BT (SCC) di 0800

321999.

Jika anda memilih untuk tidak menghubungi

SCC melalui telefon, anda boleh menghubungi

mereka melalui laman web atau melalui e-mel

[email protected]. Jika anda tidak berpangkalan

di UK, sila hubungi +44 (0)1908 641100.

Laporkan

Sebarang insiden penipuan atau kecurian yang

disyaki harus dilaporkan segera ke nombor

telefon di atas atau ke talian penting sulit.

Menghormati jenama kita

Jenama BT, termasuk simbol Dunia yang

Terhubung, adalah salah satu daripada aset

kita yang paling berharga. Jenama yang kukuh

sangat penting bagi kejayaan jangka panjang

dalam pasaran yang berubah pantas dan

sangat kompetitif ini. Ia melemahkan

keupayaan kita untuk bersaing seandainya

produk, perkhidmatan atau komunikasi kita

tidak selari dengan jenama kita atau kita

menggunakan logo kita dengan cara yang

salah. Laporan akhbar atau publisiti yang buruk

juga memberi kesan yang serupa. Ini termasuk

penggunaan laman media sosial seperti

Facebook atau Twitter. Komen di laman media

sosial yang dipercayai tertutup seringkali dapat

dilihat oleh orang lain. Anda harus berfikir

dengan teliti sebelum menyiarkan komen yang

mungkin secara tidak sengaja merosakkan

jenama BT.

Sebagai perniagaan yang bertanggungjawab,

kita menghormati harta intelek perniagaan lain

dengan cara yang serupa.

Page 26: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Aset Kita (bersambung)

Aset Kita (bersambung)

Halaman 26

Soalan dan jawapan

S Aset fizikal ialah benda-benda seperti

bangunan, komputer dan kereta. Apakah itu

aset intelek?

J Aset intelek meliputi lebih daripada yang

mungkin anda fikirkan. Ia termasuk

pengetahuan kita, penemuan dan nama

produk serta perkhidmatan kita; reka bentuk

fizikal produk dan perisian; lukisan

kejuruteraan, karya seni dan bahan bertulis

kita; maklumat sulit tentang segala-galanya

daripada proses dan pelan perniagaan

hinggalah kepada butiran pelanggan dan

tarikh pelancaran. Sesetengah daripadanya

dilindungi di sisi undang-undang oleh paten,

pendaftaran tanda dagang, pendaftaran

reka bentuk atau hak cipta - sama ada di

atas kertas, di komputer atau internet. Aset

intelek biasanya lebih bernilai kepada

perniagaan berbanding aset fizikalnya.

Anda boleh membantu melindunginya

dengan berhati-hati tentang bagaimana

anda menggunakannya dan dengan siapa

anda mengongsikannya.

S Mengapa jenama kita begitu penting?

Adakah ia benar-benar satu ‘aset’?

J Ya. Jenama BT adalah salah satu daripada

aset kita yang paling bernilai, tetapi nilainya

boleh naik atau turun bergantung pada

bagaimana dunia melihat kita. Itulah

sebabnya mengapa amat penting bagi kita

untuk melindunginya.

Page 27: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Menguruskan risiko

Halaman 27

Kita menguruskan risiko terhadap perniagaan kita, dan mempertimbangkan risiko apabila membuat keputusan.

Cara sesebuah perniagaan menguruskan

risikonya adalah amat penting kepada

kejayaannya. Pengurusan risiko yang berkesan

mewujudkan kestabilan, menyumbang kepada

keuntungan, melindungi reputasi kita dan juga

membolehkan BT memanfaatkan pelbagai

peluang.

Kita mempunyai dasar Pengurusan Risiko

Perusahaan (ERM) dan rangka kerja yang

direka bagi membantu Kumpulan kita secara

keseluruhan, juga setiap Barisan Perniagaan,

bagi menguruskan semua kategori risiko secara

konsisten (komersial, kewangan, operasi,

perundangan dan lain-lain)

Kita menguruskan risiko kita selari dengan

hasrat ini berhubung risiko, dan apa yang kita

percaya sebagai kepentingan komersial terbaik

buat BT. Pekerja kita mesti berfikir tentang

risiko dalam tugasan harian mereka. Fikirkan

tentang risiko dan implikasi tindakan serta

nasihat anda. Bertanggungjawab ke atasnya

dan ke atas kesannya terhadap rakan sekerja,

masyarakat dan perniagaan ini.

Siapa yang harus ditanya

Sila lawati halaman intranet Pengurusan Risiko

Perusahaan BT jika anda ingin mengetahui

lebih lanjut atau bercakaplah dengan ahli

pasukan Pengurusan Risiko Kumpulan.

Laporkan

Jika anda bimbang tentang risiko, sila

berbincang dengan pengurus barisan anda.

Soalan dan jawapan

S Apa yang dikira sebagai risiko?

J Sebarang ketakpastian yang mungkin

mengancam keupayaan kita untuk

mencapai objektif. Ini boleh jadi sesuatu

yang berlaku dalam perniagaan kita, atau

faktor luaran yang boleh memberi kesan

kepada objektif kita.

S Mengapa kita memerlukan pengurusan

risiko?

J Para pemegang saham mengharapkan kita

menguruskan risiko dengan berkesan dan

bertanggungjawab. Pengurusan risiko yang

baik:

membantu kita mencapai objektif

memastikan organisasi (dan pemegang

saham) selamat

memberi kita keyakinan untuk bercita-cita

lebih tinggi

membolehkan kita memenuhi keperluan

tadbir urus korporat.

S Berapa banyak risiko yang harus dimiliki

oleh perniagaan?

J Setiap perniagaan perlu mengambil

beberapa risiko untuk untung

Perkara yang penting ialah mengambil risiko

yang munasabah dan menguruskan risiko

tersebut dengan cara yang betul. Kita perlu

menguruskan semua risiko dengan berhati-

Page 28: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Menguruskan risiko (bersambung)

Menguruskan Risiko (bersambung)

Halaman 28

hati kerana hasrat kita terhadap risiko,

undang-undang serta kedudukan komersial

kita berubah mengikut masa. Kita perlu

bebas untuk mengambil risiko yang

terhitung. Ideanya ialah, ambil risiko yang

menguntungkan, bukan mengelakkan semua

risiko.

S Saya telah mengenal pasti risiko dan saya

tidak pasti bagaimana kita

menguruskannya. Dengan siapa saya harus

berbincang?

J Pengurus barisan anda seharusnya tahu

proses pengurusan risiko, tetapi jika tidak,

anda boleh menghubungi juara risiko

perniagaan barisan anda, atau pasukan

Pengurusan Risiko Kumpulan.

S Saya telah memikirkan tentang satu risiko,

dan saya rasa kita mungkin memerlukan

insurans. Dengan siapa saya harus

berbincang?

J Sila berbincang dengan bahagian

Pembiayaan Insurans dan Risiko Kumpulan

untuk mendapatkan bantuan dan nasihat.

Mereka bertanggungjawab mengatur

sebarang insurans dalam BT.

Page 29: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Bekerja Bersama

Halaman 29

Isi Kandungan

Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul

Menghormati hak asasi manusia

Komunikasi

Komitmen

Bersaing secara adil

Page 30: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul

Halaman 30

Kita menghormati satu sama lain. Kita inginkan persekitaran kerja yang membantu setiap daripada kita mencapai lebih banyak. Kita gembira bekerja di organisasi yang pelbagai dan mendapat manfaat daripada melihat sesuatu dengan cara yang berbeza. Kita melayan setiap orang dengan sama rata dan kita tidak bertolak ansur dengan sebarang jenis gangguan atau prejudis.

Kita menjadikan BT tempat kerja yang membanggakan.

Tingkah laku umum

Kita hanya akan benar-benar berjaya jika semua

orang menghormati rakan sekerja masing-masing.

Tingkah laku yang suka menghalang, pergaduhan,

gangguan (bangsa, seksual atau apa jua jenisnya)

dan bahasa yang kesat adalah tidak boleh

diterima, sama seperti sengaja melaksanakan

tugas di bawah piawaian yang dikehendaki.

Penipuan dan ketakjujuran

Kita sentiasa bertindak dengan jujur, adil dan

terbuka.

Penjagaan masa dan kehadiran

Jika anda bekerja untuk BT, anda mesti hadir

ke tempat kerja dan merekodkan kehadiran

anda seperti yang dikehendaki oleh pekerjaan

anda dan ikuti prosedur kita jika anda tidak

dapat hadir atau terpaksa masuk lewat.

Keadilan dan kesamarataan dalam layanan terhadap orang lain

BT menghargai dan mengalu-alukan

kepelbagaian. Kita tidak akan melayan sesiapa

di BT secara berbeza berbanding yang lain

disebabkan oleh bangsa; seks; agama/

kepercayaan; ketidakupayaan; status

perkahwinan atau perkahwinan sivil; umur;

status sebagai ibu atau bapa; orientasi seks;

identiti jantina; ekspresi jantina; mempunyai

tanggungjawab sebagai penjaga, atau sebarang

kelas individu lain yang dilindungi oleh undang-

undang di negara anda.

Selain itu, kita tidak akan menyebabkan

seseorang mempunyai kekurangan dengan

mengadakan syarat atau keperluan yang tidak

boleh dijustifikasi. Dalam bekerja bersama-

sama, sebagai sebuah pasukan, kita semua

mesti menunjukkan kepekaan dan rasa hormat

terhadap perasaan, budaya serta kepelbagaian

individu.

Kita ingin BT menjadi tempat di mana semua

orang berasa bebas memberi sumbangan unik

masing-masing. Kita telah bekerja keras

mewujudkan budaya yang adil dan inklusif, dan

kita akan terus berbuat demikian.

Ia bukan sekadar saling menghormati sesama

kita, tetapi juga termasuk pelanggan, pembekal

dan rakan kongsi kita. Kita mengharapkan

pengurus kita memimpin melalui teladan dan

membanteras prejudis apabila menemuinya.

Pembulian dan gangguan

Kita tidak bertolak ansur terhadap sebarang

bentuk pembulian atau gangguan terhadap

pekerja kita - bukan hanya semasa waktu

bekerja tetapi pada bila-bila masa mereka

melakukan sesuatu yang ada kaitan dengan

BT.

Page 31: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Menyelesaikan tugas dengan cara yang betul (bersambung)

Halaman 31

menggalakkan orang bawahan mereka agar melayan rakan sekerja dengan rasa hormat

ambil tanggungjawab peribadi bagi memastikan semua orang dihormati pada setiap masa

bantu membanteras pembulian atau gangguan di tempat kerja dan sila masuk campur jika terlihat atau terdengar kes pembulian atau gangguan. Kita mahukan persekitaran kerja di mana setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya. Kita mempunyai dasar pekerja yang menggariskan peraturan bagi membolehkan kita menyelesaikan tugas dan membantu kita bekerja bersama merentasi dunia.

Siapa yang harus ditanya

Pekerja BT boleh menemui dasar dan prosedur pekerja tempatan di intranet. Atau anda boleh bercakap dengan pengurus barisan anda. Peopleline di 0800 731 4747 (UK) atau +44 1908 358 888 (antarabangsa) atau ASK HR juga boleh membantu menjawab pertanyaan pekerja.

Soalan dan jawapan

S Apakah kaitan antara kepelbagaian dengan

membuat keuntungan

J Kepelbagaian merupakan kesedaran

perniagaan yang baik. Untuk menjadi peneraju

dunia, kita perlu menjadi inovatif, kreatif, dan

dapat melihat sesuatu dari perspektif yang

berbeza. Kita juga menyertakan kumpulan

terhebat individu berbakat jika kita

menghormati sumbangan setiap orang - tanpa

mengira jantina, bangsa, umur, keupayaan

fizikal, agama, keseksualan atau budaya. Kita

juga perlu menunjukkan budi bahasa dan rasa

hormat yang sama kepada pelanggan, tidak

kira apa latar belakang budaya atau

kepercayaan peribadi mereka.

S Rakan kerja saya diganggu oleh orang atasan. Saya rasa saya perlu melaporkannya, tetapi saya tidak mahu ditimpa masalah. Apa yang harus saya lakukan?

merahsiakannya. Anda tidak akan ditimpa masalah kerana melakukan apa yang anda benar-benar percaya sebagai yang terbaik.

S Saya tahu bahawa kita mesti menghormati kepelbagaian dan bahawa kita tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pembulian dan gangguan tetapi apakah tingkah laku lain yang tidak menaruh rasa hormat?

J Jika kita merujuk setiap jenis tingkah laku yang tidak boleh diterima, senarainya akan jadi sangat panjang. Namun, berikut ini adalah beberapa contoh yang jelas: pergaduhan, gangguan dan bahasa kesat, sengaja melaksanakan tugas di bawah piawaian yang dikehendaki; tidak mengikut prosedur apabila tidak boleh hadir kerja atau terpaksa masuk lewat; memakai pakaian yang tidak sesuai. Pekerja BT mesti mengikut semua dasar dan prosedur pekerja yang berkaitan.

S Apa yang berlaku jika saya tidak berkelakuan seperti yang dijangkakan?

J Jika tingkah laku anda tidak memenuhi piawaian yang dikehendaki, maka, sekiranya anda pekerja BT, kami boleh mengambil tindakan tatatertib.

Setiap orang di BT mesti

Laporkan

Kebiasaannya, cara yang terbaik untuk

menangani masalah ialah berbincang dengan

pengurus

barisan anda. Jika anda tidak mahu berbincang dengan pengurus barisan anda, sila berbincang dengan rakan perniagaan HR anda.

Jangan abaikannya. Kita perlu membanteras

tingkah laku sebegini. Beritahu pengurus barisan

anda. Atau jika anda tidak selesa

berbuat demikian, beritahu rakan perniagaan

HR anda. Jangan bimbang, mereka akan

Page 32: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Menghormati hak asasi manusia

Halaman 32

Kita menghormati maruah, kebebasan dan kesamaan setiap orang yang bekerja dengan kita. Dasar dan prosedur kita adalah berdasarkan deklarasi hak asasi manusia sejagat Bangsa-bangsa Bersatu, yang menggariskan "piawaian pencapaian bersama untuk semua orang dan semua bangsa.”

Komitmen kita

Komitmen kita, sebagai penandatangan asal

prinsip-prinsip Perjanjian Global Bangsa-bangsa

Bersatu, ialah untuk merangkumi, menyokong dan

menghormati hak asasi manusia dan memastikan

bahawa kita tidak bersubahat dengan pencabulan

hak asasi manusia. Kita komited untuk

melaksanakan Prinsip Panduan ke atas

Perniagaan dan Hak Asasi Manusia PBB.

Walaupun semua hak asasi manusia adalah sama

penting dan dihormati, sesetengah daripadanya

berisiko lebih tinggi untuk dicabuli disebabkan oleh

aktiviti perniagaan kita. Terutamanya, keadaan

kerja di seluruh rantaian bekalan kita, bagaimana

kita melindungi maklumat dan isu-isu rumit yang

melingkari kebebasan bersuara dan privasi adalah

bidang-bidang yang berisiko lebih tinggi yang kita

berikan perhatian khusus.

Keadaan kerja

Kita tidak menggunakan atau menerima buruh

paksa, terikat atau buruh penjara yang bukan

sukarela. Kita tidak menuntut atau memegang

deposit atau dokumen pengenalan pekerja kita,

atau berurusan dengan perniagaan yang

mengamalkannya. Kita hanya bekerja dengan

mereka yang memilih untuk bekerja dengan bebas.

Kita menghormati hak mereka terhadap peluang

yang sama rata, kebebasan berpersatuan dan

tawar-menawar kolektif. Kita tidak menggunakan

buruh kanak-kanak dan kita menuntut perkara yang

sama daripada pembekal kita dan pembekal

mereka. Sekiranya kita mendapati ada buruh

kanak-kanak dalam rantaian bekalan kita semasa

audit, kita akan mengambil tindakan segera bagi

menghentikannya, sambil mempertimbangkan

kepentingan terbaik bagi kanak-kanak tersebut.

Kita bekerja dengan semua pembekal kita dan

pembekal mereka bagi memastikan mereka

memenuhi piawaian ‘mencari sumber dengan

maruah manusia’ kita. Anda boleh membaca

piawaian ini di Intranet Pemerolehan.

Melindungi maklumat

Dasar keselamatan BT telah direka agar selari

dengan kawalan keselamatan dalam ISO27001

dan ISO27002, iaitu kod amalan antarabangsa

untuk pengurusan keselamatan maklumat. Kita

secara tetap melatih pekerja kita tentang cara

untuk mencapai tahap keselamatan maklumat

tertinggi bagi semua data yang kita akses, proses

dan kongsikan melalui sepanjang aktiviti

perniagaan kita. Kita mengakui bahawa kesilapan

manusia mendatangkan risiko keselamatan data

yang paling tinggi. Oleh itu kita amat menitik

beratkan latihan, peningkatan kesedaran dan

memastikan pematuhan yang ketat. Kita juga

menawarkan kepada pelanggan produk dan

perkhidmatan yang membantu mencegah akses

tidak disengajakan kepada kandungan yang haram

atau tidak sesuai, seperti memberikan kepada

keluarga alat untuk mengawal apa yang boleh

ditonton oleh anak mereka di internet dan

televisyen.

Page 33: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Menghormati hak asasi manusia (bersambung)

Halaman 33

Siapa yang harus ditanya

Sekiranya anda mempunyai sebarang

pertanyaan, hantarkan e-mel ke:

[email protected]

Laporkan

Sekiranya anda bimbang bahawa BT atau

mana-mana pembekal atau ejen kita mungkin

mencabul komitmen kita terhadap hak asasi

manusia, sila berbincang dengan pengurus

barisan anda atau hubungi Pasukan Etika (jika

anda tidak bekerja di BT hubungi pasukan di

[email protected]).

Soalan dan jawapan

S Bagaimana jika adat tempatan di negara

saya bertentangan dengan dasar kita?

J Deklarasi hak asasi manusia sejagat direka

agar boleh diterapkan di mana jua dan

dasar pekerja kita berhasrat untuk

menghormati hak asasi setiap orang.

Namun, dari segi praktikalnya, mengikutinya

tidak semestinya jelas dan mudah,

terutamanya jika terdapat tradisi

kebudayaan, masyarakat atau keagamaan

tempatan yang kuat yang bercanggahan

dengannya. Jika anda rasakan bahawa

terdapat percanggahan, anda harus

mendapatkan nasihat daripada pengurus

barisan anda.

Page 34: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Komunikasi

Halaman 34

Kita berhasrat untuk bersikap benar, membantu dan tepat dalam apa jua yang kita tulis atau katakan. Kita bercakap dengan jujur dan kita mendengar.

Apa itu komunikasi?

Kita berkomunikasi antara satu sama lain di tempat

kerja dan dengan pembekal serta pelanggan kita.

Komunikasi adalah apa yang kita tulis atau katakan

dan cara kita mendengar. Menggunakan media

sosial juga merupakan satu bentuk komunikasi.

Kita merupakan syarikat komunikasi, oleh itu orang

ramai mengharapkan piawaian komunikasi yang

tertinggi daripada kita. Melalui komunikasi yang

berkesan, kita akan membina kepercayaan

terhadap BT, oleh itu orang ramai akan menyokong

kita, membeli daripada kita dan ingin bekerja untuk

kita.

Komunikasi yang baik bukan hanya bermaksud

bercakap, tetapi juga mendengar. Adalah amat

penting bagi kita untuk mendengar semua

pemegang saham kita, dan bersikap terbuka

dengan pelanggan, pemegang saham, rakan

sekerja dan rakan perniagaan.

Akhirnya, kita adalah apa yang orang lain fikir

tentang kita. Pendapat mereka membentuk cara kita

menjalankan perniagaan. Agar mereka bersikap

terbuka dengan kita, kita perlu bersikap jujur,

menghormati dan berterus-terang dengan mereka.

Kita perlu meraih dan menjadikan kita layak

menerima kepercayaan serta rasa hormat mereka.

Siapa yang harus ditanya

Pekerja BT boleh menghubungi bahagian

Komunikasi Kumpulan untuk nasihat lanjut atau

melawat laman web mereka.

Laporkan

Jika anda bimbang tentang sebarang komunikasi,

sila berbincang dengan pengurus barisan anda atau

Komunikasi Kumpulan.

Soalan dan jawapan

S Jika di atas kertas, OK tetapi agak naif dalam

dunia nyata. Bagaimana dengan pengiklanan

atau penjualan, di mana anda perlu memujuk

orang?

J Terdapat agak banyak sebab untuk orang

memilih BT: kualiti, nilai untuk wang,

perkhidmatan, reputasi. Anda tidak perlu

mengelirukan sesiapa untuk menjual sesuatu.

Jika anda lakukannya, kita berisiko untuk

kehilangan kepercayaan dan rasa hormat

mereka buat selama-lamanya. Ingat, salah

satu aset paling besar dalam pengiklanan dan

penjualan ialah jenama dan reputasi.

Tumpukan pada perkara yang positif dan jual

produk serta perkhidmatan kita atas meritnya.

S Kita tidak boleh bersikap terbuka sepenuhnya

dengan maklumat sulit atau yang sensitif dari

segi komersial, bukan?

J Ya, betul. Jelas sekali, terdapat beberapa

perkara yang jika didedahkan, menjadikan kita

tidak bertanggungjawab - sebagai contoh

butiran peribadi seseorang atau pelan

perniagaan kita. Kita mempunyai

tanggungjawab terhadap pelanggan dan rakan

sekerja untuk tidak mengongsikan maklumat

peribadi mereka. Kita juga mempunyai

tanggungjawab terhadap pemegang saham

untuk melindungi aset intelek kita.

S Jenis komunikasi bagaimanakah yang tidak

sesuai?

J Antara contohnya ialah komen menghina

tentang BT; pekerja, pesaing, pihak ketiga,

rakan atau pembekal BT. Dalam konteks

perniagaan BT; gangguan/pembulian;

membuat spekulasi atau komen mengenai

maklumat syarikat yang sulit atau sensitif.

Page 35: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Komitment

Halaman 35

Jika anda bekerja untuk BT, apabila membuat

keputusan, komitmen atau perjanjian perniagaan

sebagai individu, anda berbuat demikian bagi pihak

BT secara keseluruhannya. Orang ramai

mempercayai kita kerana kita mempunyai rekod

yang baik dalam menunaikan janji sejak bertahun-

tahun lamanya. Jika kita musnahkan kepercayaan

itu, ia akan memberi kesan yang buruk kepada

seluruh perniagaan kita.

Siapa memutuskan apa di BT?

Di BT kita mengamalkan sikap memudahkan bagi

menyelesaikan sesuatu dan memberi kuasa

kepada pekerja untuk bertindak. Pekerja BT harus

jelas tentang hak membuat keputusan mengikut

jawatan mereka dan harus berasa diberikan kuasa

dan kepercayaan bagi menggunakan hak tersebut.

Namun, dalam syarikat sebesar BT, terdapat

beberapa keputusan yang tidak boleh dibuat

sebagai individu - kerana kita tidak mempunyai

kuasa dalam jawatan kita, atau perlu

mendapatkan kelulusan daripada orang lain.

melibatkan orang yang betul dengan kepakaran

dan pengalaman yang betul pada masa yang

betul. Setiap daripada kita mempunyai ‘kuasa

yang ditetapkan’ yang meliputi jenis keputusan

yang boleh kita buat bagi pihak BT. Dengan kuasa

itu maka hadirlah tugas untuk melibatkan mereka

yang lain yang mungkin berkongsi tanggungjawab

atas keputusan kita, dan merekodkan kesemua

butiran dengan betul. Anda tidak seharusnya

membuat keputusan yang mengikat BT jika tiada

kuasa untuk berbuat demikian.

Siapa yang harus ditanya

Sila berbincang dengan pengurus barisan anda

jika tidak pasti sama ada anda dibenarkan

membuat keputusan atau tidak.

Laporkan

Jika anda fikir anda atau seseorang yang lain

telah membuat keputusan tanpa memiliki kuasa

untuk berbuat demikian, sila speak up. Pengurus

barisan anda adalah individu yang terbaik untuk

dihubungi.

J Dalam kebanyakan kes ini akan terkandung

dalam Perwakilan Kuasa BT. Huraian kerja

anda juga mungkin mempunyai jawapannya.

Jika tidak, pengurus barisan atau pengurus

kewangan anda akan mengetahuinya. Jika

anda hendak membeli sesuatu, jabatan

Pemerolehan boleh membantu. Jangan lupa

untuk memeriksa apa tanggungjawab

khusus anda - mungkin keputusan tersebut

akan melibatkan sebahagian daripada tugas

orang lain.

S Kelihatan seperti banyak karenah birokrasi

dan pita merah yang perlu saya lalui bagi

mendapatkan kelulusan. Untuk kali kedua

dan seterusnya, bolehkah kita melangkau

sebah agian daripadanya?

J Kita menggariskan prosedur bagi melindungi

perniagaan kita. Tetapi kita tidak mahukan

birokrasi di BT. Sila berbincang dengan

pengurus anda tentang cara untuk

menambah baik sistem itu. Sementara itu,

sila ikuti cara kita melakukan sesuatu

perkara seperti biasa.

Kita tidak menjanjikan sesuatu yang kita tahu tidak boleh kita tepati; kita sentiasa

mendapatkan kebenaran yang sesuai sebelum membuat sebarang komitmen yang penting.

Mendapatkan kelulusan dalaman yang betul adalah

penting. Ini memastikan bahawa kita

Soalan dan jawapan

Saya hendak membuat beberapa keputusan di

jabatan saya yang saya rasakan agak

penting. Bagaimana untuk saya mengetahui

jika saya telah diberikan kuasa untuk

membuat keputusan tersebut?

Page 36: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Bersaing secara adil

Halaman 36

Tiada masalah untuk menggunakan setiap sumber

yang kita miliki bagi memperoleh kelebihan

persaingan: pekerja kita, pengetahuan kita,

pengalaman kita. Tetapi kita mesti bertindak secara

beretika dan selari dengan nilai-nilai kita serta

undang-undang. Kita percaya dengan pasaran

bebas. Itu bermaksud kita menghormati hak

pesaing kita untuk menjalankan perniagaan mereka.

Kita tidak menekan atau memaksa pelanggan untuk

memilih kita berbanding pesaing lain. Walaupun

undang-undang persaingan dan perdagangan adil

berbeza-beza mengikut negara, semakin hari

semakin banyak negara yang menggubal undang-

undang yang menghentikan pesaing melemahkan

atau mensabotaj pesaing lain. Kita harus berpegang

teguh pada prinsip itu dan mematuhi mana-mana

undang-undang yang menuntut kewajipan yang

lebih ketat di negara tertentu.

Siapa yang harus ditanya

Hubungi pengurus barisan anda jika memerlukan

bantuan. Atau anda boleh hubungi Pasukan Etika.

Laporkan

Anda juga boleh menghubungi talian penting sulit.

Lawat laman web ini untuk mendapatkan butiran

nombor telefon yang perlu dihubungi di negara

anda dan untuk sebarang arahan khas.

Soalan dan jawapan

S Salah satu pesaing kita mencadangkan agar

kita bersetuju untuk mengelakkan pelanggan

dan wilayah masing-masing. Adakah ia

dibenarkan?

J Tidak. Ia salah di sisi undang-undang di

kebanyakan negara, malah

membincangkannya sahaja dikira tidak

beretika. Anda harus melaporkan perbualan itu

kepada pengurus barisan anda dengan segera.

Jika tidak, anda dan BT mungkin akan

menghadapi denda, malah mungkin juga

dakwaan jenayah.

S Salah satu pembekal kita juga merupakan

pelanggan dan pesaing. Adakah terdapat

sebarang batasan tentang bagaimana kita

boleh bekerja bersama?

J Dari segi teori, tiada. Kolaborasi adalah

sebahagian daripada perniagaan komunikasi.

Sesetengah syarikat adalah pelanggan,

dengan berhati-hati. Sebagai contoh, satu

bahagian hubungan itu tidak boleh bergantung

pada yang lain. Anda juga perlu lebih berhati-

hati terhadap maklumat yang anda kongsikan -

terutamanya tentang harga dan kos.

S Saya terdengar beberapa maklumat menarik

tentang pesaing semasa menaiki kereta api.

Bolehkah saya menggunakannya?

J Tidak menjadi masalah untuk mengumpulkan

maklumat tentang pesaing kita - asalkan ia

disampaikan secara bebas dan terbuka.

Jangan lakukan apa-apa secara tipu helah,

seperti memasang telinga atau berbohong

mengenai siapa diri anda dan pekerjaan anda.

Itu tidak jujur dan bertentangan dengan prinsip

kita. Sila hubungi Pasukan Etika jika anda

bimbang.

S Adakah OK untuk menyiarkan maklumat yang

mengelirukan tentang pesaing di internet?

J Tidak. Jangan sesekali. Anda boleh

menyiarkan fakta tentang pesaing di laman

web kita, asalkan ia tepat dan berkaitan.

Namun, kita lebih suka bercakap tentang

kekuatan sendiri daripada bercakap tentang

pesaing.

Kita bersaing dengan bersungguh-sungguh

tetapi secara adil, bersikap jujur, menghormati

dan amanah dalam semua urusan kita.

Sila speak up jika anda bimbang tentang

perlanggaran undang-undang persaingan atau

perdagangan adil yang mungkin akan berlaku.

Hubungi pengurus barisan anda atau Pasukan

Etika.

pembekal dan rakan kongsi kita. Itu tidaklah

menjadi masalah, tetapi ia perlu dikendalikan

Page 37: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Tempat kita di dunia

Halaman 37

Isi Kandungan

Kesihatan dan keselamatan

Alam sekitar

Sumbangan politik

Page 38: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Kesihatan dan keselamatan

Halaman 38

Kita prihatin terhadap pekerja kita dan melindungi mereka; dan kita menjaga kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan mereka.

Di mana jua kita menjalankan perniagaan, kita akan melakukan yang terbaik bagi memastikan:

Cara kita menjalankan perniagaan tidak mencederakan atau menyebabkan kerosakan kepada sesiapa

Pekerja kita dilindungi di tempat kerja dan diberikan maklumat, arahan, latihan dan peralatan yang diperlukan bagi menjalankan kerja mereka dengan selamat

Cara kita bekerja menggalakkan faedah yang nyata bagi fungsi kesihatan dan kita memberikan maklumat dan sokongan yang membolehkan pekerja membuat pilihan termaklum tentang pengamalan tingkah laku yang menggalakkan kesihatan. Kita mempunyai kewajipan perundangan untuk melindungi sesiapa yang mungkin terjejas oleh perniagaan kita. Kita juga mengakui bahawa semakin baik kita menjaga pekerja kita, mereka akan lebih melibatkan diri dan terdorong untuk melakukan kerja sebaik yang boleh mengikut kemampuan mereka.

Siapa yang harus ditanya

Buku Panduan Kesihatan dan Keselamatan dan bahagian Kesihatan dan Kesejahteraan Intranet BT memberi panduan kepada pekerja BT. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan khusus terhadap kesihatan dan keselamatan berhubung kerja anda, anda harus membincangkannya dengan pengurus barisan anda terlebih dahulu.

Laporkan

Kita semua mesti mengikut prosedur yang diperlukan dan melaporkan kejadian, kecederaan, situasi atau amalan kerja yang tidak selamat secepat mungkin.

Peraturan dan panduan untuk pekerja BT digariskan dalam buku panduan Kesihatan dan Keselamatan kita.

Soalan dan jawapan

S Mengapa Kesihatan, Keselamatan dan

Kesejahteraan adalah penting di BT?

J Memastikan pekerja kita selamat dan sihat

adalah keutamaan bagi perniagaan ini. Kita

bukan sahaja mahukan mereka kekal bebas

daripada kecederaan dan penyakit yang boleh

mempengaruhi kualiti hidup mereka secara

dramatik, bahkan kita juga mengakui bahawa

kesihatan dan keberkesanan perniagaan adalah

berkait rapat. Memastikan pekerja kita selamat

dan sihat merupakan situasi menang-menang

untuk perniagaan dan untuk individu sama ada

di tempat kerja atau di tempat lain.

S Apa yang cuba kita capai?

J Kita mempunyai strategi jangka panjang untuk

menambah baik kesejahteraan syarikat secara menyeluruh dengan menyediakan maklumat, panduan dan jika perlu arahan bagi memastikan pekerja kita dilindungi dan bekerja bersama-sama bagi melindungi satu sama lain. Syarikat menyediakan sistem kerja yang selamat, peralatan, perkhidmatan sokongan dan akses kepada nasihat pakar yang membolehkan pekerja memahami cara bagaimana mereka perlu bekerja serta risiko yang berkait dengan pekerjaan mereka. Tetapi kita juga menyediakan maklumat tentang risiko gaya hidup dan menggalakkan pekerja kita membuat perubahan yang kecil tetapi signifikan yang boleh membawa kesan yang dramatik terhadap hasil kesihatan peribadi kemudian hari.

Page 39: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Kesihatan dan Keselamatan (bersambung)

Halaman 39

S Mengapa BT perlu begitu terlibat dalam keselamatan dan kesejahteraan saya?

J Apabila kita perlu menjadi preskriptif kerana

kerja harus dilakukan dalam cara tertentu atau kerana terdapat risiko yang perlu diuruskan menggunakan peralatan tertentu, kita akan bersikap terang dan jelas tentang keperluannya dan pekerja kita mesti mengikut cara kerja yang ditakrifkan ini. Namun, terdapat banyak situasi di mana individu mempunyai pilihan tentang bagaimana mereka bertingkah laku dan risiko apa yang mereka sanggup ambil. Sebagai sebuah syarikat kita percaya bahawa membantu pekerja memahami risiko dan memberi mereka kuasa untuk membuat pilihan termaklum adalah cara yang penting bagi memberikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan yang berkesan bagi pekerja kita. Kita akan terus memberikan maklumat, panduan dan sokongan bagi membantu mereka mengamalkan gaya hidup dan tingkah laku yang akan membolehkan mereka, keluarga mereka dan syarikat menikmati masa depan yang makmur dan berjaya.

Page 40: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Alam Sekitar

Halaman 40

Kita berusaha untuk memaksimumkan peluang terhadap penguntukan perkhidmatan dan penyelesaian yang boleh membantu mengurangkan kesan alam sekitar yang negatif, dan yang boleh memberi faedah alam sekitar yang ketara.

Kita mengakui bahawa dalam operasi hari ke hari kita, kita memberi kesan kepada alam sekitar dalam beberapa cara. Dan kita komited untuk meminimumkan kesan yang mungkin berbahaya ini di mana-mana dan bila-bila keadaan mengizinkan. BT kekal komited untuk memberi sumbangan yang positif kepada alam sekitar.

Kita mengharapkan agar setiap orang mematuhi undang-undang dan peraturan alam sekitar yang berkenaan dengan mereka, juga piawaian serta komitmen alam sekitar kita. Banyak komitmen dalam dasar alam sekitar BT mempengaruhi kehidupan kerja harian kita. Kami ingin:

mengurangkan penggunaan

mengguna semula, bila keadaan mengizinkan

mengitar semula jika tidak boleh mengguna semula dan menggunakan lebih banyak bahan kitar semula dalam produk kita

mereka produk, perkhidmatan, bangunan dan peralatan baharu agar mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber semula jadi

menguruskan tenaga dan sumber semula jadi dengan bijak dalam setiap bahagian perniagaan kita.

Sistem pengurusan alam sekitar kita, yang mendapat sijil piawaian ISO 14001, direka bagi memastikan bahawa kita berpegang pada komitmen ini setiap hari dalam operasi kita sendiri. Kit alat 'Designing Our Tomorrow' kita akan membantu kita mencipta produk dan perkhidmatan yang merangkumi kriteria kemapanan dalam rekaannya. Ia bukan sekadar menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelanggan kita, ia membabitkn tentang mengekalkan alam sekitar yang merupakan tempat bergantung bagi BT, ekonomi dan masyarakat.

Siapa yang harus ditanya

Lebih banyak maklumat boleh didapati untuk pekerja BT di halaman intranet Better Future.

Laporkan

Jika anda ingin melaporkan kebimbangan alam sekitar, sila hubungi Pasukan Etika (jika anda tidak

bekerja di BT anda boleh menghubungi mereka di [email protected]).

Soalan dan jawapan

S Bagaimana BT mengukur kesannya terhadap alam sekitar?

J Sistem pengurusan alam sekitar kita

memantau dan menetapkan sasaran penambahbaikan untuk: pelepasan karbon, bahan buangan, pengangkutan, pemerolehan dan rantaian bekalan, penggunaan dan penyimpanan bahan api, penggunaan tenaga, penggunaan air, emisi.

Ia merupakan proses yang berterusan – apabila kita berjaya mencapai satu sasaran, kita naikkan grafnya menjadi lebih tinggi.

S Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

J BT telah menerbitkan ke luar data prestasi

alam sekitar terjamin sejak tahun 1992. Anda

boleh temui laporan terkini di laman web

Better Future kita.

Page 41: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Alam sekitar (bersambung)

Halaman 41

S Banyak produk kita - misalnya persidangan audio - memberi kesan yang positif kepada alam sekitar dengan mengurangkan perjalanan. Oleh itu mengapa kita perlu bimbang tentang isu-isu alam sekitar?

J Kita boleh berbangga bahawa produk dan perkhidmatan kita membantu melindungi alam sekitar. Namun, kita tetap perlu berhati-hati dengan kesan negatifnya dan mengurangkannya - terutama sekali apabila ia melibatkan perjalanan dan pengangkutan, emisi penggunaan bahan api dan bahan buangan kita sendiri. Kita juga harus berusaha meminimumkan kesan produk dan perkhidmatan kita. Ini boleh dilakukan dengan mempertimbangkan, sebagai contoh, kecekapan tenaga produk kita dan kelestarian pembungkusan kita. Banyak lagi yang perlu dilakukan, dan ia sesuatu yang kita ambil serius. Kita juga melaporkan secara tetap kepada semua pemegang saham tentang prestasi kita dalam laporan tahunan Better Future. Kita tidak boleh berhenti sehingga kita boleh menunjukkan bahawa kita membawa faedah bersih kepada alam sekitar.

Page 42: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Sumbangan Politik

Halaman 42

Tiada syarikat dalam Kumpulan BT akan membuat sumbangan (termasuk pinjaman) kepada mana-mana parti politik, kepada kempen mana-mana calon wakil rakyat, atau bagi menyokong mana-mana wakil rakyat.

S Bekas rakan sekerja bertanding sebagai calon wakil rakyat kerajaan tempatan

dan saya ingin memberi sumbangan kepada kempen beliau. Adakah ia OK?

Bolehkah saya menawarkan kepadanya untuk menggunakan bilik mesyuarat di

bangunan BT agar pasukan kempennya boleh bertemu?

J BT menghormati hak pekerjanya untuk menyokong aktiviti politik secara

peribadi asalkan ia tidak dikaitkan dengan BT. Namun, anda tidak boleh

melakukan apa-apa yang boleh disalahtafsirkan bahawa BT menyokong calon

itu. Oleh itu anda tidak boleh menawarkan penggunaan bilik mesyuarat BT.

Siapa yang harus ditanya

Untuk butiran lanjut hubungi pasukan Etika (atau di [email protected] jika anda di luar BT).

Page 43: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Melakukan Perkara yang Betul

Halaman 43

Isi Kandungan

Bertanggungjawab

Menyelesaikan konflik: melakukan perkara yang betul

Page 44: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Bertanggungjawab

Halaman 44

Kita mengukur dan melaporkan prestasi berbanding prinsip kita dan menyampaikannya dengan jelas di dalam dan di luar BT.

Di dalam BT

Kita mengharapkan pengurus kita bercakap

tentang prinsip dan piawaian dalam Cara Kita

Bekerja kepada pasukan beliau dan

memastikan setiap orang tahu, faham dan

berpegang padanya dan pada nilai-nilai kita.

Kita mengharapkan agar anda

bertanggungjawab, speak up dan memikul

tanggungjawab

Jika anda terlihat tingkah laku yang mungkin

salah atau tidak selari dengan Cara Kita

Bekerja, atau anda tidak pasti apakah

tindakan yang terbaik dalam situasi tertentu,

anda harus melaporkannya atau

membincangkannya dengan pengurus anda

atau jabatan yang sesuai. Tidak akan ada

sebarang tindakan balas atas aduan yang

dibuat secara jujur. Anda juga boleh

menghubungi talian penting sulit

Periksa laman sesawang untuk mendapatkan

butiran nombor telefon yang perlu dihubungi

di negara anda dan untuk sebarang arahan

khas bagi negara anda.

Jika sesiapa yang bekerja untuk BT gagal

berpegang pada prinsip dan piawaian ini, kita

boleh mengambil tindakan tatatertib,

sehingga dan termasuk pemecatan. Kita

akan mempertimbangkan setiap kes secara

berasingan, berdasarkan keadaan

khususnya. Kita mengharapkan agar pekerja

BT bekerjasama di dalam siasatan dalaman

bagi kes salah laku.

Kita mempunyai dasar terperinci yang

menyokong prinsip ini, mengukur sebaik

mana kita mematuhinya dan bekerja dengan

pengurus operasi bagi mempromosikannya.

Setiap tahun kita mengkaji semula sejauh

mana berkesannya sistem kawalan dalaman

kita. Hasilnya pula dibentangkan kepada

Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah BT.

Jawatankuasa Tadbir Urus Serantau kita juga

menyelia dan memantau tadbir urus dan

pematuhan di rantau mereka. Hasilnya

dilaporkan kepada Jawatankuasa

Pencalonan dan Tadbir Urus Lembaga

Pengarah BT.

Di Luar BT

Setiap tahun, kita menerbitkan laporan dan akaun tahunan kita, juga laporan ke atas prestasi alam sekitar, teknologi dan sosial. Untuk laporan terkini, sila hubungi pasukan Better Future, atau lihat laman perniagaan yang berkenaan.

Page 45: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Cara Kita Bekerja

Halaman 45

Berurusan dengan tuntutan yang bercanggah jarang sekali mudah.

Soalan-soalan berikut mungkin membantu anda mendapatkan keputusan yang betul.

Adakah ia sah dan anda dibenarkan untuk melakukannya?

Adakah ia selari dengan Cara Kita Bekerja, dasar BT kita dan

sebarang dasar atau prosedur operasi kita?

Bagaimana anda akan menerangkan keputusan anda kepada rakan

sekerja BT di Negara sendiri atau negara lain?

Bagaimana anda akan menerangkan keputusan anda kepada keluarga,

atau umum?

Adakah anda selesa dengan keputusan itu? Adakah ia bercanggah

dengan kesedaran integriti anda sendiri?

Adakah anda akan berasa gembira membaca tentangnya di surat khaba

Sekiranya anda memerlukan panduan sila lihat bahagian di atas

tentang Mendapatkan nasihat. Ingat, anda boleh berbincang dengan

pengurus barisan anda, pasukan Etika atau talian penting sulit kita jika

anda bimbang.

Page 46: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan

Halaman 46

Diterbitkan oleh Tadbir Urus & Pematuhan Kumpulan BT Group plc 81 Newgate Street London EC1A 7AJ Salinan Elektronik, Oktober 2013 © British Telecommunications plc Pejabat Berdaftar: 81 Newgae Street, London EC1A 7AJ Didaftarkan di England no.1800000

Untuk maklumat lanjut sila lawat laman intranet cara Kita Bekerja, atau http://www.btplc.com/TheWayWeWork/

Page 47: Cara Kita Bekerja - btplc.com · PDF filePernyataan daripada Ketua Eksekutif ... Pengenalan dan Ringkasan Maklumat dan data Halaman 21 ... (sebagai contoh, dengan pengurus barisan